Ramai Yang Berhutang - Biar Papa Asal Bergaya - INILAH REALITI

Thursday, 10 August 2017

Ramai Yang Berhutang - Biar Papa Asal Bergaya

Assalamualaikum. Cik Rose tertarik dengan lagu Ada Tak Ada nyanyian Salleh Yaakob. Untuk info, lagu asal adalah dari Indonesia. Berjudul Ada Nggak Ada nyanyian PMR. Tapi, liriknya berbeza. 

Lagu yang diubah kepada Ada Tak Ada, menceritakan tentang orang yang sanggup berhutang untuk kelihatan mewah dan untuk membeli kemahuannya. 


Lagu ni ada benarnya kan. Memang dekat dengan masyarakat kita.  Kalau diperhatikan dalam bait-bait lirik, ada ditulis. Luaran macam orang kaya, hakikatnya tidak. Sanggup berhutang untuk memiliki sesuatu dan beranggap jika tidak berhutang, sampai bila-bila tak dapat apa yang diingini. 

Pendapat setiap dari kita berbeza. Ada yang setuju, ada yang tidak dengan cara berhutang. Terpulang pada individu. 

Cuma pada pendapat Cik Rose, nak tak nak kena juga berhutang untuk beli rumah. Uwaaaa harga rumah makin naik ni. Risau..risau... 

Cik Rose kongsikan lirik lagu Ada Tak Ada dari Salleh Yaakob ni untuk korang. Boleh menyanyi sama-sama. Hihi.

Lirik Lagu Ada Tak Ada - Salleh Yaakob

Aaaa.. Aaaaa… Aaaa….

Bengang tak bengang
Dapat gaji bayar hutang
Bengang tak bengang
Hutang sampai keliling pinggang

Nampak bergaya
Siapa tau papa kedana
Duit tak ada
Nampak macam orang kaya
Eh berharta

Kata orang Perak
Biarlah pape asal bergaye

Hutang tak hutang
Yang penting semuanya ada
Kalau tak hutang
Memang tak nampak apa benda

Jangan difikir
Bulan tua atau muda
Kad kredit ada
tekan saja di komputer
Biar makan sambal belacan
Orang jangan dipedulikan
(dipedulikan….)

Hutang sikit-sikit
Memang sudah jadi biasa
Yang paling sakit
Kalau hutang sampai berjuta
Yang penting
kita mesti hidup suka ria
walau susah nampak gembira

Nak kata susah.. Tak jugak..
Nak kata senang.. Tak jugak..
Nak kata miskin.. Tak jugak…
Nak kata kaya.. Tak jugak….
Yang itu idak, yang ini idak..
Apa benda budak ni..
Pegi la abang ni..
Menyebuk aje…

Bengang tak bengang
Dapat gaji bayar
Bengang tak bengang
Hutang sampai keliling pinggang

Nampak bergaya
Siapa tau papa kedana
Duit tak ada
Nampak macam orang kaya
Eh! Berharta

Jangan difikir
Bulan tua atau muda
Kad kredit ada
tekan saja di komputer
Biar makan sambal belacan
Orang jangan dipedulikan..
(dipedulikan….)

Dibuat senang
Hidup ini jadi senang
Dibuat susah
Hidup ini jadi susah
Yang penting
kita mesti hidup suka ria
walau susah nampak gembira

Nak kata kurus.. Tak jugak..
Nak kata gemuk.. Tak jugak..
Nak kata tinggi.. Tak jugak…
Nak kata pendek.. Tak jugak….
Itu idak, Ini idak..
Apanya lagi ni..
Sudah la bang
Sampai tua la lu…

Bengang tak bengang
Dapat gaji bayar
Bengang tak bengang
Hutang sampai keliling pinggang

Nampak bergaya
Siapa tau papa kedana
Duit tak ada
Nampak macam orang kaya


7 comments:

  1. Kan cik.rose,akak.setuju sangat.tapi kan,xpernah dengar lagilah lagu dia ni...nK carilah.
    Nak bergaya,kenalah tengok pada poketny KN...

    ReplyDelete
  2. hee~ terasa nak bagi jek link kat membe yang dah nak setahun berhutang tapi tak reti nak bayar.. sakitp lak hati kite.. hahahaha~

    ReplyDelete
  3. bahaya kalau banyak hutang... takut tak terbayar. kalau yang meminjam tu, kena sedar diri untuk bayar hutang...

    ReplyDelete
  4. ramai dah orang yang saya jumpa macam tu

    ReplyDelete
  5. Memang ada betulnya lirik lagu nih...

    ReplyDelete
  6. Mendalam juga lirik lagu tu, saya pun kira sama la , dapat gaji je bayar komitmen hutang, tapi tak adalah sampai teruk sangat

    ReplyDelete