Review Blur Cream dari Pure Beauty - INILAH REALITI

Sunday, 3 December 2017

Review Blur Cream dari Pure Beauty



Assalamualaikum. Korang pernah tak dengar jenama Pure Beauty? Cik Rose sebelum ni memang guna CC Cream dari Pure Beauty. Cik Rose ada tulis dalam blog. Best guna cc cream tu. Kalau pakai tu, elok je muka(tahan lama). Sesuai dengan kulit Cik Rose. Cik Rose guna yang kod natural. Harga dalam RM40++.

Baru-baru ni, Cik Rose beli pulak Blur Cream. Apa blur cream ni? 


Blur cream ni kita pakai lepas dah pakai toner, krim pelembab( kalau korang pakai la). Lepas tu pakai blur cream, baru pakai foundation ke, compact powder ke, bb cushion ke. Macam Cik Rose, dah pakai blur cream ni, terus pakai compact powder je. Tak pakai foundation. Ni kira nak cepatlah. Kegunaan harian untuk ke tempat kerja. Kalau nak cepat pakai, pakai ni je. Nak berfoundation bagai tu tak sempat. Fungsi blur cream ni macam menutup cela juga, di samping merawat. 


Dah nama pun blur cream, jadi dia memang jenis cream. Pakai sikit sudah memadai. Jangan takut, ianya tak akan merubah tona kulit. Nampak je warna dia macam tu, bila dah apply kat muka, jadi natural je. Tu yang Cik Rose suka. Ia juga tak menyebabkan muka Cik Rose bercapuk atau berpeluh. Setakat ni memang ok. 


Packaging dia lawa kan. Hitam pink. Nampak menarik di mata Cik Rose. Eh produk Pure Beauty ni memang sesuai dengan Cik Rose. Bila pakai, tak ada tumbuh jerawat kecil-kecil ke apa. Bukan apa, sesetengah produk krim ni, bila pakai, akan tumbuh jerawat kecil-kecil di wajah Cik Rose. Maknanya Cik Rose kena stop pakailah kalau jadi macam tu. Ruginya RM.. huhu. Tapi, dengan blur cream ni ok. Tak jadi apa-apa yang negatiflah. Setakat ni Cik Rose dah ada dua jenis produk dari Pure Beauty. Cc cream dan blur cream ni. Hari tu hampir-hampir nak beli skincare dia. Tapi, Cik Rose tahan nafsu. Hahaha. Sebab sekarang tengah displin pakai Safi Rania Gold. 


Harga Blur cream ni dalam lingkungan RM40++. Kalau beli di Watsons, kadang-kadang ada offer untuk pemegang kad Watsons. Masa tu lah kena beli. Nak membeli ni kena tengok juga harganya kan. Hihi. 


Ni review peribadi Cik Rose. Cik Rose beli, Cik Rose guna dan Cik Rose kongsikan di sini. Memang Cik Rose puas hati. Yeayyy!


5 comments:

  1. Lin pun pakai CC cream pure beauty. Rata dan long-lasting, pastu tak ada jerawat kecik-kecik. Yang paling best buat muka glowing je, kalau selfie nampak macam edit pun ada. Pernah pakai waktu malam, ambil gambar guna flash baru perasan memang ada particle bersinar kat muka. Sebab tu bila pakai waktu siang muka nampak glowing.

    ReplyDelete
  2. BLUR CREAM pun ade gak ek..tau bb cream je...

    ReplyDelete
  3. First time dnga pasal blur cream

    ReplyDelete