Family

BUAH HATI PENGARANG JANTUNG MAK UDE

December 31, 2013


Inilah dia Buah Hati Pengarang Jantungku sayang...  Anak-anak sedara saya ni semua. 

3 anak Along saya dan 2 anak Kakyang saya.

Dari kiri tu Daniel, lebih mesra di panggil Nil. Sebelah Nil tu Baby Mat. Lepas tu Danish yang kat tengah -tengah tu. Kitorang panggil Koci je.. Sebelah tu, Baby Arif... Yang hujung tu, satu-satunya anak sedara perempuan yang saya ada, Dania. Kitorang panggil Dania tu dengan nama timangan Nya....





Bila pakai baju sedondon, nak pulak bergbar bersama tu. Selalunya payah nak bergambar sekali. hihi. Biasalah aktif berlari ke sana sini kan...



air

PEMANAS AIR DARI SPRITZER

December 31, 2013


Alkisahnya Heater saya rosak Sabtu lepas. Bukan rosak kat plug. Dia tak boleh tutup rapat. So bila kita masak air, air akan membuak dan keluar dari bekas dia. Oh sungguh bahaya la kan macam tu. Takut kena sambar elektrik kan sebab basah.. 
Kebetulan, petang Sabtu tu saya keluar ngan suami gi Danga City Mall, teringin nak makan Chicken Chop kat dalam tu. Murah je.. RM 5.90. eh, siap mention harga lagi. hikhik. Kat dalam tu, ada supermarket UO jugak. Saje la lepas makan tu jalan - jalan kat situ. Tengok-tengoklah heater kan. Ingat nak beli heater je. Sekali ternampak pemanas air dari spritzer. Dok belek-belek, lepas tu berkenan. Terus beli. Guna air mineral je la kan. Nanti dah habis air tu, gi je beli kat mesin air lagi. Dr. sukida ke ape ke kan... 

Tadaaa.. Inilah dia.... Ada panas dan suam. Guna elektrik.


 



Nak  tahu tak.. Bila dah sampai rumah kan.. Suami saya kata lagi baik kalau kita beli pemanas air yang macam Pansonic tu ke atau brand yang lain. Maksudnya yang macam masak air tu.. Yang boleh reboil tu... Tambah sikit je lagi dah dapat. Untunglah sebab tak payah beli air mineral.. Kita boleh masak je.  Tiba-tiba saya terfikir, iye jugak kan?.. huhu. Boleh jimat kat situ. Hmmm tapi tak apa lah. Dah beli dah pun. Kita guna je la, iye tak???... hihi...

Dalam hati cakap kat diri sendiri. Tu lah masa beli tak menyempat-nyempat. Nak jugak. Lain kali surveylah dulu kan...  Pengajaran buat diri sendiri!



TAZKIRAH

SETIAP KATA-KATA ITU DOA

December 31, 2013




Selamat pagi semua... apa khabar hari ni...?.. Semoga kita semua berada dalam keadaan kesihatan yang baik... 

Hari ni 31 Disember 2013.. Hari terakhir dalam tahun 2013.. Esok dah masuk tahun baru, 1 Januari 2014...  Semoga kita menjadi lebih dari yang sebelumnya... Semoga apa yang diinginkan, telah kita peroleh dengan hasil usaha dan doa pada Yang Esa...

Jom kita hayati bait-bait kata di bawah ni.. Saya ambil dari Fb Ikim Fm...


Betul, kan?.. Apa yang kita ungkapkan merupakan satu doa tanpa kita sedar,... Jadi, berkatalah yang baik-baik... Agar yang terjadi pun baik-baik sahaja...

Jadi, kawan-kawanku sekalian, perasan tak kat atas komen tu, saya ada tulis sesuatu?...

Ye, saya tulis macam ni, "Doakan Roshazareeza pregnant".... Roshazareeza tu saya.. Saya memang sungguh -sungguh minta tolong anda doakan untuk saya.. Dah beberapa bulan saya letakkan di situ.. Terima kasih pada yang sudi doakan untuk saya... Yang belum tu, saya mohon doakan .. Tak salah kita doakan untuk orang lain kan.. Doakan yang baik-baik... 

Terima kasih... 

Di tahun 2014 yang bakal menjelma ni, semoga apa yang kita hajati(ke arah kebaikan)  akan tercapai dengan izin Allah SWT...




Family

MAK JEMAH MELETOP !

December 30, 2013




Sape nak ikut Mak Jemah gi kedai, angkat tangan yer :-)


Hihi. Mak Jemah junior?... No!No!No!

Ini Baby Arif :-)

Dia tengok sepupu dia, Dania pakai tudung. Pastu terus nak pakai jugak. Apalagi, pak usu pun tangkap gambar dan wassap pada Mak Ude yang jauh di perantauan ni... hihi.

Tapi , kejap je pakainya. Pastu terus tarik......
ye lah kan, lelaki... :-)




EPHYRA

KASUT CANTIK!

