Monday, May 21, 2018

Biodata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu

Assalamualaikum.

Kali ni nak cerita tentang Menteri Pertahanan pula. Sebagai salah seorang yang pernah bertugas di MINDEF, Cik Rose teruja untuk mengetahui siapa bakal menjadi Menteri Pertahanan sebaik kabinet mahu dibentuk. 



Tertanya-tanya siapakah bakal Menteri Pertahanan. Semuanya terjawab  apabila Perdana Menteri, Tun M mengumumkan bahawa YB Mohamad Sabu yang akan menerajui Kementerian Pertahanan. Tahniah! 

Di sini, Cik Rose kongsikan perjalanan karier beliau dengan anda semua. Sumber adalah dari facebook Malaysiakini. 




Tahniah diucapkan buat YB Mohamad Sabu. 

Moga terus komited daam menjalankan tugas. YB Mohamad Sabu lebih dikenali dengan nama Mat Sabu. Dilahirkan pada 14 Oktober 1954, maknanya sekarang umur beliau ialah 64 tahun. 

Bila sebut MINDEF, mulalah memori dulu menerjah! Teringat kenangan masa kerja di sana. Sekitar tahun 2009 hingga 2012. Aih la, kejap je masa berlalu. Sekarang ni dah 2018. Dah berapa tahun dahntu meninggalkan zaman itu.

Kali pertama berkerja jauh dari mak ayah. Dari Kedah menuju ke KL bila dapat tawaran berkerja. Pengalaman cari rumah sewa. Pengalaman pergi kerja jalan kaki ramai-ramai. Memori dengan rakan sekerja di Cawangan Perjawatan. Memori dengan housemate. Duduk ramai- ramai satu rumah! 

Aih mana nak dapat dah pengalaman tu semua. 

Itulah yang mencorakkan kehidupan, mematangkan diri, mendewasakan Cik Rose. Mengajar erti berdikari. Rindu semuanya!

1 comment:

  1. dulu kita dekat je tp pun tak penah jumpa ye cik rose...
    ni jauh nun sampai selatan cik rose merantau

    walaupun ramai yg lekehkn mat sabu nih, tp bg akak msti ada sesuatu nilai pd dia yg PM nampak sampaikn dia jd menteri pertahanan kan...

    ReplyDelete