anniversary

30 September | Selamat Ulangtahun Sayang

September 30, 2017

Assalamualaikum. 30 September 2017. Tarikh ini muncul lagi. Ulangtahun pernikahan Cik Rose dan Mr Army. Alhamdulillah, hari ini genap 6 tahun pernikahan kami. 

Saja Cik Rose coretkan secara ringkas di sini untuk dijadikan kenangan sendiri. Moga hubungan ini sentiasa dipenuhi rasa kasih cinta untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Setiap kali tiba hari ulangtahun, pasti Cik Rose merasa sebak. Biasalah perempuan, tak ada apa pun boleh jadi sedih. Penyebab air mata mengalir! hihihi.



Sekejap je masa berlalu. Alih-alih dah 6 tahun. Syukur Alhamdulillah. Dari Cik Rose 1, dah jadi 0. Hahaha. Korang faham tak istilah tu? Kalau faham, senyap-senyap je yer. Aduhai. hihi.

Menulis sambil mendengar lagu-lagu nyanyian Kim Jong Kook membuatkan Cik Rose tak fokus sekarang ni. Sebab nak ikut menyanyi. hikhik.Cik Rose suka je dengar lagu-lagu dia. Ada lagu sedih, ada lagu yang membuatkan kita nak menari sama. 

Untuk yang tersayang nun jauh di sana, 
Selamat ulangtahun. Doa yang baik-baik, fikir yang baik-baik, Insyaallah jadinya yang baik-baik. Love you. Moga kita sama-sama bersatu dalam  melayari alam rumahtangga ini. 

Doakan buat Cik Rose dan suami dimurahkan rezeki untuk mendapat anak. Dipermudahkan jalan buat Cik Rose untuk mengandung. 

Terima kasih :)

BEAUTY

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang nyata memikat hati setiap wanita

September 29, 2017

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang nyata memikat hati setiap wanita. | Assalamualaikum. September. Ada apa dengan September? Bulan cinta bagi Cik Rose. Ulangtahun pernikahan pada 30 September. Sebab tu bila dapat satu bungkusan yang harum ni, hati Cik Rose berbunga-bunga riang. Alhamdulillah. 

Enchanteur. Siapa yang tidak tahu jenama yang tidak asing lagi di negara kita. Ada losyen, bedak talkum, deodorant. Cik Rose sendiri memang sukakan rangkaian produk dari Enchanteur. 

Apa yang menggembirakan dan membahagiakan anda? Yes, love is the answer. 


Sebuah kotak pink yang telah menyentuh hati Cik Rose. Terima kasih. Diikat rapi dengan riben putih membuatkan Cik Rose berdebar-debar. Tak sabar nak tahu isinya.  Losyen. Ya, losyen yang terkandung di dalam kotak pink ini. Oh, I’m in love!


Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan  ini dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun. Ianya menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan harian, agar kulit kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Aduhai, memang sesuai untuk Cik Rose ni. Berkerja dalam keadaan yang berpenghawa dingin kadangkala membuatkan kulit Cik Rose sedikit kering. Dengan kandungan Air Mawar yang merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit, dapat menyelesaikan masalah Cik Rose. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda! 

Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan. Yeahh tu yang penting. Tak melekit. Taklah mengganggu tugas seharian, maklumlah nak menaip kan. Takut licin je nanti. Hihi. 

Psstttt botol air pink! Sweetnya. Sapu losyen, sapu jugak. Air jangan lupa minum tau. Barulah kulit kita ni cantik. Cukup air, ditambah pula losyen Enchanteur, hasilnya tip top!


Ok, mari Cik Rose terangkan serba sedikit tentang losyen ini ya. 

ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)

•          Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.  

Cik Rose yakin ianya akan jadi teman baik Cik Rose. Cik Rose memang gemarkan bau yang sebegini! 


ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)

•          Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban. 

Wahh yang ini pula fresh je rasa. Emm mungkinkah Cik Rose beralih arah dengan haruman Romantic? Sukar buat pilihanlah macam ni! Dua-dua pun Cik Rose suka. 



Korang rajin tak sapu losyen? Ada yang sukakan losyen, tapi malas nak sapu. Dengan alasan terlupa. Betul tak? 

Cik Rose bagi tips mudah. Letak losyen di tempat yang korang nampak. Kalau yang berkerja, bawa je losyen dan tinggalkan di tempat kerja. Boleh sapu masa rehat kan. Kalau yang suka sapu losyen sebelum tidur pula, letak losyen di sebelah katil. Ha, nak tidur tu terus capai losyen. Kalau kita dah terbiasa, mesti hari-hari kita buat. 


Sentuhan magis. Wahhh wah.. bukan sahaja wangi, malah lembap, lembut dan menyegarkan. Apalagi yang dicari? Semuanya ada pada Enhanteur 24H Moist Losyen ni!

Di mana nak beli? Jangan risau, rangkaian produk Enchanteur ni mudah didapati di pasaraya-pasaraya, kedai-kedai dan farmasi. Harganya pula berpatutan setanding dengan kualitinya.


Jom pakat-pakat cuba yer. Pasti tidak mengecewakan. Ianya berbaloi! 

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman Web : www.enchanteur.com.my


Jalan-jalan

Menikmati Keindahan Alam di Pantai Minyak Beku, Batu Pahat, Johor

September 29, 2017

Menikmati Keindahan Alam di Pantai Minyak Beku, Batu Pahat, Johor | Assalamulaikum. Siapa yang sukakan pantai? Angkat tangan. Yeayy ramainya. Pantai atau laut ni memang mendamaikan. Boleh menghilangkan tekanan bagi sesetengah individu. 

Percutian.
Cik Rose akui suka melihat kawan-kawan kongsikan cerita mengenai percutian mereka di pulau / pantai / laut. Bestnya. Cantik pemandangannya. Namun, dek kerana kekangan masa, menyukarkan Cik Rose untuk bercuti di tempat sedemikian. 

Tengok jauh-jauh, tak sedar rupanya ada depan mata! Betul kan? 

Batu Pahat. 
Warga Batu Pahat dan daerah sekitarnya pasti tahu Pantai Minyak Beku. Ya, ada pantai kat Batu Pahat ni. Jangan tak tahu. Tak perlu susah-susah fikir nak ke tempat yang jauh. Di sini pun ada. Cik Rose sempat ke sini minggu lepas. Seronok tau dapat menikmati keindahan alam ni. 


Cantik kan. Gambar diambil sekitar jam 6 ke 7 malam. Subhanallah. Cantiknya. Agak lama Cik Rose tak berkunjung. Banyak perubahan yang berlaku di sini. Makin ramai pengunjung. Dan makin ramai yang berniaga. Tak adalah sunyi. Meriah sangat di waktu petang. 


Cik Rose suka ambil gambar. Boleh dijadikan kenang-kenagan nanti. Cik Rose pilih kawasan agak hujung juga. Duduk atas batu, melayan perasaan. Hihi. Feeling romantik tengok matahari terbenam. Hihi. 


Ambil gambar dalam mode panorama. Dah jatuh cinta dah Cik Rose ni ha. Bolehlah berkunjung kalau tak ada waktu yang panjang untuk betcuti di luar. Kat sini pun dah buat Cik Rose happy. 


Cik Rose kongsikan beberapa keping gambar di sini. Yang berdekatan Batu Pahat,marilah singgah. Pelbagai aktiviti boleh diadakan di sini. 
Tempat nak parking pun luas. Terletak di atas bukit membuatkan ianya unik. 


Kebetulan masa ambil gambar, tiada orang yang melintas. Kalau ada pun, Cik Rose buang nanti gambarnya. Hahaha.


Bersyukur dapat melihat keindahan alam. Airnya tenang masa tu. Masa Cik Rose pergi tu, ada yang memancing juga. Baguslah kan. Isi waktu dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. 

Tepi pantai tu ada jual ayam cucuk. Pertama kali beli dan rasa. Eh sedap rupanya ayam cucuk ni! Satu, seringgit sahaja. Keadaan sedikit sesak kalau waktu cuti dan hari minggu. Iyalah masa tu jer boleh berkumpul dengan isteri/suami dan anak-anak. 

Hai warga Batu Pahat, pakat-pakat datang sini ya!



BEAUTY

Tips cantik menggunakan buah tomato |Murah dan berkesan

September 27, 2017

Tips cantik menggunakan buah tomato |Murah dan berkesan. Assalamualaikum. Malam-malam ni terasa nak menulis tentang tips cantik. Eh cantik ke??? Hihi. Bukan tips dari Cik Rose. Tapi, dari perkongsian beberapa orang rakan di facebook. Dan ada sesetengah tips yang viral sana sini. Cik Rose belum berkesempatan nak mencuba lagi. Teringin nak cuba, tapi tak terbuat-buat lagi. 

Tips cantik yang mudah dan bahan yang senang didapati. Menggunakan buah tomato. Ya, tomato. Mesti korang dah pernah dengar kan.. dah cuba ke? Boleh kongsi dengan Cik Rose di ruangan komen. 





Ada yang kata, buah tomato adalah salah satu rahsia organik terbaik untuk kulit yang sihat, flawless dan berseri. Siapa yang tak nak flawless. Bila dengar je flawless, hati melonjak riang. Rasa ingin tahu tu menebal! Nak cantik! Ada yang cakap, kalau kita gosok buah tomato pada kulit wajah,  mampu mengurangkan kesan selaran matahari dan menyerikan wajah. Aduh duh berseri-serioah uols. 


Buah tomato kaya dengan sumber lycopene, yang membantu  kulit untuk kekal muda dan anjal seperti kulit bayi. Malah lycopene membantu melindungi kulit daripada sinaran UV. Kulit seperti bayi??? Nakkkkk. 



Kalau korang amalkan mengambil produk makanan berasaskan tomato, ianya membantu kulit menyedut lebih oksigen seterusnya melambatkan proses penuaan dan kedutan wajah. Anti penuaan gitu. 



Kulit kita ni perlukan khasiat seperti yang terdapat dalam tomato yang membuatkan kulit lebih muda daripada usia. Awet muda pulak wei! 



Tak terasa nak mencuba ke? 



Ok di bawah ni Cik Rose terangkan beberapa resepi/ cara yang boleh kita praktikkan nanti. 



RAMUAN MASK (topeng) TOMATO

Ambil sebiji tomato yang masak ranun dan sebiji lemon. Perah kedua-duanya untuk mendapatkan jus dan campurkan di dalam mangkuk. Sapukan jus ini ke muka menggunakan jari dan jauhi kawasan mata anda. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air dingin. Topeng ini mengecilkan liang pori-pori dan memudakan wajah anda. Ni cara pertama. Ada yang dah pernah ciba tak? Cik Rose nak tanya, kulit rasa pedih tak?


Cara kedua ialah gosok  sebiji tomato yang masak dalam gerakan bulatan di wajah dan biarkan kering sehingga satu jam. Bilas dan sapukan pelembap wajah kegemaran anda. Langkah ini untuk wajah yang bersih berseri tanpa sebarang jerawat. Benas jerawat.. syoknya! 



Seterusnya, campur  jus tomato dan madu asli. Sapukan pada wajah dan buat urutan lembut selama 1-2 minit. Kemudian diamkan di wajah selama 20 minit. Tomato kaya dengan vitamin A dan C, membantu mencerah dan menyerikan kulit kusam.wah bestnya buat di rumah. Boleh relax -relax ni. 



Paling mudah, amalkan makan tomato setiap pagi kerana ianya membantu membersihkan perut anda. Anda juga boleh amalkan minum jus tomato dua kali sehari iaitu sepuluh minit sebelum makan kerana tomato boleh mengurangkan selera yang melampau dan kadar gula dalam tubuh.



Cara terakhir, campurkan  jus tomato dan timun ke dalam mangkuk dan sapukan rata pada wajah anda. Ramuan ini bertindak menyingkirkan minyak berlebihan pada kulit, mengecilkan pori-pori dan biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air dingin. Wajah anda bukan sahaja lembap dan bebas minyak, malah berseri-seri kemerahan bak bidadari! Selamat mencuba.





Nak cubalah nanti. Tungguuuuuu . 😂

ayda jebat

Ost Pinjamkan Hatiku | Lirik Lagu Pinjamkan Hatiku - Ayda Jebat & Adi Priyo

September 26, 2017

Assalamualaikum. Pernah dengar tak lagu baru nyanyian Ayda Jebat? Lagu duet bersama Adi Priyo. Ala vokalis kumpulan Sixthsense tu. Lagu yang menjadi Ost untuk filem Pinjamkan hatiku. Belum ditayangkan lagi. Ayda Jebat berlakon dengan Shaheizy Sam dan Farid Kamil. 

Cik Rose suka je nyanyian Ayda Jebat ni. Sedap, kena dengan lagu. Macam biasalah kan. Cik Rose kongsikan liriknya ya. Korang boleh cari di youtube lagunya. 



Ost Pinjamkan Hatiku | Lirik Lagu Pinjamkan Hatiku - Ayda Jebat & Adi Priyo

ini bukan lagu cinta kita yang dulu
saat itu ku fikirkan cinta matiku
namun kini ternyatalah hatiku milik dia
bukan engkau seperti ku sangka

mudahnya kau lepaskan kata-kata mu
tak fikirkah tergores perasaan ku
yang selamanya menyinta sedikitpun tak berubah
kau buang sebegitu saja

memang salah diriku, tak peduli perasaanmu
yang seharusnya tahu tak lagi dihatiku
tak layak kau miliki cinta yang suci
bukan kini dan hingga selamanya


ku simpankan semua detik terindah
dalam kenangan cinta
kerana masa telah merubah jiwa
kita harus terima begini suratannya

ooh.. tolong maafkan aku
Mudah bagi dirimu
huoo...oo

ku simpankan semua detik terindah
dalam kenangan cinta
kerana masa telah merubah jiwa
kita harus terima begini suratannya

huoo...oo

kerana masa telah mengubah jiwa
kita harus terima begini suratannya

ini bukan lagu cinta kita yang dulu
saat itu ku fikirkan cinta matiku
namun kini ternyatalah hatimu milik dia
bukan aku seperti ku sangka

tolong maafkan aku
Mudah bagi dirimu

huuu..uuu..

dwi skrin

MEIZU PRO 7 dan PRO 7 PLUS Telefon Pintar Terbaru Dengan Dwi Skrin

September 26, 2017

MEIZU PRO 7 dan PRO 7 PLUS Telefon Pintar Terbaru Dengan Dwi Skrin | Assalamualaikum. Telefon bimbit kini bukanlah kemahuan, tetapi menjadi keperluan. Betul tak? Alang-alang nak beli handphone, janganlah main beli jer. Carilah yang memuaskan hati. Kita nak guna lama kan. Alah membeli menang memakai, orang kata!

Jadi, Cik Rose nak berkongsi tentang satu pilihan handphone dengan semua pembaca blog Cik Rose. Bukan handphone biasa-biasa ni. Luar biasa. Kenapa Cik Rose cakap macam tu? Kalau korang baca entry ni sampai habis, korang pun akan mengakuinya dan bersetuju dengan Cik Rose. hihi. 

Memperkenalkan MEIZU PRO 7 dan PRO 7 PLUS


Apa yang specialnya Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus ni jika nak dibandingkan dengan telefon pintar yang lain? 

Kalau korang mahukan telefon pintar yang jauh berbeza dari yang lain, maka Meizu PRO 7 dan PRO 7 Plus patut menjadi pilihan korang. Dari hadapan mungkin tidak ada beza, tetapi skrin kedua yang terletak di belakang pasti akan membuatkan korang terpukau. Kawan-kawan pun pasti menjeling, nak ambil gambar jugak. hihi. Cik Rose rasa inilah kelebihan utama handphone ini.


Dari segi spesifikasi Meizu Pro 7 dilengkapi skrin 5.5″ SAMOLED HD penuh, diperkasakan pemproses MediaTek Helio X30, memori 4GB RAM, storan 64GB, kamera utama berkembar 12+12 Megapixel Sony IMX386 f2.0 dan kamera hadapan 16-Megapixel. Skrin sekunder pada bahagian belakang juga menggunakan panel SAMOLED berwarna dan bukannya e-ink. Sebuah bateri sebesar 3000 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas mCharge 3.0. Ada tiga warna yang ditawarkan iaitu merah, emas dan hitam. Pilihan korang warna apa ya? Kalau tanya Cik Rose, nak yang merah. Memukau!

Meizu Pro 7 Plus pula mempunyai spesifikasi yang sama cuma skrin 5.7″ SAMOLED QHD digunakan. Memori sebesar 6 GB RAM dan storan 128 GB. Sebuah bateri sebesar 3500 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas mCharge 4.0. Jadi, korang nak yang Pro 7 atau Pro 7 Plus?. Cepat buat pilihan sebelum terlambat. Ia mula dijual di Malaysia pada 21 September 2017.

Berapa harganya?
Meizu PRO 7 akan dijual pada harga RM1,899 manakala PRO 7 Plus berharga RM2,799. Berbaloi-baloi kan? 
Kalau korang berminat nak beli, klik je link ni ya : https://goo.gl/3eTbjs
Meizu Video Story


Untuk Maklumat lanjut mengenai Meizu Malaysia boleh layari website di bawah


Facebook Meizu Malaysia : https://goo.gl/K2HjFj
Website Meizu : https://goo.gl/f3fsaE
Instagram Meizu : https://goo.gl/X3dBMR


luahan

Buat Apa Yang Kita Suka, Jangan Dengar Cakap Orang

September 23, 2017

Buat Apa Yang Kita Suka, Jangan Dengar Cakap Orang. Amboi tajuk. Kenapa ni Cik Rose? Hahaha. Tanjat gegirl. Hikhik. 

Tak ade apa lah. Terjumpa ayat di bawah ni dalam facebook, saja nak kongsi di sini. Sambil-sambil tu boleh celoteh. Sekarang ni suka pula bermadah di blog sendiri. Madah rasa buka madah helah, ok. 

“Everybody always asks if you have a career, if you’re married, if you HAVE CHILDREN. Like if life was some kind of grocery list, but no one ever asks us IF WE ARE HAPPY.”

Cik Rose percaya korang faham dengan bait-bait di atas kan. Ok, mai Cik Rose terang serba sedikit, bagi jelas. Orang sekeliling kita ni selalu tanya sama ada kita ni dah kerja ka, dah kahwin ke belum, yang dah kahwin tu dah ada anak ke belum. Yang dah anak seorang tu bila nak tambah, dan banyak lagi soalan-soalan cepu mas yang lain. Tapi, tak ada pun yang sudi tanya sama ada kita ni gembira atau sedih? Tak ada orang kisah pun kan.

Seolah-olah macam graf pun ada. Di tanya A. Kalau kita dah ada A, akan di tanya tentang B. Kalau dah ada AB, tanya lagi bila nak dapat C, sampailah Z. Lumrah manusia yang tak pernah cuba untuk memahami, begitulah jadinya. 


Sesekali cuba selami keadaan individu yang kita nak tanya tu. Jangan main redah je bertanya. Kalau korang rajin tanya, itu bukanlah bermaksud korang tu ‘caring’. Bimbang disalah ertikan sebagai ‘busy body’. Habis tu apa patut kita buat? Berpada-padalah. Bersederhalah. Tak salah untuk ajukan pertanyaan. Cuma kena lihat masa dan ketika juga. Benar kan?

Ada pula yang takut digelar jaga tepi kain orang, sampai tak ambil tahu langsung. Hihi. Gawat ni. Tak tahu apa yang terjadi pada orang sekeliling pula. 

Serba salah jadinya kan. Hihi. Tanya salah, tak tanya pun salah. Habis tu, nak buat apa ni Cik Rose...?

Buatlah tindakan yang bijak. Lihat emosi, keadaan, dan masa yang sesuai dahulu sebelum bertanya. Yeayhhh. 

Kita semua berhak untuk gembira dan bahagia. Cara dan erti kebahagian kita berbeza-beza. Usah ada sikap membuat perbandingan ya. Usah ada pertikaian sesama kita. Sama-sama usaha untuk jadi orang yang bahagia. 

Sehingga berjumpa lagi di entry akan datang.

Sekian, nukilan dari Cik Rose.


Awal Muharam

Salam Maal Hijrah Buat Semua

September 22, 2017

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Moga berada dalam keadaan kesihatan yang baik. 


Di kesempatan ini, Cik Rose nak ucapkan Salam Maal Hijrah buat semua pembaca blog Cik Rose ni. Yelah, yang tak baca, macam mana Cik Rose nak sampaikan. Ye tak. Hihi. 

Dapat dari group whatsapp, maka Cik Rose kongsikan di sini.


Tahun baru. Buku baru. Semoga tahun ini lebih baik dari yang lepas-lepas. Moga kita semua berusaha ke arah yang lebih baik dan positif. Sama-sama kita menuju ke arah itu. Usah bersendirian. Nak buat baik ni, kita buat sama-sama. 

Jumaat, 22 September 2017. 
Ramai yang ambil peluang cuti bersambung 3 hari ni dengan pelbagai program. Balik kampung, jalan-jalan, kursus dan lain-lain. Walau apapun jua, moga dipermudahkan Cik Rose doakan. 

Perasan tak header Cik Rose. Rasanya dah lebih 2 minggu Cik Rose tukar. Buat sendiri, simple-simple jer. Saja nak ubah, nak selit nama sendiri. Hahaha. Boleh kan sesekali nak menonjolkan nama sendiri. Cik Rose gunakan warna kegemaran iaitu purple/ungu.  Alhamdulillah, menepati citarasa sendiri. 


Kalau di banner sebelum ini, Cik Rose jadikan Inilah Realiti Bukan Fantasi sebagai tonggak utama. Kali ini sengaja letak ia di bawah nama sendiri. Tak salah guna nama sebenar. Bukan ambil nama orang kan. Hihi. 



Sepanjang beberapa minggu ini, pelbagai perkara telah berlaku. Ada suka, ada duka. Ada manis, ada pahit, ada kelat. Biasalah asam garam kehidupan. Normal. Kalau manis memanjang, itu yang pelik kan. 

Di sini, Cik Rose berharap agar semuanya baik-baik belaka. Menjadi seperti biasa. Apakah ia? Biarlah Cik Rose sahaja yang tahu. Bimbang jika diluah akan menimbulkam salah faham. Menulis dan bertutur ni tak sama. Kalau kita berkomunikasi, lebih tepat penyampaiannya kerana kita dengan intonasi suaranya dan gerak gayanya. Manakala menulis ini pula, berbeza. Setiap dari kita mempunyai rasa berbeza-beza. Ada yang membaca dengan intonasi relax, ada yang baca dengan nada marah, sinis dan lain-lain. 

Maka, kita sendiri harus peka dengan penulisan kita. Kita harus ambil kira dari pelbagai sudut sebelum menyiarkan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Ya Allah, moga dijauhkan. Cukuplah sekali. Tidak mahu pisang berbuah dua kali. Perit hati menanggung rasa. Hancur segala memori manis bersama. Benar kan? 

Cik Rose menulis secara umum. Tidak ada kena mengena dengan situasi diri atau orang lain. Cuba sama -sama mengingatkan sahaja. 

Sekian, nukilan dari Cik Rose.


review

CARA MEMAKAI TUDUNG SEKOLAH AWNING LEMBUT YANG BETUL

September 21, 2017

CARA MEMAKAI TUDUNG SEKOLAH AWNING LEMBUT YANG BETUL 


Assalamualaikum. Hari ni nak berkongsi tentang tudung sekolah. Ramai yang jual shawl, bawal dan pelbagai jenis tudung yang lain. Tapi, nak cari tudung sekolah punyalah susah. Di kedai memang ada. Tapi, bagi kita yang lebih gemar memilih membeli online ni, susah kan nak cari. Tak banyak pilihan yang ada. Kalau ada pun, tak pasti kualiti kainnya macam mana pula. 

Eh, jangan risau. Cik Rose boleh membantu. Beli je di TUDUNG SI COMEL. Selesai masalah. 

Sebenarnya tudung awning lembut dicipta bukanlah untuk menggantikan konsep tudung awning keras. A big NO NO NO. Sebenarnya, awning lembut dihasilkan adalah inovasi dari tudung syiria. Cumanya, jika sebelum ini kita mengenakan anak tudung, sekarang tidak lagi. Lebih mudah kan. Anak-anak kecil mesti suka. Tak payah pakai berlapis-lapis dah. Tak perlu risau kalau tak jumpa anak tudung di pagi hari. hihi. Cik Rose yakin ramai yang mengalami masalah ni kan. Pagi-pagi tulah, anak tudung hilang, cari tak jumpa. Mulalah emosi bertukar. 



Awningnya telah dijahit terus dengan badan tudung agar lebih mudah dipakai dan selesa. Jadi konsep pemakaiannya haruslah DITARIK ke belakang sedikit agar awningnya nampak bulat dan cantik. Nampak kemas. Jika tidak, awningnya akan kelihatan tidak kemas dan kurang menarik. Jika longgar, korang hanya perlu menggunakan pin untuk membuatkannya lebih kemas. 


INGIN MENCUBA TUDUNG SEKOLAH AWNING LEMBUT ISTIMEWA TUDUNG SI COMEL?

1. Muda dibasuh.
2. Material lycra lembut.
3. Selesa dipakai.


Jom pakat-pakat beli untuk si comel kita ni. Sekarang ni, ada promosi. Kita ni nak berbelanja kenalah bijak. Beli masa promosi kan. Tudung putih ada, tudung pengawas ada. Bolehlah belek-belek di laman webnya. Korang klik jer gambar ni yer. 


Untuk banyak pilihan lain lagi, klik link website  di bawah:


doa

DOA KETIKA HUJAN

September 20, 2017

Assalamualaikum dan selamat petang semuanya. Apa khabar? Moga berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Sehari dua ni agak risau bila mendengar perkhabaran mak di kampung tak berapa sihat. Alhamdulillah, hari ni dah bertambah baik. 

Seminggu dua ni, kerap hujan. Adakala waktu pagi, petang atau tengah malam. Moga baik-baik saja semuanya.

Di sini, Cik Rose kongsikan doa buat semua. Waktu hujan adalah saat mustajab berdoa, maka ambil peluang ini. Moga hujan yang turun adalah hujan yang bermanfaat. 



*Cik Rose ambil dari facebook,, terima kasih kerana sudi berkongsi doa ini ya. 

Selebat hujan yang turun, begitu jugalah lebatnya air mata yang berguguran. Eh Cik Rose ni. Jangan nak buat drama. hahaha. alaaaa baru nak bermadah. Cik Rose ni suka je bermadah di blog, facebook dan twitter. Alaa, madah biasa-biasa saja. Tapi, tidaklah bermadah hal peribadi.  Cik Rose ni suka menulis. Ada impian menulis cerpen dan novel. Tapi, belum kesampaian lagi nak habiskan satu cerita. Cuma sajak sahaja yang ada. hihi. Untuk menulis ni, Cik Rose mencari idea dengan cara tersendiri. Tak adalah Cik Rose berangan 24 jam. hihi. 

Mencari Idea.
Kita berbeza-beza kan. Mana ada yang sama seratus peratus. Sebab tu Cik Rose tak setuju bila ada yang cuba mempertahankan diri bila dikatakan telah meniru sesebuah penulisan. Dah terang-terangan meniru, dikatanya pula kebetulan. Oh, kebetulan sangat kan. Terbaiklah macam tu. Jangan cuba menegakkan benang yang telah basah tu. Apa kata, keringkan dulu benang tu. hikhik. 



p/s : Ada lagi ke yang tak tahu entry blog boleh dijadualkan? Untuk makluman, kita boleh menulis pada bila-bila masa, dan setkan post tersebut pada taikh dan masa tertentu. Terpaksa juga terangkan sebab ada yang masih tak tahu dan telah salah anggap. Mohon untuk memahami. Terima kasih. Hihi. (baca dalam nada yang santai, yer) Hihi. 


BEAUTY

Cik Rose jual perfume Dexandra , jomlah beli minyak wangi!

September 20, 2017

Cik Rose jual perfume Dexandra , jomlah beli minyak wangi! Ha, tudia tajuk. Ni promote secara terang-terangan ni. Tanpa berselindung lagi. hihi. Benda yang baik harus dikongsi bersama, tak gitu?


Berbelanjalah dengan bijak. Korang mesti tahu kan, harga sebenar Perfume Dexandra ini ialah RM 65. Untuk jualan penghabisan stok ni, harga menjunam kepada RM 45. Wow! RM 20 penjimatan!

Untuk haruman tertentu sahaja, yer. 

BAGI BRAND BERIKUT 

Clearance Sale Women
1. Petite Cherrie
2. Purr Katty Perry
3. English Pear JM
4. Ma vie
5. Chance
6. Orange Blossom JM
7. Marry Me
8. 212 Vip
9. Bond No. 9
10. Tresor Midnight Rose
11. My Burberry
12. Peony Blossom JM
13. Creed Love In White
14. Issey Miyake
15. Eros Versace
16. Body Edp
17. De'Xandra Her
18. Signorina
19. Angel TM
20. The One D & G
21. Narciso Pink
22. Love Story
23. Modern Muse
24. Narciso Her
25. Untold

Clearance Sale Men
1. Chanel Bleu
2. Armani Code 
3. Abir
4. Black XS
5. Emblem
6. Aigner Blue
7. De'Xandra Him
8. Le Male
9. YSL
10. Creed Irish Tweed
11. The One 
12. A Men

[✔] RM45 SEBOTOL + ADD POS






Haruman ni setanding kualiti yang original. Yang penting tahan lama! Jimat kan. Kalau nak, boleh terus whatsapp Cik ROse yer, 0194964553 .
Cepat, cepat sebelum perfume korang suka kehabisan stock. Lepas ni, dah tak ada tau 37  haruman ni. 


Untuk haruman lain, masih ada. Harga biasa ya, RM 65. Yang ramai pelanggan Cik Rose beli ialah, Forbiden Rose, Bombshell, Gucci Flora, Rose Essential. Tu yang paling digemari lah. Kalau tanya Cik Rose, Cik Rose suka Viva La Juicy dan Bombshell. Citarasa kita kan berbeza. Ada yang suka floral, ada yang minat fruity, ada yang gemar vanilla. Dan ada yang suka bau yang agak 'strong' dan ada yang minat bauan yang 'soft' sahaja. 

Whatasapp : 0194964553

Terima kasih buat semua yang telah sudi membeli perfume dari Cik Rose yer. Cik Rose jual.. 


anniversary

16 September | Selamat Hari Malaysia dan Selamat Ulangtahun Angkatan Tentera Yang Ke - 84

September 16, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini 16 September, sambutan hari Malaysia. Oh Malaysiaku, Negaraku. Ramai yang ambil kesempatan pada hari ini dengan meluangkan masa bersama keluarga. Ya, isikan masa dengan sebaiknya. 



Juga pada hari ini adalah Hari Ulangtahun Angkatan Tentera Malaysia yang ke - 84. Ucapan ini umumnya buat semua perwira-perwira Negara tanpa mengira darat, udara mahupun laut. Secara khususnya buat suami Cik Rose lah kan. Hihi. 


*Sumber gambar : Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia.

Tiba-tiba rindu sewaktu bertugas di MINDEF. Hihi. Memori berharga yang tidak akan dapat di mana-mana. Dan ia juga takkan terulang. 2009 - 2012. Sekarang dah 2017. Hampir 5 tahun berlalu. 

Teringat hari pertama melapor diri di sana dengan beg segala bagai. Tiada rumah sewa. Dari MINDEF, berjalan kaki ke suatu kawasan perumahan di sana. Terima kasih buat semua yang membantu di sana. Pengalaman mendewasakan kita. Ya, benar sekali. Erti berdikari. Di sanalah Cik Rose belajar berdikari dan memperkasakan emosi. Wah ayat. Hihihi. 

Suka duka di sana sentisa di hati. 


Masa terus berlalu, manakan mampu untuk diundurkan waktu. Kita kena terus maju ke depan tanpa melupakan titik perjalanan kita. Ya, baik kita teruskan dan yang kurang baik kita jadikan ingatan dan sentiasa berwaspada supaya tidak mengulanginya lagi. Jadikan pengajaran. 

Bukan saja rindu dengan teman sepejabat, juga rindu dengan teman-teman serumah. Ada yang masih berhubung dan ada juga yang telah 'lost contact'. Apa khabarmu di sana. Masing-masing punya rencana dan haluan masing-masing sekarang. Namun, mengenali mereka amat bermakna buat Cik Rose. Kami berbeza tapi mampu duduk di bawah satu bumbung. 7 - 8 orang serumah. Adakalanya mencecah 9 orang. Kemudian makin berkurang. Seorang  demi seorang melangkah keluar meneruskan kehidupan. Ada yang berkahwin, ada yang tukar tempat kerja dan lain- lain. 

Di manapun korang berada, Cik Rose doakan moga kenangan kita tidak terpadam. 


FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion