Friday, January 26, 2018

Dilema Anak Perantau tatkala mendapat perkhabaran dari kampung halaman

Assalamualaikum. Bersiaran dari kampung. Cik Rose balik Kedah naik bas, malam tadi. Biasalah bila balik seorang mesti naik bas. Hihi. Kalau tak, nak naik apa.


Cik Rose cuba apps Bloguma ni untuk updated blog. Baru pertama kali try. Sebelum ni guna yang lain, ada problem pula dua tiga hari ni. Dah tulis panjang-panjang tak dapat nak publish pulak.. oh penat aih.

Bila google, ada yang cadangkan guna Bloguma. So, Cik Rose cuba. Korang guna apps apa ya? Share lah dengan Cik Rose. Boleh Cik Rose cuba juga. Kalau huna chrome biasa tu, susah nak updated blog. Tak dapat nak insert gambar. Alahai....

Balik kampung
Bila duduk jauh dari keluarga, mesti jadi risau kalau dengar apa-apa yang terjadi kat kampung kan. Mulalah jadi tak senang duduk dan risau. Cik Rose pun tak terlepas dari perasaan tu. Ya Allah, kau peliharalah ahli keluargaku.
Tajuk entry bukan main lagi dramatik! Hihihi.

Bila balik kampung, mak ayah yang paling gembira melihat anak-anak balik. Jadi, hargailah masa yang ada bersama. Sungguh Cik Rose cemburukan mereka yang duduk dengan dengan keluarga, Alhamdulillah rezeki mereka kan. Mungkin ada hikmah kenapa Cik Rose berjauhan. Semua ada bahagian masing-masing kan. Kena berlaoang dada dan menerima apa adanya.

Januari dah hampir sampai ke penghujung kan. Kejap je masa berlalu. Tak terkejar rasanya. Yang ada azam tu macam mana perkembangannya? Ada kemajuan tak?

Projek menabung
Dari awal tahun, Cik Rose dah set untuk konsisten menabung. Cik Rose teruskan tabung syiling. Dan Cik Rose wujudkan semula tabung hijau dan oren yang hampir berkubur last year. Hihihi. Moga Cik Ros berdisplin untuk terus menabung tahun ni. Korang pula macam mana?

Sikit -sikit, lama-lama jadi bukit.

Memang sekarang tak nampak, nanti hasilnya korang akan terkejut tau.

Kepulangan yang dinanti
Moga perjalanan suami dan rakan-rakan seperjuangan dipermudahkan nanti. Tak lama dah, tinggal seminggu sahaja lagi. Tik tok tik tok.






2 comments:

  1. Semoga selamat sampai rose! Akak guna Chrome macam biasa ok je rose hehe. Tengok atas phone juga kot.

    Bila berjauhan camtu dapat berjumpa sekejap-sekejap ianya cukup indah. Gunalah kesempatan yang ada sekejap itu dengan sebaiknya.

    Tapi ada orang kata yang jauh memang akan sentiasa diingatan berbanding dengan yang ada depan mata.

    ReplyDelete
  2. dulu2 akak kalau mls drive pun rajin naik bas utk balik kg, walaupun tak jauh mana takat balik johor je....

    cite psl tabung teringat thn lps akak ada buat tabung oren tp tak bertahan lama.... thn ni ingat buat tabung biru jelah, takmo niat je lbh tp tak ke mana sempat nabungnya

    ReplyDelete