Monday, April 16, 2018

Buat Air Detox Sendiri Di Rumah Guna Lemon dan Epal Merah


Assalamualaikum dan selamat petang. Hai semua. Apa khabar? Sekarang ni ditempat Cik Rose, dah dua tiga hujan petang dan malam. Sejuk cuaca. Alhamdulillah.

Cerita bab nak kurus ni sampai bila tak sudah. Hihi. Niat berkobar-kobar, tapi nak buat tu terbatas sikit. 
Eh entry kali ni tak nak cerita bab kurus dah. Cuma nak kongsikan tentang minuman berkhasiat.

Air Detox.

Dulu pun Cik Rose pernah buat air detox dan displin. Cuma kadang-kadang susah nak dapat buah lemon. Tu yang kejap buat kejap tak. 

Cik Rose pernah buat air lemon sahaja. Kemudian pernah juga buat campuran lemon dan strawberry. Serius sedap sangat. Hahaha. Macam have-have je rasa bila buat air detox guna strawberry. Hahaha.

Pernah juga buat epal hijau, epal merah dan kayu manis. Sedap juga. Yang ni kalau rajin, rebus dulu sekejap.

Air detox lemon campur epal merah.

Kali ini, Cik Rose guna campuran buah lemon dan epal merah. Terasa nak displin balik minum setiap hari. Tapi bukanlah Cik Rose habiskan satu botol besar tu sehari. Tak mampu lagi. Hihi. 

Sekali buat, kena dua bekaslah. One for me and another one for you. Hihi. Siapa you tu? Suamilah. Hikhik.

Moga terus displin.

Selalu Cik Rose buat malam dan boleh minum esok harinya. Cik Rose guna setengah biji lemon dan epal merah untuk satu botol. Sebenarnya guna lemon je pun boleh. Cik Rose ni yang saja nak cuba letak epal merah. 



3 comments:

  1. Salam ..
    Samalah kan, cuaca hujan ni, lagi banyak minum lagi asyik nak membuang hahaha .Moga istiqomah Cik Rose ..

    ReplyDelete
  2. Dah lama akak tak buat air detox. Kena buat semula nih

    ReplyDelete
  3. hai cik rose. aida dtg terjah.
    aida biasa buat dgn lemon. tapi jarang-jarang la.
    lemon mahal! kekadang perlu buat utk cuci perut ni.

    ReplyDelete