astro

Sinopsis Drama Dendam Aurora Lakonan Ungku Ismail dan Nabila Huda

July 29, 2017

Sinopsis Drama Dendam Aurora Lakonan Ungku Ismail dan Nabila Huda | Assalamualaikum. Sekarang ni Cik Rose demam drama Dendam Aurora. Hi hi. Memang ternanti-nantikan drama ni. Nak tahu tak dari mana Cik Rose tahu tentang drama ni? Melalui instagram Hael Husaini. Maklumlah dia cipta lagu tema bagi drama ni. Lagu Nisan Cinta yang dinyanyikan secara duet oleh Siti Nordiana dan Jacyln Victor. Best tau lagu ni, dah melekat di jiwa Cik Rose!

Ok, kembali semula kepada cerita drama ni. Baru ditayangkan 4 episod bermula hari Selasa haritu. Dekat Astro Prima. Tak sabar nak tunggu Isnin ni, episod 5. Rupanya drama ni ada 100 episod. Panjang tu. Baru episod awal pun dah banyak konflik. Tak sabar nak tunggu episod seterusnya.

Apa yang Cik Rose perasan, heronya iaitu Ungku Ismail makin kurus. Cik Rose mula minat lakonan dia sejak dia berlakon dengan Elizad tu. Drama Teman Lelaki Upahan. Nabila Huda macam biasalah, meletop. Best!

Drama ni berkisarkan kehidupan mereka di Cameron Highland. Wahhhh menggamit memori percutian singkat Cik Rose dan Mr Army ke Cameron bulan Mac lalu. Belanja satu gambar lah. Ha ha ha.


Ni yang rasa nak pergi lagi ni Cameron. Hikhik.

Ok, untuk korang yang tak tahu lagi tentang drama ni, ni Cik Rose kongsikan sedikit sinopsisnya ya.

SINOPSIS DENDAM AURORA 

Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah (Nabila Huda) yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik. Walaupun ditegah oleh neneknya  Octavia Milner (Dian P. Ramlee), Aurora mengambil keputusan untuk pulang ke Tana Rata, Cameron Highlands, Pahang setelah dibebaskan demi membersihkan namanya dan nama keluarganya yang telah tercalar setelah dia dituduh membunuh Dato’ Hamzah (Tony Eusoff).

Kemunculan semula Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang yang mana semua orang terkejut dengan kehadirannya terutama Harris (Ungku Ismail Aziz), yang merupakan bekas kekasih Aurora dan juga anak kepada Dato’ Hamzah. Pada waktu itu, Harris yang juga pemilik ladang Teh besar di Tanah Rata sudah ditunangkan dengan Putri Adrina (Anzalna Nasir), bakal pewaris kepada Engku Azhar (Dato’ Eizlan Yusof), pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia.

Aurora terkejut apabila mengetahui yang perniagaan keluarganya kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirkan oleh orang kampung. Perusahaan teh mereka yang dijalankan Octavia semakin muflis. Dengan bantuan dan sokongan Ustaz Hakim (Fezrul Khan), Aurora nekad untuk membangunkan perusahaan keluarganya.

Kehadiran Aurora di Tanah Rata juga pada masa yang sama membuatkan pengusaha-pengusaha yang bersubahat dengan Engku Azhar bimbang jika rahsia kematian Dato’ Hamzah bocor. Mereka nekad untuk memastikan kehidupan Aurora terus sukar dan rahsia mereka tidak diketahui sesiapa.

Didorong rasa benci, Haikal Hamzah (Shah Iskandar) pula ingin membalas dendam kepada Aurora di atas pembunuhan ayahnya. Hasil siasatannya, beliau mendapat tahu bahawa Aurora tidak bersalah. Rasa kesal dan malu ini membawa kepada perasaan cinta pada diri dan semangat perjuangan Aurora. Manakala Harris yang sudah ditunangkan dengan Putri Adrina pula pada masa yang sama semakin cemburu dengan adiknya yang semakin rapat dengan Aurora.

Engku Azhar pula gembira dengan perkembangan hubungan Haikal dan Aurora kerana beliau sudah lama tidak menyukai Harris. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa merestui dan akur dengan keputusan anak kesayangannya Putri Adrina yang tetap berkeras untuk berkahwin dengan Harris. Perkahwinan Harris dan Putri Adrina merumitkan lagi konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata tersebut.


Ha, baca sinopsis pun dah best. Tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Kesian Aurora. Oh Harris, jangan kejam sangat ok. I know you still love Aurora! Tapi, itulah antara cinta pada Aurora dan dendam juga pada Aurora. Harris tak tahu kisah sebenar, sebab tu dia marah sangat kat Aurora. Nasib baiklah ada Ustaz Hakim (abang Harris) Ustaz Hakim baik sangat. 

Drama ni penuh misteri tau. Kita berteka-teki terhadap watak-watak yang ada.

Selamat menonton ya!


BEAUTY

DIANZ Vitamin C & E : Betul ke Hisap-hisap Terus Cantik

July 28, 2017

DIANZ Vitamin C & E : Betul ke Hisap-hisap Terus Cantik | Assalamualaikum. Selamat malam. Apa khabar semuanya? Malam ni agak panas pula rasa. Pagi tadi hujan lebat, sejuk. Syok kalau tidur hujan-hujan. Hi hi.

Dianz Vitamin C dan E. 

Ada yang pernah cuba tak? Cantik botol dia. Maklumlah warna kegemaran Cik Rose, purple. Cantiklah! 


Macam mana boleh kenal dan terjebak beli ni?  Alkisahnya, Cik Rose tahu produk ni bila orang viralkan taglinenya tu iaitu hisap-hisap terus cantik. Ada juga nampak di papan iklan tepi highway. Tak terlintas pula nak membeli sebab masih belum terpengaruh. 

Nak dijadikan cerita, officemate Cik Rose lah yang cuba dulu. Wah wah... Nak juga! Cepat benar terpengaruh. Kawan Cik Rose ada bagi rasa 2 biji. Rasanya berry, sedap.


Apalagi, dek kerana tak sabar nak cantik juga, terus ajak kawan teman pergi beli. Satu botol ni RM50, ada 35 biji. Dapat tisu sebagai 'free gift' . Hihi. Tak dapat diskaun. Harga tetap katanya.

Apa kebaikan Dianz Vitamin C dan E ni?
Cik Rose google je, dan letak kat sini hasilnya ya.

KEBAIKAN DIANZ VITAMIN C + E & EXTRA PEARL

*Mencerahkan kulit muka dan seluruh badan

*Kulit lebih glowy dan berseri
*Mencantikkan kulit
*Melembapkan kulit
*Merawat jeragat, jerawat dan menghilangkan sel kulit mati
*Menghilangkan parut muka/badan
*Mengurangkan minyak pada kulit muka
*Mengurangkan ekzema
*Mengurangkan resdung
*Membantu menegangkan kulit

*Merawat kulit kusam

*Merawat tona kulit tidak sekata
*Mempercepatkan pertumbuhan sel kulit baru

Ha, mana tak tergoda kan. Tapi, kalau nak kesan yang optimum, kena elakkan caffien dan minuman bergas. Oh macam mana dengan nescafe Cik Rose ni. Ha ha ha.


Tapi, harus diingatkan. Janganlah makan sebiji dua, terus nak nampak kesan. Kenalah amalkan hari-hari kan. 

Jangan tanya Cik Rose, berkesan ke? Ok ke? Sebabnya Cik Rose baru je makan dua hari. Melampaulah kalau nak cerita kesannya kat sini. Hi hi.


Sajalah nak cuba. Sebab senang, tak perlu bancuh ke apa kan. Hisap je macam gula-gula tu. Senang. 

Moga Cik Rose dapat amalkan hari-hari makan. Semoga berdisplin. Sebab sebelum ni selalu sekerat jalan ja. Aduhai.... 

Ada tak kat sini yang sedang makan atau pernah makan? Bolehlah kongsi dengan Cik Rose kesan-kesannya. 

Sharing is caring.


BEAUTY

Beli Perfume Dexandra Yang Wangi dan Tahan Lama

July 28, 2017

Beli Perfume Dexandra Yang Wangi dan Tahan Lama | Assalamualaikum dan selamat malam. Bersiaran malam-malam kerana mata tak mahu lelap. Esok cuti, jadi tak risau tidur lewat .

Tadaaa... Blog Cik Rose dah berwajah baru. Moga perubahan ini bakal meningkatkan lagi semangat Cik Rose yang sudah pun meningkat. Eh eh. Hi hi. 

Untuk pengetahuan semua, Cik Rose masih jual perfume Dexandra ya. Kalau nak, boleh beli dari Cik Rose. Whatsapp Cik Rose je, 0194964553


Jangan malu-malu. 

 
Harga Perfume Dexandra

1 botol RM 65 
2 botol RM 120

Harga tidak termasuk postage. 

Ada pelbagai jenis bauan yang ada. Pilihan Cik Rose adalah Bombshell dan Forbiden Rose. Harum!

Haruman dari Dexandra ni diinspirasikan dari perfume terkemuka. Bau setanding haruman original dan tahan lama. Boleh beli dan pakai hari-hari. Berbaloi-baloi!

Kalau Forbiden Rose menjadi pilihan Cik Rose, berbeza pula dengan pelanggan-pelangan Cik Rose. Antara yang paling banyak di beli adalah Bvlgary Rose Essential dan Gucci Flora . Manakala untuk lelaki pula adalah Dunhill Blue dan Bvlgary Man Extreme.



Jom kekal mewangi ramai-ramai. Bila berbau harum ni, keyakinan diri tu adalah kan. Tapi, jangan keterlaluan pula sampai menusuk hidung orang sebelah sampai bersin. Hi hi. Gunakanlah konsep bersederhana. Wahhh.. 


luahan

SOMETIMES YOU WIN AND SOMETIME YOU LEARN

July 27, 2017

Assalamualaikum dan selamat petang semuanya. Apa khabar? Moga  baik-baik sahaja. Alhamdulillah, hari ni Cik Rose baik-baik sahaja. Berjubah hitam dan berselendang ungu  ke tempat kerja. Hi hi. Dah 29 tahun hidup, Cik Rose baru tahu ada yang sebut ungu tu kundang. Sebab selama ni Cik Rose panggil purple ja. Amboi, english sangat. Itupun, kengkawan office yang bagitahu.

Sebut tentang perkataan Inggeris, Cik Rose nak kongsikan sedikit tentang program TV yang Cik Rose tonton pagi tadi. Sempat lagi tau, sebelum ke tempat kerja, tengok sekejap Malaysia Hari Ini. Cik Rose suka kalau pengacaranya Ahmad Fedtri Yahya. Sukakan gaya bahasanya tu. 

Pagi tadi, kebetulan mereka berbual tentang loghat dan dialek. Pada awalnya di sebut perkataan dalam bahasa melayu, dan ditukar ke loghat Kelantan. Contohnya tembikai, disebut timun cina. Cuma, ada beberapa perkataan lain yang Cik Rose tak dapat tangkap, sebab tak biasa dengar. Kemudian, pengacara bersama, Izwan Azir Saleh bertanyakan kepada Ahmad Fedtri, di utara, ubat gigi di sebut apa?. Nak tahu tak, di kepala Cik Rose dah terbayangkan jawapannya sambil tergelak sorang-sorang. Fedtri Yahya tak dapat jawab. Kemudian Izwan cakap jawapannya 'colgate'. hahaha sama dengan apa yang Cik Rose fikirkan. Di utara, banyak perkataan Inggeris yang biasa digunakan. Macam nak pergi pasar, kami sebut pi market ja. Hihi. 

Ok, korang perasan tak blog Cik Rose dah bertukar? Asalnya, cuma nak tambah kod-kod je. Sekali dah lain yang jadi. Gambar hilanglah, dan macam-macam lagi. Tu yang Cik Rose ambil keputusan tukar template. Terasa lebih kemas pula. Eh terpuji blog sendiri. Takpe, siapa lagi nak puji kalau bukan empunya blog, kan. 

Cuma, masih tak siap sepenuhnya. Ada lagi yang masih dalam tindakan.

Ok, asalnya Cik Rose nak menulis ni nak tulis bab lain. Tapi, biasalah tengah menulis idea datang. Alang-alang, kita satukan je dalam entry ni.

SOMETIMES YOU WIN, SOMETIMES YOU LEARN

Sengaja Cik Rose letak kata-kata ini. Entah  kenapa sejak dua menjak ini perasaan bercampur baur. Cik Rose selalu ingatkan hati supaya tenang dan sabar dalam apa jua yang mendatang. Namun, Cik Rose hanya manusia biasa, tak sempurna pun. 


\Foto Roshazareeza Ruslan.

Mood masih 'counting days'. Menanti dan terus menanti. Hi hi.

Semoga semuanya dipermudahkan buat Mr Army dan rakan-rakan seperjuangan. Kami menanti kepulangan anda dengan sabar :)

Walau pelbagai dugaan yang berlaku di hujung-hujung kepulangan mereka, Cik Rose doakan semoga semuanya selamat.

Love, Isterimu. Ha ha ha. 


Bezday

Selamat Ulangtahun Kelahiran Buat Satu-satunya adikku

July 27, 2017

Selamat Ulangtahun Kelahiran Buat Satu-satunya adikku| Assalamualaikum. Julai yang penuh altiviti buat Cik Rose. Maklumlah bulan raya katakan. Julai juga, ulangtahun kelahiran adik Cik Rose. 

Tanggal 13 Julai.

Dah besar dah dia. Kejap je masa bergerak. Kira ni entry ucapan 'belated birthday' buat adik Cik Rose ni ha.

Syafiq, 
Selamat ulangtahun sayang.
Moga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik. 


Bila dah besar-besar ni, korang sambut lagi tak birthday ? Ada yang memang tak sambut. Ada yang sambut. Cara masing-masing kan. 

Masa berlalu, usia pun bertambah. Kini dah jadi bujang trang tang tang dah adik Cik Rose ni. Moga terus maju dalam bidang masakan/catering.


Cik Rose peminat nombor satu daging masak hitam air tangan dia. Sedap tak boleh bayang! Hi hi. 

Iklan sikitlah, dah alang-alang menulis ni kan. 

Untuk yang berada di Sungai Petani, Merbok, Semeling dan berhampiran bolehlah order dengan Syafiq.

Untuk kenduri, atau sebarang majlis. Antara menu yang ada ialah set nasi beriani, nasi ayam, nasi tomato, daging masak hitam, dan lain-lain.

Boleh hubungi Syafiq untuk sebarang pertanyaan fan tempahan.

Syafiq :  0125203766


Masa hari raya haritu, ada juga menu hari raya yang ditempah. Lontong, kuah kacang, mee kari.. 

Alhamdulillah,.


haiwan

DIDI THE CAT CHARITY | LETS DONATE FOOD FOR STRAY CATS

July 26, 2017

DIDI THE CAT CHARITY | LETS DONATE FOOD FOR STRAY CATS. Assalamualaikum dan selamat malam. Pertama sekali, jangan terkejut tengok blog Cik Rose ni ya. Masih dalam proses ubahsuai. Hi hi. Saja tukar-tukar sikit, ubah mood warna baru. Tab menu masih belum diubah. Insyaallah esok akan diselesaikan. 

KUCING.

Ya, ramai yang minat kucing kan. Cik Rose ni termasuk dalam golongan Takut Kucing. Harap semua ambil maklum bahawa kami golongan yang takut kucing bukanlah golongan yang tak suka kucing. Lain tau. 

Hanyalah takut.

Tapi, Allah dah susun cantik aturannya. Cik Rose dipertemukan jodoh dengan lelaki yang sukakan kucing. Ya, suami Cik Rose sayang sangat dengan kucing. Di kampung suami, banyak kucing yang dipelihara oleh keluarganya. Berbagai-bagai jenis dan warna bulu.

Ok, tanpa melengahkan masa dan mengurangkan data internet korang, Cik Rose terus terang je kenapa entry ini dikarang. Mengapa kucing menjadi tajuk utama entry ini.


Entri kali ini Cik Rose cuba  membantu rakan JDT Blogger, Uyul Rosly untuk dapatkan food donation for stray cat. Uyul juga ingin membantu kawannya. Sekiranya ada rakan rakan yang sudi panjangkan informasi ini, dipersilakan share di blog masing masing. Semoga Allah membalas jasa kalian. 


PESANAN FOUNDER:


Didi The Cat Charity is a small organization to help out stray cats in Malaysia. Its a platform to give a chance to cat's lovers to spread their love. We are currently based in Penang as we are helping out all the free Cat's Sanctuary here cause most of this sanctuary need help from the society.






We dont accept any money, but we are welcoming Cat's food donation . They need help with this as cat's food is very expensive and lots amount of cats here need lots of food too. We dont have any specific requirement for the cat's food, we even accept the balance of your cat's food as long as you sincere to donate! Here got hundreds of cats that will tell God how generous you are.


Any question you may call me at 016 8228854 and if you want to know more about this new organization you can go to www.didithecatcharity.blogspot.com

____________ Sekian ____________


Moga usaha kita yang sedikit ini dapat membantu. 

Suami Cik Rose memang nak pelihara kucing, tapi dek kerana kesiankan Cik Rose, terus tak jadi. Hi hi. Adakah benar kasihankan Cik Rose yang takutkan kucing ini.? Atau takut nasib yang bakal dihadapi kucing tersebut? Yalah, kurang kasih sayang nanti. Cik Rose mana tahu jaga, setakat bagi makan minum bolehlah. Hi hi.




dayang nurfaizah

Lirik Lagu Separuh Mati Ku Bercinta Nyanyian Dayang Nurfaizah | OST Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin

July 26, 2017

Lirik Lagu Separuh Mati Ku Bercinta Nyanyian Dayang Nurfaizah | OST Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin. Assalamualaikum. Korang tengok tak drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin? Cik Rose mula-muka tak ikut sangat. Tapi, bila dah dua tiga episod mula, baru start tengok. 

Orang tak hendak, aku tak ingin!

Ha ha macam kasar pula bahasanya. 

Lagu tema drama ni adalah nyanyian Dayang Nurfaizah. Best! Cik Rose suka. Tajuknya adalah Separuh Matiku Bercinta. 


Macam biasa, Cik Rose kongsikan liriknya ya.


Lirik Lagu Separuh Mati Ku Bercinta Nyanyian Dayang Nurfaizah | OST Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin

Kesepian hening malam
Bawah sang bulan menemani
Kekosongan ini

Ku dengar kau bahagia
Menitis air mataku
Ku kesedihan

Kau telah pergi tanpa cinta
Yang sebenarnya ada bersamaku
Ku simpan hanya untuk dirimu

Di mana perginya setia
Ke mana hilang katamu
Akulah yang dinamakan kekasih
Hatimu untuk selamanya

Di mana saat indah
Ke mana perginya semua
Kala ku lafazkan kata cintaku
Separuh mati ku bercinta

Ooo..

Tiada lagi suaramu
Tiada lagi kau memelukku
Hilang semua

Manisnya cinta
(cinta)
Whoo..

Kau telah pergi tanpa cinta
Yang sebenarnya ada bersamaku
Ku simpan hanya untuk dirimu

hoo..
(di mana perginya setia)
hoo..
(ke mana hilang katamu)

Akulah yang dinamakan kekasih
Hatimu untuk selamanya

Di mana saat indah
Ke mana perginya semua
Kala ku lafazkan kata cintaku
Separuh mati ku bercinta

hoo..
(di mana saat indah)
hoo..
(ke mana perginya semua)

Kala ku lafazkan kata cintaku
Separuh mati ku bercinta



Anak sedara

1 Julai Yang Manis dan Penuh Makna

July 26, 2017

1 Julai Yang Manis dan Penuh Makna | Assalamualaikum. 1 Julai 2003. Masih segar diingatan Cik Rose saat itu. Lahirnya anak sedara pertama Cik Rose, juga cucu pertama dalam keluarga kami.

Betapa indah saat itu. Gembira tak terhingga. Hadirnya memberikan kegembiraan buat kami. Penyeri hari-hari. 

Waktu itu Cik Rose baru tingkatan tiga. Namun, dah pandai jaga baby. Hi hi. Tolong mak dan kakak uruskan. 


Gambar Nel suatu ketika dahulu. Kini usianya 14 tahun. Sungguh pantas waktu berjalan. 

Nel, 
Happy belated birthday.

Moga jadi seorang yang berjaya dunia akhirat, yang membahagiakan nenek dan atok.

Ija sayang Nel 

Jaga diri, jaga tingkah.
Moga tak tersasar.



HEALTH

Tips Kurus | Pilih Sarapan Yang Berkhasiat Untuk Turunkan Berat Badan Dengan Cepat

July 26, 2017

Tips Kurus | Pilih Sarapan Yang Berkhasiat Untuk Turunkan Berat Badan Dengan Cepat | Assalamualaikum. Selamat pagi. Apa khabar semuanya? Moga baik-baik saja. 

Sarapan pagi. Rakyat Malaysia sinonim dengan bersarapan nasi lemak dan roti canai. Ini adalah pilihan yang tertinggi. Siapa yang suka makan nasi lemak dan roti canai juga, angkat tangan. Hi hi. 

Nak buat macam mana, dah terbiasa kan. Selain tu, ada juga mihun goreng, mee, keow teow, nasi goreng, kuih muih. Emm sedap!

Ada juga yang memilih roti. Letak marjerin, jem, mentega kacang dan lain-lain.

Pilihan minuman pula adalah kopi, teh, coklat, nescafe dan beberapa jenis minuman panas yang lain. Ada tak yang memilih jus oren? Wah sedap juga tu. Tapi, kalau perut tak biasa jangan dok minum pula. Nanti sakit perut.

Ok, baru-baru ni Cik Rose ada ke pasaraya berdekatan. Ternampak Yogood. Apa itu Yogood? Eh macam pelik pula bunyi soalan Cik Rose ni. Ha ha ha. Ianya sejenis cerial uols. Selalu Cik Rose beli Neste tu je. 

Tapi, dek kerana terpengaruh dengan officemate, tu yang beli ni. Cik Rose beli yang pack mini, ada 6 kotak. Pelbagai perisa. 

Tengoklah kat bawah ni, siap dengan susu coklat tau. Sarapan berkhasiat lah katakan.


Cik Rose cuba yang jenis Fruit & Nut Crunchy Muesli. Makan bersama susu coklat Dutch Lady.


Kasi zoom sikit, supaya lebih jelas. Hi hi.


Sedap ke tidak? 

Rasanya ok, cuma kalau korang tak biasa makan cerial memang akan rasa lain. Bagi pendapat Cik Rose , lebih sedap jika dibuat kudapan iaitu dimakan begitu sahaja. Sebab bila makan bersama susu, rasa muak pula. Makan beberapa sudu je dah terasa kenyang. Bagus, kan? Kalau amalkan memang boleh kurus ni. Yahoo. Cepat kenyang !

Masalahnya, Cik Rose tak amalkan pulak. Larikkkk. Ha ha ha. Tu yang kekal 'comel' je ni. Oppssss...

Korang boleh beli di pasaraya berhampiran. Macam Cik Rose, beli di Aeon Big Batu Pahat.

Aduhai kalau tengok tajuk entry Cik Rose ni, Tips Kurus lagi. Hi hi. Tapi, sendiri tak kurus-kurus. 

Cubalah amalkan, nak kurus ni jangan tinggal waktu sarapan. Dengan sarapan ni lah, kita ada tenaga untuk mulakan hari dengan aktif kan. 

Cuma terserahlah pada diri kita nak pilih apa. Cik Rose bukanlah kata korang kena beli Yogood. Cuma makanlah yang seumpama dengan khasiatnya.

Entry ini hanya review peribadi Cik Rose yang telah membeli Yogood sebanyak 6 pack mini di Aeon Big. Hikhik. 






luahan

Jadi Juri Juara Lagu Yang Tidak Berbayar.

July 25, 2017

Jadi Juri Juara Lagu Yang Tidak Berbayar | Assalamualaikum. Selamat malam. Menaip entry dengan diiringi lagu Camelia dendangan Irwansyah. Sungguh sayu nadanya. Walau liriknya berkisarkan seorang lelaki yang telah curang! Yang memiliki perempuan simpanan. Sungguh bijak pencipta lagu memusingkan emosi pendengar supaya bersimpati terhadap pelaku tatkala mendengar lagu Camelia ini. 

Eh eh jangan emo. Bukan hal lagu yang mahu Cik Rose kupas ya. Hi hi.

Malam ini mahu bersantai sahaja menulis entry. Aduhhh keluar pula lagu Catatanku nyanyian Melly bersama adik Baim. Sedih! 

Sejujurnya memang Cik Rose suka karya Melly Goeslow tau. Sejak dari dulu hingga sekarang. Lagunya memang merdu dengan ditambah suaranya yang pada pendapat Cik Rose adalah lunak. 

Tak perlu bernada tinggi untuk membuatkan sesebuah lagu hit atau berjaya menarik emosi pendengar. Cukup saja dengan perasaan yang disampaikan oleh penyanyi itu, yang bersesuaian dengan emosi lagu. Janganlah semua lagu mahu 'ditarik'. 

Dah kenapa malam ni playlist lagu Cik Rose semua lagu sedih???? Ha ha. Ni tengah berkumandang pula lagu Cinta Azali nyanyian Nurul. Sedap lagu ni. Korang pernah dengar tak ? 

Agak lama Nurul tidak tampil dalam program TV kan. Tapi, Cik Rose masih mengikuti Nurul di Instagramnya. Cik Rose pernah komen di Ig beliau, dan beliau balas tau. Sungguh Cik Rose terharu. 


Layan perasaan sikit malam ni. Sesekali apa salahnya kan. Ha ha ha. 

Tapi, sejujurnya Cik Rose sekarang lebih berjaya dalam hal mengawal emosi. Hanya Cik Rose je yang tahu hal hati Cik Rose ni. Hi hi hi.

Korang....
Cik Rose teringat satu pesanan dari seseorang yang berbunyi begini : 

"Jika sayang seseorang, jangan sayang sepenuhnya. Bimbang terluka di kemudian hari."

"Jika benci seseorang, jangan terlalu membenci. Bimbang kan timbul rasa sayang kelak."

Apa-apa pun, bersederhanalah. Cuba kawal emosi dengan sebaik mungkin. Iya, kita semua berbeza terkadang terhanyut dibuai perasaan. Namun, cuba sehabis daya untuk rasional dalam setiap tindakan. Bukan berlagak sempurna, kerana tiada yang sempurna. 


Sekian, sepatah dua kata dari Cik Rose.


minuman

Air Perl Kacip Fatimah dengan campuran Kurma Madu

July 25, 2017

Air Perl Kacip Fatimah dengan campuran Kurma Madu | Assalamualaikum. Hari ni nak cerita tentang air pink. Air pink? Ala air Perl Kacip Fatimah yang dalam tin tu. Tapi, bukan yang kopi tau. Yang ada campuran kurma tu. 

Apa rasanya Air Perl Kacip Fatimah dengan campuran Kurma Madu ni?

Sedap. Hi hi. Air ni rasa manis masam-masam. Minum sejuk-sejuk laju je habis. Hilang dahaga!


Alkisahnya, Cik Rose keluar dengan officemate masa rehat tengahari. Masuk pasaraya kejap. Tangan ni laju je nak capai nescafe tin. Sekali tengok kawan Cik Rose ambil air perl ni. Tu yang Cik Rose pun terjebak. Sekalu beli dua tin! Hi hi. 

Sesekali ubah selera kan. 

Tapi, memang sedaplah air ni. Kena dengan tekak Cik Rose ni ha. 

Cik Rose ade juga terbaca kebaikan kacip fatimah. Tapi, untuk air tin ni Cik Rose tak pastilah kebaikannya. Hihi .

Cuma, apa yang Cik Rose boleh simpulkan, jangan minum selalu. Sebab manis. Apa-apa pun kena bersederhana kaedahnya. 

air tangan mak

Cara Masak Mee Kari Yang Sedap dan Mudah

July 24, 2017

Cara Masak Mee Kari Yang Sedap dan Mudah | Assalamualaikum. Cerita bab makanlah malam ni. Sebabnya perut tengah bernyanyi riang minta diisi. Aduhh duhh.. Sabar...sabar.

Teringat-ingat Cik Rose akan kesedapan Mee Kari air tangan mak masa raya baru ni. Mee Kari Daging! Nyum nyum. 

Pagi-pagi lagi mak dan ayah dah pergi pasar cari daging dan tulang untuk dibuat mee kari. 

Balik sahaja dari pasar, terus mak memasak. Cik Rose bantu sikit-sikit apa yang patut. Potong itu ini. Bab masak semua mak yang uruskan. Itulah rahsia mee kari yang sedap. Air tangan mak dan dimasak dengan penuh kasih sayang.

Terima kasih mak!

Inilah dia Mee Kari yang mak Cik Rose masak tu. 


Ada hirisan daging. Tu yang buat Cik Rose lagi suka. Makan pula bersila ramai-ramai dengan ayah dan anak sedara. Hi hi. 

Hari tu juga, memang rezeki orang jauh. Kebetulan siap je masak, Tok Chik (sedara sebelah ayah Cik Rose) sampai satu keluarga. Dapatlah makan sama-sama Mee Kari ni. 

Cik Rose pernah juga buat Mee Kari. Tapi, untuk makan sendiri bolehla. Nak jamu orang, tak yakin lagi. Sebab suami Cik Rose tak bagi sijil kelulusan lagi. Ha ha ha. Tak kick kuahnya macam yang mak buat. 

Nak kena belajar lagi dengan mak ni sebenarnya. 

Macam mana nak pandai buat, asal nak makan mee kari kat kaampung, mesti minta mak yang masakkan. Alasan nak rasa masakan mak. Sebab tu tak tahu nak buat sendiri. Hi hi. 


bunga

Minat dengan bunga Orkid

July 23, 2017

Assalamualaikum, 

Bunga dan Cik Rose memang dah sinonim. Cik Rose pantang tengok bunga yang cantik-cantik, nak aje tanam kat rumah. hi hi hi. 

Baru-baru ni balik kampung, nampak Bunga Orkid mak lawa-lawa. Ada macam-macma warna pulak tu. Cantik je berderet-deret mak gantung. Hati ni melonjak-lonjak nak jugak! Aduhh duh..

Mak pulak seakan memahami, terus offer. Nak ke? Sepantas kilat bagi jawapan, NAK. Ha ha ha. Maka, dapatlah 4 pasu!

Warna yang menjadi pilihan Cik Rose, dah tentulah purple kan. Tapi, campur-campur kali ni. Ada purple, ada coklat kekuningan, purple gelap, lagi satu dah lupa pulak warnanya. Sebab bunganya baru sahaja 'habis' dan belum tumbuh bunga baru lagi.

Ok, kasi zoom sikit bunganya. Baru lepas siram, kan. Cantik je ada air, sekali imbas macam embun !



Ni pula warna colat kekuningan tu. Bunganya halus sikit.



Tanam bunga ni macam terapi jugak. Hati sejuk dan tenang bila nampak pokok yang kita tanam ni berbunga. Riang hati!

Tapi, nak menjaganya bukan mudah. Bukan main siram je. Kena jaga betul-betul. Kalau tak, memang rosaklah nampaknya.

Ada beberapa pokok bunga yang Cik Rose tanam sebelum ni dah mati tau. Sedihnya,bila tiba-tiba pokok diselaputi putih-putih tu. Lebih dikenali sebagai  hama mealy bug . Bila pergi kedai bunga, dia beri racun suruh sembur. Bila sembur, habis dengan pokok-pokok yang mati. 

Sebaiknya, kalau satu pokok dah terkena kutu putih tu, baik asingkan dengan pokok yang lain. Kalau tak, semua pokok akan rosak!

Seronok memang seronok tanam bunga, tapi kena belajarlah penjagaannya. Kalau tidak, sayang kan bila pokok jadi rosak. 


lirik lagu

Lirik Lagu Nisan Cinta Nyanyian Siti Nordiana & Jaclyn Victor | OST Drama Dendam Aurora

July 22, 2017

Lirik Lagu Nisan Cinta Nyanyian Siti Nordiana & Jaclyn Victor - OST Drama Dendam Aurora |Lagu terbaru nyanyian Siti Nordiana dan Jaclyn Victor. Best tau. Hasil karya Ezra Kong dan Hael Husaini. Alaa abang Jampi tu. Hi hi hi.

Cik Rose sukalah gandingan mereka. Meremang bulu roma bila dengar. 

Macam biasa, Cik Rose kongsikan lirik lagunya. 


Lirik Lagu Nisan Cinta - Siti Nordiana & Jaclyn Victor

Terdengar guruh petanda
Mungkin badai melanda
Sambut tanganku bersama
Kita harunginya



Tanah seakan bergegar
Detik ku bersamanya
Pejam sampaikan tersedar
Semua kan reda
Sumpahku kepadamu

Tak terhapus jejak ku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta



Hati seakan berkata
Pergi kau bersamanya
Pejam sampai kau tersedar
Semua kan reda
Sumpah ku kepadamu

Tak terhapus jejak ku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta

Takdir tertulis segala
Janji kita kan bersama
Jadikan ia selamanya
Cinta kita



Tak terhapus jejak ku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta



Cinta Kita

Selamanya


Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta


Korang dah dengar ke belum? Cari di youtube ya. 


FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS