RESEPI AYAM MASAK KICAP SIMPLE

July 22, 2013




Selamat tengahari kawan-kawan. Alhamdulillah, hari ni 13 Ramadhan.. 

Tahun ni, ramai kenalan saya yang masih berjaya masak untuk berbuka dan sahur, tidak membeli di Bazar Ramadhan.. Jangan tanya saya. Setakat ni, menu untuk sahur memang hari-hari saya masak. Cuma untuk berbuka, ada juga saya ke Bazar Ramadhan. Membeli kuih, Murtabak, Roti John. Dan ada minggu lepas, saya beli Nasi Kerabu dan Laksam di Bazar Ramadhan..  

Ok, hari ni saya nak share satu resepi yang super duper simple dan sedap. Iaitu Ayam masak Kicap. 


Jom, kita semak resepinya :

Bahan Kisar
Bawang Merah
Bawang Putih
Cili Kering

Kayu manis
Bunga lawang
Buah Pelaga
Serai (diketuk)
Kicap 
Bawang Besar (dihiris)
Kentang
Cili besar
Tomato
Ayam
Garam


Cara-caranya

1)Panaskan minyak. Masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Kemudian, masukkan bawang merah dan bawang putih yang dikisar.
2)Bila dah wangi, masukkan cili kering yang dah dikisar. Biar sampai cili tu masak. Maukkan serai yang diketuk tadi.
3)Lepas tu, masukkan kentang. Biar sampai kentang tu empuk.
4)Kemudian, bolehlah masukkan kicap. Tambahkan sedikit air, jika terlalu kering.
5) Dan terus masukkan ayam. Biar sampai ayam tu empuk. Sewaktu proses nak empukkan ayam tu, anda boleh je nak tambahkan kicap atau air. Ikut kesesuaian ye :)
6) Bila ayam dah empuk, masukkan cili besar dan bawang besar yang dihiris serta tomato. Perasakan dengan garam. Kemudian, sedia dihidang :)

Senang kan?. Bolehlah cuba sendiri.  Biarlah, walaupun kita masak sesimple manapun, asalkan ia tetap air tangan kita. Baru puas hati.. 

Ni masa saya dah masukkan kentang dalam cili tu.


Yang ni pulak masa dah masukkan kesemua bahan, nak tunggu menggelegak je ni ..


Inilah dia hasilnya :




Selamat mencuba kawan-kawan :)



Mencari Katering Sekitar Sungai Petani, Merbok, Bedong dan sekitar ?CATERING TERBAIK DI SUNGAI PETANI, KEDAH


You Might Also Like

39 comments

  1. lauk2 yg simple mcm ni mmg terangkat la..

    done save22.. ;)

    ReplyDelete
  2. ayam masak kicap kalau letak kentang memang awesome...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup kak Farah. Kalau Ros masak mesti letak.. Hiihi

      Delete
    2. Yup kak Farah. Kalau Ros masak mesti letak.. Hiihi

      Delete
  3. time puasa semua makanan nmpk sedapp..

    ReplyDelete
  4. deqla biasa masak ayam masak kicap halia.. sbb hubby suka yg mcm tu.. tp resepi ros ni nmpk sdp la.. nk try la nnti.. ;)

    ReplyDelete
  5. Saya jarang makan ayam masak kicap tapi saya suka kuah dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh yeke.. Ros makan je. Tapi, mesti ayam tu nk kena goreng dulu la.

      Delete
  6. baru wat masak kicap last week... siap hirup kuah he3

    ReplyDelete
  7. singgah ptg..sedap nmpak..baru cadang nk wat ayam masak kicap sahur nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat time sahur, budak-budak mesti suka kan..

      Delete
  8. masakan macam ni pun dah sedap di buatnya..=)

    ReplyDelete
  9. Sedapnye....akak slalu masak kicap xbuh serai

    ReplyDelete
  10. lauk simple macam ni la sedap.. aisshh.. baru pukul 830 kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Awal ek Ros kongsikan masa tu. Maaf kak

      Delete
  11. yang simple tu yang sedap..berkeroncong perut tgk pic makanan pg2 ni..hehe..

    psst: pic profile baru yek...lama xjengah blog ni..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye simple tu yg membangkitkan selera

      Delete
  12. header baru la :) ayu tsuke je mkn ayam kicap ni..lg2x bau time tumis tu..harum semerbak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tumis 3 sekawan tu memang harum kan

      Delete
  13. Okje n family mmg suka masak kicap ni bezanya cuma okje tak letak cili dan serai je.... Tp mmg simple dan sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke kak. Ros letak cili sebab nak juga rasa pedas peda sikit .. Hihi

      Delete
  14. Kami goreng dulu aym 2..ape2 pun..mg super duper sedap..nyum3

    ReplyDelete
  15. terima kasih sis utk perkongsian resepi. boleh try masak utk lunch harini ni.. sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. Silakan mencuba yer :)

      Delete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion