Memori Van MILO yang buat aku rindu

August 26, 2017

Memori Van MILO yang buat aku rindu. Eh rasa janggal pula bila tulis aku di tajuk entry. Dalam percakapan harian juga, Cik Rose amat jarang menggunakan kata ganti diri aku. Selalunya Cik Rose menggunakan kata ganti diri - kami, saya , dan Ros. Kalau di sekolah dulu memang guna kami - ampa dan saya - awak. Walaupun rakan sekeliling menggunakan aku - hang , lidah ni payah benar nak ungkapkan. Tetapi ada seorang yang Cik Rose guna perkataan aku - hang. Kawan sekolah menengah, Wawa. Dengan dia ja yang Cik Rose guna aku - hang. Tu pun sebab dia suruh cuba. Ha ha. Adoi... Bila imbas balik ,mulalah rindu waktu itu. 

Ok, kembali ke tujuan asal entry ni. Van MILO. Sungguh nostalgia kan. Masa sekolah rendah, rasa teruja sangat setiap kali van MILO datang sekolah. Sanggup beratur demi mendapatkan secawan kecil air Milo. Sebab apa? Sebab free lah. Hihi. Eh tak.. Sebab sedap. Rasa dia tak sama dengan air Milo yang dok jual tu. Tak sama juga dengam Milo tin atau Milo kotak. Rasanya istimewa!

Minggu lepas, Cik Rose ke Shell. Singgah nak beli Strepsil sebenarnya. Tekak tak sedap, batuk-batuk. Sekali ternampak air kotak Milo. Tertarik sebab ada kuning-kuning di kotaknya. Eh lawa. Hijau Kuning macam negeri Kedah Kesayanganku. Hihi. Cik Rose beli dua kotak terus. 


Tadaa... Akak cashier bagi Van Milo pada Cik Rose. Hihi. Terima kasih. Cik Rose beli dua kotak, dapat hadiah van Milo. Van Milo tu merupakan tuala putih. Sempena Sukan Sea ni. Pagar berpalang Bangkit Bersama.


Rasa best je dapat free gift ni. Ha ha. 

Nak tahu tak macam mana buat air Milo yang rasanya ala-ala air Milo macam van tu? Meh Cik Rose kongsikan resepinya. Mudah sahaja. Cuma guna Milo yang banyak sikitlah. Hikhik. Jangan kedekut - kedekut Milo kalau nak sedap.

Bancuh Milo dan susu pekat manis dengan air panas. Letak sikit ja air dan susu tu. Milo nak kena lebih. Kacau-kacau. Dia akan jadi pekat. Lepas tu letak ais kiub. Kacau-kacau dan sedia diminum. Memang sedap! Tapi jangan minum selalu. Sebabnya manis kan. Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman. Lagi satu sebab jangan buat selalu, nanti kena beli serbuk Milo tu kerap pula. Cepat sangat habis. Hihi. Selamat mencuba!


You Might Also Like

6 comments

  1. Kat sekolah setiap tahun mmg ada ni cik rose..hihi..hari sukan sekolah..milo sponser air..hihi

    ReplyDelete
  2. comelnya.

    aku jarang minum milo bila dah tua-tua ni. kalo teringin baru beli.

    ReplyDelete
  3. Comel jer milo van tu kita ada nampak milo van bentuk macam tu kat jalan raya realnya...

    ReplyDelete
  4. sedap kan milo? pagi2 memang wajib minum milo heheh

    ReplyDelete
  5. Hahahhaa cute! Ruby suka gila kalau ada abang milo datang. Beratur berkali-kali pun takpa. Masa sekolah, abang milo datang pada hari sukan. Memang syok! Sekarang dah tua ni, nampak lori milo masa sukan larian marathon je. Berlari seronok ke arah lori. Hahahaa

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS