DAH KENAPA NI CIK ROSE?

March 30, 2015

Assalamualaikum.
Apa khabar semuanya?, Semoga berada dalam keadaan kesihatan yang baik. 

Dah kenapa ni?. Sunyi je blog sendiri. Blog kengkawan pun tak pergi terjah. hihi.. Jangan marah yer kawan-kawan, lama dah tak singgah. Macam-macam yang berlaku. Hihi. Alasan je kan. Agak busy sebenarnya. Hal kerja.. Hal perasaan.. Perasaan? Hahahha. Jiwa bercelaru ke?. Layankan aje lah..



Setiap yang terjadi ada hikmahNya.. Sabar dan redha kuncinya.. Ok, tak mau feeling-feeling sangat. Senyum :)



Karya

LUAHAN CIK ROSE?

March 25, 2015


Assalamualaikum.

Diam bukan bererti hilang
Cuma mencari sedikit ruang 

Sunyi bukan bererti bosan
Cuma lelah datang menghimpit

Kaku bukan bererti benci
Cuma malu mengungkap rasa

Kelu bukan bererti jauh
Cuma terasa asing sebentar

Luah bukan bererti sedih
Cuma lahirkan isi jiwa



hidup sihat

GAYA HIDUP SIHAT

March 20, 2015


Assalamualaikum.
Jom jalani gaya hidup yang sihat!


Dapat gambar ni dari adik saya. Dia tahu diet kakaknya ni hasil ke laut je kan. Hihi.



dinner

DINNER!

March 18, 2015



Maklumlah 'bujang' kan. Jadilah makan sorang-sorang. Tak payah nak beria masak bagai. Asal perut kenyang sudah. hihi..
Ni pun nak habaq kan. Tak apalah, masing-masing punya citarasa. Nak updated kan. hihi.. 

Sebenarnya kan. Saya secara peribadinya tak kisah apa pun seseorang tu nak updated di blog, fb, ig, twitter miliknya sendiri. Asalkan tak mengganggu orang lain, tak mencetuskan kontroversi, tak menimbulkan ketegangan antara agama/kaum. Nak cerita pergi mana, makan apa, buat apa, kerja apa, pergi mana, terserahlah. 
Tapi, berhati-hatilah ketika meluahkan isi hati, luahan rasa marah ke kan. Sebab takut terlajak kata, badan binasa. Haa gitu! Siap peribahasa. 


PERANGAI

KORANG YANG MANA?

March 18, 2015


Gambar kat bawah ni memang saya ambil dari Fb Hot Fm. Tak tahulah sumber dari mana kan.. Share kat sini, saje nak suka-suka. 
Bila tengok je gambar ni, mulalah terbayangkan waktu sekolah dulu.  Rindu pula menjelma. Teringat kawan-kawan sekolah dulu.  ada macam-macam ragam, kan. Semuanya berlainan, tapi boleh bersatu hati kan :)

Korang yang mana?. Jujur tau!


Tapi, walau apapun sikap kita dulu. Bila tengok hari ni, semua dah berubah. hihi.. Maklumlah semua dah dewasa kan. Pengalaman dekat sekolah tu memang berharga. Betullah cakap cikgu saya dulu. 'Masa sekolah ni memang awak tak sabar nak besar, tapi percayalah bila awak dah besar, dah bekerja nanti, awak akan rindu zaman persekolahan". Betullah cikgu! Emmm rindu... hihi.. Sekolah dulu syok je, tak de stress pun.





buah

RAYA TAK HABIS LAGI!

March 18, 2015



Balik kerja buka peti ais,
tengok- tengok ada limau! Hahaha. Nak juga 2 kerat, walaupun,,,.

Sedap aihh makan limau mandarin sejuk- sejuk je lalu kat tekak.  Manis pula tu:)

Tu cerita malam tadi sebenarnya. Dok belek- belek peti ais, nampak sebji buah limau. Alhamdulillah.. 


bola sepak

PIALA FA 2015 : KEDAH LAWAN JDT II

March 17, 2015



Siaran langsung di RTM 1. Setelah beberapa perlawanan awal Piala FA tidak ditayangkan secara langsung di RTM mahupun Media Prima( tv3 & tv9). Akhirnya, malam ni ada siaran langsung di RTM 1. Terima kasih ye RTM! Perlawanan melibatkan Kedah pulak tu. Ni yang cheq suka ni! Hihi.

Keputusan perlawanan : 
Kedah - 0
JDT II -1


cokodok pisang

COKODOK PISANG SEDAP DAN MUDAH!

March 17, 2015



Cokodok atau Cekodok? Hihi. Tak kisahlah kan. Asalkan sedap dan kenyang. Alhamdulillah. 
Menu sarapan hari Sabtu lepas. Beli pisang dari hari Khamis lagi. 
Sedap makan hari tu, maklumlah lama tak makan cokodok pisang. Sekali dapat, emmm tahu sendirilah kan.. 


Kerja

TEMUDUGA JAWATAN PEMBANTU AWAM

March 16, 2015

Assalamualaikum. 
Dah malam gini baru nak updated. Busy hari ni. Jadi urusetia temuduga lagi. Moga ada rezeki buat mereka yang hadir temuduga tadi. Kita usaha dan berdoa, InsyaAllah ada rezeki. 


Gambar sekadar hiasan. Sempat ambik awal pagi tadi. Masa tu calon belum hadir lagi. 

Dalam pukul 1, dah habis urusan terus masuk office. Busy dengan EKSA pula. MAMPU akan datang melawat pada 24 Mac ni. So, bersedialah semua rakan-rakan sejawatku. Hihi. Kita redah je k. 

Hati ni sedikit tenang hari ni, setelah mengalami perasaan yang bercampur baur sejak kebelakangan ni. Alhamdulillah, padaNya kita berserah. InsyaAllah akan dipermudahkan. 
Kadang kala hal hati ni sukar nak di tafsirkan. Susah kita nak faham. Susah nak dibicarakan. Ada hal yang perlu kita luahkan. Dan ada yang patut kita simpan baik-baik dalam hati. Bimbang disalah anggap. 

Dah kenapa ni cerita hal hati pula? Hihihi...



baju raya

WARNA TEMA BAJU RAYA 2015

March 15, 2015


Amboi, awalnya dah beli baju raya. Hihi. Awal? Tak awal kot. Rasanya kalau nak tempah, dah boleh cari kain dah ni. Lainlah kalau nak beli baju siap je kan. Kalau saya, tak beria sangat nak beli baju raya. Sebab sejak beberapa tahum kebelakangan ni dah tak beli baju raya. Guna baju yang mana ada je. Sebab saya kan kerja memang pakai baju kurung ke office, so guna baju yang ada je. 

Tahun ni rasa macam nak beli kain la. Nak tempah awal. Tapi, tak tahu lagi nak pilih warna apa. Tiba-tiba adik saya wassap carta warna kat bawah ni. Yeayyy boleh bantu buat pilihan. Macam-macam warna ada ni.  Jom tengok sama -sama. Boleh korang pun pilih jugak warna tema baju raya korang.


Kita ni perempuan, mata kita tengok macam-macam warna ada.Contohnya hijau. Ada emerald, lime, green apple, dan lain-lain. Tapi, lelaki tengok lain. Hanya ada hijau. Hihi.

Korang pilih warna apa ni? Share la ;)



Bezday

HADIAH HARI LAHIRKU

March 14, 2015


Siapa yang tak happy kalau dapat hadiah kan?. Semua orang pun suka. Eh ke ada yang tak suka? Ada yang sedih? Hihi. Takde kot, kan?

Kalau tengok tajuk tu 'hadiah hari lahirku'. Ye, memang hadiah hari lahir saya. Opsss tapi bukan hari ni yer.. Hihi. Kalau ada yang hanya baca tajuk entry ni, mesti terus komen ' happy birthday' , 'selamat ulangtahun kelahiran'. Jangan macam tu tau. Tu yang pentingnya untuk kita baca tajuk dan keseluruhan entry. Supaya tak terjadinya salah faham. Eh eh back to the story. Cerita hadiah birthday. Siapa yang bagi ni? Yang tersayang? Kakak? Kawan-kawan? Secret admire? Oh no no no. 

Sebenarnya, kat office saya ni ada kutip yuran bulanan untuk kelab. Digunakan untuk duit minuman di pantry, hadiah untuk staff yang bertukar keluar dan bersalin, jamuan dan kek hari lahir, derma kilat dan macam-macam lagi lah. Nak dijadikan cerita, bila dah masuk ke tahun 2015 ni, masih ada baki duit kelab tahun 2014. Jadi, telah diputuskan untuk membeli hadiah buat semua staff yang berkhidmat di sini pada tahun lepas. 

Alhamdulillah, dapat juga hadiah. Hihi. Janji ada juga warna purple tu kan. Hihi.  


Untuk tahun ni, agak-agak dapat tak hadiah?.. 9 mei. Eh, terbagitahu pula birthday saya. Jangan pura-pura tak tahu eh. Tak lama dah tu. Buatlah suprise sikit. (hahhaha tak malu betul!)



jamuan

RESEPI NASI KERABU YANG SEDAP

March 13, 2015



Sesekali makan Nasi Kerabu, emmm sedapnya. Ni kisah hari Rabu lepas. Ada jamuan perpisahan di office. Sempena pertukaran Kak Wanie ke Jabatan luar dan kenaikan pangkat Kak Nora seterusnya bertukar keluar juga. Sedihnya dengan pertukaran Kak Wanie. Sahabat, kakak, jiran di office.. Eh, eh kembali kepada cerita nasi kerabu yer. Jangan nak melalut. Hihi.

Teringat masa bujang dulu, kerja di KL. Kalau bulan puasa, selalu beli nasi kerabu dengan akak yang berniaga di luar kawasan flat.Cepat je habis nasi kerabu akak tu tau.  Sedapnya rasa nasi kerabu dia. Lain tau. Emm ni yang buat rindu ni! 

Tapi, bila dah bertukar ke Jb dah jarang makan dah. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab dah jatuh cinta dengan macam-macam masakan yang lain kot. Ada laksa johor, mee rebus Hj Wahid, Kacang Pool Haji, Mee Racun, Mee Bandung, Otak-otak, Soto, lontong. Aduhai, macam manalah tak mengembang badan ni. Hahahha... Nasi kerabu pula dah jadi macam menu wajib di office kalau ada jamuan. Hihi.

Ok la tu je untuk kali ni. Eh eh mana resepi? Tajuk kat atas resepi nasi kerabu. Mana resepinya? Minta maaf bebanyak, makan tahu. Buat tak tahu. Hihi. Memang tak pernah buatlah. 

Gambar kat atas tu nasi kerabu makan dengan ayam percik, solok lada, daging bakar. Aihhhh sedap! 
Alhamdulillah ;)


keyword

GUNTING RAMBUT MAMAK MURAH TAMAN RIA SP

March 12, 2015


Macam biasalah, tadi buka akaun nuffnang nak tengok jumlah pengunjung hari ni. Sambil tu buka bahagian cpuv, kot-kotlah jumlahnya naik ke kan. Dah tu buka pula bahagian keyword. Eh dah kenapa ni? Kenapa ramai yang cari ni? Keyword 'gunting rambut mamak murah taman ria sp'. Kenapa ramai yang cari ni? Perkara biasa atau ada sesuatu yang terjadi ni?. Keliru kejap. Hihi.


Ala, tak kisahlah kan.. Asalkan menyumbang juga trafik kat sini ;)

ayam

AYAM GORENG RANGUP ROS

March 12, 2015


Assalamualaikum.

Tajuk kemain lagi ayam goreng rangup Ros. Nama tu sempena nama puan blog lah kan. Ros. Hihi. Bukan nak letak resepi jugak kat sini. Sebab mesti semua pun tahu kan cara nak buat ayam goreng simple macam ni. Hihi. 


Makan ayam goreng ni, ratah gitu je cicah dengan sos. Tak makan pun dengan nasi masa tu. Kenyang dah, Alhamdulillah. 

Saya goreng simple je. Celup ayam dengan telur + tepung serbaguna. Dan goreng jer ;)

Korang suka tak makan ayam goreng? Suka tak, suka tak?  Hihi.



kenyang

ROTI TELUR SEDAP!

March 11, 2015




Walaupun rupamu begitu, namun rasamu tetap nombor satu! 

Hai, korang sarapan apa tu? Kalau tak tahu nak makan apa pagi ni, bolehlah buat sendiri je roti telur kan. Ops tapi ni bukan menu sarapan saya hari ni ye. Ni menu minggu lepas. Hihi. Gigih nak masukkan juga gambar ni dalam blog. 

Ringkas dan sedap kan ;)


keyword

KEYWORDS BULAN FEBRUARI 2015

March 10, 2015


Assalamualaikum.

Antara kata kunci yang di cari di blog saya pada bulan lepas iaitu Februari. Saya check di Nuffnang. 
Nampaknya resepi kari ayam masih menjuarai carta. Hihi. Dah macam blog masakan. Alhamdulillah. 

Tak sempat lagi nak updated Pengomen Setia di blog ni. Padahal hari ni dah 1/3 dari bulan March dah ni.. Sibuklah konon kan. Hihi.


buah

NAK BUAH KEDONDONG POKOK MAK JUGA!

March 10, 2015

Assalamualaikum.

Ni kisah masa balik kampung raya cina hari tu. Nak jugak makan buah kedondong dari pokok mak. Mengadakan? Ala bukan selalu. Sesekali balik kan. 

Nak dijadikan cerita, masa balik tu terus gi kat pokok. Sedihnya rasa sebab kat pokok tu tak ada buah.. Tinggal daun je. 

Tapi, tu lah naluri mak kan.. Rupanya mak ada simpan sikit kat dalam peti ais untuk saya. Ya Allah, terima kasih.. Gembira rasa hati masa tu. Terima kasih mak ;)



Buah kedondong tu saya boleh makan begitu saja. Sebab tak masam pun kan. Tapi, yang kat atas ni saya kupas dan letak garam + gula. Kemudian biar dalam peti ais sekejap. Sedap!



batu pahat

AWAN BERARAK MENDUNG

March 09, 2015


8 March 2015.
Petang Ahad.
Batu Pahat, Johor.





Syukur. Hujan turun agak lebat petang semalam. Walau hanya seketika, dapat legakan bahang yang dirasai. 

Hujan yang turun seiring dengan rasa hati yang luka. Seolah-olah memahami rasa jiwa yang menghimpit. 



BERDEBAR

KENAPA HATI BERDEBAR-DEBAR ?

March 09, 2015


Assalamualaikum .

Apa khabar semuanya?.. Moga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Alhamdulillah, hari ni kembali bekerja. Semalam?.Tak masik kerja.  Dapat cuti sakit.

Pagi tadi, memulakan perjalanan dari Batu Pahat ke Johor Bahru untuk ke tempat kerja. Suami yang hantarkan. Entah kenapa, dalam perjalanan tu hati ni berdebar-debar je rasa. Tapi, berdebar-debar tu datang sepintas lalu dan berulang-ulang. Mulalah fikir macam-macam.. Emm saya ni kalau berdebar macam tu, macam ada sesuatu je nak berlaku. Ya Allah, minta dijauhkan dengan perkara yang tidak baik.  

Bila sampai je office, terus hilang rasa berdebar-debar tu. Dan suami pun dah selamat tiba di Batu Pahat. Dia hantar saya, dan terus patah balik ke sana. Kesian jugak kat dia, kena drive tanpa henti selama 4 jam(pergi, 2jam dan balik 2 jam). Takpe, moga dipermudahkan untuk saya bertukar ke Batu Pahat dalam masa terdekat. 

Bila dah petang barulah dapat tahu kenapa rasa berdebar tu datang. Apakah?.. Biarlah rahsia. hihi. Bajet retiss pulak kan. Kalau tak nak cerita, baik tak payah tulis entry ni kan. hihi. Tak ape lah, cukup hanya saya je tahu. Malas nak fikir sebenarnya. Kalau fikir, rasa pedih hati ni, pastu mulalah air mata ni nak mengalir je. Emm..

Sebenarnya tujuan tulis entry ni cuma nak tanya je. Korang pernah tak rasa berdebar-debar. Lepas tu ada sesuatu yang berlaku? Cuba share dengan saya .. 



batu pahat

MAKAN MEE UDANG TERBAIK DI BATU PAHAT

March 09, 2015



Saje je besarkan gambar ni . Supaya puan blog ni puas tengok udang tu. hihi. 6 ekor semuanya. Makan mee udang ni at rumah je. Suami gi beli bungkus je. Bila makan kat rumah baru selesa tanpa gangguan dok makan udang tu kan. Guna tangan je. Tak de nya nak guna sudu garfu bagai. Ni kedai baru yang suami saya dapat tahu special di Batu Pahat ni. Kalau sebelum ni saya dah pernah kongsikan tentang mee racun, kan. Kali ni nak kongsikan tentang mee udang pula.. Boleh baca kat SINI tentang mee racun.

Bagi saya yang memang suka sangat udang ni, memang sedap mee udang ni! Udangnya segar. Nanti, bila-bila boleh beli lagi ni.. Harganya sebungkus ni RM11. Saya memang tak pernah makan mee udang sebelum ni. So saya tak tahu rasa sebenar mee udang tu macam mana dan berapa harganya. Tapi, yang ni memang sedap. Saya bukan makan seorang. Kongsi je dengan suami, sebab banyakkan. 


Nak tahu kat mana kedai Mee Udang ni?.. Suami saya beli di Naz's Corner Mee Udang.

Mee Udang Naz's Conner

Jorak Ilahi, Batu Pahat, Johor


Nak tengok gambar-gambar mee udang dekat Naz's Corner, yang dikongsi orang ramai, boleh klik SINI.

Kedai ni berdekatan juga dengan Wet World Batu Pahat.

Orang Batu Pahat mesti tahu kan :) Kat mana lagi ek tempat makan yang best kat Batu Pahat?.. Kalau tahu, kongsikanlah.. Nanti boleh saya pi  cuba pula kan :)



lagu

AKU INGIN JADI TERBAIK BAGIMU

March 08, 2015




Lagu TERBAIK BAGIMU dari Dato' Siti Nurhaliza ni memang menusuk jiwa saya lah. hihi.. Janganlah cakap saya ni nak berjiwang-jiwang pula kan. Tapi, betullah. Dengan liriknya yang mendalam, di tambah suara kak Siti.. aduhai... Sayu lah!

Kalau nak tahu liriknya boleh klik SINI yer. Saya dah pernah kongsikan :)



AROWANA

BELA IKAN KELISA JENIS MALAYSIAN GOLDEN DI RUMAH

March 08, 2015


Hari ni nak kongsikan perkembangan terkini ikan kelisa-Malaysian Golden yang saya dan suami bela. Tapi, sekarang ni ikan ni duduk di Batu Pahat bersama suami saya. Sebelum ni pun saya dah kongsikan tentang ikan ni kan. Boleh baca kat SINI dan SINI yer.

Untuk makluman, saya panggil ikan ni Chit Chit. Dah terbiasa. Kalau masuk rumah lepas bagi salam, dah terbiasa dok jerit panggil Chit Chit! hahahaha.. Dia pun seolah-olah memahami jugak. 

Dah semakin membesar dah. Alhamdulillah. Jom tengok sikit gambar yang sempat saya ambil :







Jaga ikan ni seronok.. Tenang je hati bila dapat tengok dia berenang-renang dalam tu. Time dia kejar anak ikan tu untuk makan. 

Ok tu je untuk kali ni :)

Boleh baca ni juga yer :

IKAN KELISA MALAYSIAN GOLDEN KESAYANGAN SUAMI



Family

SENYUMANMU PENAWAR BAGIKU

March 07, 2015


THROWBACK. Gambar 7 tahun lalu. Anak sedara perempuan.


Tatkala hati resah seketika, terlihat senyumanmu.. Jadi sejuk kembali. Mak Uda loves you so much! Masa bergerak pantas. Kini dah 10 tahun usiamu. Insyaallah, kasih Mak Uda padamu tetap utuh.





Karya

RASA ITU ...

March 06, 2015



Rasa itu hadir dan menghimpit
pedih dan sakit berpadu
hati yang menanggung akibat rasa

Mood : Layankan perasaan..


Air mata

BIAR SAJA!

March 06, 2015



Terkadang kita harus
membiarkan
air mata
jatuh dan terus mengalir

Mood: melayan perasaan yang ada turun naiknya....



BLOGWALKING

GIGIH MEMBALAS JEJAK

March 06, 2015

Hari ni dihabiskan aktiviti berblog dengan membalas jejak rakan blogger. Banyak yang tertangguh. Hari cuti macam ni lah, ambil peluang membalasnya. Komen seadanya je. Tak dapat nak boom lagi. Hikhik. Tak updated entry baru lagi. Bila dah habis balas dan published kan semua komen, barulah taip entry ni. Nak tengok bukti? Haaa tengok kat bawah ni. Dah kosong...


Bila dah siarkan semua komen, barulah boleh updated tentang pengomen setia pula kan;)



akim

POTRET, HADIAH DARI AKIM

March 05, 2015


Hari ni keyword 'potret' banyak yang di cari di blog ni. Jumlah view meningkat dengan mendadak. Alhamdulillah. 


Rupanya ada sebab ianya terjadi. Patutlah ramai yang mencari lirik lagu Potret nyanyian Akim ni. Petang tadi, Akim menjadi tetamu undangan di radio Era. Saya sendiri sempat dengar sebentar. 

Namun, ada part yang menyedihkan. Saya mendengar bahagian di mana radio Era mengaturkan perbualan Akim dengan seorang kanak-kanak yang berusia 4 tahun, yang amat meminati lagu Mewangi. Mula tu, mak adik tu berbual dahulu. Menceritakan tentang anaknya yang amat meminati lagu Mewangi tu. Kalau anak dia tengah bermain, tapi kat radio keluar lagu Mewangi, anak dia akan berhenti bermain dan terus nyanyi. Dan yang paling menyedihkan, adik tu menghidapi penyakit kanser mata. Dan bakal membuat pembedahan bagi membuang mata kanan. Allah.. Beratnya dugaan buat anak sekecil itu. Maaf, saya tak dapat ingat nama adik tu. Moga adik tu cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya...

Tadi, sempat juga Akim menyanyi bersama adik tu.. 




blogger

TERIMA SIJIL PENGOMEN TEGAR DARI CIK MIMIE

March 04, 2015


Sebenarnya dalam bulan Februari, aktiviti blogwalking amat terhad. Tak sempat blogwalking hari-hari. Tapi, akan diusahakan juga untuk membalas jejak rakan-rakan blogger sedaya boleh. hihi.. 

Alhamdulillah.. Terpilih antara Pengomen Tegar Bulan Februari 2015 di blog Cik Mimie .


Kalau nak tengok siapa lagi yang terplih, boleh tengok kat SINI.

Jom, kita serbu blog Cik Mimie. hihi..

Aktiviti blogwalking ni lah yang akan mengeratkan hubungan sesama blogger. Boleh meninggalkan pendapat, meluahkan rasa, berborak, bergurau.. Kan?...



buah

BUAH DELIMA YANG MANIS DAN SEDAP

March 03, 2015



Maaf yer tayang gambar je. hihi.

Alkisah hari Khamis lepas. Macam biasalah, saya akan ke Batu Pahat lepas habis kerja. So, malam tu keluar jalan-jalan cari makan dengan suami. Dia mengadu kepala pening je dah dua hari. Badan pun panas sikit. Dia cakap, takut-takut darah tinggi.(takde sejarah pun kena darah tinggi). Saya teringat akak kat office ada cakap yang buah naga baik untuk turunkan tekanan darah. So, kitorang singgah ke kedai buah. Saya turun beli buah naga untuk suami. Ambil 2 biji, RM 10. Tiba-tiba mata ni ternampak buah delima. Eh sedapnya, sebab merah dan besar. Terus beli. Sebiji tu RM 8.

Balik rumah simpan dalam peti ais dulu sebab perut dah kenyang. hihi.. Hari sabtu tu barulah makan. Alhamdulillah, sedap.. Manis-manis buahlah kan. Dengan warnanya yang merah terang. Selalu dok makan yang merah pudar tu je. Habis sebiji sorang je makan hari tu jugak. hihi.

Nanti balik Batu Pahat hujung minggu ni nak beli lagilah :)



ATM

LIRIK LAGU TENTERA BENTENG PERTAHANAN NEGARA

March 02, 2015


Masa kerja di MINDEF dulu, setiap kali ada perhimpunan bulanan bersama Menteri Pertahanan, mesti nyanyi lagu ni. Bila dengar warga tentera nyanyi, memang rasa bersemangat!

Jom saya kongsikan liriknya. Maaf jugak tak dapat nak kongsikan link lagunya.

LIRIK LAGU TENTERA BENTENG PERTAHANAN NEGARA

Kamilah Angkatan Tentera Malaysia
Yang Taat Dan Setia
Sanggup Berkorban Walau Apa Sahaja
Untuk Negara Dan Bangsa

Tentera Benteng Pertahanan Negara
Tentera Lambang Perkasa
Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata
Pantang Undur Tetap Mara

Darat Laut Dan Juga Udara
Sentiasa Terpelihara
Membujur Lalu Melintang Patah
Harapan Musuh Di Musnah

Tentera Benteng Pertahanan Negara
Tentera Lambang Perkasa
Biar Putih Tulang Jangan Putuh Mata
Pantang Undur Tetap Mara



ATM

LIRIK LAGU TENTERA DARAT MALAYSIA

March 02, 2015


Sempena masih dalam mood Hari Tentera Darat ni kan, saya kongsikan lirik lagu Tentera Darat yer :) 
Jom n yanyi sama-sama. hihi. Eh tahu ke?.. Ala, buat-buat tahu je. Takpun hayati liriknya je.. Maaf saya tak dapat nak kongsikan link lagunya yer.. Kalau berkesempatan, bolehlah cari :)


TENTERA DARAT MALAYSIA

Gagah dan Setia
Tabah dan Perkasa
Itulah Cogan Kata
Tentera Darat Malaysia

Gempur-Gempur Wira
Maju-Maju Mara
Rela Berkorban Jiwa
Untuk Negara Dan Bangsa

Hutan Rimba Lembah Desa
Memburu Musuh Durjana
Tidak Gentar Mara Bahaya
Pantang Undur Tetap Mara

Gempur Wira Bergelora
Semangat Untuk Perwira
Jasad Mungkin Gugur Di Rimba
Kami Tetap Gagah Setia

Gempur-Gempur Wira Maju-Maju mara
Rela Berkorban Jiwa
Untuk Negara Dan Bangsa




ATM

HARI ULANGTAHUN TENTERA DARAT KE 82

March 02, 2015


Terlambat sehari ni. Tapi, tetap nak buat jugak entry ni. hihi.

01 MAC 2015.
Ulangtahun Tentera Darat yang ke 82.

Tentera Darat ni dekat di jiwa saya. Maklumlah suami saya Tentera Darat. Ayah pesara Tentera Darat. Abang kandung dan abang ipar pun tentera darat. Haa, tengok betapa dekatnya. Saya pun pernah berkhidmat di Kementerian Pertahanan (MINDEF) selama 4 tahun(2009-2012). 

Ok, entry ni ditujukan khas buat suami, ayah, abang kandung, abang ipar dan semua anggota Tentera Darat di seluruh Malaysia!

sumber : FB KEMENTERIAN PERTAHANAN

~Tentera benteng pertahanan negara~


cita-cita

KERJAYA SEBAGAI PENULIS

March 02, 2015


Tadi saja buka FB, lepas tu ternampak post exboss masa kat MINDEF. Tentang kuiz berkenaan kerjaya ni. Jadi, apalagi suka-sukalah nak cuba kan. Nak jugak tengok, keluar ke tak kerjaya 'kerani' kat situ. kikiki. Takpun keluar lawyer ke macam yang di cita-citakan masa sekolah dulu. 

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim dan niat yang baik, mulalah menjawab soalan demi soalan yang diajukan. ada 10 semuanya... 

Jeng--jeng--jeng.. Keputusan pun keluar :



Author! 
Macam tahu-tahu je kita ni ada blog kan.. Macam saja je kan. hihihi. Eh mana pergi kerja 'kerani'?. Mana pi 'lawyer' idaman kalbu?..  Ni yang bertambah excited nak menulis ni kan. Walaupun semalam mood semua dah ke laut. Jomlah berenang di laut semula mencari mood semalam tu. hihi.

Saja suka-suka kan.. Try la kawan-kawan.



luahan

SEMUA MOOD NAK KE LAUT!

March 01, 2015


Assalamualaikum.
Selamat petang semua. Apa khabar?..Moga semuanya sihat. Alhamdulillah, saya pun sihat, cuma mulut pecah sikit.. Mungkin sebab cuaca panas kan. Tpai, rasanya dah minum air secukupnya dah ..

Hari ni, mood ke laut!
Mood kerja entah ke mana. Dari pagi tadi lagi. huhu.. Sebab tak cukup tidur la ni.. Sempat tidur sejam setengah je. Usah di tanya mengapa . hihi.. Sendiri cari pasal.. hihi.

Mood berblog?.. Pun sama jugak. Tu yang banyak entry lirik je tu. hihi. Pun bolehhhkan....

Mood blogwalking?.. Pun ke laut jugak. hihi. Jangan marahhh haaa.. Ampun maaf dipinta. Kekangan masa..  Akan dikejar sepantas yang boleh :)


altimet

Lirik Lagu Not For Sale – Stacy ft Altimet

March 01, 2015


First time dengar lagu ni, terus dah suka. Muziknya membuat kita rasa nak menari. haaa gitu. Lirik dia pun santai je. Tambah pula dengan suara Stacy tu, emmm memang best lah... Dah pernah dengar ke belum?.. Try la dengar, mana tahu sama cita rasa kan :) Kat sini macam biasalah, saya kongsikan liriknya.
Lirik Lagu Not For Sale – Stacy ft Altimet

Loceng bunyi
Terus teruja sambil ku lari
Namun hampa bila ku dapati
Surat lagi
Dengan rantai emas dari mu

Prada Gucci
Depan mata tapi tak peduli
Dengan apa-apa yang kau beri, hari-hari
Ku bukan gadis yang kamu boleh beli

Oh aku (tak mahu, ku tak mahu)
Emas permata (tak mahu, ku tak mahu)
Apa pun darimu
Cintaku tak perlu
Dijual beli dengan duit mu

Tetapi (ku mahu, aku mahu)
Kau disisiku (ku mahu, aku mahu)
Kau melayan aku selalu
Dengarlah hatiku
Dengan hati tulus kerna
I am not for sale

Rumah ini
Hanya dipenuhi dengan bunyi
Gema kasut Jimmy Choo kau beli, untuk hari jadi
Yang bukan kau hantar pun sendiri

Kau selalu
Suruh ku bawa Maseratti mu
Beli belah dengan Masterkad mu
Tahukah mu
Ku bukan gadis yang kamu boleh beli

Oh aku (tak mahu, ku tak mahu)
Emas permata (tak mahu, ku tak mahu)
Apa pun darimu
Cintaku tak perlu
Dijual beli dengan duit mu

Tetapi (ku mahu, aku mahu)
Kau disisiku (ku mahu, aku mahu)
Kau melayan aku selalu
Dengarlah hatiku
Dengan hati tulus kerna
I am not for sale

[Altimet]
Kalau aku tak berharta
Kau pandang sebelah mata
Kalau aku tak berkereta
Kau takkan belanja masa

Jadi, aku beri semua
Kalau hilang esok kita beli semula
She curvay i let her have her way
Hermes like everyday’s your birthday

Margiela untuk Mi Bella
Biar aku sponsor Isabell Marantnya
Bon untuk aku
Muller
Skydweller serba satu

GT atau QP pilih Maserti
Kalau berhijab ada skaf Cavalli
Givenchy, Tisci
Hanya untuk bini
Kalau not for sale kenapa masih di sini


FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS