Resepi Sambal Petai dan Udang Yang Sangat Mudah dan Sedap

August 26, 2017

Resepi Sambal Petai dan Udang Yang Sangat Mudah dan Sedap. Sekarang ni musim petai. Sana sini orang bercerita tentang petai. Minggu lepas kan Cik Rose balik kampung. Di rumah mertua ada pokok petai. Memang tengah menjadi buahnya. Sempatlah merasa sambak udang petai, sambal sotong petai dan petai bakar di sana. Nyum nyum.. Cik Rose suka je makan petai. Tapi, ada orang yang tak makan petai. Ikut selera masing-masinglah kan. 

Masa nak balik Johor semula, mertua ada bekalkan petai untuk bawa balik. Apalagi, memang samballah jadinya. Nyum nyum. Cik Rose masak sambal udang petai. Kali ni buang kulit. Selalu Cik Rose masak sambal petai, tak buang kulit. Cuma kikiskan sedikit kulitnya dan potong-potong je. Sajalah ubah selera pula. Masak tanpa kulit. 

Inilah kejadian sambal udang petai versi Cik Rose. 


Ok, Cik Rose kongsikan resepinya. Mudah je cara Cik Rose. Cik Rose bukan chef, sekadar berkongsi untuk kenangan sendiri. 

Resepi Sambal Udang Petai

Bahan-bahan :

Untuk dikisar. 
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah kecil
Sedikit belacan - disangai sekejao kat dapur gas tu. Cucuk je dengan garpu ye. 
Cili kering. - Cik Rose kisar asing. Sebab nak tumis bawang dulu. Ada yang suka kisar sekali je kan. Ikut selera masing-masing ya. 

Udang
Petai
Gula
Garam


Cara-caranya :

Tumis bawang-bawang yang dikisar. Bula dah naik bau, masukkan cili. Biar sebentar hingga cili tu masak. Kalau kering sangat, tambah sedikit air. Bila cili dah masak, masukkan petai. Kemudian masukkan udang. Perasakan dengan garam. Kalau pedas sangat, letak gula sedikit. Kalau tak pedas sangat, tak perlu letak gula ya. Siap!


Itu sahaja. Senang kan? Cubalah yer. Makan dengan nasi panas, letak kicap. Emmm boleh menambah-nambah dibuatnya ni. Hikhik. 

You Might Also Like

16 comments

  1. yum sedapnya cik rose, mesti bertambah la makan nasi... hehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya sambal udang, Qiss pun suka sambal udang ni tapi tak pandai makan petai. tak tahu kenapa.hee

    ReplyDelete
  3. Sambal petai udang mmg syiok! Tpi sy kurang sikit mkn petai, udang ok..

    ReplyDelete
  4. Memang sedap sambal udang masak petai... ya pelbagai cara memasaknya bole dilakukan .., pokoknya sambal petai udang ... ada gak masuk pati santan sikit masa last sekali sblm hidang

    ReplyDelete
  5. sedapnya.. sambal udang petai..

    ReplyDelete
  6. Semalam baru je makan sambal udang petai..perghhh mmg terangkat..tapi beli je lah, malas nk masak..hrhehe

    ReplyDelete
  7. Sedapnya. Adik Ika suka sambal petai. Hahah nak kena belajar la buat

    ReplyDelete
  8. sedap nyer...terliur giler

    ReplyDelete
  9. mmg sana sini org tayang msk sambal petai nih, mmg regu dia ngn udang kn... tak pun ngn ikan bilis....

    ReplyDelete
  10. Ni favorite ni. Pasni nak try buat la dengan resepi ni. Nampak cam senang

    ReplyDelete
  11. Akak suka sambal udang tp petai tuh x suka

    ReplyDelete
  12. Akak suka sambal udang tapi tak suka petai

    ReplyDelete
  13. sambal udanggggggg! sedap yang amat!

    ReplyDelete
  14. Memang sesuai utk hidangan sarapan dan tgh hari

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS