Wednesday, November 15, 2017

Cara Buat Masker Kunyit dan Yogurt Untuk Kulit Wajah Yang Bersih Dan Cerah



Cara Buat Masker Kunyit dan Yogurt Untuk Kulit Wajah Yang Bersih Dan Cerah | Assalamualaikum. Sekarang ni mood penjagaan wajah  tengah berbunga-bunga. Ade je yang nak dicuba. Pantang orang bagitahu petua atau tips, nak cuba je. Hihi. Biasalahkan wanita. Eh ke Cik Rose je ni yang rasa? 

Sebelum ni, Cik Rose amalkan pakai mask yang jenis topeng made in Korea. Haha nak cakap jugak Korea. Sebab tengok kulit dorang bersih je kan. Siapa yang tak tergoda. Cik Rose beli mask dari The Face Shop atau Elianto. Selalu beli yang beras dan pearl tu. Memang best pakai tu. Tapi, biasalah pakai tu bermusim. Mula-mula je excited, lama-lama dah rasa malas. Oh no. Nak cantik jangan malas ok Cik Rose!

Baru-baru ni officemate Cik Rose ada cerita yang dia pakai masker kunyit. Eh, macam best je. Cik Rose google, rupanya ramai yang amalkan. Di sini Cik Rose sertakan serba sedikit cerita tentang kebaikan kunyit dengan uols ok.


Kelebihan mask kunyit untuk wajah 

Seperti yang kita tahu kunyit ni sangat banyak manfaat. Tak kiralah untuk diletakkan dalam masakan, dijadikan ubat atau sebagai bahan utama dalam merawat kesihatan dan menjaga kecantikan. Yang paling terkenal adalah orang India yang banyak menggunakan kunyit sebagai salah satu rahsia kecantikan kulit mereka. (betul kan. Cik Rose jarang nampak mereka ada jerawat! Bersih je kulit.)
Kunyit bersifat antiseptik, antibacteria dan antioxidant. Sebab tu kunyit sangat membantu untuk merawat jerawat, bintik-bintik hitam dan pudarkan parut. Dan paling best bila rajin dan konsisten pakai kulit akan jadi cerah. 
Setelah Cik Rose puas hati, apalagi tanpa membuang masa, Cik Rose pun beli jugak serbuk kunyit untuk dibuat masker tu. Cik Rose tak guna yang serbuk kunyit masak tu. Cik Rose beli serbuk mask kunyit dari The Beauty Hacks.  Korang bolehlah tengok di facebook atau website The Beauty Hacks ya.
Inilah rupa mask kunyit The Beauty Hacks :

Cik Rose diajar beberapa resepi untuk dibuat masker ni. Salah satunya adalah yogurt. Ok jom kita tengok kebaikan yogurt untuk kulit wajah.
Salah satu masker wajah asli adalah dari yogurt. Menggunakan masker yogurt dua hingga tiga kali seminggu dapat mengekalkan kulit wajah kita sihat dan flawless tanpa perlu membeli produk masker wajah yang mahal. Oh inilah yang Cik Rose idamkan!
Kenapa yogurt? Yogurt adalah makanan berkhasiat yang dapat membantu pencernaan dan menyediakan mineral seperti kalsium dan zink yang bermanfaat untuk tulang kuat, gigi dan sistem kekebalan tubuh. Yogurt juga mempunyai banyak manfaat apabila disapu pada kulit. 

Apabila kita menggunakan yogurt untuk masker wajah, pastikan bahawa yogurt yang kita pakai adalah Yogurt Plain (tanpa rasa) dan mempunyai bakteria aktif di dalamnya, pakai selama 30 minit keatas. Boleh campurkan apa-apa sahaja bahan lain yang bersesuaian dengan kulit wajah kita. 


Tengok, boleh campur apa sahaja yang bersesuaian. Maka, Cik Rose buat keputusan campurkan dengan serbuk kunyit. Setakat ni Cik Rose dah cuba tiga kali. Hasilnya, amat memuaskan hati Cik Rose. Lepas pakai, rasa lembut je kulit wajah. Kulit kita, kita je tahu perubahannya kan. Insyaallah Cik Rose akan amalkan. Beli yogurt plain tau, jangan pulak korang beli yang strawberry bagai tu. Nanti masuk mulut pulak, dah tak jadi masker. hihi. 

Cara buat masker kunyit dan yogurt.
3 sudu yogurt original


1 sudu serbuk kunyit


Cik Rose campurkan 3 sudu yogurt dan satu sudu serbuk kunyit. Ikut kesesuaian ya. kalau nak lebihkan pun boleh. Bila dah gaul rata, terus sapu di wajah. Bila sapu tu, mestilah korang rasa sejuk, maklumlah yogurt baru keluar peti ais. hihi. Biar sampai kering, dan basuh muka. Cuba sentuh wajah, aduhhh lembut je rasa. Cubalah!
Selain yogurt, korang boleh campurkan dengan putih telur. Cik Rose dah cuba dua kali juga. Yang ini pun best. Lepas pakai, wajah rasa licin dan tegang je. Syok! Selain tu, ada juga yang campur dengan madu, lemon, minyak kelapa dan lain-lain. Semuanya bergantung kepada jenis kulit dan apa yang korang inginkan. Macam Cik Rose, Cik Rose nak teruskan dengan yogurt dan putih telur je kot. Pokok pangkalnya adalah rajin. Kalau rajin, Insyaallah berkesan. Kena buat berterusan, bukan sekerat jalan. Betul,kan. 
Selamat mencuba.



4 comments:

  1. Best sangat kerana mengunakan bahan yang boleh dikatakan bebas kimia dan mudah diperolehi serta murah dengan home made.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum sis, klau yogurt tu dah expires, still boleh guna lagi ke???

    ReplyDelete
  3. Thankyou share, saya pn dh lama on off amalkan mask kunyit ni.. tpi bajet je, pakai serbuk kunyit masak ahahahah Alhamdulillah pnah buat n konsisten.. sgt membantu untuk hilangkan parut2 jerawat degil, n nak lagi best.. boleh topok aloevera ori (kalau ada) ambil lendir2 dia tu, selang-seli dgn mask kunyit ni hari2, insyaAllah untuk yg serasi mmg berkesan! sy prnah amalkan dua routine ni non-stop, mmg nmpak effect kulit jadi sihat, flawless and paling penting, BEBAS KIMIA uolls!! Harap membantu:)

    ReplyDelete