Breaking

Monday, 30 October 2017

October 30, 2017

Beli Cermin Mata di EFC BP Mall Batu Pahat dengan harga yang murah




Beli Cermin Mata di EFC BP Mall Batu Pahat dengan harga yang murah | Assalamualaikum. Selamat malam. Apa khabar semuanya? Petang tadi, hujan sangat lebat di tempat Cik Rose. Dengan kilat. Allahuakbar. 

Malam ni nak cerita tentang cermin mata. Ye, Cik Rose ni rabun jauh. Sebenarnya ini kali kedua Cik Rose buat cermin mata. Yang pertama buat dah. Pilih bingkai warna purple lagi, warna kesukaan. Tapi, tak tau kenapa. Rasa tak selesa bila pakai. Sakit kepala dan mata, mungkin tak biasa pakai kan. Kawan-kawan nasihatkan agar Cik Rose pakai hari-hari. Tapi, tak pakai sangat pun. Kadang-kadang je pakai. Aduhai... 

Nak dijadikan cerita, kawan-kawan di office ada buat cermin mata. Ada offer kata mereka. Buy 1 free 1. Oh oh oh... Cik Rose tergoda! Beli satu bingkai dan dapat satu bingkai percuma. Cermin/kanta harga berasingan. Tapi, masih di tahap yang murah Cik Rose rasa. Ada pilihan bingkai bermula dengan harga RM58 - RM118. Manakala cermin/kanta pula ada yang RM68, RM98 dan lain-lain. 

Setelah tergoda dengan rakan-rakan, dan juga memikirkan kebajikan mata sendiri, Cik Rose mengajak suami teman ke BP Mall. Tujuan utama nak beli cermin mata! Oh happy bukan main masa tu. Hihi. 

Sampai di sana, terus menuju ke kedai cermin mata EFC atau nama penuhnya adalah Eye Factory  Concept. Senang je nak jumpa. Korang masuk melalui pintu utama BP Mall, terus je  dan kedai  EFC berada di sebelah kanan. Masuk-masuk, terus check power mata. Lepas dah check power mata, pilih bingkai. Aduhai payahnya nak pilih. Niat di rumah nak beli cermin bulat yang besar ala-ala korean look. Tapi, bila sampai sana terus berubah konsep. Tak confident katanya. Ha ha ha. Maka, pilih bingkai yang biasa orang pakai je. Dah pilih satu, kena pilih lagi satu. Maklumlah buy 1 free 1 kan. Hihi. Warna pilihan adalah purle dan hitam/pink.

Dah settle pilih bingkai, masuk bilik khas check power mata secara detail. Tup tap tup tap, selesai. Masa untuk buat pilihan nak cermin macam mana. Mulanya Cik Rose nak cermin yang berubah warna kalau kita dok tengah panas tu. Aduh, apa ek namanya. Masa dok taip post ni la boleh lupa namanya. Hihi.. Tapi, dorang cadangkan Cik Rose ambil cermin lain. Sebab kerja Cik Rose banyak menatap komputer kan. Dorang cadangkan pilih yang jenis yang Cik Rose beli ni sebab cermin ni macam melindungi mata kita la. Bukan suka-suka cahaya atau pancaran tu tembus ke cermin dan mengganggu mata. Siap buat demo lagi depan Cik Rose masa tu. Cik Rose ikutkan aje sebab tak tahu sangat kan. Mana yang baik, Cik Rose follow jer. 

Tadaaa inilah pilihan Cik Rose :


Cantik tak cantik tak? Hihi. 

Setengah jam je siap. Kosnya untuk 2 bingkai adalah RM78 dan cermin/kanta adalah RM98. Makan jumlahnya RM176. Ok kan? Bingkai lagi satu tu boleh datang bila-bila sahaja untuk buat cermin pula. 

Tiada apa yang Cik Rose harapkan setelah membeli cermin mata ini. Moga Cik Rose berdisplin pakai hari-hari dan moga serasi dengan mata Cik Rose. Amatlah susah nak sesuaikan diri ni. 

Perlu sangat pakai sebab Cik Rose ni kalau keluar dah tak dapat cam muka orang dalam jarak jauh. Kena dekat-dekat baru jelas. Sedih tau. Benda jauh-jauh tak dapat tengok. Papan tanda dekat lebuhraya pun susah nak baca. 


Apapun, Cik Rose bersyukur. Alhamdulillah. Baru sedikit ujian ni berbanding dengan orang sekeliling Cik Rose. 
Ok sehingga berjumpa di entry akan datang.. 



Thursday, 26 October 2017

October 26, 2017

Teruskan Melangkah Biarpun Berliku



Assalamualaikum dan selamat pagi. Apa khabar semuanya? Moga berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Hari ni, Johor cuti. Bangun awal seperti biasa juga. Sebab dah terbiasa. Tiada istilah bangun lambat atau ganti tidur. Untuk apa kan. Hihi. 

Terus melangkah biarpun berliku. Aduhai ayat nak gempak saja Cik Rose ni. Ayat motivasi sikitlah kan di pagi hari. Apa salahnya. Memberi semangat buat semua. Semoga terinspirasi!





Ujian kita tak sama
Ya betul kan. Haluan kita berbeza, cerita kehidupan kita pun berlainan. Manakan sama seratus peratus. Namun, boleh saja kita mempraktikkan sesuatu perkara sebagai ingatan buat diri sendiri. 

Beberapa hari ini, Cik Rose menerima perkhabaran duka dari sekeliling. Ada ayah teman sekerja yang telah meninggal dunia.  Ada yang diuji dengan masalah kesihatan yang teruk. Al fatihah buat mereka. 

Tabah
Bagi Cik Rose, mereka miliki hati yang sungguh kuat. Bisa tabah dalam menerima sebarang perkhabaran. Allahuakbar. 






Wednesday, 25 October 2017

October 25, 2017

Tips Kekal Sihat di Musim Panas


Tips Kekal Sihat di Musim Panas | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semuanya. Moga baik-baik sahaja. Musim panas sekarang kan. Rasa berbahang je. Siang tadi Cik Rose check suhu, di Batu Pahat 30 darjah celcius. Aduhai, patutlah rasa panas je. Mandi berkali-kali kalau duduk rumah. Kalau di tempat kerja, ada air cond pun masih rasa bahangnya. 

Ramai yang keadaan kesihatannya telah terganggu. Ada yang sakit kepala, demam dan lain-lain. 

Di sini, Cik Rose kongsikan beberapa tips untuk mengekallan kesihatan dalam keadaan cuaca yang panas ni. Cik Rose pun ambil dari facebook. Cik Rose panjangkan di sini, buat ingatan sendiri dan buat makluman rakan-rakan. 


Pakai payung/topi
Pakailah payung atau topi bila di luar. Ini bagi melindungi diri korang daripada pancaran haba terus ke badan. 

Minum air kosong
Banyakkanlah minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang korang lakukan. Pentingnya air dalam badan ni tau. Air kosong ya, bukan air yang manis-manis.

Pemilihan pakaian 
Sarunglah pakaian yang ringan, berwarna terang dan yang longgar. Kalau boleh, elakkanlah warna hitam.. Makin panaslah badan korang nanti tau. 

Kipas/ Pendingin hawa
Gunakanlah kipas atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan. Cuaca panas begini, memang itulah yang kita cari, kan. Janganlah dek kerana nak jimat elektril, korang sanggup berpanas dan berpeluh. Hihi. Cerita tentang pendingin hawa, di rumah Cik Rose ni tak ada. Ada kipas syiling dan kipas meja je. Korang tahu, tadi sekitar pukul 10 malam, Cik Rose ke Aeon Big. Niat hati nak beli ‘air cooler’ tu. Oleh kerana dah lewat, Aeon Big pun nak tutup dah jam 10.30 malam, makanya Cik Rose batalkan niat nak beli tu. Tadi sekadar survey bersama suami. Panas tau, sebab tu Cik Rose ambil keputusan nak beli ‘air cooler’ tu. Korang ada tak yang guna di rumah? Berbaloi tak? Jangan suruh Cik Rose pasang air cond ya. Sebab Cik Rose ni duduk kuarters, kalau boleh tak naklah pasang air cond. Harga ‘air cooler’ jenama Pensonic tadi RM369. Kalau Faber, RM300. Guna beg ais. Adik tu kata tahan setengah hari. Beg ais tu berbentuk gel, kalau dah cair kita bekukan semula.  Cik Rose masih berfikir sama ada nak teruskan niat atau batalkan plan tu. 

Kenderaan bertutup
Kalau boleh, elakkan duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin hawa. Berkuap nanti, panas!

Aktiviti luar
Dalam keadaan cuaca sekarang ni, kalau boleh rehatkan diri di rumah. Kurangkan aktiviti di luar yang tidak penting tu.

Caffein
Kurangkan minum minuman yang bercaffein. Opsss macam susah buat diri Cik Rose. Will try my best!



Monday, 23 October 2017

October 23, 2017

REVIEW Blushing For You Blush Palette | BLUSHER DARI SEPHORA YANG MEMANG BEST



REVIEW Blushing For You Blush Palette | BLUSHER DARI SEPHORA YANG MEMANG BEST. Assalamualaikum. Wanita dan make up tidak dapat dipisahkan. Cewah ayat. Yeke? Ok, memang kita ni berbeza-beza. Ada yang minat dan suka make up. Ada yang tidak gemar make up. Tapi, Cik Rose percaya, yang tak minat make up tu pun, mesti pakai bedak dan lipstick kan. Baik mengaku. Jangan nak cakap korang natural beauty, keluar tanpa secalit bedak. hihihi. 

Ok, Cik Rose ni suka tengok orang yang pandai make up tau. Memang minat. Tapi, nak make up sendiri tu taklah pandai. Setakat conteng sikit-sikit tu bolehlah. hihi. Dalam banyak-banyak alat solek seperti foundation, compact powder, lipstick dan lain-lain tu, Cik Rose paling suka blusher, Pemerah pipi. Aduhhh cantik! Cik Rose memang suka blusher yang banyak warna. Sesetengah orang suka warna pink, dan ada yang suka warna ala-ala natural. Cik Rose ni tak kisah warna apa. Janji blusher. Hihi. Suka tengok pipi kemerah-merahan!

Dalam entry sebelum ni, Cik Rose ada cerita ang Cik Rose beli make up dari Sephora kan. Ok, kali ni Cik Rose cerita dengan lebih detail tentang blusher Sephora ni ya.



Cik Rose beli Blushing For You Blush Palette dari Sephora Collection. Harganya RM 57.00. Pada Cik Rose harganya murah jika nak dibandingkan dengan blusher di pasaran. Nak-nak ada 3 jenis warna! Lepas tu siap ada glitter lagi. mana tahu korang nak effect berkilau ke untuk majlis-majlis tertentu. Senang kan. Cantik bekas blusher ni. Warna Pink! Ada cermin di dalamnya. Berus tu tidak disediakan ya. Berus tu Cik Rose beli dari Elianto. Dah lama beli, dan masih elok bulu-bulunya. Memang Cik Rose rekomen berus ni. Puas hati.  


Warna merah hati. Soft je warnanya. Sesuai untuk yang suka pipi sedikit kemerah-merahan yang ala-ala natural. Ha, gitu! Cik Rose suka je warna ni. Kalau nak keluar jalan-jalan pakai yang ni. 


Warna kedua adalah warna ala-ala peach coklat. Warna ni dah tinggal sikit sekarang. Mana taknya, hari-hari pakai. Pakai pergi kerja. Suka sangat warna ni. Cik Rose bukan je pakai di pipi, juga pakai di tepi-tepi muka. Eh, sukalah! hihihi. 


Yang terakhir, warna pink. Pakai yang ni rasa ceria je. Cik Rose suka jugak. Ada orang tak minat warna pink sebagai blusher. Tapi, Cik Rose suka. Cuma janganlah pakai setompok bulat di pipi. hihi. 


Cuba tengok dari pandangan sisi. Tebal jugak bekasnya. Takdelah nipis. Cik Rose beli bulan Mei. hingga kini, ada lagi tak habis pun. Jimat kan.


Sayangnya, dah tak ada di Sephora. Out of stock. Nasib baik Cik Rose sempat beli. 


Korang suka tak pakai blusher?
Jangan ditanya Cik Rose. Hahaha. Cik Rose memang suka. Mesti rasa nak pakai blusher lepas dah pakai bedak. Kalau tak pakai, rasa tak lengkap. Sampai macam tu sekali. Tapi, tak adalah tebal. Biasa-biasa je. Buat ade-ade orang kata. hihi. 

Bijak membeli.
Pada Cik Rose, walau apapun yang kita nak beli, kenalah tengok pada kualiti juga selain harganya. Tak naklah yang murah tetapi berbahaya. Dan tak nak juga mahal tapi kualiti rendah. Kena pandai-pandai pilih orang kata. Lagi satu, membelilah pada waktu yang betul. Tengok kalau ada sale, time tu lah beli. Tapi, pastikan harga sale tu memang ada diskaun. Jangan sama je harganya. Sengaja dinaikkan harga kaw-kaw dan beri diskaun sekadar di atas kertas. No, no, no. 

Alah membeli menang memakai. 
Jadilah pengguna yang bijak. 

Eh dah macam iklan pulak. 

Ok, tentang blusher ni, kalau habis, haruslah ulang beli. Best!


Monday, 16 October 2017

October 16, 2017

BELI BARANGAN MAKE UP SECARA ONLINE MELALUI APPS SEPHORA



BELI BARANGAN MAKE UP SECARA ONLINE MELALUI APPS SEPHORA | Assalamualaikum. Perempuan dan kecantikan tidak dapat dipisahkan, kan? Setuju tak? hihi. Please setuju ya semua. Cik Rose akui, Cik Rose bukanlah jenis yang bersolek dan tidak pandai bersolek pun. Ala-ala je orang kata. Tapi, jenis yang tak boleh tengok barang make up. Teringin! Siapa yang sama dengan Cik Rose?

Dalam awal tahun haritu, Cik Rose ada ikut kakak Cik Rose ke Sephora di Penang. Wah geramnya masa tu. Hihi. Banyak barang make up. Masa tu Cik Rose cuma beli pensel kening jer. Eh terasa kemelayuan pula bila sebut pensel kening. Hihi. Eyebrow pencil. Itu pun, ditaja oleh kakak. Hahaha. Biasalah adik beradik kan. Tapi, dah habis guna dah sekarang. Nanti entry akan datang, Cik Rose kupaskan ceritanya ya. 

Lepas dari kejadian tu, Cik Rose ada download apps Sephora. Maka, mata ni apalagi meliar-liar dok tengok  barangan make up. Tengok tu nak, tengok ini nak. Aduh duh. Alkisahnya Cik Rose beli make up dari Sephora di agak lama dah. Bulan Mei haritu. Setelah mengambilkira keperluan dan menolak keinginan, Cik Rose ada beli beberapa jenis barangan.  Apa yang Cik Rose beli? 

Sephora Collection
Blushing For You Blush Palette RM57
* Updated terkini, dah out of stock.
Blusher. Best sangat. Ada tiga pilihan warna. 


Tarte
Tarteist Treats Eye & Lip Set RM112
* Updated terkini, dah out of stock.
Yang ini memang berbaloi-baloi. Ada eyeshadow, mascara dan lip paint.

Dan dapat percuma :

Sephora Collection
Teint Infudion Foundation -Petal (2 x 0.5ml)

Tadaaa : 


Penghantaran dalam 2-3 hari. Memang excited bila terima barang. Cantik sangat warnanya. Cik Rose akan cerita dengan lebih terperinci di entry akan datang ya. Dalam entry ni, kira macam pengenalanlah. hihi.

Sesekali membeli, apa salahnya kan. Untuk kepuasan diri. Kita ni berbeza-beza. Ada yang suka beli beg, ada yang suka beli kasut, ada yang suka beli make up. Lain-lain. Mana ada orang yang sama, kan. Jadi, raikan perbezaan itu. Janganlah mempersoalkan kenapa orang tu beli itu, beli ini. Betul tak?

Hey ladies, kerana dirimu begitu berharga !


Tuesday, 10 October 2017

October 10, 2017

Lirik Lagu Fattah Amin - 1234U



Assalamualaikum. Nak kongsikan lirik lagu terbaru dari Fattah Amin yang berjudul 1234U. Lagu ni menjadi OST bagi telefilem Wanita Terakhir yang akan disiarkan  di Astro First Eksklusif (480) pada  2 November 2017

Lagu ni ciptaan Aizat dan Mel Ramlan, juga merupakan lagu kedua Fattah Amin selepas Wanita Terakhir. Korang dah dengar ke belum? Cik Rose dah, sebab tu nak kongsi  liriknya. Bagi Cik Rose, lagu ni best. Membawa mood ceria bagi kita yang mendengar. 


Lirik Lagu Fattah Amin - 1234U

Sukar untuk aku percaya
Kini aku telah jatuh cinta
Kau selalu menari di minda
Kau buat aku tertanya-tanya

Kau asak aku berkali-kali
Kau cuit hati dalam emoji
Kau kata kau suka padaku
Tapi cuma di bibir sahaja

Luah saja apa yang kau mahu
Katakan padaku
One two sayang kamu selalu
Rasa rasa mahu
Bertemu denganmu

Three four, you i adore
Never felt this before
One two three for you
One two three for you





Ulang:

Luah saja apa yang kau mahu
Katakan padaku
One two sayang kamu selalu
Rasa rasa mahu
Bertemu denganmu

Three four, you i adore
Never felt this before
One two three for you
One two three for you

One two sayang kamu selalu
Rasa rasa mahu
Bertemu denganmu

Three four, you i adore
Never felt this before
One two three for you
One two three for you

You...for you...
You...for you....


Friday, 6 October 2017

October 06, 2017

Sembang-sembang di petang hari


Assalamualaikum dan selamat petang. Pertama sekali, menerima perkhabaran duka dari group whatsapp tentang pemergian seseorang. Suami kepada rakan sekerja Cik Rose masa di Jb. Moga tabah buat akak dan keluarga. Al Fatihah. 


Hari ni tak ada apa aktiviti sangat sebab cuti. Bangun awal pagi ni terus belek bunga. Hihihi. Maklumlah tengah berkobar-kobar aura berkebun. Pagi-pagi menyiram bunga, letak baja dan salin pasu. Cik Rose beli lagi bunga semalam. Tak boleh tengoklah. Cantik. Tu yang geram, terus beli. 

Bunga gantung. Baru ada satu jenis ni. Nak kena carikan kawan dia ni. Hihi. Barulah cepat membesar kan. (Alasan nak beli bunga lagi). 


Bunga daisy. Tambah lagi 3. Jumlah daisy setakat ni ada 6 pasu dengan warna yang berbeza. Alhamdulillah. Temgah fikir warna apa lagi yang tak ada ni. 


Lagi satu, nak cerita bab kucing. Bukan Cik Rose yang jaga. Cik Rose ni kan takut kucing. Minggu lepas, mak Cik Rose hantar gambar anak kucing. Ada 3 ekor. Asalnya mak kucing ni selalu datang rumah mak Cik Rose. Dari situ, memang mak dok bagi makan. Dan kucing tu pun memang tidur di almari luar rumah. Dari single sampailah dah beranak. Jadi, 3 anak dia ni pun duduk sekali. Mak cerita yang anak sedara Cik Rose semua dah sayang kucing ni. Sesekali anak-anak kucing ni masuk rumah main-main. Tapi, dua hari lepas anak kucing tu tak balik. Jenuhlah dok cari satu taman, tak jumpa. Yang mak kucing ni dok ngiau ngiau dekat rumah. Sedih kot cari anak tak jumpa. Anak-anak sedara Cik Rose pun dok cari tak jumpa. Mungkin ada yang ambil jaga atau anak-anak kucing tu dah pergi jauh sangat kot. 


Selera Makan. 
Bukan kata banyak lauk atau lauk yang berat-berat. Sambal telur rebus gini pun buat bertambah nasi. Oh no. Macam mana ni. Hihihi. Nyum nyum. 


Wednesday, 4 October 2017

October 04, 2017

MINI GARDEN CIK ROSE | TIPS PENJAGAAN POKOK BUNGA DAISY



MINI GARDEN CIK ROSE | TIPS PENJAGAAN POKOK BUNGA DAISY. Assalamualaikum dan selamat malam. Sementara nak menunggu cerita korea pukul 9 nanti, Cik Rose ambil masa sikit menulis. Cerita apalagi kalau bukan tentang bunga. Cik Rose memang suka bunga. Tapi, dah berapa lama tak ada bunga di rumah. Ni baru ada balik. Kira-kira baru 3 minggu kot. Pengaruh rakan sebaya konsepnya. Hihi. Terjebak kembali dengan bunga-bunga yang mekar mewangi ini. Thank you my lovely friend!

Korang minat tak tanam atau jaga bunga? Kalau minat, teruskanlah minat itu. Banyak kelebihannya kan. Dari segi emosi. Yes, betul. Kalau tengah stress, atau sedih tu, tengoklah bunga-bunga yang sedang mekar tu. Tenang je hati tengok warna- warni tu kan.


Jangan tanya Cik Rose macam mana nak tanam atau nak semai. Sebab Cik Rose beli anak pokok di kedai, dan bawa balik je. Tapi, kalau beli tu, balik rumah kenalah alih ke pasu lain yang lebih besar. Letak tanah lain, tambah baja. Siram kena on time. Hihi.

Bunga Ros Putih / Mawar Putih
Bunga ni Cik Rose sayang sangat. Suci je! Hikhik. Sesuci hatiku hatimu berputik jadi satu... ku rasa hadirmu menyempurnakan aku. Tapi....cinta bukan milik kita... Semua harus berakhir.... opssss sorry. Ternyanyi pulak. Hikhik.

Gambar yang Cik Rose ambil dibawah masa baru beli. Tak salin pasu lagi. Nanti, Cik Rose updated dari masa ke semasa ya. Sekarang ni dah salin dah pasu


Bunga Ros Merah / Mawar Merah
Mawar merah buat Cik Rose terpikat. Aduhai warnanya memikat! Masa beli, baru nak berbunga. Gambar di bawah ni masa baru beli. Sekarang, dah ada 9 kuntum bunga yang mekar. Alhamdulillah. 


Selain bunga mawar, bunga Daisy juga menjadi kegemaran Cik Rose. Sebenarnya ada bermacam-macam jenis daisy. Cik Rose pun tak pasti yang Cik Rose  punya ni jenis apa. Yang Cik Rose tahu, ianya Daisy. hihi.

Bunga Daisy Hot Pink.
Warnanya memang mengancam. Terserlah dari jauh. Buat Cik Rose geram. Sekarang ni dah dua kali salin bunga. Bunga yang pertama, batangnya dah layu, dan Cik Rose kerat. Tak buang pun, Cik Rose letak dalam gelas dan letak air. Dah tiga hari, masih segar bunganya. Bunga daisy ni tahan lama tau. Maksud Cik Rose, kembangnya tu lama. Ni yang best.


Bunga Daisy Merah Kuning. 
Bagi Cik Rose warnanya sedikit garang tapi cantik. Cik Rose suka bunga yang warna terang kalau daisy. 


Bunga Daisy Peach.
Warnanya lembut dan mendamaikan. Tetap menjadi kegemaran Cik Rose.


Masa dua tiga hari beli, daun bunga daisy Cik Rose sedikit layu. Batangnya juga senget dan ada yang melengkung. Cik Rose jadi hairan. Kenapa ni. Padahal siram je hari-hari. Apa masalahnya bunga-bunga daisy ku ini. Kembanglah mekar. Gembirakan hatiku ini. hikhik.

TIPS UNTUK BUNGA DAISY

Nak dijadikan cerita, Cik Rose ikut kawan ke kedai bunga untuk beli tanah dan pasu. Sambil cuci mata, kot-kot ada bunga yang baru kan. Bolehlah beli lagi. Tapi, tak ada pun bunga baru. Belum sampai katanya. Alang-alang dah  ke sana, kitorang pun ajukan masalah bunga kitorang pada tuan kedai tu. Oh rupanya kaedah penyiraman Cik Rose salah. 

Nak jaga bunga daisy ni tak susah katanya. Cara siram tu yang penting. Jangan main siram je. Siram di tanah yer. Jangan siram pada bunga. Habislah rosak bunga-bunga yang baru nak mekar tu. Dan siram elok-elok, jangan  main jirus ja dengan kadar tekanan air yang laju. Habislah bunga-bunga kita tu nanti. Siram bunga di waktu pagi. Ingat, PAGI. Bukan petang. Dia kata kalau hari terlalu panas, barulah boleh siram pagi dan petang. Kalau biasa-biasa je, cukup siram di waktu pagi. Macam kita sarapanlah kan di pagi hari. 

Letak baja tu, jangan dekat dengan pokok . Maksudnya jarakkan sedikit baja tu. Tabur keliling pasu. Cukuplah seminggu sekali. Periksa tanah tu juga sesekali. Jangan sampai terlalu padat. Kalau pokok makin membesar, alihkan ke pasu yang lebih besar. Bunga yang dah layu, kerat je. Untuk menggalakkan pertumbuhan anak bunga yang baru.


Bunga daisy juga memerlukan cahaya matahari. Jangan takut pulak yer. hihi. Tapi, kalau terlalu terik, alihkan pasu ke kawasan yang teduh sikit. Macam Cik Rose, tak alami masalah sangat bab cahaya ni, sebab letak di balkoni.

Selain bunga mawar dan daisy, Cik Rose beli juga bunga yang lain. Buat penyeri kan. Tapi, maaf. Cik Rose tak tahu jenis bunganya. Cik Rose tengok cantik je, terus beli. hihi.


Bunga yang di bawah ni pun cantik. Menurut kata tuan kedai bunga tu, bunga ni jangan terlebih siram. Dua hari sekali je. Sebab dia takung air. Ada yang tahu tak bunga ni bunga apa. Cik Rose dah lupa. hihi. Masa beli, dah diberitahu namanya.



Koleksi bunga-bunga di Mini Garden Cik Rose. Belum berkesempatan nak hiaskan lagi. Nak bagi stabil dulu pertumbuhan bunga-bunga ni, baru fikir nak deco-deco garden.


Berkebun ni boleh jadi terapi diri sebenarnya. Mengawal emosi. Pendapat peribadi Cik Rose lah. 

Bunga orkid Cik Rose masih ada. Cik Rose dah alih kedudukannya di balkoni belakang. Wah makin segar bugar daun-daunnya. Tak sabar nak tunggu inya berbunga lagi. 

Cik Rose dan bunga. Im in love!