Kinder Bueno Dark Limited Edition kini dijual di Malaysia!

Kinder Bueno Dark Limited Edition kini dijual di Malaysia! | Assalamualaikum. Selamat malam. Alhamdulillah. Selesai berbuka puasa, untuk 18 Ramadhan. Syukur. 

Kinder Bueno

Seram Cik Rose kalau masuk kedai, stesen minyak atau 7 Eleven dengan anak-anak sedara. Dorang mesti ambil Kinder Joy nanti! Cik Rose tak faham apa yang best dengan Kinder Joy tu. Coklatnya sikit dan dapat mainan entah apa-apa. Harga pula RM4 - RM5. Untuk satu!

Tu reaksi awal la.

Lepas pada tu, Cik Rose pula terjebak. Siap beli untuk yang girl. Warna pink. Anak-anak sedara Cik Rose pula tengok dalam kebingungan. Eh betul ke Mak Ude ni????? Beli Kinder Joy jugak??? Hahhaha. 

Itulah realitinya. Rasa seronok sesekali membeli. Makan sama-sama dengan dorang. Rasa muda balik. Hahaha.

Minggu lepas, Cik Rose ada singgah stesen minyak. Anak sedara nak beli sesuatu untuk dimakan. Lapar katanya. Kihkih. Inilah masanya bagi Cik Rose cuci mata jugak. 

Anak sedara ambil biskut dan kinder bueno yang biasa. Tak nak pula kinder joy kali ni. Sekali mata Cik Rose terpaku di suatu sudut. Ternampak perkataan dark. Pergi dekat-dekat dengan rak tu. Eh, kinder bueno dah ada perisa dark. Siap tulis limited edition. Eh eh.. Terus ambil. Harganya RM 4.80. 


Lepas berbuka puasa, Cik Rose pun rasa. Emm sedap! Kena dengan tekak Cik Rose. Rasa tak cukup pun ada. 

Esoknya pergi Giant. Alang-alang tu, cari kinder bueno dark ni. Tak ada pula. Mungkin tak semua tempat ada kot. Maklumlah limited edition. Kihkih. 

Korang suka tak makan coklat? 


Previous
Next Post »

5 comments

Click here for comments
13 June 2017 at 20:49 ×

Tak pernah nampak kinder bueno dark nie. Nak try jugak

Balas
avatar
admin
13 June 2017 at 22:36 ×

Limited edition lagi.payah la nak dapat gini.

Balas
avatar
admin
13 June 2017 at 23:27 ×

Tak jumpa lagi... tapi akak memang suka dark choc!

Balas
avatar
admin
14 June 2017 at 07:42 ×

tak penah try lg yg dark.... akak tak penah ajar aiyan beli kinder joy tu jd dia tak tau lah dlm tu ada hadiah... lgpun menannya kecik sgt...

Balas
avatar
admin
19 June 2017 at 16:36 ×

aida memang peminat tegar kinder bueno ni.
mcm nak carik la jap lagi kat 7eleven...

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment