Resepi Kuih Cara Manis Yang senang dan sedap - INILAH REALITI

Thursday, 4 January 2018

Resepi Kuih Cara Manis Yang senang dan sedap



Resepi Kuih Cara Manis yang senang dan sedap. | Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ni Cik Rose nak kongsikan resepi kuih cara manis yang sangat senang untuk dibuat dan sedap untuk di makan. wahhh ayat. hihi.

Sebenarnya bukan Cik Rose yang buat ni. Hihi Kenalah mengaku kan. Ini air tangan suami. Kitorang siap pergi beli acuannya di Cowboy. Balik tu, terus suami buatkan. Cik Rose tengok je, dah siap terus makan. Nyum nyum.


Di sini Cik Rose kongsikan resepinya. Sekali tengok, memang mudah, tapi Cik Rose belum cuba buat sendiri. 

BAHAN-BAHANNYA 

2 cawan tepung gandum 
3 cawan santan kelapa
2 biji telur 
3 helai daun pandan - letak 1 sudu kecil perisa pandan 
Beberapa titik pewarna hijau 
Gula pasir secukupnya( sebagai inti )
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak (untuk lenser acuan )


CARA –CARA


1. Cuci daun pandan dan potong kecil. Kisar bersama santan, kemudian tapis. Campurkan dengan tepung gandum, pewarna hijau, telur, sedikit garam dan kacau rata. Boleh kacau rata hingga sebati dengan menggunakan whisk atau blender sahaja.



2. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api . Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang disimpul). 



3. Isi adunan tadi dalam bekas. Kitorang guna jug plastik yang kecil je, senang nak tuang.Tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 sudu). Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk.


4. Berhati-hati masa keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan.



Tugas Cik Rose senang je petang tu. Tukang rasa, tukang ambil gambar. hihi. 

Selamat mencuba!


11 comments:

  1. Mmg nak buat kuih cara ni..tapi x terbuat..cantik kejadiannya

    ReplyDelete
  2. Wah rajin suami Rose buat...thanks share resipi boleh try buat nti

    ReplyDelete
  3. Comelnyalah kuih ni, Sedap buat mkn petang

    ReplyDelete
  4. Wahh...dh lama cri resepi kuih cara... Nak buatlah nnti..hehe

    ReplyDelete
  5. Yummmyyyyy ! bab memasak ni memang agak lemah sikit hehee

    ReplyDelete
  6. Bestnyaaa...Sally dh berzaman tgu Ibu cari acuan dia...kesudahnyaa xde sampai skrg..kahkahkah

    ReplyDelete
  7. Akak failed sikit bab buat kuih... Tapi kuih cara memang favorite akak. 😋😋😋

    ReplyDelete
  8. Kuih ni feveret kot. ada 1 kedai dekat rumah jual kuih ni masa breakfast. tapi cepat sangat habisnya. ini boleh buat sendiri sebab resepi dah ada. hehehe

    ReplyDelete
  9. Pebret cik en ni.. dpt berlauk pinya pon gila makan

    ReplyDelete