merdeka

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 60 Tahun Malaysia

August 31, 2017

Assalamualaikum. 
31 Ogos 1957. Tarikh Kemerdekaan negara kita, Malaysia. Tahun ini jatuh pada hari Khamis, sehari sebelum hari raya Korban dan sehari selepas tamatnya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017. 

Oleh kerana Merdeka, Cik Rose pun tukar gambar profil di facebook ala-ala patriotik gitu. Berlatar belakangkan Jalur Gemilang!


Apa aktiviti korang hari Merdeka ni? Mesti ramai yang balik kampung! Maklumlah cuti panjang kan. Bestnya korang! Sampai sesak lebuhraya dibuatnya penangan cuti panjang ni kan. Bersambung-sambung cutinya. Jangan ada yang terlajak pula tau. Cukuplah tu 5 hari kan. Rancang perjalanan sebaiknya ya.

~demi negara yang tercinta
Bakti ku curah dengan penuh setia..
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi~

Eh ternyanyi pula! Ha ha ha.


Selamat menyambut hari kemerdekaan oh Malaysiaku Tercinta!

merdeka

Dah terima Nombor Pin Google Adesense?

August 31, 2017

Assalamualaikum.
31 Ogos 2017. Ulangtahun  kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke 60 tahun. Alhamdulillah. Cuti bersambung-sambungkan. Merdeka, hari raya Aidiladha, hari minggu. Cuti Sukan Sea 2017. Jumlahnya 5 hari! Ramai yang ambil kesempatan ni balik kampung, pergi bercuti. Tambah pula cuti sekolah kan. 

Alkisahnya, petang semalam Cik Rose dapat surat cinta dari Google Adsense. Hihi. Yeayyyyy!!!

Inilah dia :!


Terkejut mula-mula, sebab tak sangka akan dapat semalam. Maklumlah surat dari jauh kan. Alhamdulillah rezeki. Insyaallah akan terus positif menulis dari masa ke semasa. 



Thank you buat semua pembaca blog Cik Rose ni ya.

Oh ya, BLOGGER. 

Apa yang korang faham dengan Blogger ni? 
Apakah kritea-kritea seorang blogger? 
Adakah seseorang yang mempunyai blog dikira sebagai blogger tanpa mengambil kira hasil penulisannya?
Adakah cukup dengan meletakkan gambar dan sedikit penerangan sahaja? 
Atau hanya dengan 'kopipes' - copy paste, meletakkan beliau sebaris dengan blogger yang lain? 

Kita sendiri mempunyai pelbagai persepsi tentang blogger kan. Raikan perbezaan itu, usah merumitkan keadaan. 



Namun, kita sendiri harus menjaga standard penulisan kita. Janganlah setakat meletakkan kembali bulat-bulat ayat yang tertera pada sesebuah gambar tu. kemudian, terus 'publish'. Eh tak mau! 

Senang kerja korang kalau macam tu. 

Tak salah mencari info/artikel. Tapi, karanglah ayat sendiri dan kembangkan idea penulisan dengan cara yang tersendiri. 

petai

Resepi Sambal Petai dan Udang Yang Sangat Mudah dan Sedap

August 26, 2017

Resepi Sambal Petai dan Udang Yang Sangat Mudah dan Sedap. Sekarang ni musim petai. Sana sini orang bercerita tentang petai. Minggu lepas kan Cik Rose balik kampung. Di rumah mertua ada pokok petai. Memang tengah menjadi buahnya. Sempatlah merasa sambak udang petai, sambal sotong petai dan petai bakar di sana. Nyum nyum.. Cik Rose suka je makan petai. Tapi, ada orang yang tak makan petai. Ikut selera masing-masinglah kan. 

Masa nak balik Johor semula, mertua ada bekalkan petai untuk bawa balik. Apalagi, memang samballah jadinya. Nyum nyum. Cik Rose masak sambal udang petai. Kali ni buang kulit. Selalu Cik Rose masak sambal petai, tak buang kulit. Cuma kikiskan sedikit kulitnya dan potong-potong je. Sajalah ubah selera pula. Masak tanpa kulit. 

Inilah kejadian sambal udang petai versi Cik Rose. 


Ok, Cik Rose kongsikan resepinya. Mudah je cara Cik Rose. Cik Rose bukan chef, sekadar berkongsi untuk kenangan sendiri. 

Resepi Sambal Udang Petai

Bahan-bahan :

Untuk dikisar. 
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah kecil
Sedikit belacan - disangai sekejao kat dapur gas tu. Cucuk je dengan garpu ye. 
Cili kering. - Cik Rose kisar asing. Sebab nak tumis bawang dulu. Ada yang suka kisar sekali je kan. Ikut selera masing-masing ya. 

Udang
Petai
Gula
Garam


Cara-caranya :

Tumis bawang-bawang yang dikisar. Bula dah naik bau, masukkan cili. Biar sebentar hingga cili tu masak. Kalau kering sangat, tambah sedikit air. Bila cili dah masak, masukkan petai. Kemudian masukkan udang. Perasakan dengan garam. Kalau pedas sangat, letak gula sedikit. Kalau tak pedas sangat, tak perlu letak gula ya. Siap!


Itu sahaja. Senang kan? Cubalah yer. Makan dengan nasi panas, letak kicap. Emmm boleh menambah-nambah dibuatnya ni. Hikhik. 

milo

Memori Van MILO yang buat aku rindu

August 26, 2017

Memori Van MILO yang buat aku rindu. Eh rasa janggal pula bila tulis aku di tajuk entry. Dalam percakapan harian juga, Cik Rose amat jarang menggunakan kata ganti diri aku. Selalunya Cik Rose menggunakan kata ganti diri - kami, saya , dan Ros. Kalau di sekolah dulu memang guna kami - ampa dan saya - awak. Walaupun rakan sekeliling menggunakan aku - hang , lidah ni payah benar nak ungkapkan. Tetapi ada seorang yang Cik Rose guna perkataan aku - hang. Kawan sekolah menengah, Wawa. Dengan dia ja yang Cik Rose guna aku - hang. Tu pun sebab dia suruh cuba. Ha ha. Adoi... Bila imbas balik ,mulalah rindu waktu itu. 

Ok, kembali ke tujuan asal entry ni. Van MILO. Sungguh nostalgia kan. Masa sekolah rendah, rasa teruja sangat setiap kali van MILO datang sekolah. Sanggup beratur demi mendapatkan secawan kecil air Milo. Sebab apa? Sebab free lah. Hihi. Eh tak.. Sebab sedap. Rasa dia tak sama dengan air Milo yang dok jual tu. Tak sama juga dengam Milo tin atau Milo kotak. Rasanya istimewa!

Minggu lepas, Cik Rose ke Shell. Singgah nak beli Strepsil sebenarnya. Tekak tak sedap, batuk-batuk. Sekali ternampak air kotak Milo. Tertarik sebab ada kuning-kuning di kotaknya. Eh lawa. Hijau Kuning macam negeri Kedah Kesayanganku. Hihi. Cik Rose beli dua kotak terus. 


Tadaa... Akak cashier bagi Van Milo pada Cik Rose. Hihi. Terima kasih. Cik Rose beli dua kotak, dapat hadiah van Milo. Van Milo tu merupakan tuala putih. Sempena Sukan Sea ni. Pagar berpalang Bangkit Bersama.


Rasa best je dapat free gift ni. Ha ha. 

Nak tahu tak macam mana buat air Milo yang rasanya ala-ala air Milo macam van tu? Meh Cik Rose kongsikan resepinya. Mudah sahaja. Cuma guna Milo yang banyak sikitlah. Hikhik. Jangan kedekut - kedekut Milo kalau nak sedap.

Bancuh Milo dan susu pekat manis dengan air panas. Letak sikit ja air dan susu tu. Milo nak kena lebih. Kacau-kacau. Dia akan jadi pekat. Lepas tu letak ais kiub. Kacau-kacau dan sedia diminum. Memang sedap! Tapi jangan minum selalu. Sebabnya manis kan. Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman. Lagi satu sebab jangan buat selalu, nanti kena beli serbuk Milo tu kerap pula. Cepat sangat habis. Hihi. Selamat mencuba!


lirik lagu

Lirik Lagu Zizan ft Sona One - Chentaku

August 25, 2017

Lagu baru Zizan bersama Sona One bertajuk Chentaku. Pertama kali dengar di radio, tak rasa apa-apa sebab dengar sepintas lalu. 


Tapi, semalam Cik Rose buka youtube nak tengok video klip lagu Dayang Nurfaizah dan Malique iaitu lagu Pejamkan Mata. Ada suggestion kat bawah tu lagu Zizan ni. Bukalah dan tengok. Eh , eh boleh diterima telinga. Macam best pula bila diamati liriknya tu. Hihi. 

Jadinya, di sini Cik Rose kongsikan liriknya ya. Korang boleh cari di youtube dan cuba dengar.

Lirik Lagu Zizan ft Sona One - Chentaku

Dia Cintaku tetapi hanya dari jauh
Dia Cintaku tetapi ku memandangnya dari jauh
Bila Bertemu ku sering terlalu kaku
Dan Ia pun cintaiku tetapi ia belum tahu

Cinta Pandang pertama
Mata Bertentang mata
Takde balak tak de pakwe
Itu yang gua rasa

Alamak tu semua kan takpe
Janji Belum kawin apa
Janji bukan kena paksa
Bukan Hanya hendak menggoda

Jadi Ku menghampiri dirinya dengan lebih dekat
Wajahnya Manis bab rasa jus yang pekat
Tiada Cincin di jari dia belum terikat
Cun Habis semua lelaki terpikat

Dia Penuh gaya dan penuh klass
Sopan Santun tak pernah keras
Nak Ayat tapi tak lepas
Bila Masa berdepan ayat tak keluar jelas

Dia Cintaku tetapi hanya dari jauh
Dia Cintaku tetapi ku memandangnya dari jauh
Bila Bertemu ku sering terlalu kaku
Dan Ia pun cintaiku tetapi ia belum tahu

Gua Tanya apa khabar
Dia Buat muka selamba
Tapi Dia senyum dan kenyitkan mata
Jadi Gua pun turunkan cermin mata

Dia Tanya tu brand apa
Gua Cakap ini rayband wayfarer
Bagi Sepulah dapat tiga
Pasal I belikat danau kota

Kalau u nak lepas kerja i boleh bawa
Lepas tu kita boleh makan laksa sarawak
Boleh tengok wayang chill dan lepak
Bergurau Senda main sepak sepak

Janji Lepas tu u kasi i pegang hati u
Jangan Pikir bukan bukan
Kerna I sorang lelaki yang sopan
Kalau U nakal nanti i rotan

Dia Cintaku tetapi hanya dari jauh
Dia Cintaku tetapi ku memandangnya dari jauh
Bila Bertemu ku sering terlalu kaku
Dan Ia pun cintaiku tetapi ia belum tahu

Sekarang Gua dah ada awek
Buka Dada macam awie
Memang Mulut macam mawi
Jual Mot terus beli myvi

Walau Terpaksa makan roti
Janji Cinta gua terbukti
Kalau Terlepas gua yang rugi
Mungkin Kita boleh jadi suami isteri

Dia Cintaku tetapi hanya dari jauh
Dia Cintaku tetapi ku memandangnya dari jauh
Bila Bertemu ku sering terlalu kaku
Dan Ia pun cintaiku tetapi ia belum tahu

Bila Bertemu ku sering terlalu kaku
Dan Ia pun cintaiku tetapi ia belum tahu



bahagia

Semua berhak untuk bahagia.

August 24, 2017

Semua berhak untuk bahagia. Ya, semua. Seorang pun tidak terkecuali. Cuma, caranya sahaja berbeza. Bahagia itu subjektif. Benar kan? 

Ada orang memiliki duit berkepuk-kepuk. Ada yang punya keluarga yang saling menyayangi. Ada yang menjawat jawatan yang besar. Bahagia.

Ada yang dianugerahkan anak-anak yang ramai. Ada yang menunggang motosikal ke suatu destinasi. Ada yang duduk di rumah teres. Bahagia.

Itu contoh sahaja.



Bahagia itu subjektif.

Cik Rose tak nak sentuh bab tidak bahagia. Negative, go away. Hihi. 

Apapun yang kita miliki, nikmatinya. Terima dengan berlapang dada. Insyaallah, bahagia! Usah membandingkan apa yang kita tidak ada dengan apa yang orang lain ada. Kalau macam tu pemikiran kita, memang kita tidak akan kenal erti bahagia. 

Senyum. 

Ya senyum sebagai terapi diri. Hargainya sebelum kehilangan. Usah menyesal di kemudian hari. Masa tidak dapat diundur. Tik tok tik tok. Terus berjalan laju. 

Satu lagi harus diingat. Usah memandang sinis dengan orang lain. Amboi amboi amboi. 

Jaga mata, jaga hati. 



AFFILIATE

RAYA AIDILADHA - Beli baju raya di Sweet Muslimah sempena Hari Raya Haji

August 24, 2017

RAYA AIDILADHA - Beli baju raya di Sweet Muslimah sempena Hari Raya Haji. | Lagi kurang seminggu Hari Raya Haji bakal menjelma. 1 September 2017 iaitu hari Jumaat. Jarang kita dengar persiapan baju Raya Haji kan. Iyalah, lebih kepada menunaikan Haji dan melakukan ibadah Qorban sebenarnya. 

Hari Gaji Penjawat Awam, 24 Ogos 2017. Hari ni! Patutlah senyum lebar korang yer. Masyuk rupanya. Alhamdulillah. Rancang dan gunalah sebaiknya. Sempena hari gaji ni juga, Cik Rose nak berkongsi satu berita baik dengan semua pembaca Cik Rose yang tersayang. 

SALE!

Berbelanjalah secara bijaksana. Jimat apa yang patut. Dalam pada nak berjimat tu, kita mestilah nak kena pilih yang terbaik kan. Dalam entry kali ni, Cik Rose tekankan tentang baju la. Nak beli kain dan tempah macam tak sempat je lagi seminggu nak raya ni. Kalau ada pun, kosnya jauh lebih tinggi. Lainlah kalau kita pandai jahit sendiri baju ni. Kalau tak pandai jahit, Cik Rose cadangkan korang beli je baju siap. Mudah dan juga cantik. Puas hati.

Kat mana nak beli baju Raya Haji?

Di mana lagi kalau bukan di website Sweet Muslimah. Klik je link ni SWEET MUSLIMAH . Cubalah tengok gambardi bawah ni, Kurung Sofia. Cantik. Cik Rose berkenan pulak yang warna soft pink ni. 

Kurung Sofia - Coming Soon

Klik je banner kalau nak tengok pilihan yang lain :)

Baju dah cantik-cantik, tudung warna sedondon pulak tak ada. Bukan kata sedondon, colour blocking pun tak ada dalam almari. Eh, eh jangan risau. Di Sweet Muslimah ni ada juga pelbagai rekaan shawl. Cantik-cantik pilihan yang ada. Bolehlah beli sekali gus kan. Korang order je sekali, nanti sampai dan bolehlah bergaya di pagi raya!

Koleksi Tudung Online

Alang-alang dah ada sale ni, jomlah beli. Boleh pakai pergi kerja kan. Tak adalah pakai baju sama hari-hari. Apa salahnya sesekali membeli. Tapi, jangan sampai membazir. Beli banyak-banyak, last-last tak pakai. Terletak je dalam almari. Tak mau macam tu tau. Kalau memang pakai, beli. Kalau tak berapa nak pakai, lebih baik simpan duit tu. Jangan ikut nafsu. 

Akhir kata, jomlah cuci mata di SWEET MUSLIMAH . Hihihi.



BEAUTY

Enchanteur Stunning Rangkaian Terbaru dari Enhanteur Yang Wangi Mempesona!

August 23, 2017

Enchanteur Stunning Rangkaian Terbaru dari Enhanteur Yang Wangi Mempesona! Sebut sahaja Enchanteur, semua pun tahu kan. Bukan sahaja menjadi pilihan gadis remaja, malah menjadi pilihan semua peringkat usia. Tak kira jantina sebenarnya. Yang lelaki pun suka je dengan Enchanteur. Ada banyak pilihan haruman yang ada. Pilih je yang sesuai dengan citarasa masing-masing.  Cik Rose memang suka losyen Enchanteur Paris yang warna pink tu. Wangian yang memikat. Memang pilihan Cik Rose sejak kebelakangan ni. Dahlah wangi, tak melekit pula tu kan. 



Baru-baru ni ENCHANTEUR  telah melancarkan  rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi yang di beri nama STUNNING. 



Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Lembut je baunya, memang kena dengan citarasa Cik Rose ni. Tak menyengat hidung. Cik Rose yakin ramai yang bakal jatuh cinta dengan haruman terbaru dari Enchanteur ni. 




Packagingnya berwarna peach, nyata sudah memikat hati sesiapa sahaja yang memandangnya. Jatuh hati pandang pertama gitu. Rangkaian Enchanteur Stunning terdiri dari Eau De Toilette, Perfumed Body Lotion, Perfumed Deo Roll-On, Perfumed Deo Mist dan Perfumed Talc . Senang cakap, lengkaplah. Ada minyak wangi, ada deodorant, ada bedak, ada losyen! Senang kan, boleh beli satu set terus. Eh sesuai juga untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang. Makin sayanglah lepas dapat set Stunning ni. 

Enchanteur Stunning - Eau De Toilette

Mesti beli! Sebab Cik Rose suka akan baunya. Lembut tetapi mempesonakan. Wah gitu. Reka bentuk botolnya pun menarik, dan nampak eksklusif. Sembur sahaja di pergelangan tangan dan leher, korang akan kekal mewangi gitu. hihi. Jujur, Cik Rose suka. Boleh jadikan antara koleksi perfume Cik Rose ni. 


Enchanteur Stunning - Perfumed Body Lotion

Cik Rose sebelum ni memang pakai losyen dari Enchanteur, tapi yang jenis Paris pink tu. Bila dah cuba yang Stunning ni, eh macam lagi suka. Cinta beralih arah nampaknya ni. Bestlah, tak melekit dan wangi tu sudah pasti. Tapi, jangan risau. Wangi dia tak adalah sampai menusuk hidung tu. Ada sesetengah orang alah dengan losyen yang terlalu wangi kan. Cik Rose pun sama. Nanti asyiklah bersin. Untuk losyen ni, Cik Rose bagi 5 bintang. Eh. hikhik.

Enchanteur Stunning - Perfumed Talc

Bedak Enchanteur ni suami Cik Rose cukup suka. Haha. Cik Rose jarang pakai bedak. Tak tahu kenapa. Tapi, cik abang pulak yang suka bedak ni. Dia kata wangi. Jadinya, bedak ni jadi hak milik dia nampaknya. Hihi. 

Enchanteur Stunning -  Perfumed Deo Roll-On

Walaupun ramai yang dah beralih arah memilih deodorant jenis semburan, masih ada yang menggemari jenis stick ni kan. Ianya memiliki peminat tersendiri. Kerana itu, ia masih relevan dan mendapat sambutan hangat!

Enchanteur Stunning - Perfumed Deo Mist

Deodorant yang jenis semburan ni memang jadi pilihan ramai sekarang kan. Sebabnya senang dan jimat masa. Sembur je. Terus boleh pakai baju. Tak payah tunggu nak kering bagai kan. Korang yang memang guna deodorant jenis semburan ni patut cuba!




Harga Enchanteur Stunning
Jangan risau. Harganya amatlah berpatutan seiring dengan kualitinya. Nak beli pun mudah, ada je di pasaraya-pasaraya, kedai-kedai atau farmasi. Tak perlu risau nak mencarinya kalau habis.


Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, boleh rujuk :



merdeka

Erti MERDEKA yang sebenarnya

August 22, 2017

Erti MERDEKA yang sebenarnya | Erti Merdeka pada setiap individu adalah berbeza-beza. Berbagai-bagai tafsiran individu mengenai Merdeka.

 Mengikut Kamus Bahasa Melayu :
 mer.dé.ka] | مرديک

Definisi : /merdéka/ bebas drpd penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pada yang lain; berdiri sendiri: Malaysia negara yang ~ dan berdaulat. memerdekakan memberikan kebebasan; melepaskan daripada penjajahan, kurungan dll. kemerdekaan keadaan merdeka atau bebas; kebebasan: Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai ~ pd 31 Ogos 1957. pemerdekaan perihal atau perbuatan memerdekakan; pembebasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Manakala Istilah "Merdeka" ditakrifkan daripada bahasa Sanskrit Maharddhika yang membawa makna "kekayaan, keagungan dan kekuasaan" Dalam konteks kontemporari, Istilah ini digunakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia untuk melambangkan kedaulatan sesebuah negara.
Sumber : WIKIPEDIA

Merdeka - Bebas. Itu bahasa mudahnya. Bebas dari apa? Boleh jadi penjajahan, tekanan, dan lain-lain. Penjajahan- bukan sahaja penjajahan kuasa, boleh jadi kekuatan, dan penjajahan minda juga.

Negara kita Malaysia sudah merdeka dari cengkaman penjajah, namun merdekakah minda kita?. Cuba renungkan dan fikir sejenak.
Berubahlah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Jangan berada di takuk lama.

Iklan sikit. LAZADA ada buat jualan Jalur Gemilang sempena Kemerdekaan. Boleh klik di banner di bawah ya, untuk cuci-cuci mata. hihi.

MY Malaysia Flag 2017

Cik Rose lampirkan di sini sedikit petikan ucapan oleh Menteri Pertahanan kita, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada tahun 2015 tentang erti kemerdekaan. SUMBER : SINAR HARIAN ONLINE.

Pada anak kecil, bebas bermain hingga senja, itu merdeka. Pada seorang ibu, melihat keluarganya nyenyak tidur, itu merdeka.


Pada seorang guru, lahirnya seorang graduan pintar, itu merdeka.

Pada seorang nelayan, beroleh sesuap rezeki dari dasar laut untuk dibawa pulang ke pangkuan keluarga, itu merdeka.

Setiap daripada kita akan mempunyai maksud yang berbeza, tafsiran yang berbeza. Namun, akhirnya kita akan faham jua. Dan kita akan kembali kepada satu perkara. Betapa merdeka itu bukan pada zahir dan luaran. Tetapi pada rasa, pada jiwa, pada minda.

~~~~~

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 60 tahun Malaysiaku !





peringatan

SUKA JANGAN TERLALU MEMUJI, BENCI JANGAN SAMPAI MENGEJI

August 22, 2017

SUKA JANGAN TERLALU MEMUJI, BENCI JANGAN SAMPAI MENGEJI | Assalamualaikum. Terasa mahu menulis berkenaan tajuk di atas. Terbaca satu ayat ni di laman muka buku tak lama dahulu. 

" Suka jangan terlalu memuji dan benci jangan sampai mengeji "

Ada benarnya ayat di atas. Saat berbaik, semuanya manis belaka. Indah di rasa. Namun, bila ada pertelingkahan, mulalah nampak yang buruk hingga saling mengeji. Sebab tu ada juga pepatah mengatakan, buat baik berpada-pada. Bimbang kebaikan akan disalah ertikan.


Ini ingatan juga buat diri Cik Rose. Jangan tersalah langkah, jangan ghairah mencari permata dan buang kaca-kaca yang bertaburan. Siapa sangka di masa akan datang yang permata itu akan memakan diri kita. Manakala kaca-kaca yang telah kita campak itulah yang akan menyelamatkan kita.

Hati-hati berkongsi cerita. Bimbang diputar belit dan di jadikan jerat buat diri kita sendiri kelak. Manusia bisa bertindak kejam jika tersepit. Aduhai. 

Terkadang, terduduk memikirkan apa yang harus dilakukan. Diluah mati mak, ditelan mati ayah. Namun, harus bertindak secara profesional. Peribadi adalah peribadi. Kerja adalah kerja. Dan perniagaan adalah perniagaan. Jangan campur adukkan semua perkara, bimbang tersalah langkah dek kerana emosional. 

Hal emosi. Sukar untuk diperlihara. Payah untuk dijaga. Sekali terusik, selamanya menjadi kenangan. Benar, kan? Oleh itu, berhati-hati dengan segala tindakan kita, ya. 

Be positive.

Ya, perlunya berfikiran positif. Namun, jangan keterlaluan. Perlu juga sekali sekala berfikiran negatif. Sebagai benteng diri juga. 

Entah kenapa, emosi bercampur baur. Berat hati memikirkan sesuatu. Niat hanya sekadar ingin berkongsi cerita telah disalah tafsir. Dicanang satu alam semesta berkenaan perkongsian kita yang akhirnya menampakkan sisi kurang baik diri kita. Itulah yang paling ditakuti. Salah faham. Dan bukan daya kita untuk menjernihkan kembali air yang keruh. Sukar untuk berpatah balik. Maka, ambil keputusan untuk jalan terus dan terus maju. 

Moga kita terhindar dari perkara sedemikian.

Hanyalah nukilan cerita dan tidak ada kena mengena dengan emosi Cik Rose saat ini. 

Sekian.

balik kampung

PLAN TAK JADI : Percutian Bulan Madu bertukar dengan Balik Kampung

August 21, 2017

Assalamualaikum. Bertemu lagi hari ni, 21 Ogos 2017 iaitu hari Isnin. Ha, siap bagi tarikh dan hari. Hari ni baru naik kerja. Setelah seminggu bercuti. Alhamdulillah, Mr Army dapat cuti seminggu setelah bermacam-macam dugaan. Hah! Cuti yang ada, dimanfaatkan sebaiknya, Rancangan asal nak jalan-jalan berdua terpaksa ditukar. Balik kampung kedua-dua belah pihak lagi best rasanya. Dapat melepaskan rindu pada keluarga masing-masing. Kesian dengan suami dah hampir 4 bulan tak jumpa keluarga. Itu yang kami buat keputusan balik Merbok (kampung Cik Rose ) dan Jitra (kampung suami). 

Pada hari Ahad, sehari sebelum nak balik kampung, sempat ke Johor Bahru. Saja bawa adik dan anak sedara Cik Rose jalan-jalan bandar JB. Singgah makan di ZZ Sup Tulang. Menu pilihan adalah Chicken Chop, Lamb Chop. dan Nasi Putih + Ayam Goreng Kunyit. Alhamdulillah, kenyang. 



Setelah kenyang menjamu selera, kami ke Istana Bukit Serene berdekatan dengan Danga Bay. Bawa anak sedara beriadah di situ. Main-main kat situ. Ada dijual pistol belon tu. Syokla budak-budak kan. Dengan Cik Rose sekali dok main! Ha ha ha. Aktiviti utama kitorang kat situ, sudah semestinya ambil gambar. hikhik.



Memulakan perjalanan pada hari Isnin minggu lepas, kira-kira jam 11 pagi dari Batu Pahat. Balik kampung waktu siang amat mencabar emosi Cik Rose. Nak tahu sebabnya? Panas dan jalan sesak. Jalan sesak bukan kerana musim cuti atau perayaan, tetapi kerana ada orang buat jalan di lebuhraya. Lorong ditutup dan tinggal satu lorong jer. Huhu! Memang membebel je Cik Rose dalam kereta masa tu. Hihi. Sabar jelah suami mendengar. Cik Rose ni over, mengalahkan orang yang memandu. 

Singgah sebentar di R&R Dengkil untuk mengisi perut yang kosong ni. Tapi, tak berapa menyelerakan pula. Maka, Cik Rose makan sosej dan fresh oren sahaja. Kongsi dengan anak sedara, Arif. 



Kemudian, singgah pula di R&R Rawang, beli kopi di Starbucks. Sajelah beli, nak rasa. Sebab jarang beli kan. Pilihan Cik Rose Dark Mocha dan suami pula Hot Capuchino. Nyum nyum.


Sampai di Merbok lebih kurang pukul 7.30 malam. Alhamdulillah. 

Keesokkannya, bawak mak makan di DQ Restoran di Kampung Penghulu Him, Sungai Petani. Sedap-sedap pilihan makanan yang ada. Cik Rose memilik Mee Hailam. Sedikit terkejut pada awalnya sebab kuahnya warna putih. Cik Rose selalu makan yang kuahnya warna hitam. Apapun, sedap mee hailam tersebut. Mak Cik Rose pula memilih mee bandung. Suami, Chicken Chop dan kami order juga beberapa menu untuk ahli keluarga yang tak ikut. 


Mee Hailam

Mee Bandung


Aktiviti di kampung, memasak bersama keluarga. hihi. Cik Rose masak Ikan siakap 3 Rasa dan adik Cik Rose pulak masak Daging Masak Hitam. Nyum nyum sedap. Daging masak hitam tu memang feveret Cik Rose. Nak kena belajar resepi rahsia dia ni. Menu tu jugak yang menjadi pilihan para pelanggan catering dia. Sedap! Masa pi pasar tu, nampak ada ikan cermin. Mak cakap lama tak makan. Tu yang beli. Balik rumah, goreng. Makan panas-panas memang sedaplah kan.


Setelah dua hari di Merbok, terus bergerak ke Jitra. Sempat pergi Taman Tasik Darul Aman, suami nak joging pula. hihi. Cik Rose? Bergambar je sebab tak bawa kasut sukan pun balik kampung. Alasan baik punya ni. hihihi.



Aktiviti yang menyeronokkan masa di kampung hari tu adalah mengail! Tapi, kami tak sebut mengail tu mengail,. Kami sebut 'menga-e". Eh macam mana nak eja ni. hihi. Kami pergi 3 biji motor. Cik Rose dan suami, adik ipar berdua dan ayah mertua. Seronok Cik Rose. Mengail di sawah padi. Ramai orang  yang mengail tau. Bukan je lelaki. Kat Kedah, makcik-makcik pun ramai! Alhamdulillah, kami dapat ikan haruan dan ikan puyu. Rezeki.



Keesokkannya terus Cik Rose demam. Mungkin sebab berjemur tengah panas lama sangat kot masa mengail. Maklumlah dari pukul 4 petang hingga 7 malam. Cuaca pulak tengah panas membahang masa tu. Dengan migrainnya lagi. Aduhai, tak tahan rasanya masa tu.

Hari Sabtu, kami bergerak balik ke Johor. Alhamdulillah, percutian singkat yang bermakna. Terima kasih Mr Army.

Tiada yang lebih manis dan membahagiakan selain dapat melihat wajah-wajah orang yang kita sayang iaitu wajah mak dan ayah. 


Dobi

Buang Masa Basuh Baju di Kedai Dobi Layan diri?

August 18, 2017

Buang Masa Basuh Baju di Kedai Dobi Layan diri? Eh eh tajuk memang mengundang marah je ni kan. Itulah antara percakapan sesetengah orang kepada individu yang menggunakan mesin basuh layan diri ni. Amboi..amboi. jangan cakap sembarangan. 


Secara jujurnya, Cik Rose kurang menggunakan mesin dobi layang diri ni. Ialah berdua sahaja dengan suami, memang basuh di rumah sahaja. Namun, bila balik kampung, dengan keadaan cuaca yang hujan dan bilangan ahli keluarga yang ramai, ia menjadi sebab utama Cik Rose menggunakannya. Contohnya hari raya, ramai yang berkumpul. Bila basuh baju di rumah, berebut ampaian, hujan turun, maka kain -kain tak kering. Tu yang pergi basuh baju di mesin basuh layan diri. Balkk rumah, terus lipat sahaja. 

Kedai dobi layan diri dibuka seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Banyak kan. Sasaran utama adalah golongan pelajar dan golongan yang bekerja. Penuh je kedai dobi layan diri kalau kena lokasi yang strategik. 

Masing-masing ada sebab tersendiri kenapa memilih kedai dobi ni. Jadi, tak usahlah dipertikaikan yer. Harga juga berpatutan rasanya. Tempat Cik Rose, basuh RM4 dan pengering RM4. Kalau mesin saiz xl, tinggi sedikit harganya. Ada kedai yang sediakan sabun dan pewangi, ada yang kena bawa sendiri. Tinggal lagi untuk kita pilih jer. 

Selagi ianya tidak membebankan kita, teruskanlah. Hihi. Tapi, janganlah dok pandang -pandang atas bawah orang yang pergi kedai dobi! Hihi. Malu iols. 

Lagi satu, ikut peraturan di kedai dobi tu. Ada mesin yang hanya untuk pakaian, maksudnya selimut toto tu tak boleh. Sebab berat, kan. Tapi, ada yang degil. Selamber je basuh jugak. Penat mesin tu nak putar. Nanti kalau rosak, kasihan pemilik kedai dobi tu. Bertanggungjawablah sedikit, ya. 



ikan

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Yang Sedap Macam Di Kedai Tomyam Thai

August 17, 2017

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Yang Sedap Macam Di Kedai Tomyam Thai | Assalamualaikum. Wah tajuk... Sedap macam di kedai tomyam Thai. Kerlasss. Hihi. Ok, entry kali ni Cik Rose nak kongsikan resepi Ikan 3 Rasa yang sangat mudah. Senang je. Yang tak pro macam Cik Rose pun boleh buat. Cik Rose bukanlah handal di dapur. Tapi, suka kongsi benda yang sangat mudah. Jimat masa, tak perlu bersusah-payah kan. 

Ok, terus ke resepinya ya.

Resepi  Ikan Siakap 3 Rasa

Ikan siakap - gaul dengan sedikit garam dan kunyit. Gaul dengan telur, lepas tu gaul pula dengan tepung jagung. Telur tu sikit je ye. Cara ni akan menghasilkan ikan yang rangup nanti.

Bahan kuah.

- Dipotong dadu :
timun, nenas, tomato, cili benggala, bawang holland.

- Cili potong panjang.

- Diricih :
bawang merah, bawang putih dan halia.

- cili kisar
- sos cili
- sos tomato
- sedikit bancuhan tepung jagung. 
- garam

Cara-caranya 

1. Goreng ikan hingga kekuningan/garing.
2. Tumis bawang-bawang dan halia yang diricih.
3. Masukkan cili kisar.
4. Bila dah masak cili tu, masukkan sos cili dan sos tomato. Gaul rata. 
5. Masukkan bahan yang dipotong dadu.
6. Kemudian, masukkan garam dan bancuhan tepung jagung. Supaya kuah jadi likat sedikit. 
7. Dah siap. Terus tuangkan ke atas ikan siakap.


Mudah kan?

Dah cakap, blog Cik Rose ni ada resepi simple-simple jer. Tak rumit. Bolehlah cuba tau. 

Tengoklah ikan yang Cik Rose masak ni, penuh bahan-bahan dia sampai tak nampak rupa ikan. Hihi.


Cik Rose buat 3 ekor ni. Makan ramai-ramai, sedap! Dok ratah ikan. Nyum nyum nyum..


Karya

Bersediakah kita?

August 16, 2017

Sedang waktu berjalan,
kita tak sedar ianya semakin hampir,
Makin mendekati..

Bersediakah kita?

Jarum itu bergerak lagi,
bumi masih berputar,
siang berganti malam,
dan malam hilang lagi,
menyerlahkan sinar mentari.

Sementara itu, apa kita lalukan?

Terus leka...
terus terbuai..

Atau

Telah bersiap sedia, ataukah
masih berusaha?


Apapun jua,

Ia tidak akan menunggu
menunggu hingga kita siap.

Sudah tertulis.

Bila, di mana, mengapa dan bagaimana.

Ianya adalah rahsia hingga kita alaminya.


memori

Ada ke yang sukakan subjek Sejarah di sekolah?

August 15, 2017

Ada ke yang sukakan subjek Sejarah di sekolah? Kalau tanya pada Cik Rose, tentu sahaja jawapannya adalah Ya. Dah berapa tahun berlalu tu. Kini dah berusia 29 tahun. Lebih 12 tahun meninggalkan bangku sekolah. Itu jika dikira waktu  tingkatan lima. 

Melangkah saja ke tingkatan satu pada tahun 2001, memang Cik Rose dah sukakan matapelajaran Sejarah. Tak pasti kenapa masa tu. Yang pasti memang Cik Rose suka sangat dengan Sejarah, tapi kurang gemar matapelajaran Geografi. Hihi.. Ampunn.

Gambar di bawah, Cik Rose ambil dari facebook. Terima kasih buat yang sudi berkongsi.


Dalam pada Cik Rose amat sukakan Sejarah, ada antara rakan-rakan Cik Rose yang kurang gemarkannya. Iya, kita berbeza-beza kan.. Perbezaan itu harus dirai.

Buku teks dijaga rapi. Buku nota ditulis kemas. Dibalut dengan pembalut buku cantik-cantik. 

Cik Rose juga rajin menulis nota Sejarah. Cik Rose tak salin bulat-bulat apa yang ada di buku teks. Baca dahulu, dan buat ringkasan. Punyalah suka subjek Sejarah. 

Markah peperiksaan bagi subjek Sejarah selalunya lebih tinggi berbanding matapelajaran lain, tetapi lebih kurang sama dengan Penulisan (Bahasa Melayu).  Cik Rose cukup suka kalau soalan esei berbanding soalan objetif. Masih lagi ingat cikgu subjek Sejarah. Suka dengan teknik beliau mengajar. Terima kasih Cikgu Norliah.

Dek kerana amat sukakan Sejarah, Cik Rose pernah memiliki impian nak sambung pelajaran dalam undang-undang. Namun, tidak kesampaian cita-cita itu. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Cik Rose juga tidak pernah menyesali dan menerima jalan yang Cik Rose pilih hari ini.

Setiap keputusan yang kita buat, kitalah yang bertanggungjawab. Jangan pernah ingin menyalahkan orang lain, keadaan sekeliling atau lebih dasyat adalah takdir. Jangan.

Untuk adik-adik, belajarlah rajin-rajin. Dan jangan abaikan matapelajaran yang kita tak gemar. Setiap matapelajaran adalah penting. Bukan sekadar untuk lulus peperiksaan. Ingat yer. Ilmu ni berguna dalam setiap tindakan kita sebenarnya. Cuma, Cik Rose dulu terabaikan subjek Kimia dan Fizik. Hihi. Angkara terlalu obses dengan Sejarah. Waduh, waduh. 




doa

Doa Murah Rezeki

August 15, 2017

Doa Murah Rezeki | Assalamualaikum. Cik Rose kongsikan di sini doa murah rezeki. Cik Rose ambil dari facebook. Terima kasih buat yang sudi kongsikan.


Usaha diiringi doa. Tidaklah usaha sahaja tanpa doa. Dan tidak juga berdoa tanpa sebarang usaha.

Cik Rose tertarik untuk menyatakan di sini. Siapa kita untuk persoalkan usaha orang lain? Kita tak tahu betapa dia berusaha keras untuk mencapai impiannya. Kita juga tak tahu berapa banyak dia berkorban untuk memiliki sesuatu. Berjaya atau tidak, sekurang-kurangnya dia telah berusaha. 

Betul tak? 

Kadang-kadang sedih bila berhadapan dengan situasi di mana persoalan bertalu-talu diajukan tentang usaha kita. Jika mereka tahu bahawa kita telah lelah berusaha berbagai cara. 

Justeru itu, sebelum ajukan soalan yang bukan-bukan, yang tak masuk akal, fikir dahulu. Bimbang kata-kata kita menjadi setajam pisau yang menghiris hati orang lain.



FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS