RESEPI DONUT YANG GEBU DAN LEMBUT

November 02, 2015


Assalamualaikum.

Selamat petang. Harap semuanya berada dalam keadaan yang baik. 

Alkisahnya hari Jumaat lepas, saya afa buat kuih donut. Alhamdulillah. Menjadi. Mula tu takut juga tak jadi . Sebab try resepi baru. Ambil dari group Masak Ape Hari Ni di fb. Sejak join group tu, membuak-buak rasa nak cuba resepi baru. Tapi tak tercuba lagi. Hihihi.

Ok, inilah hasil donut yang saya buat : 


Makan donut dan minum nescafe! Sedap aih.. hihi. 


Kasi satu lagi gambar donut gebu gebass.


Ni pula air wajib ade. Nescafe tarik!


Sekali sekala buat time cuti. Kalau time kerja,  macam tak semangat pula. Hihi. 

Ok. Kat sini saya sertakan resepi donut yang gebu dan lembut ni yer. Terima kasih buat pemilik resepi asal kuih donut ni. Maaf saya tak tahu empunya resepi ni. 

Resepi Kuih Donut Gebu dan Lembut

BAHAN-BAHAN:

A:
2 sudu susu pekat
2 sudu gula
1 paket yis ( serbuk)
1 cawan air suam
*campurkan bahan ini dan biarkan kembang

 B:
4 cawan tepung gandum
2 sdm marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

CARA-CARANYA:

♡♡Ramaskan bahan A hingga jadi macam serbuk roti. 
♡♡Kemudian, campurkan bahan A yang telah kembang tadi dengan bahan B.  Gaul rata. 
♡♡Biarkan selama satu jam. Bekas tadi tutup dengan kain lembab. 
♡♡Lepas satu jam, tumbuk sikit doh tadi untuk keluarkan angin. 
♡♡Terus canai dan terap. ♡♡Kemudian boleh goreng dengan minyak yang banyak. 
♡♡Dah siap, gaul dengan gula. 
Sedia untuk dimakan :)
*doh memang lembik. Tapi kalau terlalu lembik tambah tepung sikit waktu nak mencanai tu. 

Selamat mencuba! Mudah kan :)







You Might Also Like

25 comments

  1. Replies
    1. Hihi ye kak. Ramai yang share resepi ni di fb. Mudah..

      Delete
  2. fuyoo.. dia naik tu cantik betul kejadian dia.. haha
    resepi ni macam pernah tengok,resepi ummi ke siapa entah. lupa la..
    resepi yang saya follow pun gebu juga,cuma kuantiti jadi banyak n malas betul nak membulat doh. jadi buat bebola terus. senang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti resepi siapa. Ros ambil dari fb.. ramai yang share resepi di group. Tu yang Ros try :)

      Delete
  3. gulp! sedapnyaaa. hujan2 ni kene donut dgn nescafe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emmm memang sedap. sekali sekala Ros buat..

      Delete
  4. sedap tu akak...
    mohon share ... http://jmbelog.blogspot.my/2015/09/segmen-jom-tambah-follower.html

    ReplyDelete
  5. edapppnyeee... umm .. aritu masak2 ngan kengkawan, ade gak diorang try buat donut, tp xjadi segebu yang disangka.. haha.. keras je ,, rase mcm makan churros. kah3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh macam churros.. sedap gak tu :)

      Delete
  6. ya Allah jijah nak sgt buat donut ni.. dah copy resepi dlm group masak tapi xbuat2 lagi ni...sedappnyaa!!

    ReplyDelete
  7. gebusnyaaaa.. tadi baru mokcik bawak mai donut lg besar dari tapak tangan..
    potong tiga tau ahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh besarnya... makan satu mesti kenyang sangat...

      Delete
  8. Montel lak donut nie. Hikhik Thanks share resepi... Nampak mudah... Ada rezeki nak cuba :)

    ReplyDelete
  9. 2sdm marjerin tu sukatan mcm mana eh

    ReplyDelete
  10. OMG! combine dgn nes tarik!!!
    terbaik...
    aida x pernah buat donut.

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion