RASAI SENDIRI PENGALAMAN MEMETIK BUAH STRAWBERRY DI CAMERON HIGHLAND - INILAH REALITI

Wednesday, 3 January 2018

RASAI SENDIRI PENGALAMAN MEMETIK BUAH STRAWBERRY DI CAMERON HIGHLAND



RASAI SENDIRI PENGALAMAN MEMETIK BUAH STRAWBERRY DI CAMERON HIGHLAND | Assalamualaikum. Baru berkesempatan nak menulis tentang percutian singkat dan mengejut Cik Rose ke Cameron Highland. Setelah beberapa bulan berlalu, baru sempat nak mengarang di sini. Percutian ke Cameron Highland kali kedua buat Cik Rose. Apa yang menarik ialah percutian ke Cameron Highland dalam tahun yang sama. Korang boleh baca entry Percutian Singkat Cik Rose ke Cameron Highland sebelum ni : http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.my/2017/07/percutian-singkat-ke-cameron-highland.html



Percutian ni sungguh manis pada Cik Rose. Biasalah kami suami isteri ni mana boleh nak merancang bercuti sangat. Tuntutan tugas suami yang membataskan Cik Rose nak merancang betul-betul percutian. Semuanya percutian secara mengejut dan dalam masa yang singkat. Thank you my Mr Army. hihi.

Kronologi bagaimana percutian ini terjadi.
Suami Cik Rose baru habis bertugas di luar selama beberapa bulan, kemudian bersambung dengan kawad kaki. Jadi di antara waktu itulah suami diberikan cuti selama 4 hari. Niat suami nak balik kampung berkecai kerana tempoh cuti yang singkat. Maklumlah nak meredah dari Johor ke Kedah dah memakan masa dua hari - pergi dan balik. Kampung suami di Kedah dan kampung Cik Rose juga di Kedah. Jadi, dek kerana itu, suami ambil keputusan duduk saja di rumah, kalau nak jalan pun jalan dekat-dekat je. Nak jadi cerita, kami gerak ke Kluang sebab suami nak repair uniform. Sampai sana dalam tengahari dan settle semuanya. Tiba-tiba suami cakap jom pi Cameron. Haa??? Biar betul. Suka tau kejutan-kejutan ni. Hahaha. Cik Rose apalagi, terus cakap jommmm. Baju memang dah standby dalam kereta awal-awal. Sebab ingat nak balik kampung kalau dapat cuti lama sikit.

Itulah kronologinya.


Memulakan perjalanan ke cameron Highland sekitar jam dua petang dari Kluang. Menuju ke highway dan sampai ke Simpang Pulai dalam pukul 6 petang. Kalau masa pergi pertama kali dulu, kami ikut jalan Tapah. Kali ni saja nak cuba jalan lain pula. Masa tu hari Khamis, 19 Oktober. Sehari sebelum tu cuti umum hari Deepavali. Maka, jalan nak naik Cameron Highland tu memang sesak! Eh ramainya yang naik Cameron Highland. Cik Rose bukan boleh jalan sesak, stress. Hahaha. Lama juga sangkut jalan jammed tu. Sampai dah pukul 8 malam lebih. Aduh duh. Mulalah risau, ade tak hotel ni? Dok borak-borak dengan suami, kalau takde hotel kita tidur dalam kereta, abang. Hihihi. 

Tanpa melengahkan masa, Cik Rose terus google hotel kat Cameron. Maklumlah masa pergi dulu tak tidur atas. Tidur bawah je area Tapah. Google punya goole, jupa beberapa hotel. Banyak yang fully booked. Siap call. Hinggalah Cik Rose di bawa ke laman web Trivago. Dan terus ke booking.com


CH Green Stay Resort Apartment, Tanah Rata. Nama je CH Green Stay Resort, tapi ianya adalah Iris House Resort Apartment Building. Yang Cik Rose duduk ni under orang perseorangan. Bukan di bawah pengurusan Iris tu. Mudah sangat tau. Cik Rose booking tanpa pembayaran. Elok je berjaya, terus dapat email. Dan terus dapat whatsapp dari owner apartment ni. Beliau berada di luar negara. Masuk malam tu, esok pagi baru bayar pada pembantunya. Apartment ni ada tiga bilik dan ada 3 bilik air. Apartment ada perabot, semua lengkap. Memang Cik Rose puas hati. Kalau bercuti ramai-ramai, mailah apartment ni. 

Sempat Cik Rose bergambar masa nak check out keesokkannya. Acah-acah candid! Hihi. 


Pemandangan dari balkoni apartment. Nampaklah padang Golf dari sini. Sejuknya Cameron Highland kali ni berbanding masa kali pertama dulu. Dulu masa Cik Rose pi tu, tak rasa sejuk. Sampai Cik Rose cakap kat suami, awat tak sejuk pun abang. Kali ni pi, sejuk sungguh. Syok ja jalan-jalan. Dalam bilik apartment pun sejuk sangat. Tidur dah berselimut pun sejuk lagi! 


Kalau dulu percutian Cik Rose lebih kepada ladang teh, kali ini misi kami adalah memetik Strawberry. Dulu pi tu Cik Rose dipengaruhi oleh Dendam Aurora. Melawat ladang teh saja. Hahaha. Eh cuba korang google image ‘Dendam Aurora’. Nampak tak gambar Cik Rose? Hihi. Along Cik Rose masa tu siap whatsapp Cik Rose. ‘Ieja, kami google Dendam Aurora, jumpa muka kau’ hahahaha.... 


Misi memetik Strawberry.
Ya, dek kerana tak dapat merasa buah Strawberry yang fresh masa tu, kali ni kami nekad nak cari buah Strawberry. Maka, sampailah di Kok Lim Strawberry Farm. Dua orang, RM30 untuk sebekas strawberry. 


Punyalah excited, tengok buah-buah Strawberry yang ada. Pekerja ladang strawberry kat situ sangat membantu menunjukkan area buah-buah yang dah masak. Thank you! Ok, Cik Rose kongsikan beberapa keping gambar yang sempat Cik Rose ambil di sana ya. 



Yeayyyy Strawberry dalam genggamanku. 


Inilah keadaan di sana. Nak tahu tak kawasannya agak curam. Cik Rose tak bebas sangat bergerak dalam tu. Sebab pekerja dia risau kalau-kalau Cik Rose tergelincir. Maklumlah Cik Rose berjubah. Hihi. Risau benar. Hellloooo Cik Rose pakai seluarlah, boleh langkah tau. Hikhik. Apapun terima kasih kerana menjaga keselamatan semua pemgunjung di sana. 



Sebekas ni lah. Dia ada tanda dengan marker pen arasnya. Kalau lebih, kena bayar. Kalau kurang beratnya dia akan tambah masa kita timbang nanti.


Puas hati dapat sorang sebekas! Hihihi.


Abang, petik yang besar-besar tau.  Itulah pesan Cik Rose masa tu. Hihi. 


La la la. Riangnya rasa hati... 


Dalam tu juga, ada pekerja mereka yang akan ambil gambar kita. Nanti masa nak balik boleh pilih sama ada nak beli atau tak nak beli. 

Jujurnya Cik Rose rasa seronok sangat masa tu. 

Hajat ke Ladang teh ala-ala Aurora dah tercapai dan kini hajat nak petik strawberry juga tercapai. Alhamdulillah. 

Emmm, lepas ni kena naik lagi Cameron Highland. Nak tengok bunga-bunga pula. Nak masuk Cameron Lavender pulak. Haritu, dapat lalu dan ambil gambar je : 



Insyaallah. Tak salah memasang impian kan. Moga kita usaha untuk mengecapinya! 

Best ke tak best naik Cameron Highland ni? Mestilah Cik Rose jawab best. Hihi. 


13 comments:

  1. bestnya rose...akak maybe bln dua atau tiga baru pergi..dpt ke tidak peluang nak petik strawberi

    ReplyDelete
  2. bestnya p cameron..lama tak pi last pi tahun 2011 haha

    ReplyDelete
  3. Merahnya strawberry tu, mkn segar dr ladang sedap fresh je.

    ReplyDelete
  4. wahhh bestnya pergi cameron.. ha ah ada gambar cik rose la yg ladang teh tu

    ReplyDelete
  5. bestnya stoberi cameron.. besar2 dan manis kan.. puas makan stoberi bila gi cameron.. bila la dapat pegi cameron lagi ni..

    ReplyDelete
  6. Last petik 6 tahun lps.. mesti best klu gi lg

    ReplyDelete
  7. Buah strawberi di supermarket selalunya macam , tapi lagi best kalau dapat petik dan makan strawberi manis ni , walaupun agak mahal sekurang- kurangnya buah strawberi yang dipetik tue fresh dari ladang

    ReplyDelete
  8. seorang sebekas!
    wah, best la!
    lama tak pergi Cameron Dah!

    ReplyDelete
  9. klu yg jenis suke metik2 gini, mmg puas hati sgt bila tercapai apa di impikan... seronoknya dpt jln2 di CH tu cik rose oi.... akak lama dh tak pg CH... hajatnya tunggu aiyan beso, tp rasa dh ok dh ni... maklum dh darjah 1

    ReplyDelete
  10. CH ni best pergi bila tak ramai orang..kalau ramai rasa nak naik angin je..hahahah

    ReplyDelete
  11. Lama tak pergi cameron..tgk buah tu segar2..aduh leleh air liur

    ReplyDelete
  12. Cameron best. Tapi tak sanggup la hai nk tdo sna. Sbb tak tahan sejuk. Dah merasa dh dlu. Rsa sejuk tu smpai skrng teringat2

    ReplyDelete