BEAUTY

BELI BARANGAN MAKE UP SECARA ONLINE MELALUI APPS SEPHORA

October 16, 2017



BELI BARANGAN MAKE UP SECARA ONLINE MELALUI APPS SEPHORA | Assalamualaikum. Perempuan dan kecantikan tidak dapat dipisahkan, kan? Setuju tak? hihi. Please setuju ya semua. Cik Rose akui, Cik Rose bukanlah jenis yang bersolek dan tidak pandai bersolek pun. Ala-ala je orang kata. Tapi, jenis yang tak boleh tengok barang make up. Teringin! Siapa yang sama dengan Cik Rose?

Dalam awal tahun haritu, Cik Rose ada ikut kakak Cik Rose ke Sephora di Penang. Wah geramnya masa tu. Hihi. Banyak barang make up. Masa tu Cik Rose cuma beli pensel kening jer. Eh terasa kemelayuan pula bila sebut pensel kening. Hihi. Eyebrow pencil. Itu pun, ditaja oleh kakak. Hahaha. Biasalah adik beradik kan. Tapi, dah habis guna dah sekarang. Nanti entry akan datang, Cik Rose kupaskan ceritanya ya. 

Lepas dari kejadian tu, Cik Rose ada download apps Sephora. Maka, mata ni apalagi meliar-liar dok tengok  barangan make up. Tengok tu nak, tengok ini nak. Aduh duh. Alkisahnya Cik Rose beli make up dari Sephora di agak lama dah. Bulan Mei haritu. Setelah mengambilkira keperluan dan menolak keinginan, Cik Rose ada beli beberapa jenis barangan.  Apa yang Cik Rose beli? 

Sephora Collection
Blushing For You Blush Palette RM57
* Updated terkini, dah out of stock.
Blusher. Best sangat. Ada tiga pilihan warna. 


Tarte
Tarteist Treats Eye & Lip Set RM112
* Updated terkini, dah out of stock.
Yang ini memang berbaloi-baloi. Ada eyeshadow, mascara dan lip paint.

Dan dapat percuma :

Sephora Collection
Teint Infudion Foundation -Petal (2 x 0.5ml)

Tadaaa : 


Penghantaran dalam 2-3 hari. Memang excited bila terima barang. Cantik sangat warnanya. Cik Rose akan cerita dengan lebih terperinci di entry akan datang ya. Dalam entry ni, kira macam pengenalanlah. hihi.

Sesekali membeli, apa salahnya kan. Untuk kepuasan diri. Kita ni berbeza-beza. Ada yang suka beli beg, ada yang suka beli kasut, ada yang suka beli make up. Lain-lain. Mana ada orang yang sama, kan. Jadi, raikan perbezaan itu. Janganlah mempersoalkan kenapa orang tu beli itu, beli ini. Betul tak?

Hey ladies, kerana dirimu begitu berharga !


fattah amin

Lirik Lagu Fattah Amin - 1234U

October 10, 2017



Assalamualaikum. Nak kongsikan lirik lagu terbaru dari Fattah Amin yang berjudul 1234U. Lagu ni menjadi OST bagi telefilem Wanita Terakhir yang akan disiarkan  di Astro First Eksklusif (480) pada  2 November 2017

Lagu ni ciptaan Aizat dan Mel Ramlan, juga merupakan lagu kedua Fattah Amin selepas Wanita Terakhir. Korang dah dengar ke belum? Cik Rose dah, sebab tu nak kongsi  liriknya. Bagi Cik Rose, lagu ni best. Membawa mood ceria bagi kita yang mendengar. 


Lirik Lagu Fattah Amin - 1234U

Sukar untuk aku percaya
Kini aku telah jatuh cinta
Kau selalu menari di minda
Kau buat aku tertanya-tanya

Kau asak aku berkali-kali
Kau cuit hati dalam emoji
Kau kata kau suka padaku
Tapi cuma di bibir sahaja

Luah saja apa yang kau mahu
Katakan padaku
One two sayang kamu selalu
Rasa rasa mahu
Bertemu denganmu

Three four, you i adore
Never felt this before
One two three for you
One two three for you





Ulang:

Luah saja apa yang kau mahu
Katakan padaku
One two sayang kamu selalu
Rasa rasa mahu
Bertemu denganmu

Three four, you i adore
Never felt this before
One two three for you
One two three for you

One two sayang kamu selalu
Rasa rasa mahu
Bertemu denganmu

Three four, you i adore
Never felt this before
One two three for you
One two three for you

You...for you...
You...for you....


perkongsian

Sembang-sembang di petang hari

October 06, 2017


Assalamualaikum dan selamat petang. Pertama sekali, menerima perkhabaran duka dari group whatsapp tentang pemergian seseorang. Suami kepada rakan sekerja Cik Rose masa di Jb. Moga tabah buat akak dan keluarga. Al Fatihah. 


Hari ni tak ada apa aktiviti sangat sebab cuti. Bangun awal pagi ni terus belek bunga. Hihihi. Maklumlah tengah berkobar-kobar aura berkebun. Pagi-pagi menyiram bunga, letak baja dan salin pasu. Cik Rose beli lagi bunga semalam. Tak boleh tengoklah. Cantik. Tu yang geram, terus beli. 

Bunga gantung. Baru ada satu jenis ni. Nak kena carikan kawan dia ni. Hihi. Barulah cepat membesar kan. (Alasan nak beli bunga lagi). 


Bunga daisy. Tambah lagi 3. Jumlah daisy setakat ni ada 6 pasu dengan warna yang berbeza. Alhamdulillah. Temgah fikir warna apa lagi yang tak ada ni. 


Lagi satu, nak cerita bab kucing. Bukan Cik Rose yang jaga. Cik Rose ni kan takut kucing. Minggu lepas, mak Cik Rose hantar gambar anak kucing. Ada 3 ekor. Asalnya mak kucing ni selalu datang rumah mak Cik Rose. Dari situ, memang mak dok bagi makan. Dan kucing tu pun memang tidur di almari luar rumah. Dari single sampailah dah beranak. Jadi, 3 anak dia ni pun duduk sekali. Mak cerita yang anak sedara Cik Rose semua dah sayang kucing ni. Sesekali anak-anak kucing ni masuk rumah main-main. Tapi, dua hari lepas anak kucing tu tak balik. Jenuhlah dok cari satu taman, tak jumpa. Yang mak kucing ni dok ngiau ngiau dekat rumah. Sedih kot cari anak tak jumpa. Anak-anak sedara Cik Rose pun dok cari tak jumpa. Mungkin ada yang ambil jaga atau anak-anak kucing tu dah pergi jauh sangat kot. 


Selera Makan. 
Bukan kata banyak lauk atau lauk yang berat-berat. Sambal telur rebus gini pun buat bertambah nasi. Oh no. Macam mana ni. Hihihi. Nyum nyum. 


bunga

MINI GARDEN CIK ROSE | TIPS PENJAGAAN POKOK BUNGA DAISY

October 04, 2017



MINI GARDEN CIK ROSE | TIPS PENJAGAAN POKOK BUNGA DAISY. Assalamualaikum dan selamat malam. Sementara nak menunggu cerita korea pukul 9 nanti, Cik Rose ambil masa sikit menulis. Cerita apalagi kalau bukan tentang bunga. Cik Rose memang suka bunga. Tapi, dah berapa lama tak ada bunga di rumah. Ni baru ada balik. Kira-kira baru 3 minggu kot. Pengaruh rakan sebaya konsepnya. Hihi. Terjebak kembali dengan bunga-bunga yang mekar mewangi ini. Thank you my lovely friend!

Korang minat tak tanam atau jaga bunga? Kalau minat, teruskanlah minat itu. Banyak kelebihannya kan. Dari segi emosi. Yes, betul. Kalau tengah stress, atau sedih tu, tengoklah bunga-bunga yang sedang mekar tu. Tenang je hati tengok warna- warni tu kan.

Jangan tanya Cik Rose macam mana nak tanam atau nak semai. Sebab Cik Rose beli anak pokok di kedai, dan bawa balik je. Tapi, kalau beli tu, balik rumah kenalah alih ke pasu lain yang lebih besar. Letak tanah lain, tambah baja. Siram kena on time. Hihi.

Bunga Ros Putih / Mawar Putih
Bunga ni Cik Rose sayang sangat. Suci je! Hikhik. Sesuci hatiku hatimu berputik jadi satu... ku rasa hadirmu menyempurnakan aku. Tapi....cinta bukan milik kita... Semua harus berakhir.... opssss sorry. Ternyanyi pulak. Hikhik.

Gambar yang Cik Rose ambil dibawah masa baru beli. Tak salin pasu lagi. Nanti, Cik Rose updated dari masa ke semasa ya. Sekarang ni dah salin dah pasu


Bunga Ros Merah / Mawar Merah
Mawar merah buat Cik Rose terpikat. Aduhai warnanya memikat! Masa beli, baru nak berbunga. Gambar di bawah ni masa baru beli. Sekarang, dah ada 9 kuntum bunga yang mekar. Alhamdulillah. 


Selain bunga mawar, bunga Daisy juga menjadi kegemaran Cik Rose. Sebenarnya ada bermacam-macam jenis daisy. Cik Rose pun tak pasti yang Cik Rose  punya ni jenis apa. Yang Cik Rose tahu, ianya Daisy. hihi.

Bunga Daisy Hot Pink.
Warnanya memang mengancam. Terserlah dari jauh. Buat Cik Rose geram. Sekarang ni dah dua kali salin bunga. Bunga yang pertama, batangnya dah layu, dan Cik Rose kerat. Tak buang pun, Cik Rose letak dalam gelas dan letak air. Dah tiga hari, masih segar bunganya. Bunga daisy ni tahan lama tau. Maksud Cik Rose, kembangnya tu lama. Ni yang best.


Bunga Daisy Merah Kuning. 
Bagi Cik Rose warnanya sedikit garang tapi cantik. Cik Rose suka bunga yang warna terang kalau daisy. 


Bunga Daisy Peach.
Warnanya lembut dan mendamaikan. Tetap menjadi kegemaran Cik Rose.

Masa dua tiga hari beli, daun bunga daisy Cik Rose sedikit layu. Batangnya juga senget dan ada yang melengkung. Cik Rose jadi hairan. Kenapa ni. Padahal siram je hari-hari. Apa masalahnya bunga-bunga daisy ku ini. Kembanglah mekar. Gembirakan hatiku ini. hikhik.

TIPS UNTUK BUNGA DAISY

Nak dijadikan cerita, Cik Rose ikut kawan ke kedai bunga untuk beli tanah dan pasu. Sambil cuci mata, kot-kot ada bunga yang baru kan. Bolehlah beli lagi. Tapi, tak ada pun bunga baru. Belum sampai katanya. Alang-alang dah  ke sana, kitorang pun ajukan masalah bunga kitorang pada tuan kedai tu. Oh rupanya kaedah penyiraman Cik Rose salah. 

Nak jaga bunga daisy ni tak susah katanya. Cara siram tu yang penting. Jangan main siram je. Siram di tanah yer. Jangan siram pada bunga. Habislah rosak bunga-bunga yang baru nak mekar tu. Dan siram elok-elok, jangan  main jirus ja dengan kadar tekanan air yang laju. Habislah bunga-bunga kita tu nanti. Siram bunga di waktu pagi. Ingat, PAGI. Bukan petang. Dia kata kalau hari terlalu panas, barulah boleh siram pagi dan petang. Kalau biasa-biasa je, cukup siram di waktu pagi. Macam kita sarapanlah kan di pagi hari. 

Letak baja tu, jangan dekat dengan pokok . Maksudnya jarakkan sedikit baja tu. Tabur keliling pasu. Cukuplah seminggu sekali. Periksa tanah tu juga sesekali. Jangan sampai terlalu padat. Kalau pokok makin membesar, alihkan ke pasu yang lebih besar. Bunga yang dah layu, kerat je. Untuk menggalakkan pertumbuhan anak bunga yang baru.

Bunga daisy juga memerlukan cahaya matahari. Jangan takut pulak yer. hihi. Tapi, kalau terlalu terik, alihkan pasu ke kawasan yang teduh sikit. Macam Cik Rose, tak alami masalah sangat bab cahaya ni, sebab letak di balkoni.

Selain bunga mawar dan daisy, Cik Rose beli juga bunga yang lain. Buat penyeri kan. Tapi, maaf. Cik Rose tak tahu jenis bunganya. Cik Rose tengok cantik je, terus beli. hihi.


Bunga yang di bawah ni pun cantik. Menurut kata tuan kedai bunga tu, bunga ni jangan terlebih siram. Dua hari sekali je. Sebab dia takung air. Ada yang tahu tak bunga ni bunga apa. Cik Rose dah lupa. hihi. Masa beli, dah diberitahu namanya.



Koleksi bunga-bunga di Mini Garden Cik Rose. Belum berkesempatan nak hiaskan lagi. Nak bagi stabil dulu pertumbuhan bunga-bunga ni, baru fikir nak deco-deco garden.


Berkebun ni boleh jadi terapi diri sebenarnya. Mengawal emosi. Pendapat peribadi Cik Rose lah. 

Bunga orkid Cik Rose masih ada. Cik Rose dah alih kedudukannya di balkoni belakang. Wah makin segar bugar daun-daunnya. Tak sabar nak tunggu inya berbunga lagi. 

Cik Rose dan bunga. Im in love!

anniversary

30 September | Selamat Ulangtahun Sayang

September 30, 2017

Assalamualaikum. 30 September 2017. Tarikh ini muncul lagi. Ulangtahun pernikahan Cik Rose dan Mr Army. Alhamdulillah, hari ini genap 6 tahun pernikahan kami. 

Saja Cik Rose coretkan secara ringkas di sini untuk dijadikan kenangan sendiri. Moga hubungan ini sentiasa dipenuhi rasa kasih cinta untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Setiap kali tiba hari ulangtahun, pasti Cik Rose merasa sebak. Biasalah perempuan, tak ada apa pun boleh jadi sedih. Penyebab air mata mengalir! hihihi.



Sekejap je masa berlalu. Alih-alih dah 6 tahun. Syukur Alhamdulillah. Dari Cik Rose 1, dah jadi 0. Hahaha. Korang faham tak istilah tu? Kalau faham, senyap-senyap je yer. Aduhai. hihi.

Menulis sambil mendengar lagu-lagu nyanyian Kim Jong Kook membuatkan Cik Rose tak fokus sekarang ni. Sebab nak ikut menyanyi. hikhik.Cik Rose suka je dengar lagu-lagu dia. Ada lagu sedih, ada lagu yang membuatkan kita nak menari sama. 

Untuk yang tersayang nun jauh di sana, 
Selamat ulangtahun. Doa yang baik-baik, fikir yang baik-baik, Insyaallah jadinya yang baik-baik. Love you. Moga kita sama-sama bersatu dalam  melayari alam rumahtangga ini. 

Doakan buat Cik Rose dan suami dimurahkan rezeki untuk mendapat anak. Dipermudahkan jalan buat Cik Rose untuk mengandung. 

Terima kasih :)

BEAUTY

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang nyata memikat hati setiap wanita

September 29, 2017

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang nyata memikat hati setiap wanita. | Assalamualaikum. September. Ada apa dengan September? Bulan cinta bagi Cik Rose. Ulangtahun pernikahan pada 30 September. Sebab tu bila dapat satu bungkusan yang harum ni, hati Cik Rose berbunga-bunga riang. Alhamdulillah. 

Enchanteur. Siapa yang tidak tahu jenama yang tidak asing lagi di negara kita. Ada losyen, bedak talkum, deodorant. Cik Rose sendiri memang sukakan rangkaian produk dari Enchanteur. 

Apa yang menggembirakan dan membahagiakan anda? Yes, love is the answer. 


Sebuah kotak pink yang telah menyentuh hati Cik Rose. Terima kasih. Diikat rapi dengan riben putih membuatkan Cik Rose berdebar-debar. Tak sabar nak tahu isinya.  Losyen. Ya, losyen yang terkandung di dalam kotak pink ini. Oh, I’m in love!


Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan  ini dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun. Ianya menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan harian, agar kulit kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Aduhai, memang sesuai untuk Cik Rose ni. Berkerja dalam keadaan yang berpenghawa dingin kadangkala membuatkan kulit Cik Rose sedikit kering. Dengan kandungan Air Mawar yang merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit, dapat menyelesaikan masalah Cik Rose. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda! 

Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan. Yeahh tu yang penting. Tak melekit. Taklah mengganggu tugas seharian, maklumlah nak menaip kan. Takut licin je nanti. Hihi. 

Psstttt botol air pink! Sweetnya. Sapu losyen, sapu jugak. Air jangan lupa minum tau. Barulah kulit kita ni cantik. Cukup air, ditambah pula losyen Enchanteur, hasilnya tip top!


Ok, mari Cik Rose terangkan serba sedikit tentang losyen ini ya. 

ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)

•          Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.  

Cik Rose yakin ianya akan jadi teman baik Cik Rose. Cik Rose memang gemarkan bau yang sebegini! 


ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)

•          Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban. 

Wahh yang ini pula fresh je rasa. Emm mungkinkah Cik Rose beralih arah dengan haruman Romantic? Sukar buat pilihanlah macam ni! Dua-dua pun Cik Rose suka. 



Korang rajin tak sapu losyen? Ada yang sukakan losyen, tapi malas nak sapu. Dengan alasan terlupa. Betul tak? 

Cik Rose bagi tips mudah. Letak losyen di tempat yang korang nampak. Kalau yang berkerja, bawa je losyen dan tinggalkan di tempat kerja. Boleh sapu masa rehat kan. Kalau yang suka sapu losyen sebelum tidur pula, letak losyen di sebelah katil. Ha, nak tidur tu terus capai losyen. Kalau kita dah terbiasa, mesti hari-hari kita buat. 


Sentuhan magis. Wahhh wah.. bukan sahaja wangi, malah lembap, lembut dan menyegarkan. Apalagi yang dicari? Semuanya ada pada Enhanteur 24H Moist Losyen ni!

Di mana nak beli? Jangan risau, rangkaian produk Enchanteur ni mudah didapati di pasaraya-pasaraya, kedai-kedai dan farmasi. Harganya pula berpatutan setanding dengan kualitinya.


Jom pakat-pakat cuba yer. Pasti tidak mengecewakan. Ianya berbaloi! 

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman Web : www.enchanteur.com.my


Jalan-jalan

Menikmati Keindahan Alam di Pantai Minyak Beku, Batu Pahat, Johor

September 29, 2017

Menikmati Keindahan Alam di Pantai Minyak Beku, Batu Pahat, Johor | Assalamulaikum. Siapa yang sukakan pantai? Angkat tangan. Yeayy ramainya. Pantai atau laut ni memang mendamaikan. Boleh menghilangkan tekanan bagi sesetengah individu. 

Percutian.
Cik Rose akui suka melihat kawan-kawan kongsikan cerita mengenai percutian mereka di pulau / pantai / laut. Bestnya. Cantik pemandangannya. Namun, dek kerana kekangan masa, menyukarkan Cik Rose untuk bercuti di tempat sedemikian. 

Tengok jauh-jauh, tak sedar rupanya ada depan mata! Betul kan? 

Batu Pahat. 
Warga Batu Pahat dan daerah sekitarnya pasti tahu Pantai Minyak Beku. Ya, ada pantai kat Batu Pahat ni. Jangan tak tahu. Tak perlu susah-susah fikir nak ke tempat yang jauh. Di sini pun ada. Cik Rose sempat ke sini minggu lepas. Seronok tau dapat menikmati keindahan alam ni. 


Cantik kan. Gambar diambil sekitar jam 6 ke 7 malam. Subhanallah. Cantiknya. Agak lama Cik Rose tak berkunjung. Banyak perubahan yang berlaku di sini. Makin ramai pengunjung. Dan makin ramai yang berniaga. Tak adalah sunyi. Meriah sangat di waktu petang. 


Cik Rose suka ambil gambar. Boleh dijadikan kenang-kenagan nanti. Cik Rose pilih kawasan agak hujung juga. Duduk atas batu, melayan perasaan. Hihi. Feeling romantik tengok matahari terbenam. Hihi. 


Ambil gambar dalam mode panorama. Dah jatuh cinta dah Cik Rose ni ha. Bolehlah berkunjung kalau tak ada waktu yang panjang untuk betcuti di luar. Kat sini pun dah buat Cik Rose happy. 


Cik Rose kongsikan beberapa keping gambar di sini. Yang berdekatan Batu Pahat,marilah singgah. Pelbagai aktiviti boleh diadakan di sini. 
Tempat nak parking pun luas. Terletak di atas bukit membuatkan ianya unik. 


Kebetulan masa ambil gambar, tiada orang yang melintas. Kalau ada pun, Cik Rose buang nanti gambarnya. Hahaha.


Bersyukur dapat melihat keindahan alam. Airnya tenang masa tu. Masa Cik Rose pergi tu, ada yang memancing juga. Baguslah kan. Isi waktu dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. 

Tepi pantai tu ada jual ayam cucuk. Pertama kali beli dan rasa. Eh sedap rupanya ayam cucuk ni! Satu, seringgit sahaja. Keadaan sedikit sesak kalau waktu cuti dan hari minggu. Iyalah masa tu jer boleh berkumpul dengan isteri/suami dan anak-anak. 

Hai warga Batu Pahat, pakat-pakat datang sini ya!



BEAUTY

Tips cantik menggunakan buah tomato |Murah dan berkesan

September 27, 2017

Tips cantik menggunakan buah tomato |Murah dan berkesan. Assalamualaikum. Malam-malam ni terasa nak menulis tentang tips cantik. Eh cantik ke??? Hihi. Bukan tips dari Cik Rose. Tapi, dari perkongsian beberapa orang rakan di facebook. Dan ada sesetengah tips yang viral sana sini. Cik Rose belum berkesempatan nak mencuba lagi. Teringin nak cuba, tapi tak terbuat-buat lagi. 

Tips cantik yang mudah dan bahan yang senang didapati. Menggunakan buah tomato. Ya, tomato. Mesti korang dah pernah dengar kan.. dah cuba ke? Boleh kongsi dengan Cik Rose di ruangan komen. 





Ada yang kata, buah tomato adalah salah satu rahsia organik terbaik untuk kulit yang sihat, flawless dan berseri. Siapa yang tak nak flawless. Bila dengar je flawless, hati melonjak riang. Rasa ingin tahu tu menebal! Nak cantik! Ada yang cakap, kalau kita gosok buah tomato pada kulit wajah,  mampu mengurangkan kesan selaran matahari dan menyerikan wajah. Aduh duh berseri-serioah uols. 


Buah tomato kaya dengan sumber lycopene, yang membantu  kulit untuk kekal muda dan anjal seperti kulit bayi. Malah lycopene membantu melindungi kulit daripada sinaran UV. Kulit seperti bayi??? Nakkkkk. 



Kalau korang amalkan mengambil produk makanan berasaskan tomato, ianya membantu kulit menyedut lebih oksigen seterusnya melambatkan proses penuaan dan kedutan wajah. Anti penuaan gitu. 



Kulit kita ni perlukan khasiat seperti yang terdapat dalam tomato yang membuatkan kulit lebih muda daripada usia. Awet muda pulak wei! 



Tak terasa nak mencuba ke? 



Ok di bawah ni Cik Rose terangkan beberapa resepi/ cara yang boleh kita praktikkan nanti. 



RAMUAN MASK (topeng) TOMATO

Ambil sebiji tomato yang masak ranun dan sebiji lemon. Perah kedua-duanya untuk mendapatkan jus dan campurkan di dalam mangkuk. Sapukan jus ini ke muka menggunakan jari dan jauhi kawasan mata anda. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air dingin. Topeng ini mengecilkan liang pori-pori dan memudakan wajah anda. Ni cara pertama. Ada yang dah pernah ciba tak? Cik Rose nak tanya, kulit rasa pedih tak?


Cara kedua ialah gosok  sebiji tomato yang masak dalam gerakan bulatan di wajah dan biarkan kering sehingga satu jam. Bilas dan sapukan pelembap wajah kegemaran anda. Langkah ini untuk wajah yang bersih berseri tanpa sebarang jerawat. Benas jerawat.. syoknya! 



Seterusnya, campur  jus tomato dan madu asli. Sapukan pada wajah dan buat urutan lembut selama 1-2 minit. Kemudian diamkan di wajah selama 20 minit. Tomato kaya dengan vitamin A dan C, membantu mencerah dan menyerikan kulit kusam.wah bestnya buat di rumah. Boleh relax -relax ni. 



Paling mudah, amalkan makan tomato setiap pagi kerana ianya membantu membersihkan perut anda. Anda juga boleh amalkan minum jus tomato dua kali sehari iaitu sepuluh minit sebelum makan kerana tomato boleh mengurangkan selera yang melampau dan kadar gula dalam tubuh.



Cara terakhir, campurkan  jus tomato dan timun ke dalam mangkuk dan sapukan rata pada wajah anda. Ramuan ini bertindak menyingkirkan minyak berlebihan pada kulit, mengecilkan pori-pori dan biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air dingin. Wajah anda bukan sahaja lembap dan bebas minyak, malah berseri-seri kemerahan bak bidadari! Selamat mencuba.





Nak cubalah nanti. Tungguuuuuu . 😂

ayda jebat

Ost Pinjamkan Hatiku | Lirik Lagu Pinjamkan Hatiku - Ayda Jebat & Adi Priyo

September 26, 2017

Assalamualaikum. Pernah dengar tak lagu baru nyanyian Ayda Jebat? Lagu duet bersama Adi Priyo. Ala vokalis kumpulan Sixthsense tu. Lagu yang menjadi Ost untuk filem Pinjamkan hatiku. Belum ditayangkan lagi. Ayda Jebat berlakon dengan Shaheizy Sam dan Farid Kamil. 

Cik Rose suka je nyanyian Ayda Jebat ni. Sedap, kena dengan lagu. Macam biasalah kan. Cik Rose kongsikan liriknya ya. Korang boleh cari di youtube lagunya. 



Ost Pinjamkan Hatiku | Lirik Lagu Pinjamkan Hatiku - Ayda Jebat & Adi Priyo

ini bukan lagu cinta kita yang dulu
saat itu ku fikirkan cinta matiku
namun kini ternyatalah hatiku milik dia
bukan engkau seperti ku sangka

mudahnya kau lepaskan kata-kata mu
tak fikirkah tergores perasaan ku
yang selamanya menyinta sedikitpun tak berubah
kau buang sebegitu saja

memang salah diriku, tak peduli perasaanmu
yang seharusnya tahu tak lagi dihatiku
tak layak kau miliki cinta yang suci
bukan kini dan hingga selamanya


ku simpankan semua detik terindah
dalam kenangan cinta
kerana masa telah merubah jiwa
kita harus terima begini suratannya

ooh.. tolong maafkan aku
Mudah bagi dirimu
huoo...oo

ku simpankan semua detik terindah
dalam kenangan cinta
kerana masa telah merubah jiwa
kita harus terima begini suratannya

huoo...oo

kerana masa telah mengubah jiwa
kita harus terima begini suratannya

ini bukan lagu cinta kita yang dulu
saat itu ku fikirkan cinta matiku
namun kini ternyatalah hatimu milik dia
bukan aku seperti ku sangka

tolong maafkan aku
Mudah bagi dirimu

huuu..uuu..

dwi skrin

MEIZU PRO 7 dan PRO 7 PLUS Telefon Pintar Terbaru Dengan Dwi Skrin

September 26, 2017

MEIZU PRO 7 dan PRO 7 PLUS Telefon Pintar Terbaru Dengan Dwi Skrin | Assalamualaikum. Telefon bimbit kini bukanlah kemahuan, tetapi menjadi keperluan. Betul tak? Alang-alang nak beli handphone, janganlah main beli jer. Carilah yang memuaskan hati. Kita nak guna lama kan. Alah membeli menang memakai, orang kata!

Jadi, Cik Rose nak berkongsi tentang satu pilihan handphone dengan semua pembaca blog Cik Rose. Bukan handphone biasa-biasa ni. Luar biasa. Kenapa Cik Rose cakap macam tu? Kalau korang baca entry ni sampai habis, korang pun akan mengakuinya dan bersetuju dengan Cik Rose. hihi. 

Memperkenalkan MEIZU PRO 7 dan PRO 7 PLUS


Apa yang specialnya Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus ni jika nak dibandingkan dengan telefon pintar yang lain? 

Kalau korang mahukan telefon pintar yang jauh berbeza dari yang lain, maka Meizu PRO 7 dan PRO 7 Plus patut menjadi pilihan korang. Dari hadapan mungkin tidak ada beza, tetapi skrin kedua yang terletak di belakang pasti akan membuatkan korang terpukau. Kawan-kawan pun pasti menjeling, nak ambil gambar jugak. hihi. Cik Rose rasa inilah kelebihan utama handphone ini.


Dari segi spesifikasi Meizu Pro 7 dilengkapi skrin 5.5″ SAMOLED HD penuh, diperkasakan pemproses MediaTek Helio X30, memori 4GB RAM, storan 64GB, kamera utama berkembar 12+12 Megapixel Sony IMX386 f2.0 dan kamera hadapan 16-Megapixel. Skrin sekunder pada bahagian belakang juga menggunakan panel SAMOLED berwarna dan bukannya e-ink. Sebuah bateri sebesar 3000 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas mCharge 3.0. Ada tiga warna yang ditawarkan iaitu merah, emas dan hitam. Pilihan korang warna apa ya? Kalau tanya Cik Rose, nak yang merah. Memukau!

Meizu Pro 7 Plus pula mempunyai spesifikasi yang sama cuma skrin 5.7″ SAMOLED QHD digunakan. Memori sebesar 6 GB RAM dan storan 128 GB. Sebuah bateri sebesar 3500 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas mCharge 4.0. Jadi, korang nak yang Pro 7 atau Pro 7 Plus?. Cepat buat pilihan sebelum terlambat. Ia mula dijual di Malaysia pada 21 September 2017.

Berapa harganya?
Meizu PRO 7 akan dijual pada harga RM1,899 manakala PRO 7 Plus berharga RM2,799. Berbaloi-baloi kan? 
Kalau korang berminat nak beli, klik je link ni ya : https://goo.gl/3eTbjs
Meizu Video Story


Untuk Maklumat lanjut mengenai Meizu Malaysia boleh layari website di bawah


Facebook Meizu Malaysia : https://goo.gl/K2HjFj
Website Meizu : https://goo.gl/f3fsaE
Instagram Meizu : https://goo.gl/X3dBMR


luahan

Buat Apa Yang Kita Suka, Jangan Dengar Cakap Orang

September 23, 2017

Buat Apa Yang Kita Suka, Jangan Dengar Cakap Orang. Amboi tajuk. Kenapa ni Cik Rose? Hahaha. Tanjat gegirl. Hikhik. 

Tak ade apa lah. Terjumpa ayat di bawah ni dalam facebook, saja nak kongsi di sini. Sambil-sambil tu boleh celoteh. Sekarang ni suka pula bermadah di blog sendiri. Madah rasa buka madah helah, ok. 

“Everybody always asks if you have a career, if you’re married, if you HAVE CHILDREN. Like if life was some kind of grocery list, but no one ever asks us IF WE ARE HAPPY.”

Cik Rose percaya korang faham dengan bait-bait di atas kan. Ok, mai Cik Rose terang serba sedikit, bagi jelas. Orang sekeliling kita ni selalu tanya sama ada kita ni dah kerja ka, dah kahwin ke belum, yang dah kahwin tu dah ada anak ke belum. Yang dah anak seorang tu bila nak tambah, dan banyak lagi soalan-soalan cepu mas yang lain. Tapi, tak ada pun yang sudi tanya sama ada kita ni gembira atau sedih? Tak ada orang kisah pun kan.

Seolah-olah macam graf pun ada. Di tanya A. Kalau kita dah ada A, akan di tanya tentang B. Kalau dah ada AB, tanya lagi bila nak dapat C, sampailah Z. Lumrah manusia yang tak pernah cuba untuk memahami, begitulah jadinya. 


Sesekali cuba selami keadaan individu yang kita nak tanya tu. Jangan main redah je bertanya. Kalau korang rajin tanya, itu bukanlah bermaksud korang tu ‘caring’. Bimbang disalah ertikan sebagai ‘busy body’. Habis tu apa patut kita buat? Berpada-padalah. Bersederhalah. Tak salah untuk ajukan pertanyaan. Cuma kena lihat masa dan ketika juga. Benar kan?

Ada pula yang takut digelar jaga tepi kain orang, sampai tak ambil tahu langsung. Hihi. Gawat ni. Tak tahu apa yang terjadi pada orang sekeliling pula. 

Serba salah jadinya kan. Hihi. Tanya salah, tak tanya pun salah. Habis tu, nak buat apa ni Cik Rose...?

Buatlah tindakan yang bijak. Lihat emosi, keadaan, dan masa yang sesuai dahulu sebelum bertanya. Yeayhhh. 

Kita semua berhak untuk gembira dan bahagia. Cara dan erti kebahagian kita berbeza-beza. Usah ada sikap membuat perbandingan ya. Usah ada pertikaian sesama kita. Sama-sama usaha untuk jadi orang yang bahagia. 

Sehingga berjumpa lagi di entry akan datang.

Sekian, nukilan dari Cik Rose.


FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS