Wednesday, June 04, 2014

AKTIVITI BAKAT 10 RAMD

Assalamualaikum. Alkisah hari minggu yang lalu, macam biasa malam Jumaat saya ke Batu Pahat dari Jb. Suami saya yang ambil.Ini kali kedua saya ke rumah di sana. Rumah kuarters tentera, dalam kem.Alhamdulillah,dari segi keselamatan Insyaallah terjamin. Kalau di JB, tiada rumah kuarters tentera dalam kem. Semuanya rumah di luar kem, yang pihak kementerian sewa dengan pemaju-pemaju..




Hari sabtu tu, ada BAKAT. Tahu kan maksud BAKAT? Tak tahu?. Ok, maksud BAKAT ialah Badan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia. Automatik jadi ahli jika kita adalah seorang isteri anggota tentera. So, kitorang isteri tentera memang diwajibkan hadir. Nak-nak lagi sekarang rumah dalam kem kan. Tiada alasan untuk tidak hadirkan diri, kecuali jika ada isteri ada tugas rasmi. 

Sebelah pagi, diadakan bacaan Yasin sempena pembukaan Rumah BAKAT yang baru. Ini perjumpaan kali pertama di kem yang baru. Dapatlah berjumpa rakan-rakan yang baru kan. Kemudian, pada sebelah malam diadakan majlis sambutan hari jadi bagi bulan April, Mei dan Jun. Juga ada majlis perpisahan bagi isteri anggota yang bertukar keluar dan pencen. Ada tema tau malam tu. Temanya ialah "warna-warni". Pakaian harus melebihi 3 warna, bebas nak pakai apa pun asalkan sopan.

Nama saya terselit sebab saya lahir pada Bulan Mei. Hanya ahli tertentu sahaja yang terlibat. Konsepnya bertukar hadiah. Semua perlu bawa hadiah. Dan di sana, hadiah kita akan dilabelkan dengan nombor. Kemudian sistem cabutan undi dipraktikkan. So, nasiblah apa yang kita dapat. Semua yang diraikan hari lahir, akan dapat dua hadiah. Satu dari hasil pertukaran hadiah, dan satu lagi dari isteri CO, iaitu Pengerusi BAKAT. 

Malam tu juga kitorang dihiburkan dengan persembahan dari setiap kompeni. dalam Pasukan 10 RAMD, ada 5 kompeni. Iaitu Kompeni Alpha, Bravo, Charlie, Bantuan dan Markas. Suami saya kompeni Markas. Ada juga sesi karaoke. Saya memang tak terlibatlah dalam persembahan tu. hihi. Mana tak nya, sebab saya masih di JB kan. Cuma hadir pada hari majlis tu je lah. Seronok tengok dorang buat persembahan tau. Ada boria, ada lakonan dan lain-lain.


5 comments:

  1. aktiviti bakat saya xpernah pegi lg cuma mess nite jela yg slalu join..sy pun mcm awk,bkerja n pjj dgn suami..so dpt la escape dr aktiviti2 bakat..heheee..;)

    ReplyDelete
  2. seronok juga ada persatuan...janji happy

    ReplyDelete
  3. dpt tambah kawan kan.
    ciksu doakan smga ros cepat dapat tukar ke sana..aamiin

    mcm set cawan aje..

    ReplyDelete