Hadiahkan Ibu dengan Mug Special | Mother's Day Mug - INILAH REALITI

Sunday, 30 April 2017

Hadiahkan Ibu dengan Mug Special | Mother's Day Mug

Assalamualaikum. Apa khabar semuanya? Cepat benar masa berlalu. Esok,1 Mei 2017. Bila muncul Mei, mesti korang akan teringat Hari Ibu, Hari Guru, Hari Lahir Cik Rose.. Eh ha ha ha.

Ok entry kali ni Cik Rose nak fokuskan tentang Hari Ibu. Memang ada yang menganggap hari-hari adalah hari ibu. Kenapa nak disambut pada bulan Mei sahaja? Ok Cik Rose tak nak ulas bab itu. Pada Cik Rose, tak salah pun kita nak berbelanja belikan sesuatu untuk ibu kita. 

Cik Rose ada cadangan untuk korang yang masih terfikir-fikir nak belikan hadiah buat ibu tersayang, tapi tak ada idea nak bagi apa. Apa kata, korang hadiah mug special! Kenapa Cik Rose panggil mug special? Sebab kita boleh letak gambar kita! Ha boleh abadikan memori bersama ibu dengan kata-kata yang indah! 


Cik Rose pun ada order tau. Cepat je servisnya. Dalam beberapa hari dah siap. Nak tengok tak? 


Cik Rose letak gambar di hari persandingan Cik Rose bersama mak. Lawa di mata Cik Rose kombinasi warnanya. Purple pink sweet gitu. 



Cuba tengok di bahagian dalam mug ni pula :


Itu yang paling menarik bagi Cik Rose. Penuh ucapan hari  ibu dengan padanan warna yang menarik. Cik Rose suka!


MOTTO MUG sempenan Hari Ibu, Hari Lahir dan Hari Kekasih! 

Jangan risau fikir susahnya nak tempah. Tak perlu bersusah payah mencari. Semuanya di hujung jari. Order online je senang! Bukan sahaja untuk hari ibu. Malah boleh juga tempah untuk hari lahir dan hari kekasih. Wahhh best kan. 





Design dia memang cantik. Tu yang membuatkan Cik Rose jatuh hati! Perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pelanggan sejajar dengan slogannya iaitu "Best Sublimation Expert".

Hadiah mug ni korang boleh dapatkan dari BestSub Malaysia. BestSub Malaysia  adalah specializes dalam pengkilangan dan pengiklanan heat press machines, cutting plotters, sublimation supplies, photo crystals, badges, textiles, advertising materials and related printing services widely welcomed as corporate gifts, souvenirs, premiums, personal gifts, and etc.

Untuk makluman lanjut boleh baca di http://blog.libertyprinting.com.my/personalized-mothers-day-gift/

Harga Motto Mug

Mesti korang tertanya-tanya berapa harganya? Takut juga mahal dan tak berbaloi kan. Kita mestilah nak perkhidmatan yang terbaik setanding dengan kualitinya. Jangan gundah gulana. Harga Motto Mug ni hanya RM30! Ya, tiga puluh ringgit sahaja. Jom tempahan hadiahkan buat ibu tersayang. 

Kat mana nak tempah Motto Mug ni?

Kalau korang berminat untuk menempah motto mug ni, korang boleh email atau hubungi : 

No telefon : 019-9858151 (Ms Elaine) atau019-3231515 (Mr Steven) 

Email : order@libertyprinting.com.my 


BestSub Malaysia , Liberty Printing Sdn. Bhd.(1080784-T) 
Alamat: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang , Selangor. 


Waktu bekerja : Isnin-Sabtu (9am-6pm) 


Website : http://www.libertyprinting.com.my/ 

Facebook :http://www.facebook.com/bestsubMalaysia/

Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCcm9uNUtcVa9TF1dmArOyrw


Jangan lupa dapatkan dan hadiahkan buat yang tersayang!

5 comments:

  1. Cantik kan? Memang sesuai buat perhiasan & hadiah

    ReplyDelete
  2. Bestnya kak! Cantik sangat, takut sayang nak guna nanti (*_____*)

    #TheRealBloggerMak

    ReplyDelete
  3. wahhh. bestnyaa cik rose. macam nak tempahhh jugak tapi buat prhiasan je la. hehe

    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete