Laut mana yang tidak bergelora, pantai mana yang tidak dilambung ombak. - INILAH REALITI

Monday, 5 June 2017

Laut mana yang tidak bergelora, pantai mana yang tidak dilambung ombak.

Laut mana yang tidak bergelora. Pantai mana yang tidak dilambung ombak. Amboi ayat, hikhik. Mendalam maksudnya ni. Lautan luas, kadang tenang. Kadang bergelora. Dilambung ombak.

Begitu juga dengan hal kehidupan. Kadang baik-baik saja. Kadang diuji sedikit. Lihat sejauh mana kita mampu tanganinya.

Hal perasaan. Juga sama. Kadang baik-baik saja. Kadang sensitif. Terusik dek kerana hal kecil. Tak mampu diduga.

Entah kenapa. Dua tiga hari ni, lain benar rasanya hati. Tak tertahan. Cuba berlagak biasa, tiada apa-apa. Namun, tak terdaya. Perit dan perih rasa. 

Senang benar terusik. Sensitif, tapi masih bertempat. 

Moga baik-baik saja perasaan ini. 

Melihat pemandangan di bawah, tenang mata dan hati. Maklumlah, inilah kiriman akhir dari suami Cik Rose sebelum talian internet tiada. Tak dapat diakses. 


Moga baik-baik di sana. Jaga diri dan jaga kesihatan. Sama-sama kita jaga :)

Sayang selalu, my Mr Army !


5 comments:

  1. Semoga cik rose sentiasa kuat dan tabah...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

    ReplyDelete
  2. insyaAllah....tak de ape-apelah tu

    ReplyDelete
  3. nasib bila jadi wife tentera kan..semoga cik rose happy selalu

    ReplyDelete
  4. alahai... gambar pengganti diri.
    rindu-merindui...

    ReplyDelete