lirik lagu

Lirik Lagu OST Seharum Mawar | Fatin Afeefa - Ke Pangkal Kasih

June 22, 2017

Lirik Lagu OST Seharum Mawar  | Fatin Afeefa - Ke Pangkal Kasih . Assalamualaikum. Cik Rose ada dengar beberapa teman bercerita tentang drama Seharum Mawar. Namum, tak berkesempatan nak menonton. Tapi, semalam Cik Rose pertama kali tengok drama ni. Lakonan Ika Nabila. 

Cik Rose tertarik dengan satu lagu ni. Pertama kali dengar, Cik Rose ingat nyanyian penyanyi dari Indonesia. Sebab melodinya tu ke arah sana. Best. 


Tapi, setelah Cik Rose tanya pakcik Google, rupanya nyanyian Fatin Afeefa! Ala, yamg dulu masa kecik berlakon cerita Tentang Bulan tu. 

Macam biasalah, Cik Rose kongsikan liriknya dengan korang.

Lirik Lagu OST Seharum Mawar  | Fatin Afeefa - Ke Pangkal Kasih

Kau singkap langit malam

Kau belah lautan
Mencari cari kesilapan

Beralaskan impian

Yang pernah kau julang
Terhempas musnah di perjalanan

Percintaan adalah rasa

Kenikmatan bersandarkan pengorbanan
Kecewa kerna kelalaian
Andai sesat kembali ke pangkal kasih

Padamkan dendam amarahmu

Nyalakan pi cinta yang baru
Cuba kau menghargai kesetiaan ini
Yang ku janjikan ke akhir nanti

Berilah peluang dan bukalah ruang

Pada dirimu demi cintaku

Kau singkap langit malam

Kau belah lautan
Mencari cari kesilapan

Percintaan adalah rasa

Kenikmatan bersandarkan pengorbanan
Kecewa kerna kelalaian
Andai sesat kembali ke pangkal kasih

lirik lagu

Lirik Lagu Ost Andainya Takdir | Melly Goeslow - Mungkin

June 21, 2017

Lirik Lagu Ost Andainya Takdir | Melly Goeslow - Mungkin. Assalamualaikum. Drama Andainya Takdir, ramai yang tengok kan? Macam-macam emosi pun ada bila tengok. Yang utama, mestilah marah dan geram dengan watak Airil lakonan Shukri Yahya tu kan. Cik Rose jujur cakap, Cik Rose tengok. Tapi, part pukul dan part nyanyi tu, cepat-cepat Cik Rose alih ke saluran 104, Hero Seorang Cinderella. Tak sanggup nak tengok. Geram sangat!

Baik sangat watak Tihah tu. Kita ni kesian kat dia. Alih-alih dia boleh maafkan suaminya tu. Emmmm... Nak buat macam mana.. Dah skrip kan. Hihi. 


Ok, dalam drama tu. Ada satu lagu yang Cik Rose suka. Mestilah nyanyian Melly Goeslow tu. Sedap je lagu tu dengan suaranya lagi kan. 

Jom hayati bait-bait liriknya.

Lirik Lagu Ost Andainya Takdir | Melly Goeslow - Mungkin


Mungkin aku bisa bercinta dengan kamu
Kendati kata kata mu selalu
Menusuk jantung melukaiku

Mungkin ku mau memaafkan mu kembali
Demi cinta yang ada di hatiku
Meloloskanmu dari kata pisah

Mungkin sang fajar dan sayap-sayap burung patah
Menyaksikan kita berseteru
S'lalu tak pernah damai

Mungkin cintaku terlalu kuat dan menutupi
Jiwa yang dendam akan kerasmu
Sehingga kita bersama... mungkin

Mungkin ku mau memaafkan mu kembali
Demi cinta yang ada di hatiku
Meloloskanmu dari kata pisah
Mungkin

Mungkin ku mau memaafkan mu kembali
Demi cinta yang ada di hatiku
Meloloskanmu dari kata pisah

Mungkin sang fajar dan sayap-sayap burung patah
Menyaksikan kita berseteru
S'lalu tak pernah damai

Mungkin cintaku terlalu kuat dan menutupi
Jiwa yang dendam akan kerasmu
Sehingga kita bersama...

Mungkin cintaku terlalu kuat dan menutupi
Jiwa yang dendam akan kerasmu
Sehingga kita bersama...
Mungkin...


luahan

Kisah burung hantu, buaya, dan Ramadhan

June 17, 2017

Assalamualaikum. Selamat malam. Baru berkesempatan membuka blog dan mecoretkan sesuatu di sini. Alkisahnya malam tadi Cik Rose jadi burung hantu. Tak dapat tidur semalaman. Aduhai.. Tak pasti kenapa. Rasa mengantuk, mata tak nak lelap pula.. Penyudahnya sampai ke pagi cerah biji mata. 

Harapnya malam ni ok. Tak nak lagi jadi macam semalam. Esok kerja ni. Hikhik. 

Laut tenang, jangan disangka tiada buaya. Ade je buaya yang tengah 'stand by' nak terkam mangsanya. Jadi, hati -hatilah yer. Pandai-pandai bawa diri.


Tinggal seminggu lagi nak raya. Tapi, tahun ni lain sikit feel dia. tak macam tahun sebelum-sebelumnya Cik Rose mesti dengar lagu raya. Excited bukan main. Tahun ni feel dia slow sikit. Tak dengar pun lagu raya. 

Masih terkesan dengan pemergian orang-orang yang dikenali dan juga orang sekeliling dalam bulan Ramadhan ini.

Di kesempatan ini, marilah kita bacakan Al Fatihah dan ayat-ayat Al Quran buat mereka yang telah meninggal dunia.


perkongsian

Bila waktu doa paling mustajab di bulan Ramadhan ?

June 14, 2017

Bila waktu doa paling mustajab di bulan Ramadhan ? | Ramai yang tertanya-tanyakan. Bila waktu yang sesuai nak berdoa. Memanglah setiap detik kita boleh berdoa. Cuma, ini adalah waktu-waktu tertentu di bulan Ramadhan. 

Sumber, Cik Rose ambil dari laman facebook JAKIM. 

Di sini, Cik Rose kongsikan buat rujukan sendiri. Juga, moga perkongsian ni bermanfaat untuk semua. Korang boleh panjangkan perkongsian ni. 



Waktu Doa Paling Mustajab di Bulan Ramadhan


  • Sepertiga malam terakhir
  • Waktu sahur
  • Sepanjang waktu berpuasa
  • Menjelang berbuka
  • Malam Lailatul Qadar
  • Saat Azan
  • Di antara Azan dan Iqamah
  • Ketika sujud dalam solat
  • Ketika hujan turun
  • Pada hari Jumaat

19 Ramadhan. Sungguh pantas masa berjalan.

lirik lagu

Lirik Lagu Pesan - Irfan Haris Ost Ku Kirim Cinta

June 14, 2017

Lirik Lagu Pesan - Irfan Haris Ost Ku Kirim Cinta | Assalamualaikum. Selamat pagi. Nak kongsikan tentang lagu baru dari Irfan Haris. Berjudul Pesan, yang menjadi ost bagi drama Ku Kirim Cinta. Korang tengok tak? Lakonan Ayda Jebat!

Cik Rose tak mengikuti sangat, tapi pernahlah tengok. Tertarik juga dengan lagu temanya.. Sedih je dengar. Rupanya lagu ni ciptaan Haqiem Rusli. 



Macam biasalah, Cik Rose kongsikan liriknya yer. 



Lirik Lagu Pesan - Irfan Haris Ost Ku Kirim Cinta

Disaat ku tiada nanti, tiada lagi disisimu
Jangan kau bersedih dan menangis
Engkau insan yang ku sayang
Yang paling ku kasih dirimu
Amat bererti dihidupku

Nanti diakhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa doakan la aku
Disaat aku menghadap-Nya

Jaga dirimu, sayangku
Disaatku bila tiada disisimu


Semoga cinta kita kan bersama
Dihatimu...

Jadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti dihujung waktu
Saat ku kirim cinta
Yang abadi...

whooo huooo.

Nanti diakhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa doakan la aku
Disaat aku menghadap-Nya

Jaga dirimu, sayangku
Disaatku bila tiada disisimu
Semoga cinta kita kan bersama
Dihatimu...

Jadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti dihujung waktu
Saat ku kirim cinta
Yang abadi...


Drama Ku Kirim Cinta, setiap Isnin hingga Khamis di TV3.

coklat

Kinder Bueno Dark Limited Edition kini dijual di Malaysia!

June 13, 2017

Kinder Bueno Dark Limited Edition kini dijual di Malaysia! | Assalamualaikum. Selamat malam. Alhamdulillah. Selesai berbuka puasa, untuk 18 Ramadhan. Syukur. 

Kinder Bueno

Seram Cik Rose kalau masuk kedai, stesen minyak atau 7 Eleven dengan anak-anak sedara. Dorang mesti ambil Kinder Joy nanti! Cik Rose tak faham apa yang best dengan Kinder Joy tu. Coklatnya sikit dan dapat mainan entah apa-apa. Harga pula RM4 - RM5. Untuk satu!

Tu reaksi awal la.

Lepas pada tu, Cik Rose pula terjebak. Siap beli untuk yang girl. Warna pink. Anak-anak sedara Cik Rose pula tengok dalam kebingungan. Eh betul ke Mak Ude ni????? Beli Kinder Joy jugak??? Hahhaha. 

Itulah realitinya. Rasa seronok sesekali membeli. Makan sama-sama dengan dorang. Rasa muda balik. Hahaha.

Minggu lepas, Cik Rose ada singgah stesen minyak. Anak sedara nak beli sesuatu untuk dimakan. Lapar katanya. Kihkih. Inilah masanya bagi Cik Rose cuci mata jugak. 

Anak sedara ambil biskut dan kinder bueno yang biasa. Tak nak pula kinder joy kali ni. Sekali mata Cik Rose terpaku di suatu sudut. Ternampak perkataan dark. Pergi dekat-dekat dengan rak tu. Eh, kinder bueno dah ada perisa dark. Siap tulis limited edition. Eh eh.. Terus ambil. Harganya RM 4.80. 


Lepas berbuka puasa, Cik Rose pun rasa. Emm sedap! Kena dengan tekak Cik Rose. Rasa tak cukup pun ada. 

Esoknya pergi Giant. Alang-alang tu, cari kinder bueno dark ni. Tak ada pula. Mungkin tak semua tempat ada kot. Maklumlah limited edition. Kihkih. 

Korang suka tak makan coklat? 


dominos pizza

Berbuka puasa dengan Dominos Pizza | delivery Batu Pahat terbaik !

June 12, 2017

Berbuka puasa dengan Dominos Pizza-servis delivery Batu Pahat terbaik ! | Assalamualaikum. Apa khabar? Moga baik-baik sahaja. Selamat berpuasa Cik Rose ucapkan. 

Cerita minggu pertama Ramadhan. Cik Rose berbuka ditemani anak sedara, Nel. Alkisahnya ada satu hari tu Cik Rose sakit kepala berpusing. Tak larat nak masak dan tak larat nak keluar ke bazar Ramadhan. Makanya, Cik Rose order dominos pizza. 

Cik Rose dah beberapa kali order dominos pizza delivery. Alhamdulillah, tidak pernah mengecewakan. Servis pantas dan mesra pengguna. Yang menghantar pizza pun berbudi bahasa. Pizza yang sampai pun masih panas. Cik Rose puas hati dengan servis delivery Dominos Pizza di Batu Pahat. 

Nak tahu Cik Rose order apa? Maklumlah order masa berpuasa, nafsu makan melonjak-lonjak. Itu nak, ini nak. Emm.. 

Cik Rose order 2 pizza saiz regular, spaghetti bolognese chicken dan fabulous four. 

Zoom sikit pizza nya. Extra cheese lagi!



Alhamdulillah kenyang. Sudahnya Cik Rose makan dua keping jer. Sesekali tekak nak pizza, layankan jer. Bukan selalu. Kalau selalu, nipis poket. Hihi. 

Nak order jugak? Dial 1-300-888-333

Nasib baik, kawasan rumah Cik Rose ni dalam kawasan untuk delivery. Kalau tidak, kenalah beli di restoran Dominos sendiri. 





lirik lagu

Lirik lagu Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli

June 11, 2017

Lirik lagu Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli | Assalamualaikum. Pertama kali Cik Rose dengar lagu Tergantung Sepi ni dah membuatkan hati terusik. Bila dihayati liriknya, bertambahlah sayu.

Best lagu ni. Boleh diterima telinga Cik Rose. Suara Haqiem Rusli membuatkan lagu ni penuh dengan emosi. Seolah-olah ianya dirasai sendiri.

Macam biasa, Cik Rose kongsikan liriknya.

Lirik lagu Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli

Cukup di sini perjalanan kita 
menghukum diri  mendera hati ini
Terhimpit dengan suasana

Berat rasanya sukar diluahkan
Benafas ragu menghempus pilu
Perasaan ini tergantung sepi

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua


Berat rasanya sukar diluahkan
Benafas ragu menghempus pilu
Perasaan ini tergantung sepi

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua

Disiksa hati yang menagih
Harapan kasih yang menjauh
Terpisah dalam kekalutan
Jiwa yang digantung sepi

Mencuba, mencuba menyimpulkan mati
Jiwa yang tergantung sepi

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua

Disiksa hati yang menagih
Harapan kasih yang menjauh
Terpisah dalam kekalutan
Jiwa yang digantung sepi

Mencuba, mencuba menyimpulkan mati
Jiwa yang tergantung sepi




BEAUTY

Shopping Online The Body Shop - cepat dan mudah

June 11, 2017

Shopping Online The Body Shop - cepat dan mudah | Assalamualaikum. Selamat berpuasa Cik Rose ucapkan. Moga baik-baik sahaja. 

Shopping online. Sekarang ni ramai yang memilih untuk shopping online. Klik-klik, terus dapat barang! Tapi, klik bukan sebarang klik. Kenalah ada online banking kan. 

Banyak sebab mengapa ramai yang memilih untuk shopping online ni. Antaranya, jimat masa dan jimat wang. Tak perlu bersesak ke kedai/premis untuk membeli. Jimat duit minyak, duit parkinh dan lain-lain. Cuma tambah postage sahaja. 

Tapi, tak semua suka shopping online sebab tak dapat memilih secara berdepan. Contohnya nak rasa jenis kain ke kan. Ataupun takut salah beli. Selalunua baju lah kan. Takut terkecik atau terbesar. 

Macam Cik Rose pulak, ada barang yang Cik Rose suka beli sendiri dan ada yang Cik Rose suka beli online. Ikut jenis baranglah kan.

Baru-baru ni, Cik Rose ada beli barangan The Body Shop. Amboi sangat! Beli online. Padahal ada je dekat Bp Mall tu. Hihi. Sebenarnya Cik Rose ada kupon diskaun 20%. Dengan syarat kena beli secara online. Tu yang beli jer. Kalau pergi beli di kedai, tak dapat nak guna kupon diskaun tu. 

Apa yang Cik Rose beli? 

Pertama, Cik Rose pilih gel mandian, skrub dan losyen dari haruman Strawberry. Emmm wangi! Memang dah pernah guna dan Cik Rose puas hati. Bau strawberry tu yang buat Cik Rose jatuh hati.


Barangan lain pula ialah Born Lippy - Strawberry. Bila sapu di bibir, lembut jer. Bau strawberry semerbak! Hihi.  Sebelum guna lipstick jenis matte, mesti Cik Rose sapu born lippy dari The Body Shop ni dulu. 


Yang terakhir adalah sikat. Sukat pun beli online? Ha ha ha. Ini sikat bukan sebarang sikat. Sikat ini baik punya. Hikhik. Guna masa mandi. Cik Rose sikat rambut masa guna perapi rambut. 


Inilah dia koleksi barangan The Body Shop yang Cik Rose beli secara online tu.


Tak kisahlah membeli secara online atau di kedai, berbelanjalah secara berhemah. Beli sesuatu yang memang kita gunakan. Supaya tak membazir dan tiada penyesalan di kemudian hari. Hihi.


lirik lagu

Lirik Lagu Jangan Menangis - Aizat

June 09, 2017

Lirik Lagu Jangan Menangis - Aizat | Assalamualaikum. Lagu terbaru dari Aizat, berjudul Jangan Menangis. Korang pernah dengar tak? Cik Rose suka lagu ni. Membawa makna pada Cik Rose. Dengan suara Aizat yang sedap tu lagi.  Cik Rose sendiri ada share di instagram peribadi Cik Rose, @roshazareeza_ruslan

Kalau hayati liriknya, sayu hati Cik Rose. Macam-macam yang terbayang.

Macam biasa, Cik Rose kongsikan lirik lagu Jangan Menangis nyanyian Aizat ini.



Lirik Lagu Jangan Menangis - Aizat


Percaya padaku

Tak akan ku lupakanmu
Walaupun ku jauh
Ku sentiasa milikmu



Andainya kau rasa perluku
Luah saja sediaku mendengar



Jangan menangis
Ini semua ketentuan Nya
Jangan berduka
Ku kan selalu ada untukmu



Hanya satu kupinta
Percaya pada diriku
Hatiku hatimu
Serahkan pada yang satu



Andai bersalah maafkanku
Sesungguhnya tiada yang sempurna



Jangan menangis
Ini semua ketentuan Nya
Jangan berduka
Ku kan selalu ada untukmu



Bertahan walau apa tak kira apa saja
Bertahan walau apa bersama selamanya



Jangan menangis



Jangan menangis
Ini semua ketentuan Nya
Jangan berduka
Ku kan selalu ada untukmu



Dan aku mohon agar semua
Sempurna untuk mu selamanya
Ku kan selalu ada untukmu 



luahan

Laut mana yang tidak bergelora, pantai mana yang tidak dilambung ombak.

June 05, 2017

Laut mana yang tidak bergelora. Pantai mana yang tidak dilambung ombak. Amboi ayat, hikhik. Mendalam maksudnya ni. Lautan luas, kadang tenang. Kadang bergelora. Dilambung ombak.

Begitu juga dengan hal kehidupan. Kadang baik-baik saja. Kadang diuji sedikit. Lihat sejauh mana kita mampu tanganinya.

Hal perasaan. Juga sama. Kadang baik-baik saja. Kadang sensitif. Terusik dek kerana hal kecil. Tak mampu diduga.

Entah kenapa. Dua tiga hari ni, lain benar rasanya hati. Tak tertahan. Cuba berlagak biasa, tiada apa-apa. Namun, tak terdaya. Perit dan perih rasa. 

Senang benar terusik. Sensitif, tapi masih bertempat. 

Moga baik-baik saja perasaan ini. 

Melihat pemandangan di bawah, tenang mata dan hati. Maklumlah, inilah kiriman akhir dari suami Cik Rose sebelum talian internet tiada. Tak dapat diakses. 


Moga baik-baik di sana. Jaga diri dan jaga kesihatan. Sama-sama kita jaga :)

Sayang selalu, my Mr Army !


buka puasa

Menu Pilihan untuk berbuka puasa bersama keluarga

June 04, 2017

Menu Pilihan untuk berbuka puasa bersama keluarga | Assalamualaikum. Selamat berpuasa buat semua. Apa khabar? Moga baik-baik sahaja. Cik Rose dua tiga hari ni tak berapa sihat. Kepala rasa berpusing-pusing. Tak pasti puncanya. Bukan duduk je rasa, bila baring pun rasa. Gagahkan juga diri ni. 

Bercerita tentang berbuka puasa. Pasti meriah berbuka puasa bersama keluarga. Suasananya lain. Berselera makan. Jika tidak bersama keluarga, bersama teman-teman. Itu untungnya yang duduk bersama keluarga. Tak ape, masing-masing ada bahagian masing-masing. Usah dipersoalkan. 

Buat Cik Rose pula, sejak 2009 bila merantau berkerja, tak dapat berbuka puasa hari-hari bersama keluarga di kampung. Masa bujang, duduk KL, berbuka dengan kawan-kawan serumah. Meriah juga. Sebab kami duduk ramai. Satu rumah 7-8 orang. Syukur Alhamdulillah. Berbuka memang meriah. Tapi, bersahur sunyi. Sebabnya tak ramai yang keluar bilik nak bersahur. Adalah 2-3 orang yang rajin bangun masak sahur. Hihi. Cik Rose dan teman sebilik, Noris tak keluar bilik masa sahur. Kami dah ready air kat sebelah. Hahaha. Masa sahur, duduk, bukak mata, minum air. Tidur balik. Aduhai... Kalau rajin sikit pergi bancuh air milo, takpun minum ait soya dalam peti ais. Rindu pulak suasana tu.

Kemudian, bila berkahwin lain ceritanya. Ada tahun yang dapat bersahur dan berbuka dengan suami. Ada tahun yang tak dapat buat macam tu dek kekangan tugas suami. Tahun lepas, 2016 memang tak dapat bersahur dan berbuka. Suami terlibat dengan latihan luar. Memang sorang-soranglah makan. Tapi, tahun lepas Cik Rose rajin masak. Jarang beli makanan di luar. Hikhik.

Tahun ni juga sama. Bila suami sekali lagi terlibat dengan operasi. Cik Rose redha. 

Puasa pertama, Cik Rose balik Kedah. Daoatlah bersahur dan berbuka bersama keluarga. Ada juadah yang di masak dan ada juga yang dibeli. Nikmat bersama keluarga tu yang penting. Bukan mudah Cik Rose nak merasainya.

Kebetulan awal puasa kali ni, budak sekolah cuti dua minggu. Jadi, Cik Rose bawa anak sedara sorang ke mari. Hihi. Dah tingkatan dua dah pun
 Dapatlah kami bersahur dan berbuka bersama. Cuma kesian pula kat dia. Cik Rose pergi kerja, duduk dia sorang di rumah. Terima kasih Nel, teman mak ude. 

Ni antara juadah berbuka kami. Juada untuk 4 Ramadhan. Cik Rose masak sambal sotong je. Selebihnya beli di bazar. Ada nasi ayam, murtabak, kuih-muih, dan masak lemah cili api paru. 


Yang ini pula menu untuk 5 Ramadhan. Kesemuanya lauk beli kecuali baki sambal sotong tu. Ada tomyam, paprik, ayam goreng kunyit dan kuih-muih. 


Dibawah ni pula juada bagi 6 Ramadhan. Kali ni Cik Rose rajin ke dapur. Hihi. Cik Rose buat maggi goreng, kobis goreng kicap, dan cemdawan inoki celup tepung. Manakala karipap tu pula Cik Rose goreng, beli yang frozen. Ayam dari ayamas dan baki tomyam. Alhamdulillah. 


Berselera bila makan ada teman ni. Alhamdulillah. Walau ada meja makan, nak juga makan di bawah. Memori dengan keluarga di kampung. Siap Cik Rose alas dengan kain pelikat lagi tu.  Macam mana ni? Makin bam bam lah Cik Rose. Hahaha.


Selamat berpuasa buat semua. 
Jalani Ramadhan dengan sebaiknya!


BEAUTY

Beli Perfume Dexandra dengan harga yang murah di sini

June 03, 2017

Beli Perfume Dexandra dengan harga yang murah di sini | Assalamualaikum. Sekarang ni, Dexandra ada promosi tau. Sebotol hanya RM55 dan kalau nak lagi jimat, beli terus 2 botol dengan harga RM100.

Muka dah cantik. Baju dah meletop. Tapi, bau alahai sedih. Jangan macam tu. Jom kekal mewangi bersama Cik Rose. Macam mana tu? Apalagi dengan semburan magik Dexandra lah!


Jualan promosi raya Dexandra dari 27 Mei 2017 hingga 3 Julai 2017 ini sahaja. Memang berbaloi-baloi kalau beli sekarang!


Macam mana nak dapatkan perfume Dexandra dengan harga yang murah ni? Jom beli dari Cik Rose. 
Whatsapp Cik Rose di : 0194964553


Ada pelbagai jenis bauan dari Dexandra ni. Boleh pilih mana yang berkenan. Setakat ni yang ramai pelanggan Cik Rose beli adalah bau bombshell dari Victoria Secret dan Rose Essiential dari Bvlgary. Itu untuk wanita. Kalau lelaki pula ramai yang memilih Polo Red, Dunhill Blue dan Bvlgary Man. 

Jom tengok senarai haruman yang ada :


Apalagi, pilih-pilih mana yang berkenan. Dan terus whatsapp Cik Rose untuk pembelian. Cil Rose pos ke seluruh Malaysia. Dont worry ok. 

Whatsapp Cik Rose : 0194964553

Bukan pada hari tertentunje nak wangi. Tak kisahlah wakti kerja ke, raya ke, apa ke kan. Hari-hari nak kena wangi. Semua orang pun suka bau yang wangi-wangi ni. Tapi, bagi kita wanita ni, pilihlah haruman yang bersesuaian supaya tak keterlaluan dan terlalu menarik perhatian orang pula. Jangan disembur satu badan pulak. Hihi.

Jom kekal mewangi dengan Dexandra. 
Jimat duit. Boleh simpan dan guna baki duit untuk hal lain pula kan

lirik lagu

Lirik Lagu True Love Nyanyian Dhany Kata Hati

June 02, 2017

Lirik Lagu True Love Nyanyian Dhany Kata Hati | Assalamualaikum. Cik Rose dah jatuh hati dengan lagu ni. Pertama kali dengar di Program Meletop, penyanyinya Dhany Katahati nyanyi secara live. 

Kemudian, Cik Rose tengok di youtube video promosi tudung Naelofar tu. True love.

Lagu ni Neelofa terbitkan. Komposernya saudara Aizat Amdan. Juga yang cipta lagu Wanita Terakhir yang dinyanyikan Fattah Amin.


Entah kenapa bila dengar lagu ni Cik Rose jadi sebak. Mungkin terbawa-bawa dek arus lofattah barangkali. 

Apapun, hanya tuan badan sahaja yang tahu semuanya. Kita hanya melihat dari luaran. Sedangkan yang melalui dan merasainya adalah mereka. Jadi, siapalah kita untuk menentukannya. Biar mereka tentukan hal hati masing-masing. Moga baik-baik saja buat Neelofa dan juga Fattah Amin. 

Dalam video klip tudung Naelofar sempena raya 2017 ni, dibawakan heronya khas dari Indonesia iaitu Miller Khan. 



Korang dah tengok ke belum? Cik Rose dah dan asyik ulang-ulang je ni. Hikhik. Suara Dhany ni pula sedap, kena dengan feel lagu True Love ni. Sedih tau.


Ok, Cik Rose kongsikan lirik lagu True Love oleh Dhany Kata hati buat korang. 

Lirik Lagu True Love Nyanyian Dhany Kata Hati

Malam-malam ku tanpa mu 
Dingin sejuk ku terasa 
Disini harum mu mewangi 
Sejujurnya kau selalu ada

Kau penyeri dalam hidupku
Ku kan menjagamu tiap detik waktu
Moga kita bahagia

Seribu batu terpisah
Takkan berubah kasihku
Hanya kau saja yang ku mahu
Sejujurnya

Kau penyeri dalam hidupku
Ku kan menjagamu tiap detik waktu
Moga kita bahagia
Selamanya

Genggam tangan ku
Jangan pernah lepaskan
Izinkan aku mencintai diri mu
Moga kita bahagia

Till the day I die
You'll be by my side
Forever you and I
Oh my love trust in me
Could this be they call
True Love


Kau penyeri dalam hidupku
Ku kan menjagamu tiap detik waktu
Moga kita bahagia
Selamanya

Genggam tangan ku
Jangan pernah lepaskan
Izinkan aku mencintai diri mu
Moga kita bahagia

Macam mana? Meruntun jiwa tak? Tahniah untuk Neelofa kerana berjaya membuat Cik Rose menangis. Hikhik.



"Cinta itu membebaskan. Jika ia kembali itulah cinta sejati- Neelofa



MAKAN

Resepi Sambal Sotong Sedap dan Senang

June 02, 2017

Resepi Sambal Sotong Sedap dan Senang |Assalamualaikum.
Alhamdulillah, selesai 6 hari kita berpuasa. Menu berbuka puasa, ada yang suka masak sendiri di rumah. Dan ada pula yang gemar ke bazar Ramadhan. Pelbagai pilihan juadah yang ada. 

Ok, di sini Cik Rose nak kongsikan dengan korang satu resepi yang sedap dan mudah. Iaitu Sambal Sotong versi Cik Rose. Ambil masa yang sekejap je nak sediakannya. Sesuai untuk semua, samaada wanita berkerjaya, suri rumah, pelajar, pendek kata setiap individulah. Hikhik.

Namun, satu je Cik Rose nak 'clear'kan di sini. Cik Rose bukan chef, bukan juga pakar dalam bidang masakan. Tapi, Cik Rose sentiasa mencuba memasak untuk diri dan keluarga. Apa yang Cik Rose rasa bermanfaat, Cik Rose kongsikan di sini.


Resepi Sambal Sotong Sedap dan Senang

6 ekor sotong dipotong bulat
Bawang besar
Bawang putih
Sedikit belacan - dibakar
5 sudu cili kisar
Air asam jawa
Garam

Cara-caranya :

1. Tumis bawang putih, bawang besar dan belacan yang ditumbuk terlebih dahulu.

2. Bila naik bau, masuk cili kisar. Tumis sampai naik minyak. Kemudian boleh terus masukkan air asam jawa. 

3.  Selepas itu, masukkan sotong. Kacau-kacau, masukkan garam. Dan masukkan juga bawang besar yang dipotong bulat. Biarkan seketika. Dah siap!

Senang kan nak masak sambal sotong? Cik Rose memang suka masak guna bawang besar. Jarang guna bawang merah yang kecil tu. 

Kalau tak nak guna air asam jawa, boleh gantikan dengan asam keping.

Belacan tu nak letak boleh, tak nak pun tak ape. Cik Rose bakar belacan tu atas dalur gas je. Cucuk dengan garfu, letak kat dapur gas. Hihi.

Sebenarnya memang mudah nak masak. Nak dengan tak nak je. Lagi satu, cara kita masak berbeza -beza. Hatta Cik Rose dan suami pun, cara kami berlainan. 

Ok, selamat mencuba! 


FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS