Monday, July 14, 2014

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH SEDAP


Hari Jumaat lepas, balik Batu Pahat(rumah suami). So, bolehlah tunjukkan skill memasak kat suami tersayang kan. hihi. Maklumlah jarang berjumpa. Kalau kat rumah JB, saya memang jarang masak bulan puasa ni. Sebab duduk sorang kan.  Jadi, bila balik Batu Pahat, kenalah masak. Kalau tak nanti skill memasak ni tumpul pulak. Ishhh...gurau je ek..


Menu hari Jumaat lepas, saya buat Gulai Sotong, dan Ayam Goreng Berempah. Kuih pulak, saya buat Sardine Roll je :) hikhik.. Entry kali ni saja nak share resepi ayam goreng berempah.. Saya tahu semua orang pun tahu kan macam mana nak buat dan lagi pandai buat.. Dan lagi sedap dari saya buat ni.. Tapi, saya tetap nak share kat blog jugak, sebab ni untuk kenangan saya jugak. Mana tahu masa ke depan nanti, tiba-tiba saya lupa macam mana nak buat, boleh saya rujuk blog sendiri kan :) kihkih.


RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH SIMPLE ROSE
(nak jugak letak nama sendiri kan, kan...)

Ayam (gaul dengan kunyit)

Minyak untuk menggoreng
Daun kari

Bahan kisar

Rempah Kari
Serbuk cili
Bawang besar/bawang putih
Serai
Halia
Jintan manis
Jintan putih
Biji ketumbar
Garam
(Bahan-bahan ni, saya main agak-agak je jumlahnya)

Cara-cara:

1. Basuh ayam bersih-bersih dan gaulkan dulu dengan serbuk kuyit.
2. Perapkan ayam bersama dengan bahan kisar. Lepas tu, boleh letak dulu dalam peti asi. Kalau nak perap lama sikit pun tak ape, bagi dia mesra kan :)
3. Panaskan minyak, masukkan ayam yang diperap tadi bersama daun kari. Api jangan besar, jangan kecik. Sedang-sedang je :) Kalau style saya, masa nak goreng tu, baru saya letak daun kari. Sesetengah orang suka gaul daun kari tu dengan ayam tu. Ikut citarasa sendiri yer :) Dah siap, dan sedia dimakan :)

Senang kan?.. Itu cara saya. Ada yang letak telur, ada yang letak tepung. Terpulang, citarasa sendiri. Kalau saya, suka yang simple jer :)





Selamat mencuba!




13 comments:

  1. nanti boleh kaksura cuba..tq bg resepi..:)

    ReplyDelete
  2. akk suka sgt ayam berempah ni...

    ReplyDelete
  3. kite biasa buat tuk anak buah. dorang pantang tengok ayam berempah.

    ReplyDelete
  4. fuiyoo makan dengan nsi lemak kukuih ni sedap..akak takpe tengok gambo makanan hari ni sebab akak dah raya..uhuks

    ReplyDelete
  5. serdak serdak dia tu yang sedap..

    ReplyDelete
  6. ayam berempah mmg sedap kan ros. nak nak bau ketumbar tu.alahai..

    ReplyDelete
  7. Orang, kalau pandai masak memang boleh agak2 je. (bukan saye.hehe)

    ReplyDelete
  8. sedap tu...

    lapar lah plak...hehehe

    ReplyDelete