Monday, January 08, 2018

Resepi Sayur Pak Choy Goreng Yang Sangat Mudah Disediakan

Assalamualaikum. Cik Rose jarang sangat masak sayur. Mungkin sebab suami bukanlah penggemar sayur-sayuran. Kalau masak nanti tak habis. Err sebenarnya bukan sayur je jarang masak, semua jenis masakan pun jarang. Hihi. Maklumlah kitorang pun masih tergolong dalam kumpulan PJJ. Hikhik. Berbalik kepada isu sayur, kadang-kadang suami beli yang dah siap masak je untuk Cik Rose. Suami makan lauk yang lain. Beliau jarang makan nasi. Kena jaga makan. Cik Rose ni je yang tak kuat semangat. Hikhik. 


Ok, baru-baru ni mak dan ayah ada datang rumah Cik Rose. Jadi, adalah Cik Rose masak menu sayur. Kali ni Cik Rose kongsikan resepi Sayur Pak Choy Goreng yang sangat mudah untuk di sediakan. Cik Rose tak susuh pulak sayur tu. Main letak je dalam mangkuk. Hihi.


Resepi Sayur Pak Choy Goreng

3 pokok sayur pak choy - dikerat hujungnya(boleh simpan, buat cop guna water colour, lawa! Hihi)
4 ulas bawang putih - dihiris halus
Sedikit halia- Cik Rose tak letak
Sos tiram
Kicap manis -terpulang nak letak atau tidak
Cili besar merah - hiriskan. 
Air
Serbuk perasa - terpulang. Tak letak pun tak pe dah. 


Cara-caranya 

1. Tumiskan bawang putih hingga kekuningan. 
2. Masukkan sos tiram, kicap manis dan air
3.Kemudian masukkan sayur dan cili besar. Kalau suka, boleh tambah serbuk perasa. 
Siap! Mudah sangat kan. 

Ada orang suka celur dahulu sayur tu. Bila sos dah siap masak, tuang je atas sayur. Ada yang suka letak telung jagung dan bawang goreng, terpulang ikut citarasa masing-masing. 

Mudah sebenarnya nak masak. Antara nak dengan tak nak je. Hihi. 

Selamat mencuba. Jom kita banyakkan makan sayur-sayuran. 


1 comment:

  1. lama da tak masak pak choy.
    famili store sini tak berapa cantik pak choy nyer, cikrose.
    aida suka masak bening... letak cendawan tiram.

    ReplyDelete