Thursday, November 02, 2017

REVIEW | EYESHADOW TARTE YANG CANTIK DAN TAHAN LAMA



REVIEW | EYESHADOW TARTE YANG CANTIK DAN TAHAN LAMA . Assalamualaikum. Nak bercerita santai mengenai kecantikan. Wahhh beauty gitu. Dalam entry-entry sebelum ni Cik Rose ada menulis tentang APPS SEPHORA dan Blusher Sephora kan. Jadi, hari ni nak menulis tentang eyeshadow pulak. Juga Cik Rose beli melalui apps Sephora. 



Cik Rose beli Tarteist Treats Eye & Lip Set. Dalam set ni ada eyeshadow, mascara dan Lip Tint. Harganya adalah RM112.00. Tapi, kalau beli berasingan , jadi mahal tau. Better ambil yang set macam ni. Untuk updated terkini, dah out of stock bagi set ni. Iyalah Cik Rose beli dari bulan 5 lagi kan. 



Tergoda dengan Tarte bila tengok dengan mata sendiri di Butik Sephora.Tapi, masa tu tak beli pun. Bila dah hari-hari tengok di apps Sephora, mana nak tahan. Tu yang buat keputusan untuk beli sambil 'pejam mata'. hihihi. Cayalah, pejam mata! Terpaksa ku relakan gitu.  Ekslusif packaging nya . Hitam dan gold. Yang ini bersaiz mini, senang nak bawa travel. Eh. hikhik. Macam ada niat nak travel je ni.



Tengok tu, siap ada cermin. 2 in 1. Tak susah-susah tertinggal cermin lah, cermin pecahlah. Banyak pulak alasan. Ni siap cermin tau, mudah! Berus tu, berasingan ya. Cik Rose beli berus dari Maybelline dulu.Seakrang ada lagi ke ek. Macam tak ada. Mungkin masa tu free gift kot. Siap dapat kotak kecil tu dengan set berus. Kadang-kadang tak guna pun berus, pakai eyeshadow guna jari jer. hihihi.


Ada 6 pilihan warna di dalamnya. 3 warna matte dan 3 shimmer. Warnanya memang cantik-cantik. Alhamdulillah, kena dengan minat Cik Rose lah kan. Nama kod warna yang ada ialah drive, stylin, hype, crisp, boss, dan dominate. Cik Rose suka campur je eyeshadow ni. Paling suka, warna stylin dan dominate. Im lovin it, katanya!


Sekali sekala berbelanja, apa salahnya. Cik Rose ni bukan jenis yang selalu shopping tau. Tapi, kadang-kadang tu teringin. hikhik. Eyeshadow ni jugak tahan lama, so memang berbaloi dengan harganya.  Korang suka tak pakai eyeshadow? Kadang-kadang tu Cik Rose tengok orang lain pakai, cantik jer. Bila sendiri pakai, so~so pulak. hihi. Camner ni? Kena belajar teknik yang betul ni. 


Korang suka pakai make up tak? Mesti pandai make up kan. Cik Rose ni biasa-biasa je. Tak pandai pun make up. Asal boleh je. Tapi, memang suka je tengok tutorial make up. Nampak senang je make up, tapi bila cuba, eh eh kenapa tak jadi ni. Hihi. Siapa sama juga macam Cik Rose, mengalami situasi sebegitu? Ke Cik Rose sorang je ni. 

Perempuan dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Mata kita ni kan suka tengok yang indah-indah. Namun, cantik di mata kita semua adalah subjektif. Berbeza-beza tahapnya. Bagi Cik Rose, semua wanita/ perempuan cantik. Kita miliki kecantikan yang berbeza. Mana ada orang yag sama. Ingatan buat diri sendiri dan rakan pembaca, jangan suka melabel orang ni cantik, orang tu tak cantik. Amboi... biasa tu! Tak nak macam tu yer. 

Tarte dan Sephora, mohon beri Cik Rose set make up. Boleh Cik Rose melawa. Eh boleh Cik Rose review. hikhik.

p/s : Ini adalah review peribadi Cik Rose, bukan sponsor post. Ahakss. 



3 comments: