CARA MAKE UP TAHAN LAMA DAN TIDAK BERCAPUK DENGAN BEAUTY IN THE DROPS

November 13, 2017



CARA MAKE UP TAHAN LAMA DAN TIDAK BERCAPUK DENGAN BEAUTY IN THE DROPS |Assalamualaikum. Setiap wanita sukakan kecantikan. Kecantikan yang mana? Cantik ni subjektif kan. Susah nak terangkan.  Ada wanita yang suka bermake up, dan ada pula yang kurang gemar make up. Cik Rose suka tengok orang yang pandai make up tau. Tapi, nak make up sendiri belum tahap pandai. Oles-oles bedak je orang kata. Hihi. 

Korang, Cik Rose nak memperkenalkan sesuatu ni. Yang pasti, ianya best! Beauty In The Drops. 




Korang pernah dengar tak Beauty In The Drops ni? Yang tak suka pakai make up tu, haruslah memilikinya. Sapu hari-hari, wajah cantik semulajadi! Yang suka bermake up pula, lagilah perlu pakai. Jadikan sebagai primer. Bukan sahaja make up tahan lama, malah tak bercapuk. Korang pakai foundation  mahal-mahal, last-last bercapuk, rugi je tau. Sebab tu kena pakai primer dulu. Nak cari primer yang sesuai pula bukan mudah. Ni Cik Rose cadangkan korang guna Beauty In The Drops dari 9Herbs. Memang berkesan, make up jadi lagi cantik uols.

Beauty in the Drops merupakan UV Face Primer dan Luminous Day Serum. Ia dijadikan sebagai asas sebelum make up atau sebagai make up finisher. Juga boleh digunakan tanpa make up. Yang ni Cik Rose suka. Nak keluar rumah, sapu je dulu. Terus confident! Nak tahu tak,  Beauty in the Drops ni mengandungi minyak Argan dan minyak Jojoba yang sangat kaya dengan antioksidan dan membantu mengawal minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Selain itu, ia juga mengandungi Vitamin E untuk anti-penuaan. Baunya best! Wangi dan menyegarkan, kerana ianya terhasil dari minyak aromaterapi. Ok, Cik Rose terangkan dengan lebih lanjut di bawah ya.


KANDUNGAN BEAUTY IN THE DROPS

MINYAK ARGAN

Kaya dengan Vitamin E dan Omega 3, 6 & 9. Sesuai untuk semua jenis kulit.

* Sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan penuaan kulit.
* Melembapkan dan menegangkan kulit.
* Menghaluskan dan mencerahkan kulit.
* Mengatasi jerawat, radang dan sunburn.
* Menjadikan kulit lembut dan bersinar secara semulajadi.


MINYAK JOJOBA

Ianya lilin cair atau Wax Ester yang memiliki ciri-ciri yang sama dengan struktur kulit manusia. Sesuai untuk kulit sensitif.

* Melembut, melembap dan menghaluskan kulit.
* Mengatasi masalah kulit berminyak dan mencegah jerawat.
* Mencegah oksidasi kulit sebagai anti penuaan.
* Anti radang.
* Menjadikan kulit sihat dan cantik.



Cara Penggunaan Beauty In The Drops ni senang je. Goncang dulu sebelum digunakan.  Titikkan pada dahi, pipi, hidung dan dagu, kemudian ratakan ke seluruh wajah anda. Tak melekit dan cepat meresap. Tapi, jangan pakai banyak sangat pula. Less is more yer. hihi. Untuk kesan lipstick yang lebih lama dan fresh, boleh titikkan  pada bibir dan ratakan. Serbaguna kan.


KELEBIHAN BEAUTY IN THE DROPS ?

* Menjimatkan masa. Yes, tepat sekali.
* Mencantikkan dan merawat wajah -Korang patut cuba.
* Mengandungi 100% bahan semulajadi -Minyak Argan dan Minyak Jojoba.
* Bersih dan rawat kulit dari dalam.
* Kulit lebih cerah dan glowing tanpa makeup – Cik Rose suka!
* Tiada bahan kimia merbahaya.
* Tiada kesan sampingan.
* Sesuai untuk semua jenis kulit.
* Kaya dengan antioksida.

BERKESAN UNTUK

* Menjadikan wajah jelita secara semulajadi
* Merawat bintik dan tompok hitam di wajah
* Mengurangkan garis halus dan kedutan
* Menutup liang pori bekas jerawat
* Mecerahkan wajah
* Melembabkan wajah
* Menegangkan wajah
* Melembutkan kulit wajah
* Merawat tona kulit tidak sekata
* Merawat kulit kusam
* Merawat kulit berminyak
* Menghilangkan jerawat halus
* Menghalang pertumbuhan jerawat baru




Satu botol Beauty in the Drops ini mengandungi 30ML bersamaan 750 titik dan ianya dapat bertahan selama 3 hingga 4 bulan mengikut kekerapan penggunaannya.

Masa first time guna, Cik Rose dah tertarik dengan packagingnya, maklumlah purple. hihi. Isi dalamnya pun purple. Purple ada glitter-glitter.  Tapi, jangan risau ianya jernih, tak adalah purple muka korang tu. Hihi. Teskturnya tak akan menjadikan wajah korang melekit ya. Bila sapu di wajah, Cik Rose perasan cantik pulak. Hihi. Jangan marah ya. 



Ada berita gembira untuk semua pembaca Blog Cik Rose ni. Jeng jeng jeng. Untuk pembelian Beauty in the Drops di website 9Herbs, korang berpeluang menikmati special offer dengan menggunakan Promo Code IMC-BitD#1

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram

Whatsapp
012-454 0187Kak Raaina


#9herbs #BeautyintheDrops #SafeEffectiveConvenient


You Might Also Like

1 comments

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion