PERTAMA KALI MAKAN SPAGHETTI AGLIO OLIO DI RESTORAN SECRET RECIPE - INILAH REALITI

Wednesday, 9 August 2017

PERTAMA KALI MAKAN SPAGHETTI AGLIO OLIO DI RESTORAN SECRET RECIPE

PERTAMA KALI MAKAN SPAGHETTI AGLIO OLIO DI RESTORAN SECRET RECIPE | Assalamualaikum. Balik kampung masa cuti Raya Aidilfitri haritu, Cik Rose ikut kakak dan adik ke Penang. Saja teman kakak nak cari barang sikit. Singgah makan tengahari Restoran Secret Recipe.

Selalunya, kalau ke Secret Recipe, Cik Rose akan order Fish & Chip atau Nasi Goreng yang ada sate tu jer. Tapi, kali ni nak tukar selera. Sajalah kan. Cuba menu yang lain pula. Tu yang Cik Rose order Spaghetti Aglio Olio. 


Makan panas-panas, memang sedap. Cik Rose suka. Cuma, bab udang tu yang kurang sikit pada Cik Rose. Bukan apa, macam tak masak. hihi. Cik Rose sensitif bab -bab half cook ni.. Semua nak yang masak elok. hihi. Makan berdua dengan anak sedara, Arif. Dia memang suka western food. Nasi kurang sikit dia nak makan, melainkan nasi goreng biasa. hihi. Kalau makan kedai yang goreng-goreng ni, memang nasi goreng biasa je pilihan dia. 

Spaghetti  Aglio Olio yang paling sedap

Yang paling sedap Spaghetti Aglio Olio yang pernah Cik Rose rasa adalah di Restoran Leezo, Batu Pahat. Sedap! Masih teringat-ingat Cik Rose kesedapannya. hihi.

Nak buat sendiri, tak terbuat pula. Dah simpan resepinya dah. Macam senang je nak buat. Tapi M besar sangat! Ha ha ha.

Spaghetti Bolognese dah pandai buat. Dah selalu buat sendiri kalau teringin nak makan. Cik Rose akan buat pedas-pedas sikit. Kalau makan di restoran, rasa tomatonya yang lebih. Kalau masak sendiri, kita boleh adjust rasa tu sendiri ikut citarasa kita kan. Lagi puas hati sebenarnya.


5 comments:

  1. mmg stail dia kot udang halfcook..hehe

    ReplyDelete
  2. haha smpai sekarang tak sempat nk jejak lezzo . asyik rmai orang je

    ReplyDelete
  3. udang kalau kt SR mmg nampak tak msk gitu kan... kalau mak akak mau tak lalu mkn tgk udangnya gitu hehhehe

    spageti aglio olio paling mudah sediakan, bahan2 asas dia bwg putih, serbuk cili, olive oil, udang, grm perasa n spageti....
    akak jarang2 buat sbb kering klu spageti lain kn berkuah

    ReplyDelete
  4. sedap ke..

    sy tk bpe suke.
    lain org lain citerasa kan...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.. lama mama x ke sr

    ReplyDelete