Tuesday, January 10, 2017

DAY 3 : 31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER - GAMBAR DENGAN KAWAN


Assalamualaikum.



Untuk entry sebelum ni, sila ke sini yer --->>31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER



Cabaran hari ketiga ialah - GAMBAR DENGAN KAWAN

Wahhh terasa macam ala-ala friendship day pulak. hikhik.

Memang banyak gambar dengan kengkawan. Cik Rose memang suka bergambar. Tapi, tapi, tapi. Takkan Cik Rose nak letak semua kan. Banyak sangat kot. Panjang entry ni gara-gara gambar je. 

Jadinya, Cik Rose akan letak sekeping dan menceritakan serba sedikitlah perihal gambar tu.

Inilah dia :



Kenangan Cik Rose bersama teman baik merangkap kakak dah pada Cik Rose. Kak Isma. Seingat Cik Rose gambar diambil masa tahun 2014 atau 2015. hihi. Tak ingat pulak tahunnya. Umur makin meningkat ni kan. Hihi.

Rindu dengan Kak Isma dan anaknya, Isha. Orang Sarawak. Masa Cik Rose berkawan dengan dia, Cik Rose faham loghat Sarawak sikit-sikit. Maklumlah hari-hari dengar dia berbual dengan anaknya kan. Cik Rose tumpang Kak Isma pergi kerja. Kitorang duduk kuarters masa di JB. Aduhai.. Terima kasih kak Isma! Susah senang bersama masa tu. Cik Rose memang rindu saat-saat kitorang bersama dulu. Tempat Cik Rose luahkan perasaan. Banyak membantu. Sanggup hantar Cik Rose ke sana ke sini. huhu. Kak Isma, minta maaf banyak menyusahkan akak. 

Kini, saya di Batu Pahat. dan Kak Isma masih di JB. Jarang dah jumpa. Walau jarak memisahkan kita, kenangan kita tetap di hati tau. 

Psss: Cik Rose letak satu je gambar untuk entry ni. Dedikasi buat sahabat, dan kakak bagi Cik Rose, Kak Isma. 


#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

2 comments:

  1. Selamat Melengkapkan Challenge, Ros

    ReplyDelete
  2. touching plak..
    bila teringat kawan time kita memerlukan pertolongan.dia ada bersama

    ReplyDelete