Sunday, December 03, 2017

Sesekali meluah, tak salahkan.



3 hari berlalu. Entah kenapa kali ni, jiwa seakan tidak kuat. Tak sekental seperti selalu. Sedang hati tahu, ianya kitaran biasa. Mungkin peningkatan usia telah membuatkan jiwa kembali sensitif. Hati meraung semahu-mahunya. Air mata turun tiada sekatan. Cik Rose tak kuat. Cuba berlagak kuat seperti selalu,. 

Pagi ni bangun pun rasa lemah je.. sibukkan diri dengan berkebun. Siram bunga, cantas sana sini, bubuh baja. Senyum terukir melihat ada bunga yang berkembang. Ada juga daun-daun yang baru tumbuh. 


Doa.
Moga semuanya baik-baik di sana. Doa yang baik-baik, jadi yang baik-baik.

Sesekali meluah di sini, terasa lega sebentar. 



Tak bersemangat. 
Terasa benar lemah emosi sekarang. 

Counting days.
Seperti biasa, akan terus membilang hari. Moga waktu pantas berlalu. 

#cikrosewithmrarmy

Sunyi sepi malam tanpa sinar bulan
Sesepi diriku sendiri dalam penantian
Tak tahan rasanya gelora di jiwa 

Ingin segera bertemu
Duhai kekasihku, duhai pujaanku
Aku rindu kepadamu


Lagu tu lagu.. hihi. Lagu Wulan Merindu tu bermain di bibir Cik Rose sekarang. Tukar kepada Cik Rose Merindu. Hihi.. 




2 comments:

  1. nape ni, sis rose...arap ceria2 selalu ye...semoga Allah memudahkan urusan cik rose.. :)

    ReplyDelete
  2. Sesekali kita kena luahkan ros..jgn memendam..bila luahkan mesti lega

    ReplyDelete