Ada ke yang sukakan subjek Sejarah di sekolah?

August 15, 2017

Ada ke yang sukakan subjek Sejarah di sekolah? Kalau tanya pada Cik Rose, tentu sahaja jawapannya adalah Ya. Dah berapa tahun berlalu tu. Kini dah berusia 29 tahun. Lebih 12 tahun meninggalkan bangku sekolah. Itu jika dikira waktu  tingkatan lima. 

Melangkah saja ke tingkatan satu pada tahun 2001, memang Cik Rose dah sukakan matapelajaran Sejarah. Tak pasti kenapa masa tu. Yang pasti memang Cik Rose suka sangat dengan Sejarah, tapi kurang gemar matapelajaran Geografi. Hihi.. Ampunn.

Gambar di bawah, Cik Rose ambil dari facebook. Terima kasih buat yang sudi berkongsi.


Dalam pada Cik Rose amat sukakan Sejarah, ada antara rakan-rakan Cik Rose yang kurang gemarkannya. Iya, kita berbeza-beza kan.. Perbezaan itu harus dirai.

Buku teks dijaga rapi. Buku nota ditulis kemas. Dibalut dengan pembalut buku cantik-cantik. 

Cik Rose juga rajin menulis nota Sejarah. Cik Rose tak salin bulat-bulat apa yang ada di buku teks. Baca dahulu, dan buat ringkasan. Punyalah suka subjek Sejarah. 

Markah peperiksaan bagi subjek Sejarah selalunya lebih tinggi berbanding matapelajaran lain, tetapi lebih kurang sama dengan Penulisan (Bahasa Melayu).  Cik Rose cukup suka kalau soalan esei berbanding soalan objetif. Masih lagi ingat cikgu subjek Sejarah. Suka dengan teknik beliau mengajar. Terima kasih Cikgu Norliah.

Dek kerana amat sukakan Sejarah, Cik Rose pernah memiliki impian nak sambung pelajaran dalam undang-undang. Namun, tidak kesampaian cita-cita itu. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Cik Rose juga tidak pernah menyesali dan menerima jalan yang Cik Rose pilih hari ini.

Setiap keputusan yang kita buat, kitalah yang bertanggungjawab. Jangan pernah ingin menyalahkan orang lain, keadaan sekeliling atau lebih dasyat adalah takdir. Jangan.

Untuk adik-adik, belajarlah rajin-rajin. Dan jangan abaikan matapelajaran yang kita tak gemar. Setiap matapelajaran adalah penting. Bukan sekadar untuk lulus peperiksaan. Ingat yer. Ilmu ni berguna dalam setiap tindakan kita sebenarnya. Cuma, Cik Rose dulu terabaikan subjek Kimia dan Fizik. Hihi. Angkara terlalu obses dengan Sejarah. Waduh, waduh. 




You Might Also Like

7 comments

  1. dulu aku minat betol subjek sejarah. tapi skrang tanya dah tak berapa nak ingat. dah jadi pelupa.

    huahua.

    jd best student sejarah 2 kali rasanya. tp kenangan lama.

    sekarang ni hanya hidup jadi manusia biasa saja.

    ReplyDelete
  2. Tak berapa minat subjek sejarah tapi kena pulun jugak masa ambil stpm.

    ReplyDelete
  3. Ai suka novel atau cerita yang berunsurkan sejarah.. tapi subject sejarah tak suka. tak tau lah kenapa.

    https://ceritaaisyaismail.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. alamak...dulu tak suka subjek ni. teringat dulu cikgu yang mengajar sejarah tu cakap "mane seronok belajar pasal orang yang dah mati". terus rasa macam krik krik krik

    ReplyDelete
  5. Akak suka sejarah mcm mahsuri, hang tuah, puteri gunung ledang...kalau subjek kat sekolah x suka sgt hahahaha sebab jenuh nak.igt tarikh tarikh peristiwa kena jajah la ape la..bab igt igt tarikh penting jd stress terus..hahaha

    ReplyDelete
  6. Kaklong suka sejarah, tapi tak suka subjek sejarah.
    Pening nak faham peristiwa2 tu..

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion