Shopping Online The Body Shop - cepat dan mudah

Shopping Online The Body Shop - cepat dan mudah | Assalamualaikum. Selamat berpuasa Cik Rose ucapkan. Moga baik-baik sahaja. 

Shopping online. Sekarang ni ramai yang memilih untuk shopping online. Klik-klik, terus dapat barang! Tapi, klik bukan sebarang klik. Kenalah ada online banking kan. 

Banyak sebab mengapa ramai yang memilih untuk shopping online ni. Antaranya, jimat masa dan jimat wang. Tak perlu bersesak ke kedai/premis untuk membeli. Jimat duit minyak, duit parkinh dan lain-lain. Cuma tambah postage sahaja. 

Tapi, tak semua suka shopping online sebab tak dapat memilih secara berdepan. Contohnya nak rasa jenis kain ke kan. Ataupun takut salah beli. Selalunua baju lah kan. Takut terkecik atau terbesar. 

Macam Cik Rose pulak, ada barang yang Cik Rose suka beli sendiri dan ada yang Cik Rose suka beli online. Ikut jenis baranglah kan.

Baru-baru ni, Cik Rose ada beli barangan The Body Shop. Amboi sangat! Beli online. Padahal ada je dekat Bp Mall tu. Hihi. Sebenarnya Cik Rose ada kupon diskaun 20%. Dengan syarat kena beli secara online. Tu yang beli jer. Kalau pergi beli di kedai, tak dapat nak guna kupon diskaun tu. 

Apa yang Cik Rose beli? 

Pertama, Cik Rose pilih gel mandian, skrub dan losyen dari haruman Strawberry. Emmm wangi! Memang dah pernah guna dan Cik Rose puas hati. Bau strawberry tu yang buat Cik Rose jatuh hati.


Barangan lain pula ialah Born Lippy - Strawberry. Bila sapu di bibir, lembut jer. Bau strawberry semerbak! Hihi.  Sebelum guna lipstick jenis matte, mesti Cik Rose sapu born lippy dari The Body Shop ni dulu. 


Yang terakhir adalah sikat. Sukat pun beli online? Ha ha ha. Ini sikat bukan sebarang sikat. Sikat ini baik punya. Hikhik. Guna masa mandi. Cik Rose sikat rambut masa guna perapi rambut. 


Inilah dia koleksi barangan The Body Shop yang Cik Rose beli secara online tu.


Tak kisahlah membeli secara online atau di kedai, berbelanjalah secara berhemah. Beli sesuatu yang memang kita gunakan. Supaya tak membazir dan tiada penyesalan di kemudian hari. Hihi.


Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
12 June 2017 at 14:46 ×

lama dah aida x soping kat bodyshop.
dulu aida pengguna tegar make up bodyshop.
now da x make up :) so da x membeli lah.
bagus brgan bodyshop.
senang la skang ekk, beli online ajer.

Balas
avatar
admin
13 June 2017 at 16:21 ×

dulu rajin jugak beli perfume the bodyshop.. sekarang dah kurang, tapi suka set mandian.. wangi :)

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment