Resepi Sambal Sotong Sedap dan Senang

Resepi Sambal Sotong Sedap dan Senang |Assalamualaikum.
Alhamdulillah, selesai 6 hari kita berpuasa. Menu berbuka puasa, ada yang suka masak sendiri di rumah. Dan ada pula yang gemar ke bazar Ramadhan. Pelbagai pilihan juadah yang ada. 

Ok, di sini Cik Rose nak kongsikan dengan korang satu resepi yang sedap dan mudah. Iaitu Sambal Sotong versi Cik Rose. Ambil masa yang sekejap je nak sediakannya. Sesuai untuk semua, samaada wanita berkerjaya, suri rumah, pelajar, pendek kata setiap individulah. Hikhik.

Namun, satu je Cik Rose nak 'clear'kan di sini. Cik Rose bukan chef, bukan juga pakar dalam bidang masakan. Tapi, Cik Rose sentiasa mencuba memasak untuk diri dan keluarga. Apa yang Cik Rose rasa bermanfaat, Cik Rose kongsikan di sini.


Resepi Sambal Sotong Sedap dan Senang

6 ekor sotong dipotong bulat
Bawang besar
Bawang putih
Sedikit belacan - dibakar
5 sudu cili kisar
Air asam jawa
Garam

Cara-caranya :

1. Tumis bawang putih, bawang besar dan belacan yang ditumbuk terlebih dahulu.

2. Bila naik bau, masuk cili kisar. Tumis sampai naik minyak. Kemudian boleh terus masukkan air asam jawa. 

3.  Selepas itu, masukkan sotong. Kacau-kacau, masukkan garam. Dan masukkan juga bawang besar yang dipotong bulat. Biarkan seketika. Dah siap!

Senang kan nak masak sambal sotong? Cik Rose memang suka masak guna bawang besar. Jarang guna bawang merah yang kecil tu. 

Kalau tak nak guna air asam jawa, boleh gantikan dengan asam keping.

Belacan tu nak letak boleh, tak nak pun tak ape. Cik Rose bakar belacan tu atas dalur gas je. Cucuk dengan garfu, letak kat dapur gas. Hihi.

Sebenarnya memang mudah nak masak. Nak dengan tak nak je. Lagi satu, cara kita masak berbeza -beza. Hatta Cik Rose dan suami pun, cara kami berlainan. 

Ok, selamat mencuba! 


Previous
Next Post »

6 comments

Click here for comments
2 June 2017 at 05:32 ×

Ala.. dari semalam asyik nampak sotong je.. Cam nak kena cari juga nie sotong.. sedapnya..

Balas
avatar
admin
2 June 2017 at 07:13 ×

sedap cik rose..wanita bukan chef tapi memasak dan wanita tak dapat dipisahkan

Balas
avatar
admin
2 June 2017 at 08:52 ×

nampak kepekatan sambal tuh... sedapnya sutun tu msk apa2 pun layan

Balas
avatar
admin
2 June 2017 at 09:00 ×

assalamualaikum rose...sedapnya menu...
** Mama Maszull

Balas
avatar
admin
2 June 2017 at 14:38 ×

Sedapnya sambal sotong..

Balas
avatar
admin
12 June 2017 at 15:10 ×

mak aida kalu masak sambal, wajib buh belacan.
aida tak buh sebab asben kurang suka kalau buh belacan.
tapi sambal lebih sedap ada belacan, kan?

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment