lirik lagu

Lirik lagu Suci Sekeping Hati - Saujana

April 23, 2014



Lirik lagu Suci Sekeping Hati - Saujana

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba 

*******










murai batu

TERIMA KASIH KEMBALI SAUDARA ZUL LANGAT !

April 23, 2014



Pagi semalam, dapat panggilan telefon dari husband.. Suruh saya buka fb kat group murai batu. Eh dah kenape.. Rupanya sebab ada link  blog saya. hihi.. Malu pula rasa masa husband gitau. Dia pun terkejut, bila scroll fb, ternampak muka saya. Dia kan join group murai batu tu. Mesti dia cakap dalam hati, "eh kenapa  muka bini aku ada kat sini?.." hahhaha. 

Husband saya tahu saya ada blog. Tapi tak pernah baca pun. hihi.

Dalam entry MAKANAN MURAI BATU YANG BERKUALITI , saya ada share tentang apa yang husband saya bagi makan kat burung murai batu dia tu.. Iaitu Golden Eagle.. So, saya ceritalah kat entry tu,. Tak sangka pengusaha GE tu terbaca blog saya  ni.. hihi.



Terima kasih sudi baca blog saya ni :)

p/s : Pagi tadi, masa nak keluar rumah mulut ni ringan je cakap " bye, bye Chit Chit!".. Pastu baru perasan, Chit Chit dah tak de. Dah hantar balik Kedah.. Aih, sedih pula rasa hati.. huhu. Itulah kebiasaan sebelum gi kerja, ucap selamat tinggal kat semua burung-burung kat rumah tu. 





ikan

TAMAN TASIK DARUL AMAN DI JITRA

April 23, 2014




Minggu lepas, sempat balik kejap kampung di Kedah. Balik sebab hantar burung. saya ada bagitahu dalam entry yang lepas. Bila saya cakap balik hantar burung, ada yang ketawa, ada yang nak tengok gambar burung tu. hihi.. Gambar nanti saya kongsiakan yer dalam entry yang lain.. Betul, itulah tujuan balik kampung. Balik 3 hari je. Sungguh sekejap. Tak puas bertemu keluarga sendiri. Keluarga saya di Merbok, keluarga mertua di Jitra.. 

Dalam ruang masa yang agak terhad tu, sempat kami suami isteri ke Taman Tasik Darul Aman. Dari rumah mertua hanya 5 minit je. Tapi, percaya tak ini kali pertama kami singgah setelah 2 tahun bernikah. hihi..

Kalau datang time cuti dengan keluarga yang besar memang best.. Boleh naik 'itik' kat atas tasik tu. hihi. Boleh main layang-layang, main belon yang besar-besar tu. Eh apa ntah orang panggil. hihi. 

Macam saya ni, bagi ikan makan. hikhik. Beli je makanan ikan kat sini.  satu bungkus seringgit je. Memang banyak betul ikan kat sini. Geram je saya tengok. Bila kita bagi makan, berebut-rebut dorang timbul nak makan. 

GAMBAR HIASAN


Bila saya nak post gambar ni kat instagram saya, tiba-tiba teringat lagu ikan kaloi. hikhik. (ada kena mengena ke?..)

Jom tengok lirik dia. Mesti korang pernah dengar kan :)


Lirik Lagu Perigi Biru - Kamariah Noor


Wahai perigi... perigi airnya biru
tempat bermain... bermain pari dan mambang
Mohon izinkan hamba merayu ibu
izinkan hamba merayu ibu
bagi penawar hatiku yang bimbang
wahai bonda ibu kandungku

Wahai bondaku
bondaku si ikan kaloi
timbullah bonda ooiii...
timbullah tunjukkan diri

Nasi malukut dengan sayur keladi
nasi malukut sayur keladi
untuk bondaku di pagi hari
wahai bonda ibu kandungku


OST Filem Bawang Putih Bawang Merah



mata

BUKAN KERANA RABUN ...

April 23, 2014



Alhamdulillah.. 

Rupanya saya sakit kepala sebelum ni bukan kerana masalah mata.. saya ingatkan sebab mata saya ni.. Sebab selalu sakit kepala dan pedih mata bila buat kerja di office.. Dia menangkap dari mata, dahi hingga ke atas.. Hujung tahun lepas, saya ada buat pemeriksaan mata masa balik kampung rumah mertua di Jitra.. Orang tu kata mata saya ni silau teruk dan mata belah kiri rabun sikit. Saya ada buat entry tentang tu. Masa tu, tak buat lagi cermin mata sebab sakit kepala dah hilang. hihi..

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Alkisahnya, dua minggu sudah, sakit kepala tu datang lagi. Bukan takat nak buat kerja ngadap komputer kat office, nak tengok tv pun sakit.. Cahaya lampu.. Tu yang saya ingat silau saya meningkat tu. Esoknya, saya gi ngan husband check mata kat JB pula. Orang tu cakap, mata saya tak ada masalah. OK. Saya pula yang tanya dia, betul ke?. silau macam mana?. Dia kata semua normal, tak perlu bercermin mata. Alhamdulillah... 

Tapi kenapa saya rasa pedih mata bila kena cahaya dan rasa sakit kepala?.. Takpe, nak gi check kat tempat lain pula.. Kalau migrain, macam mana sakitnya tu ek?.. Kalau resdung pula, macam mana?.. Minta tolong jawab yer :)

Terima kasih semua :)


batu pahat

PINDAH DAN PJJ

April 22, 2014

Cerita pindah pula malam ni. La ni dok sibuk mengemas.Maklumlah kan nak pindah. Penatnya mengemas... Untuk yang tak tahu, tempat suami saya bekerja iaitu Kem Majidee akan ditutup awal Mei ini. Seluruh pasukan akan berpindah ke Kem Banang, Banang Jaya,Batu Pahat. Suami saya akan ke sana 29 hb ni, iaitu next week. ADUHAI....Sedihnya rasa. Saya tak ikut pindah sana. Sebab tak dapat tukar lagi. Akan stay di jb. Tapi kena pindah keluar dari rumah sekarang. Tak boleh duduk dah sini.
Pjj lagi lah kami. Nampaknya. Apakan daya..

handphone

HANDPHONE ROSAK KERANA MAINBOARD

April 22, 2014



Selamat pagi.. Apa khabar?.. Semoga semuanya berada dalam keadaan yang sihat selalu :)

Ok, pagi ni nak sambung cerita tentang S3 saya yang tiba-tiba terpadam sendiri tu kan.. Sampai hari dia.. Buat hal lepas 1 tahun 6 bulan pakai.. hihi..

Sebenarnya handphone tu membawa makna yang tersendiri pada saya.. Sebab tu , bila rosak saya jadi sedih last week.. Pemberian husband sempena ulangtahun pertama pernikahan.. 

Ok, berbalik kepada punca kerosakannya..

Kitorang saja gi tanya kedai jual handphone dulu malam yang hp tu rosak.. Kedai yang jual pelbagai jenis hanphone kat Cmart, Pandan, Johor Bahru.. Bagi hp tu kat dia. Saya cakap tiba-tiba dia off sendiri. Pastu tak boleh nak on dah. Orang tu pun tukar batery dulu. Batery hp saya masih ok. Sebab dia masukkan ke hp dia, hp tu boleh on. Dan dia masukkan batery baru ke  hp saya, still tak boleh on. Lepas tu, dia tanya, dah pakai hp ni berapa lama. Saya pun cakap 1 tahun 6 bulan. Then, dia senyum sambil geleng-geleng kepala.. Dalam hati saya ni, eh dah kenapa ni kau senyum-senyum?.. Tell me why, sir. hihi.. Dia terus cakap, ni mainboard yang rosak ni. Ramai yang pakai setahun lebih, datang kedai dia dengan problem yang sama macam saya.. Saya tanya dia, kenapa jadi macam tu?. Dia kata, dia pun tak tahu.. Kena tanya Samsung.. Pastu dia cakap, warranty setahun je kan?.. Kebanyakkan yang jadi macam ni yang dah guna melebihi setahun.. Saya tanya kos dia berapa ni. Dia kata dalam 7-8 ratus.. Aduhai...

Kemudian, kitorang meneruskan pencarian ke Pasar Pandan. Pergi kedai jualan dan servis samsung.. Saya pun bagitahu lah benda yang sama kat orang tu. Dia kata, dia tak boleh nak pastikan. Kena bawak balik service centre untuk check betul-betul. Saya pun tanya, agak-agak sebab apa ye?. Dia kata sama ada power on button atau mainboard.. Kos untuk power on button, dalam 2-3 ratus.. aduhai lagi sekali.. Tak bagi pun kat dia. Sebab lambat prosesnya..

Esoknya, saya gi kerja macam biasa. Tanpa hp di sisi. hikhik. Rupanya husband saya gi Samsung Service Centre kat Taman Molek, Johor Bahru.. Setelah pegawai tu check, yes problemnya ialah mainboard. Kos dia, RM648. Siap dalam masa sejam. amboi...cepat je kan.. So, husband saya pun setujulah.. Bila husband saya tanya kenapa ye hp tu jadi macam tu. Pegawai tu cakap, tak sure lagi sebab utama dia. Tapi, dia ada cakaplah, langkah-langkah untuk elakkan.. Dia kata, bila charge tu jangan lama-lama. Maksudnya jangan charge dari malam sampai ke pagi.. Contohnya kalau dah 100% penuh, terus cabut. Jangan biar je lama-lama.. Ok, thanx untuk ingatan itu ye Encik samsung. huhu..

Oleh kerana saya dah merajuk ngan samsung, tak nak dah pakai samsung. hihi.. Hp tu husband saya yang guna sekarang. Yelah, hp bermakna tu kan. Sweet memory la katakan.. saya pula, dah kembali kepada cinta pertama saya.. Eh, jangan salah faham.. Cinta pertama hp ok. Iaitu Sony.. 



BERSIARAN DARI JITRA

April 19, 2014



Dalam dok sibuk buat persiapan pindah kuarters, dengan mana husband yang kena pindah Batu Pahat lagi 27 hb ni... Sempat lagi balik kampung.. Hihi.

Balik sebab nak hantar burung-burung kesayangan letak kat kampung.

Oklah rasa janggal pulak updated blog kat kampung ni. Kite ni balik kejap je. So nak nikmati betul-betul. Daaa... 


handphone

BILA HANDPHONE ROSAK ...

April 17, 2014



Bila handphone rosak....

Maka, kuranglah online kan.
Tenang je hari tanpa bunyi message, call, wassap, wechat, Line. Instagram, FB.. (sunyi..uwaa).....
Kesian kawan-kawan, tiba-tiba tak dapat contact kita ni ha..
Kuranglah blogwalking blog kawan-kawan. Sorry yer.. 

Sekian.

p/s: Hanphone dah hantar klinik, dan dah tahu sakit ape.. Nanti saya buat entry  ye..




amalan mulia

DEMI MASA

April 16, 2014




Hargai setiap detik yang kita ada.. Jangan bazirkannya,,. Masa takkan menunggu kita, bahkan berlari jauh meninggalkan kita.. Masa juga tak dapat dijual beli.. Jadi, laluinya dengan baik :)

Selamat pagi semuanya. Semoga semua berada dalam keadaan yang sihat sahaja :)

p/s : Terasa lain bila takde handphone ni.. hihi.. Janganlah merajuk lama-lama wahai handphone  ku.. Semalam dah gi tanya "klinik".. Ada dua kemungkinan katanya. Kalau nak sahkan, dorang kena check dulu, dan akan masa yang lama.. So, buat keputusan nanti dulu kot. Sebab malas nak fikir sangat.. Dengan nak pindah lagi ni kan.. So, ok je handphone tu  takde. hahahha.. Kena biasakan diri ni.. sampai termimpi-mimpi malam tadi pasal handphone tu.. Guna handphone biasa ni je dulu. Khas untuk call dan message. hikhik..
Alhamdulillah...








handphone

MASALAH SAMSUNG S3 TAK BOLEH ON

April 15, 2014





Handphone buat hal.. Pagi ni tiba-tiba dia off sendiri. Pastu dah tak boleh on. Padahal baterry banyak jugak, 80% macam tu.. Tak tahulah kenapa.. Jadi pulak kat tempat kerja.. dah try buat macam orang suggestkan.. tekan power button, home dan volume button serentak sampai keluar simbol S3. Still tak boleh.. Dahla kita ni memang 'terrer' bab henpon. hikhik... 

Balik satgi, nak try cas dulu. Kalau tak boleh nak bawak gi klinik la jawabnya. Warranty tak ingat cover berapa tahun. Sebab kad tu pun ada kat rumah.. 

Korang pernah tak alami?.. Cuba share sikit, apa sebab dia jadi macam tu dan macam mana nak selesaikannya?...

Terima kasih yer :)



ALKISAH RED VELVET CAKE

April 12, 2014



Sebenarnya saya memang tak pernah rasa kek red velvet.. Walau dah lama kemunculannya. Walau dah lama zaman keglamourannya.. hihi..

Sampailah saat dua minggu sudah.... Saya baru merasa bagaimana rupanya kek red velvet ni. Agak ketinggalan keretapi kan?... hikhik.. 

Dekat taman perumahan saya, ada satu kedai baru buka... Ala -ala cafe santai gitu.. Entah macam mana ntah,  malam tu cik abg singgah kejap nak beli barang kat kedai. Tengok kedai kek tu buka.. Tu yang singgah.. Tapi tak banyak jenis kek. Sebab baru buka je kedai tu kat situ. Ada kek red velvet dan kek walnut. So, saya pun belilah ked red velvet tu sepotong.. RM 9.50 sepotong.


Sedap jugak kek ni. Tapi saya ni memang bukan penggemar kek sangat.. Kek tu share je ngan cik abg. Tu pun tak habis.. hihi. Letak dalam peti ais. Makan masa berhari jugak nak habiskan ..  Teringin jugak nak buat sendiri kek ni. Tapi nanti dululah.. Bila ada masa terluang.. 

p/s: Nama cik abg dah naik dalam detail Perlu ke Kem baru di Banang Jaya, Batu Pahat 27 hb ni. Lagi dua minggu.. Emmm banyak nak kena buat ni. Pening jugak fikir ni. Nak kena cari rumah lain. Sebab kontrak rumah kat jb ni pun tamat sebab semua tentera kena pindah batu pahat... 



diet

BETUL KE RASA SAKIT?

April 11, 2014






Iya ke rasa sakit???? 

Heee.. gurau je.. 

Patutlah berat badan saya ni asyik bertambah.. Rupanya tiap kali naik atas penimbang tak pernah rasa sakit.. hahahh. tak ada perasaan.  wehuu... Tapi, sejak start berdiet ni, dah mula rasa sakit bila naik atas penimbang... Hikhik..


Korang macam mana pulak?.. Rasa apa -apa tak?



diet

#1 :PERKEMBANGAN DIET

April 10, 2014




Ye, saya dalam proses diet.. Tapi, bukanlah DIET yang ketat.. Mula teguhkan diri nak berdiet pada 19/03/2014. Boleh baca entry ni : MOGA KUAT HADAPI GODAAN.

Alhamdulillah, boleh ikut dengan diet yang ditentukan diri sendiri. Kawal jumlah pemakanan sendiri.. Tapi, 3 hari lepas diet tu, family kakak saya datang rumah dari Kedah , stop diet selama 3 hari. Iyalah, bukan selalu nak jumpa kakak.. Bawak makan tempat best, masak sendiri. hihi.. Lepas kakak balik, mak dan anak sedara saya datang dari Kedah. Kan cuti sekolah.. Mak duduk seminggu. Memang tak dietlah.. Rugi beb.. Mak datang.. Mak masak dah tentu sedap. Dahla jarang nak merasa masakan mak kan. Maklumlah jauh, Johor ke Kedah..

Lepas seminggu dari cuti sekolah tu, mak balik Kedah semula ngan anak buah. So, pada tanggal 1 April, saya start balik diet. hihi.. Alhadmulillah, badan ni boleh ikut dengan cara diet sendiri.. Saya bukan diet ATKINS ke diet apa ke. Sebab tak pandai lagi bab-bab tu. Cuma, saya rajin kira kalori .. Saya ada baca satu blog ni, diet ikut kalori.. Kira berapa jumlah kalori yang badan kita perlukan sehari, dan cuba kurangkan sedikit jumlah kalori makan yang kita ambil. Bab nasi, memang saya cuba untuk elak. Tapi, tak elak sepenuhnya,... Saya masih makan nasi hingga hari ni. Cuma bukan hari-hari.. Ada hari yang saya tak makan nasi. Ada hari yang saya makan nasi, contohnya bila keluar makan ngan CIk Abg,kan. hihi.. Kat rumah sekarang ni, memang dah jarang masak.. Sebab hanya makan biskut je.. hihi.. Malam pun jarang makan. Air masak memang banyak minum.. Satu perangai saya sekarang ni, jarang ambil sarapan. Tak rasa lapar sangat,.. Dari situ, saya dah boleh jimat kalori kan. So, boleh lah makan nasi sikit,... hihi..

Setakat ni, saya rasa ok dengan cara saya.. Lepas ni, nak cuba lagi berdisplin.. Bukan apa, kadang-kadang bukan lapar pun, hanya nafsu je yang buat saya ni nak makan. hikhik.. Kakak saya, hari-hari call tanya jadual pemakanan saya. Hihi.. Bukan apa, saya nak start diet dulu pun, lepas melihat kesan positif kakak saya. Tapi, dia memang displin. Memang tak ambil nasi, makanan manis, air manis, berlemak.. 
Alhamdulillah, sekarang ni saya hanya minum air masak. Bila kita dah biasa, tak rasa pun nak minum air manis atau air sejuk ni.. 

Untuk pengetahuan, saya berdiet ni bukan sebab nak kurus semata-mata. Tapi, lebih kepada kesihatan diri sendiri.. Sekarang ni kategori badan saya ni berlebihan berat badan.. Peningkatan berat yang mendadak selepas berkahwin. Tapi, saya tak setuju dengan statement sesetengah orang bahawa, bila kahwin je berat mesti naik. TIDAK. Bergantung pada diri kita jugak sebenarnya.. Sikap saya sendiri yang ambil sambil lewa tentang kesihatan diri.. Saya pernah rasa gemuk. Lepas dapat kerja di KL, berat saya turun, mungkin sebab gaya hidup masa tu. Pergi kerja jalan kaki je selama 25 minit setiap hari. Pergi balik dah berapa minit kan. Lepas tu, kalau keluar pun jalan kaki lagi dari rumah nak ke stesen LRT. Masa tu memang berat saya normal.. Namun, bila kahwin, dan berpindah ke JB. Mana ada jalan kaki dah. Pergi kerja naik motor atau kereta.. Cuma mengharapkan aktiviti naik turun tangga je lah. sebab rumah saya atas sekali, tingkat 4.. hihi.

Oleh sebab tu, saya nekad nak kurangkan berat badan di paras normal.. Doakan saya kuat dan berjaya :)

Terima kasih kawan-kawan!

p/s : Jumlah penurunan setakat ni, 3 kg. Alhamdulillah..  



entry

ENTRY BUNGA SAKURA JADI PILIHAN

April 09, 2014





Alhamdulillah.. Entry BUNGA SAKURA DI KEDAH mendapat perhatian pengunjung blog saya ni.. Ramai yang mencari berkenaan bunga sakura dan terjumpa blog saya ni :)

Saya buat entry ni pada 6 April.. Selepas mendapat tahu dari akhbar Sinar Harian dan juga dari adik saya di Kedah.. Dalam masa sehari, itulah jumlah view nya.. Ramai yang terjumpa blog saya rupanya..  Terima kasih buat semua yang berkunjung ke blog saya ni :)

*Walau tak meletop macam entry blogger lain, tapi pada saya, amat tinggi bagi saya jumlahnya ..



doa

ALLAH MAHA PEMURAH

April 07, 2014




P/S : Jom sama-sama kita berdoa pagi ni. dan jadikan sebagai amalan harian :)



bunga

BUNGA SAKURA DI KEDAH !

April 06, 2014


Ni yang buat cheq rindu nak balik kampung ni!

Aduhai.. bestnya.. Tadi bukak FB, ramai member Kedah yang updated pasal ni.. Ni yang cheq jeles ni.. hihi... Kat JB pun ada je. Tapi, suasana dia lain tau. Nak kat kampung sendiri jugak..

Mohon husbandku sayang, jom kita balik kampung. hikhik.
Macamlah senang nak balik tu. Cuti takdak! huhu.. dah tinggal berapa je ni.. 


Sumber : SiNAR HARIAN
ALOR SETAR - Selepas dilanda musim kemarau, Kedah kini dilanda musim bunga. Suasana indah ini bagaikan berada di Korea dilimpahi guguran bunga Sakura, berwarna putih dan merah jambu.

Penduduk negeri ini dilihat tidak melepaskan peluang merakamkan saat indah itu apabila bunga-bunga yang jatuh berguguran menutupi permukaan tanah bagaikan hamparan permaidani.

SUMBER : FB







shopping

FEEL SHOPPING SUDAH MARI...

April 04, 2014



Bila sebut shopping, mesti semua ingat perempuan kan. Hellooooo semua... Tu dah tak relevan ok . Masa sekarang ni dua -dua sama naik.. hihi. Kan? kan? kan?

Nak tahu tak, saya ni dulu tergolong dalam orang yang tak minat shopping.  Yezza. It's me! Masa kerja kat kl dulu, beli kasut baru bila kasut tu betul-betul dah tak boleh guna... Guna satu je kasut sampai lunyai. Itulah kasut kerja.. Itulah dia kasut jenjalan.. Macam tu jugak ngan baju. Gi shopping complex belum tentu bawak balik barang.. Bakik ngan tangan kosong pun pernah. 

Tapi itu semua dulu.. Yes, dulu. dulu..dulu.. (nyanyi macam Tegar k).. Ternyata benar dengan bait ni "aku yang dulu bukanlah yang sekarang"..

Semenjak dah pindah Jb ni, bukan main lagi. Pantang nampak, semua nak beli.. Dengan godaan kat shopping complex, dengan godaan akak-akak kat pejabat, dengan online lagi.. Tambah dengan godaan kakak kandung lagi. Hahahah.. Zaman dah maju, tak keluar pun boleh tershopping.  Bukak fb, ada pulak member jual barang best. Mulalah gatal nak order tanpa memikirkan semasak-masak yang boleh. Selalu fikir separuh masak je.. Orang lain gi jenjalan, boleh pulak sibuk nak mengirim itu ini. Hahhaha.. Kakak gi Langkawi bercuti, bawak balik barang kita yang lebih. Dengan periuk bagai. Hihi.. 

Tapi tu lah kan.  Nak buat macam mana.. hihi.  takpe bukannya beli barang merapu pun. Dan bukan beli barang pastu simpan je dalam almari. Beli semua benda yang nak guna.. 

Korang macam mana, suka shopping ke?.. 

Eh ada tak sape-sape yang jual batik murah-murah???. Do contact me.. hihi... Nak yang murah aje... hikhik. mengada betul kan...



pengomen setia

PENGOMEN SETIA MARCH 2014

April 03, 2014



Selalunya setiap 1 haribulan, mesti buat entry penghargaan untuk semua pengomen di blog ni. Tapi, bulan ni agak lewat sikit.. Kekangan masa.. Takpe, ni pun still awal bulan kan. Baru 3 April..

Sejujurnya, saya amat berterima kasih buat semua pengunjung blog ini.. Sama ada tersenarai atau tidak.. Setiap satu komen dari pembaca amat saya hargai.. Terima kasih buat semua yang sudi membaca entry saya selama ni dan meninggalkan komen :)

Tapi, saya buat entry ni khas untuk 10 blogger yang rajin pada bulan lepas..

Inilah dia mereka yang setia meninggalkan komen di blog ini.. 



Jom singgah blog mereka ni :



Terima kasih lagi sekali buat semua pengunjung blog saya ni :)






Family

KITA TENGOK ULTRAMAN DULU !

April 01, 2014


Ni cerita 2 minggu sudah. Masa kakak saya datang rumah.. Kakak saya bailk kampung rumah mertua dia kat Mersing,. Lepas tu singgah rumah saya pula di JB. Dorang sampai hari Rabu, dalam pukul 2 macam tu. saya kerja hari tu. So, bila kakak saya sampai, saya suruh dorang rehat -rehat dulu sementara tunggu saya balik kerja pukul 5 petang. Esoknya, hari Khamis tu baru saya ambil cuti :)

Masa sampai tu, terus anak-anak sedara saya ni nak tengok Ultraman. Siap bawak cd dari rumah tu.. hihihi.. Memang minat sangat ngan Ultraman. Segala jenis ultraman dorang tahu. hahahah..


Tengok tu kusyuk je tengok tv. Ibu dia snap gambar pun tak perasan :)




Bezday

HAPPY BIRTHDAY KAKYANG!

April 01, 2014




1April 1987!


Selamat ulangtahun kelahiran kakakku sayang, Kakyang.


Semoga dimurahkan rezeki, diberikan 

kesihatan yang baik dan dipermudahkan segalanya :-)



Walau kita jauh, terimalah ucapan ni sebagai pengganti diri 

ini.

Hadiah?... Tanya abang posmen.. hikhik. 

Love you much 

and 

much!

P/S : Copy je dari Instagram :) Same tujuan, same ucapan, same doa :)




FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS