Friday, November 10, 2017

Mencari Catering Yang Sedap Untuk Majlis Kecil di Sungai Petani, Kedah

Mencari Catering Yang Sedap Untuk Majlis Kecil di Sungai Petani, Kedah. Catering yang sedap-sedap ni memang banyak. Tapi, nak order tu ada limit dia kan. Selalunya had yang ditetapkan tu tinggi. Tertumpu untuk majlis perkahwinan dengan minimum order, 500 pax. Banyaknya. Sedangkan kita ni nak buat majlis kecil-kecilan sahaja. Contohnya pernikahan, tunang, birthday party, doa selamat, open house dan lain-lain. 

Mana  nak cari catering ni? Bukan semua orang pandai masak untuk portion yang besar, maksudnya lebih dari jumlah  ahli keluarga. Dan bukan semua juga ada masa untuk memasak. Nak nak sekarang ni, ramai yang berkerjaya kan. Pening kepala juga memikirkan tentang juadah. Sedangkan majlis dah dekat. 

Eh eh eh, korang jangan risau. Cik Rose akan menyelesaikan masalah korang. Hihi. Tapi ini khas buat orang-orang Sungai Petani, Merbok dan kawasan sekitarnya. Cater4u_sp ada untuk membantu. Menyediakan pebagai jenis menu makanan dengan minimum order sebanyak 50 pax. Korang boleh terus call atau whatsapp Syafiq di 0125203766 . 


Antara menu yang paling banyak ditempah ialah set nasi beriani dan set nasi tomato. Aduhai sedapnya. Daging Masak Hitam pula lauk yang paling popular! Tapi, jenis makanan tidak terhad kepada dua menu tu je. Korang boleh pilih pelbagai menu, Insyaallah. 

Kat sini Cik Rose kongsikan beberapa keping gambar ya. 







Macam mana? Tergoda tak. Nyum nyum sedap!

Untuk info lanjut boleh berhubung dengan Syafiq 0125203766



1 comment: