Breaking

Tuesday, 30 January 2018

January 30, 2018

TIPS RAWATAN PEDIH ULU HATI YANG KITA PERLU AMBIL TAHU



Assalamualaikum. Pedih ulu hati. Korang pernah rasa tak? Cik Rose jarang kena, tapi beberapa minggu ni kerap pula. Sakit sangat rasanya. Tiap kali lepas makan, akan rasa pedih. Sampai Cik Rose kena urut-urut dada dan bahagian belakang badan dengan minyak, sampai sendawa. Ada masa, Cik Rose makan gel habatus sauda, Alhamdulillah rasa lega. 
Dek kerana sendiri rasa pedih ulu hati, maka Cik Rose kongsikan serba sedikit maklumat tentang pedih ulu hati ni. 


PEDIH ULU HATI
Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut menggangu kawasan bawah esofagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter(LES) tidak tertutup. Asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Ini akan menyebabkan kesan kimia terjadi. Kenyataan yang selalu digambarkan adalah sakit dada seperti terbakar. Selalunya terjadi selepas makan berat.
Pedih ulu hati adalah gejala biasa. Sekiranya ia terjadi sekali sekala ianya tidak perlu dirisaukan. Namun ada sesetengah orang mengalaminya berkali kali malah ada yang setiap hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Reflux Disease(GERD)
Ada yang akan rasa sesekali selepas makan, dan ada pula yang kerap terjadi. Bahaya sebenarnya jika hari-hari kita rasa. 
Tanda dan Gejala
  • Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada
  • Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan (ini yang Cik Rose rasa)
  • Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang tekak (pernah jugak rasa)
  • Sendawa
  • Batuk yang teruk
  • Suara menjadi serak
  • Pernafasan berbunyi seperti serangan asma.
Rawatan
Kebanyakan orang boleh mengawal ketidakselesaan pedih ulu hati dengan mengamalkan cara hidup sihat dan ubat ubatan tanpa preskripsi doktor. Tetapi sekiranya ia semakin teruk, ubatan ini mungkin hanya membantu untuk sementara waktu. Sekiranya anda mengalami(GERD) anda mungkin memerlukan ubatan lain untuk mengurangkan gejala.

Pencegahan
Sukatan pemakanan
  • Mengenalpasti dan mengelakkan makanan yang sangat memberi kesan kepada anda. Elakkan makanan pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkarbonat dan makanan yang diawet. Betul, Cik Rose ni suka makan pedas. Jadi, kena kurangkan lepas ni. 
  • Cuba untuk kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung biasanya terjadi akibat memakan makan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan dan menambahkan rasa perut yang penuh
Pengubahsuaian Cara hidup
  • Amalkan jumlah makanan yang sedikit. Makan jumlah yang sedikit dengan lebih kerap berbanding hanya dua atau tiga kali jumlah yang banyak.
  • Makan perlahan lahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya anda mempunyai masalah, letakkan sudu dan garfu setiap kali suapan.
  • Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang dengan perlahan lahan. Makan ketika dalam tekanan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut .
  • Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan dan ketidakcernaan

Apapun, memang kena ubah gaya pemakanan. Tak boleh makan banyak dalam satu masa. Dan juga tak boleh makan laju-laju. Sebab tu kita disarankan makan dengan kuantiti yangs edikit tetapi kerap kan. 

Alhamdulillah, sekarang dah tak rasa pedih ulu hati dah. Dua minggu kebelakangan ni memang kerap jadi. Sampailah Cik Rose makan gel habatus sauda, Alhamdulillah dah tak rasa dah. 

Pedih ulu hati tu, tak tahu nak cakap macam mana sakit dia. Tapi, memang tak selesa. 


Friday, 26 January 2018

January 26, 2018

Dilema Anak Perantau tatkala mendapat perkhabaran dari kampung halaman

Assalamualaikum. Bersiaran dari kampung. Cik Rose balik Kedah naik bas, malam tadi. Biasalah bila balik seorang mesti naik bas. Hihi. Kalau tak, nak naik apa.


Cik Rose cuba apps Bloguma ni untuk updated blog. Baru pertama kali try. Sebelum ni guna yang lain, ada problem pula dua tiga hari ni. Dah tulis panjang-panjang tak dapat nak publish pulak.. oh penat aih.

Bila google, ada yang cadangkan guna Bloguma. So, Cik Rose cuba. Korang guna apps apa ya? Share lah dengan Cik Rose. Boleh Cik Rose cuba juga. Kalau huna chrome biasa tu, susah nak updated blog. Tak dapat nak insert gambar. Alahai....

Balik kampung
Bila duduk jauh dari keluarga, mesti jadi risau kalau dengar apa-apa yang terjadi kat kampung kan. Mulalah jadi tak senang duduk dan risau. Cik Rose pun tak terlepas dari perasaan tu. Ya Allah, kau peliharalah ahli keluargaku.
Tajuk entry bukan main lagi dramatik! Hihihi.

Bila balik kampung, mak ayah yang paling gembira melihat anak-anak balik. Jadi, hargailah masa yang ada bersama. Sungguh Cik Rose cemburukan mereka yang duduk dengan dengan keluarga, Alhamdulillah rezeki mereka kan. Mungkin ada hikmah kenapa Cik Rose berjauhan. Semua ada bahagian masing-masing kan. Kena berlaoang dada dan menerima apa adanya.

Januari dah hampir sampai ke penghujung kan. Kejap je masa berlalu. Tak terkejar rasanya. Yang ada azam tu macam mana perkembangannya? Ada kemajuan tak?

Projek menabung
Dari awal tahun, Cik Rose dah set untuk konsisten menabung. Cik Rose teruskan tabung syiling. Dan Cik Rose wujudkan semula tabung hijau dan oren yang hampir berkubur last year. Hihihi. Moga Cik Ros berdisplin untuk terus menabung tahun ni. Korang pula macam mana?

Sikit -sikit, lama-lama jadi bukit.

Memang sekarang tak nampak, nanti hasilnya korang akan terkejut tau.

Kepulangan yang dinanti
Moga perjalanan suami dan rakan-rakan seperjuangan dipermudahkan nanti. Tak lama dah, tinggal seminggu sahaja lagi. Tik tok tik tok.






Thursday, 25 January 2018

January 25, 2018

REVIEW | Pertama Kali Makan di KyoChon Gurney Plaza - Restoran Makanan Korea

Assalamualaikum. Cerita makan di Restoran KyoChon. Sebenarnya dah lama pergi makan. Tahun lepas ni, masa tu pergi dengan kakak, adik dan anak sedara Cik Rose. Gambar ni pun duduk je diam-diam dalam draf,  Cik Rose tak publish lagi.

Kenapa tiba-tiba ada semangat nak keluarkan entry ni? Ni semua gara-gara Kim Jong Kook. Eh kenapa dengan Kim Jong Kook? Entah, tiba-tiba dia muncul dalam mimpi Cik Rose malam tadi. Bukan dengan ahli Running Man yang lain dan juga bukan dengan dengan team Turbo. Bersendirian je. Boleh pula jumpa di suatu tempat macam ala-ala desa gitu. Cik Rose minta ambil gambar lagi dalam mimpi tu. Aduh pengaruh Korea sangat tau.




Ok, kembali ke cerita asal.

Restoran KyoChon.
Masa kitorang ke Pulau Pinang, Gurney Plaza. Masa tu dok tanya-tanya nak makan mana. Semua macam tak ada idea, akhirnya adik Cik Rose cadangkan tempat ni. Dia memang tahu je kedai-kedai makan yang best. Cik Rose pertama kali makan di restoran makanan Korea. Tengok menu pun tak tahu nak pilih apa, sebab tak pernah makan. Tak tahu macam mana rasanya. Setelah dibantu oleh adik, kami pilih menu yang berbeza setiap orang. Hikhik.

Korang boleh tengok menu di bawah ni untuk lebih jelas :





Bila tengok drama Korea, bila part scene dorang makan tu, aduhai Cik Rose suka! Berselera je dorang makan. Semua nampak sedap. Nak-nak kalau ayam goreng tu. Bukan ayam goreng biasa. Ada perisa tertentu.

Dek kerana terpengaruh dengan scene makan drama Korea, Cik Rose order juga ayam. Pilih yang pedas, tak nak kalah. Haha. Yakin je boleh mengatasi tahap kepedasan yang ada. Dan tanpa melengahkan masa, terus order Red Pepper series!  Tadaaa, pilihan Cik Rose :



Review Cik Rose : Rasanya memang sedap, tapi pedas! Cik Rose yang suka pedas pun rasa mengalah dengan tahap kepedasannya tau. Tapi, dek kerana sedap, makan juga walau berair mata. Ke Cik Rose dah tak sekental dulu ni? Hikhik. Sedap dan kalau pergi lagi, Cik Rose akan repeat order.


Adik Cik Rose pula, order Honey Series. Yang ni sedap tau. Manis-manis sedap. Bukanlah manis air tu, just manis-manis madu. Hihi. Tapi, ada campuran bahan tertentu, yang menjadikan rasanya unik dan membuatkan kita nak ulang makan, hingga tak sedar pinggan dah kosong! Sedap, sampai Cik Rose tak sedar tersalah ambil ayam di pinggan adik. Hihi.


Ini pula pilihan kakak Cik Rose iaitu Salsal Series. Apa tu? Macam jejari ayam yang disalut bijirin beras. Yang ni sedap, ayam tak ada tulang katakan. Laju ja mengunyah!


Bila dah order ayam, order pula nasi. Kitorang pilih Chicken Fried Rice yang dihidangkan bersama telur. Nampak je kecil, tapi banyak dan mengenyangkan. Makan seorang tak habis masa tu, kena share. Bawah dia ada cheese, sebab tu rasa cepat kenyang. Beras dia pun lain kan, bukan macam kita makan hari-hari tu. Cik Rose kongsi dengan anak sedara masa ni. Betul-betul kenyang!


Air pula, Cik Rose pilih Mango . Yang lain pilih mineral water. Dorang tak minum air manis. Cik Rose je masih belum insaf. Hikhik.


Untuk orang yang tak pernah cuba makanan Korea macam Cik Rose ni, Cik Rose rasa macam nak pergi lagi. Hihi. Sedaplah ayam dia.

Sebelum makan, kita akan diberikan tisu basah dan sarung tangan plastik. Apalagi, memang pakailah sarung tangan tu. Dek kerana teruja makan dan mengunyah, tak sempat ambil gambar masa tengah makan. Sempat ambil gambar makanan je. Hihi.

Kalau nak mencuba sesuatu yang lain, korang bolehlah singgah ke Restoran KyoChon. Asyik makan makanan melayu dan fast food je , sesekali cuba pula makanan luar. Harga berpatutan dan servis pun terbaik.

Di sini Cik Rose sertakan alamat Restoran KyoChon yang kitorang pergi tu :

G Hotel – Penang
Lot-G-03A, Ground Floor,
168A Persiaran Gurney, George Town,
10250 Pulau Pinang.

Ok itu sahaja untuk kali ni. Selamat menjamu mata dan selera. Hikhik.

*apa maksud mimpi malam tu ya? Hahahha..


Wednesday, 24 January 2018

January 24, 2018

10 Melayu | Lagu 10 RAMD Rela Berjuang

Assalamualaikum. Hai! Apa khabar? Moga kita semua diberikan kesihatan yang baik. Apa khabar emosi korang? Moga emosi kita juga baik-baik sahaja. 

Hari ni nak bercerita mengenai lagu. Tak kisahlah lagu sekolah, lagu universiti, lagu negeri, lagu jabatan dan lain-lain. Korang masih ingat tak lagu-lagu sekolah korang? Cik Rose ni jiwa patriotik sikit, suka dengar lagu-lagu patriotik dan kenegaraan. Hihi. 

Nak tahu tak masa Cik Rose bertugas MINDEF dulu, Cik Rose suka benar masa perhimpunan bulanan. Nak tahu sebab apa? Sebab nanti ada pancaragam tentera mengiringi nyanyian lagu-lagu tentera. Rasa bersemangat kan. Dum, dum, dum! Bunyi drum. 

Macam tu juga bila dengar di tv masa sambutan hari Merdeka. Perbarisan waktu pagi tu. Semangat Cik Rose jadinya. 

Di kesempatan ni, Cik Rose kongsikan lagu 10 RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja) waktu Perbarisan Istiadat Mempamer Panji-Panji Rejimen Sempena Sambutan Jubli Emas. Cik Rose ada kongsikan melalui saluran youtube sendiri. Korang boleh tengok kat  bawah ya : 




Biasalah video fokus pada barisan suami sendiri! Hahaha. Ampunnnn maaf di atas berat sebelah tersebut. 

Sempena Sambutan Jubli Emas tu juga, suami Cik Rose ada beli syiling emas Jubli Emas. Buat kenang-kenangan di hari mendatang. Tadaaa: 

Bahagian hadapan syiling.


Bahagian belakang syiling.


Teruja Cik Rose dapat memiliki Syiling Emas ni. Hihi. Bolehlah bercerita pada anak cucu nanti kan. 


Tuesday, 23 January 2018

January 23, 2018

Jom Belajar : Rukun Solat



Assalamualaikum. Terasa nak berkongsi ilmu di blog sendiri. Sebagai panduam untuk diri sendiri dan pembaca-pembaca blog Cik Rose. Jadi, Cik Rose wujudkan tajuk ‘Jom Belajar’mulai hari ini. Tak salah berkongsi ilmu, setidaknya ada manfaat kuga perkongsian Cik Rose ni.



Hari ini Cik Rose mulakan dengan Solat. Buat yang dah tahu, kiranya perkongsian Cik Rose ni boleh refresh balik ingatan kita kan. Sama-sama belajar. 

Rukun Solat

Syarat dan Rukun Sembahyang

Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
  • Orang Islam.
  • Menghadap arah Kiblat
  • Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
  • Akil baligh
  • Melihat atau mendengar.
  • Jaga (tidak tidur)
  • Sudah masuk waktu sembahyang.
Syarat Sah Sembahyang

Syarat-syarat sah sembahyang ialah:
  • Sesudah masuk waktu sembahyang.
  • Menghadap ke arah Kiblat.
  • Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
  • Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
  • Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.
Rukun Sembahyang

Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
  • BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
  • NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
  • TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
  • MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
  • RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
  • IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
  • SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
  • DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
  • DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
  • MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
  • MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
  • MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
  • TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.
Perkara Yang Membatalkan Sembahyang

Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-
  • Batal Wuduk.
  • Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
  • Terbuka Aurat.
  • Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
  • Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
  • Tertawa Terbahak-bahak.
  • Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
  • Berubah Niat.
  • Mendahulu Imam sampai dua rukun.
  • Meninggalkan rukun Sembahyang.


Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk membaca. Moga perkongsian ini membawa kebaikan untuk kita semua. 

Monday, 22 January 2018

January 22, 2018

Perkembangan Mini Garden Cik Rose | Manfaatkan Ruang Koridor di Rumah Anda



Assalamualaikum. Hai, selamat pagi Isnin. Apa khabar semuanya? Moga baik-baik sahaja semua.. Doakan juga buat Cik Rose ya. 

Hari ni nak menulis tentang perkembangan Mini Garden Cik Rose.. Cik Rose selalu je share di facebook dan instagram peribadi. Jadi, untuk kenangan sendiri, lebih baik Cik Rose kongsi juga di blog. Untuk tatapan sendiri andai kata gambar-gambar pokok bunga di telefon Cik Rose di padam atau terpadam. 

Pokok bunga yang Cik Rose jaga bukan sentiasa berbunga. Ada pasang surutnya. Ada musim bunganya dan ada juga musim luruhnya, ala-ala Autumn In My Heart gitu. Hihi. Ketika berbunga, mestilah Cik Rose tak lepaskan peluang untuk ambil gambar. Kepuasan sendiri bila melihat bunga-bunga mekar..


Bila ada pucuk yang tumbuh, sudah pasti hati Cik Rose melonjak kegirangan. Alhamdulillah, pokok aku nak berbunga ni. Berkata sendirian dalam hati. Hihi. 


Namun, adakalanya ianya tak seperti yang dijangka. Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Bila cuaca tak menentu, ada pokok-pokok yang menunjukkan tanda sakit. Daun mula bertukar warna kekuningan. Anak-anak bunga tak jadi berkembang. Statik sahaja dan mula mengecut. Aduhai sedihnya hati. Salah kaedah penyiramankah, tak cukup air kah, terlebih air kah, terkurang baja kah.. Macam-macam persoalan yang bermain di minda. 


Segera mencari jalan penyelesaiannya. Banyak bereksperimen sendiri. Ada yang mula menunjukkan kesan yang positif, mula tumbuh semula. Tapi, normal bagi Cik Rose. Pokok-pokok pun ada kitarannya. Tak semua sentiasa segar mewangi kan. 


Kuncinya adalah sabar. Jangan bila pokok kita sakit, kita putus harapan. Dah tak semangat nak berkebun. Jangan macam tu. Kesian pokok-pokok kita. Ibarat habis madu sepah dibuang pula. Bila berbunga segar, kita belai dia. Dan bila ia sakit, kita tinggalkan pula. 


Berani mencuba. Ya, kena berani mencuba. Pokok kita tak sama tau. Kita yang harus mengenali bunga kita dengan mendalam. Kadang-kadang, baja yang kita guna sesuai dengan kita, ada orang cuba tak elok pula. Kadang-kadang kita siram dua kali sehari, ada orang siram sehari sekali sahaja. Semua tu bergantung juga di mana pokok-pokok kita berada. Adakah ia terdedah dengan cahaya matahari secara terus atau tidak. Semua iti perlu di ambil kira. 

Macam Cik Rose ni tanam di dalam pasu dan diletakkan di balkoni. Manakala teman baik Cik Rose pula di hadapan rumah(rumah teres). Maka, kaedah menjaga pokok bunga dah berbeza. Tak boleh ikut cara yang sama. Ini kerana cahaya matahari adalah terhad di balkoni Cik Rose. 


Di bawah ni, orkid-orkid Cik Rose yang mula berbunga. Setakat ni, Cik Rose ada 7 pokok orkid. Namun, hanya 4 pokok yang berbunga. Manakala 3 lagi dalam proses ‘rehat’. Alhamdulillah. Nak tahu tak, bunga orkid tahan lama tau. Ketahanan bunga tu hingga berbulan lamanya. Jika nak dibandingkan dengan bunga Ros dan Daisy, Orkid Cik Rose jauh kehadapan gitu! Hihi. 


Balkoni Cik Rose tak adalah besar sangat, namun cukuplah Cik Rose letak pokok-pokok bunga Cik Rose. Leka asyik membeli, tak sedar dah penuh balkoni tau. Hahaha. Kena tahan nafsu. Cukuplah tu, lebih baik tumpukan perhatian pada penjagaannya pula. 

Rak bunga di bawah ni, Cik Rose beli di kedai bunga(nursery). Ada dua pilihan warna iaitu bronze dan putih. Cik Rose beli bronze. Ada dua sebab. Pertama sebab nak kontrakan dengan pasu-pasu pokok bunga daisy tu. Pasu-pasu tu Cik Rose dah bi warna putih, maka rak tak bolehlah warna yang sama. Tak cantik di mata Cik Rose. Sebab kedua, beli bronze ni tak nampak kotor atau karat. Kalau warna putih, jelas nampak kalau berkarat. Rak bertingkat ni Cik Rose khaskan untuk bunga daisy. 


Untuk orkid, Cik Rose sangkut guna ampaian baju je. Hihi. Tak beli baru pun, guna yang memang dah ada. Beli dah lama dah di Tesco. Itulun rasa macam padat pula. Nak cari rak khas untuk orkid, belum jumpa yang memikat hati. Kena sabar mencari. Hihi. 


Di bawah ni pula pasu-pasu pelbagai pokok bunga. Ada pokok bunga Ros, pokok burung, orkid hutan dan lain-lain pokok. Yang atas bekas pink tu belum alih pasu. Biar dulu dia biasalan diri. Hihi. 3 pasu dinhadapan sekali yang besar tu, itulah pokok bunga Ros. Tengok, tengah berehat dari berbunga. Autumn katanya!  Baru habis berbunga tu. 

Alamak, lantai tak cuci lagi, dah kalut ambil gambar! Hikhik. Baru habis membaja dan gembur tanah tu. Sebab tu kotor sikit. Lepas gambar di ambil, Cik Rose dah cuci lantai. Eh motif cerita? Hikhik.


Gambar-gambar di atas koleksi pokok-pokok Cik Rose dan bukanlah di ambil dalam satu waktu yang sama. 

Di bawah ni, Cik Rose kongsikan video yang Cik Rose buat dan upload di youtube. Koleksi bunga-bunga Cik Rose di Mini Garden Cik Rose. 

Jemput tonton ya :



Cik Rose suka tanam bunga. Hilang stress dan hati gembira. Korang cubalah. Tapi, nak kena ada minat juga. 

Sebenarnya, untuk menggembirakan hati, korang buat apa sahaja yang korang suka dan minat. Jangan sekadar mengikut cara orang. Kita ni tak sama dan berbeza-beza. Buat sahaja apa-apa yang berfaedah. Ada yang suka buat kek. Bila kek dia menjadi dan sedap, dia happy. Macam tulah Cik Rose, bila pokok berbunga, happy bukan main. 

Ok sehingga berjumpa di entry akan datang. 


Sunday, 21 January 2018

January 21, 2018

DOA MEMBACA AL-QURAN

Assalamualaikum. Terpanggil untuk berkongsi Doa Membaca Al Quran ni dengan semua pembaca blog Cik Rose. 

Ada kenangan tentang doa ini dalam diri Cik Rose. Terkenangkan Cik Rose pada kenangan di sekolah rendah. Waktu itu di Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail, Sungai Petani, Kedah. Setiap pagi, sebelum perhimpunan bermula, Ustaz Nasir akan mengetuai membaca doa ini dengan alunan yang merdu. Apabila di ulang baca setiap hari, semua murid-murid jadi mudah menghafal. 

Sungguh Cik Rose rindu kenangan lalu.

Di sini, Cik Rose kongsikan doa ini dengan korang. 


Moga kita semua mudah membaca Al Quran dan sentiasa meningkatkan bacaan. Cik Rose sendiri masih belajar. Sekarang ni, di office Cik Rose, ada kelas tajwid pada setiap hari Ahad. Alhamdulillah, dapat berkumpul dan menimba ilmu. Sama-sama meningkatkan bacaan dan mempelajari hukum tajwid.



January 21, 2018

SINOPSIS LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU DI ASTRO RIA

Assalamualaikum. Drama terbaru di Astro Ria, Lafazkan Kalimah Cintamu. Korang tengok tak? Dah episod 4. Esok, bakal ditayangkan episod 5. Cik Rose tak sabar nak tunggu. Episod 1, 2 dan 3 sedih tau. Menangis Cik Rose! Lakonan terbaru Farid Kamil dan Nelydia Senrose. Drama ni adaptasi novel popular hasil nukilan Siti Rosmizah.

Cik Rose suka je lakonan Nelydia Senrose ni, best! Sebab tu setia menanti setiap episod, jam 10 malam.


Cik Rose sertakan sinopsis drama ni ya dengan korang.

SINOPSIS LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

PELAKON : Nelydia Senrose, Farid Kamil, Nadiyah Shahab, Adriana Adnan, Farez Ridzwan, Imam Shah, Azri Iskandar, Liza Abdullah, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nazia Mustafar, Nur Qistina Raisah, Erissa Puteri


January 21, 2018

Makan bertambah-tambah dengan lauk yang simple tapi sedap



Assalamualaikum.. Selamat malam. Sekali baca tajuk entry ni, Cik Rose rasa nak tampar diri sendiri. Hahaha . Tapi, itulah yang berlaku. Lauk simple pun, nasi bertambah! Macam mana ni??? Makin bertambahlah lelemak dengan jayanya. Hikhik. 

Cuti hari minggu korang ke mana? Wahhh jalan-jalan ya? Seronoknya. Niat Cik Rose nak balik kampung pada mulanya minggu ni. Namun, tak jadi atas sebab-sebab tertentu. Maka, Cik Rose tangguhkan ke minggu depan. Insyaallah. 

Jumaat lepas, Cik Rose masak sambal ikan bilis rangup dan sup bebola ikan. Kalau sambal ikan bilis, Cik Rose memang suka yang digoreng dahulu. Berbeza dengan mak Cik Rose. Mak suka yang tak goreng. Maka, hasil memasak seorang, inilah hasilnya : 

Sambal ikan bilis goreng rangup. Hai sedapnya. Nyum nyum. 


Ni pula sup dragon ball. Eh sup bebola ikan.. Cik Rose buat pekat kuah supnya. Makan panas-panas, aduhai.... sedap!


Nasi, mana nasi? Eh mestilah ada. Hikhik.


Kadang-kadang selera kita ni tak dapat nak duga. Ada hari nak yang simple jer... Nasi bertambah. Ada hari lauk sedap-sedap, tapi tak ada selera pula.. 

Apapun, bersyukurlah dengan rezeki yang kita ada. 

Tiba-tiba tekak rasa nak makan kek. Eh eh ewah ewah sangat! 

Esok kerja. Bermulalah perjalanan kehidupan seperti biasa, bangun pagi pergi kerja. Dan balik lewat petang. Alhamdulillah, dengan apa yang dimiliki. 

Kurang dua minggu lagi Mr Army nak balik. Cik Rose is tak sabar. Tak sabar nak ketemu. Hihi. Moga dipermudahkan semuanya. 

Di kesempatan ini, Cik Rose mohon anda sedekahkan Al Fatihah buat teman suami Cik Rose. Yang telah meninggal dunia pagi Jumaat iaitu semalam. 


Allah, sebaknya rasa hati. Bagaimana pula rasa hati isteri, anak dan keluarga Arwah. Moga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman. 

Di laman sosial, ada teman-teman Cik Rose yang kongsikan berkenaan pemergian arwah, sedihnya rasa hati ni. Pemergian arwah bertugas, ditunggu dengan penuh sabar oleh isteri, anak dan keluarga. Selama dua bulan berpisah. Kurang dua minggu lagi sepatutnya akan habis bertugas, dan itulah detik yang gembira buat semua ahli keluarga. Namun, Allah lebih sayangkannya. 

Moga semua yang bertugas di sana di berikan perlindungan Allah dan moga dipermudahkan semuanya di sana. 

Berat mata yang memandang, berat lagi bagu yang memikul.


Friday, 19 January 2018

January 19, 2018

Setiap yang berlaku ada hikmah dariNya




Assalamualaikum. Tik tok tik tok. Kejap je masa berlalu. Hari ni 19 Januari 2018. Dah lebih separuh bulan Januari. Awal tahun ramai yang bercakap tentang azam dan impian di tahun baru. Cik Rose juga punya impian. Ada beberapa impian. Cukuplah hanya Cik Rose simpan dalam hati dan terus berusaha untuk mencapainya. 


Tadi kemas-kemas laci dan Cik Rose jumpa gambar di bawah ni : 


Alahai rindunya. Tu gambar anak sedara Cik Rose yang pertama. Gambar lama.. Sekarang Nel dah tingkatan 3 dah!

Gambar kat bawah ni pula Nel dan adiknya, Dania. Aduduhhh rindu Mak Ude! Sekarang semua dah besar. Hihi. 


Alhamdulillah sekarang Cik Rose dah ada 5 orang anak sedara. Doranglah tempat Cik Rose menumpang kasih. 

Allah tahu apa yang terbaik buat Cik Rose. Setiap yang berlaku ada hikmahNya. Siapa kita untuk mempersoalkannya kan. 

Cik Rose berdoa moga kami suami isteri dan pasangan yang lain juga dipermudahkan untuk mempunyai zuriat. 

Tahun 2018 dah bermula, moga kita berusaha untuk jadi lebih baik dari sebelum ini. 



Thursday, 18 January 2018

January 18, 2018

Jalan-Jalan Melaka | Taman Rama - Rama & Reptilia, Melaka



Jalan-Jalan Melaka | Taman Rama - Rama & Reptilia, Melaka. Assalamualaikum. Ni bukan percutian baru Cik Rose. Sekitar Februari 2017. Cuma, Cik Rose baru berkesempatan nak menulis sekarang. Lama benar di simpan memori dalam draft. hihi.
Hampir setahun.

Ok, sedikit pengenalan tentang Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka :
Taman Rama - Rama dan Reptilia yang terletak bersebelahan dengan pintu masuk ke Melaka melalui Plaza Tol Ayer Keroh telah dibuka kepada orang ramai sejak 1 Februari 1991. Taman Rama - Rama dan Reptilia ini adalah yang paling komprehensif didunia, menempatkan lebih daripada 200 spesis serangga tempatan termasuk yang sukar di dapati seperti 'Raja Brooke' dan 'Birdwing'. Terdapat juga lebih daripada 400 spesimen serangga.


Masa Cik Rose pergi tu harga tiket untuk dewasa adalah RM22 dan kanak-kanak RM16 untuk yang berumur 3 tahun ke atas. Jika ada kad OKU, dapat diskaun 50% dan warga emas juga ada diskaunnya.Pada Cik Rose harganya mahal. Mana ada yang murah sekarang ni kan. hihi. 

Cik Rose pergi berdua dengan suami masa tu. Kitorang gerak waktu pagi dari Batu Pahat. Dalam pukul 10 macam tu lah. Dan tiba di sana dalam tengahari. Memang dah set nak ke sini. So, keluar je dari highway Ayer Keroh terus menuju ke sini. Tak singgah mana-mana dah.


Di sini bukan sahaja ada rama-rama, ada juga pelbagai jenis haiwan reptilia. Sebab tu nama dia Taman Rama-Rama dan Reptilia. Jangan salah faham. hihi. Ada burung, buaya dan serangga lain.

Masa mula-mula masuk, korang akan nampak sangkar-sangkar burung dulu. Tempat-tempat macam ni memang suami Cik Rose sukalah. hihi. Beliau tak gemar jalan-jalan tempat yang macam mall atau yang bangunan-bangunan. Macam mana nak terangkan ek. Kalau aktiviti outdoor macam ni sukalah. Yang boleh berjalan-jalan atau pun tempat sejarah-sejarah. hihi.

Ok, jom tengok beberapa keping gambar yang sempat Cik Rose ambil di permulaan laluan masuk. 









Cik Rose ada juga ambil video burung berkicau. Nanti Cik Rose share di akhir entry ya.

Di satu sudut, ada disediakan ruang bergambar dengan burung dan iguana. Tapi, berbayar jugak. Apalagi, terjebak kami suami isteri. hihi. Cik Rose akan guna ayat 'ala abang, bukan selalu'. hahaha. Maka, duduklah kami di kerusi menanti pekerja mereka meletakkan burung di bahu dan iguana di atas riba. Suami Cik Rose ok je. Cik Rose pulak yang gerun. hihi. Geli sebenarnya. Burung ok lagi, iguana tu Cik Rose takut. Siap cakap kat suami, kalau kena libas macam mana ni? . Adoii pengaruh drama sangat. Walau geli dan takut-takut, senyum tetap senyum. hikhik.



Selepas bergambar bagai tu, terus menuju ke pintu Taman Rama-Rama. Beginilah rupa pintunya. 


Korang kena meneruskan perjalanan kalau dah masuk. Tak boleh main patah balik pulak. Bagi Cik Rose, tempat ni tak sesuai untuk orang tua atau yang sakit kaki. Kena banyak berjalan dalam ni. 

Kat dalam ni pantang tengok apa-apa, semua Cik Rose nak ambil gambar. hihi. Maka, akan banykala gambar dalam entry ni ya. Itupun jenuh nak tapis ni. 

Belimbing tu jangan di ambil pula. Kang termakan, naya. hihi.


Kat dalam ni memang rama-rama akan singgah dan hingga ke anggota badan kita. Jadi, bolehlah bersedia ambil gambar! hikhik. 


Cik Rose tahu Cik Rose manis, tengoklah atas kepala Cik Rose ni. Bersusun! Menutup batu -batu tudung. Lawa jugak. 


Di dinding-dinding pun banyak. Cik Rose ni bukan pakar rama-rama. Tapi kan, kat dalam ni, pada mata Cik Rose banyak kupu-kupu jer, Rama-rama sikit je. hahaha. 


Sangkar berhias. Bolehlah buat-buat kenangan. Suami Cik Rose tegur, ni pun nak ambil gambar ke? hihi.


Banyak kan? Memang lembap je kawasan ni. Ada juga video yang Cik Rose ambil. Nanti Cik Rose tunjuk kat bawah entry ya. 


Ok, dah selesai dalam Taman Rama-Rama tu, kita menuju ke kolam ikan. Laluan kecil yang mendamaikan. Sejuk je rasa dengan pokok-pokok besar di sekeliling. Kalau tak ramai pengunjung, Cik Rose takut sikit. Hihi. Nasib baik ramai masa ni. Maklumlah hari cuti hujung minggu. 


Suami Cik Rose feeling-feeling nak bagi ikan makan. Maka, tertipulah ikan-ikan ni. Sebab sangkakan ada makanan, rupanya hulur tangan kosong je. Gaya mesti ada katanya! 


Cik Rose pun feeling juga atas jambatan tu. Menanti putera datang! Hahaha.


Geram je Cik Rose tengok ikan-ikan ni. Kalaulah ada rezeki buat rumah di kampung-kampung, memang akan disuarakan untuk buat kolam mini untuk Cik Rose. Tak salah punya impian kan. 


Ala, macam kesian pulak tengok ikan-ikan ni nganga mulut. Tapi, kitorang memang tak bawak makanan.


Banyakkan ikan-ikan kat sini.


Tengah feeling-feeling menyanyi : 

Wahai bondaku...bondaku si ikan kaloi,
Timbullah bonda oi..timbullah tunjukkan diri,
Nasi melukut dengan sayur keladi,
Nasi melukut sayur keladi,
Untuk bondaku di pagi hari,
Wahai bonda ibu kandungku




Selepas melalui kawasan kolam ikan ni, ada papan tanda di bawah menunjukkan arah. Ha, ada taman ular, ada kampung buaya, arnab dan lain-lain.


Tengok buaya tu. Aih tengah nganga! Lapar ke mengantuk ni? 


Seterusnya taman ular pula. Ada beberapa keping gambar yang sempat Cik Rose ambil. Bukan Nagin tau. Aduh pengaruh drama!



Kemudian kami tengok  Emu Ranch. Jenuh Cik Rose google dulu apa Emu Ranh ni tau. hahaha. Tak tahu, bertanya. Nanti sesat jalan. Hihi.



Besar kan telur Burung Emu.


Kemudian, kami menuju ke Taman Rama-Rama II. Indoor. Lebih kepada rama-rama yang telah di awet. Cantik warna-warnanya :


Berbagai-bagai jenis yang ada kan :


Dalam ni gelap.. Suara pun bergema jadinya.


Macam-macam jenis yang ada dengan pelbagai nama. Jenuh nak mengingat. 


Di penghujung sekali ada kedai cenderahati. Cik Rose tak beli apapun. Mulanya tertarik dengan rama-rama yang di awet. Ada juga dijual. Tapi, harganya memang mahallah kan. Unik. Tapi, bila fikir-fikir balik, tak jadi beli. hikhik.

Sekian perjalanan kami dalam Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka. Untuk pertama kali pergi ni, oklah pada Cik Rose berbaloi. Tapi, untuk ulang pergi, tak kot. Sebab Cik Rose mudah jemu tengok benda yang sama. Nak pergi tempat yang belum pernah pergi pula. 

Pendapat Cik Rose, kalau pergi dalam keluarga kecil, ok. Cumanya terasa berat jika pergi dalam satu keluarga yang besar sebab harga tiket yang tinggi. 

Saksikan video ringkas yang Cik Rose sempat ambil di sana ya. Ala video kicauan burung, rama-rama berterbangan dan ikan berenang-renang je. hikhik.




Dan lagi satu nasihat Cik Rose, kalau nak jalan-jalan sekitar Melaka, jangan pergi hari cuti hujung minggu, cuti sekolah dan semua cuti yang ada. Hihi. Nanti jalan jammed dan perjalanan memakan masa yang panjang. Lebih baik pergi hari biasa, melainkan kalau korang memang suka menempuh kesesakan jalan raya. Hikhik.