December 30, 2013




Tajuk kasut cantik. Cantik ker?????. Biarlah kan...?... hihi.

Alkisahnya, Jumaat lepas saya dan officemate gi Aeon @Jusco Tebrau.. Ada member card sale . Sebenarnya gi sana saje teman kawan je... Sekali tergoda uols... hikhik. Saya dok membelek-belek kasut. Mula tu berkenan warna pink. Tapi saiz yang saya nak dah habis. Tinggal saiz lagi besar. So, pasrah je la kan.. Eh, tetiba mata ni terpandang pulak kasut yang kat bawah ni. Macam cantik je, macam comel je... hihi. Apalagi terus try la. Mintak saiz yang saya nak. Nasib baik ada.. (saiz 38) . Bolehlah sape -sape yang nak kasi hadiah kasut pada saya. Kan dah bagitahu saiz tu kan.. hehehe...





Mungkin ada hikmah kasut yang mula -mula saya berkenan tu tak ada saiz.. Sebab warna pink.. Memang dah banyak kasut pink sebelum ni..  Akhirnya jumpa warna baru. Macam
warna Ephyra la pulak kan..... hikhik..




Makanan

DINNER SIMPLE DAN BERKHASIAT

December 29, 2013



Jemput makan kawan-kawan. Malam ni makan yang simple je. Tapi amat mengenyangkan ok.. Bijirin Milo dan Fresh Milk dari Dutch Lady.. 




Susu Dutch lady ni ada macam -macam jenis kan Perasan tak?  ke main beli je. hihi. Ada full cream, low fat dan fresh milk. Saya memang suka beli yang fresh milk. Kotak dia yang warna biru+hijau... Kalau full cream biru +putih.... 

Ok, nanti di entry akan datang, saya kongsikan gambar kotak susu tu yer :)



Family

CAHAYA DALAM KEGELAPAN

December 29, 2013




Wah..tajuk tak nak kalah.. Ala -ala tajuk lagu gitu... hikhik. Nak share gambar terbaru anak sedara saya, Baby Arif... Walau bukan lagi baby, tetap jua ku nak panggil baby... dah terbiasa kan... What to do.?...

Gambar ni saya dapat dari wassap... Saje nak share buat pengubat rindu diri sendiri.... 





Rindu sangat dah dengan semua anak sedaraku... Baby Arif ni pun dah pandai nak berbual melalui telefon.. Kalau tak saya selalu sembang ngan abang dia je, baby Mat... Sekarang ni adik pun dah pandai. Paling rindu nak dengar dia sebut "wow".. comellllllllllnya. Eh salah eja ni. Berapa banyak L daaaa.. hikhik...



EPHYRA

EPHYRA : DAY 1

December 28, 2013



Hari ni hari pertama saya minum Ephyra :)
Saya minum waktu pagi.. Dalam pukul 9 pagi tadi. Kena minum time perut kosong kalau pagi.. Kalau malam, sebelum tidur tu.
Sedap rasanya tau.. Perasa oren.. Memang terbaiklah.. Saya bancuh dengan air sejuk.. Siap ikut sukatan tau.. 180 ml je :)

Cantik warna kotak Ephyra ni kan.. Kotak dia tu pun, kalau saya dah habis minum nanti, boleh buat tempat letak barang apa-apa kan, duit syiling ke.. hihi..(eh, baru minum sekali dah fikir nak recyle kotak tu..hikhik)


Cuba tengok kotaknya  ni, cantik kan?...kan...kan....


Ni lah rupa paketnya...


Ni pula Ephyra ku yang siap di shake...


Ok, tu je nak share :)



EPHYRA

EPHYRA DAH SAMPAI !

December 28, 2013


Selamat pagi kawan-kawan semua :)

Apa khabar?.. Semoga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik.. Alhamdulillah, kita masih bernafas di Bumi Allah... 

Hari ni hari Sabtu.. Apa perancangan untuk hari ni?... Ada yang pergi bercuti?... Bestnya... Nak ikut boleh?.. hihi... Mungkin ada yang melangsungkan perkahwinan?.. Selamat pengantin baru saya ucapkan.. Untuk seorang teman di pejabat lama, Kak Ros Latipah, Selamat pengantin baru kak.. Moga berbahagia selalu... Alhamdulillah.... Kak Ros  ni sekarang dah berpindah ke kampung halamannya, Terengganu.. Dulu masa kitorang kerja kat MINDEF, dok jalan kaki sekalilah pi dan balik kerja... Sekarang ni, masing-masing dah berhijrah :)

Mungkin juga masih ada ibu bapa yang sedang membuat persiapan persekolahan untuk anak-anak kan?.. Buat anak sedara saya, Daniel, Dania dan Danish... Excited tak nak sekolah ni?.. hihi.. Ke mood cuti dok ada lagi?... hikhikhik...

Lagi satu, saya ni excited sikit bangun pagi ni.. Bukan apa, excited nak minum Ephyra.. Alhamdulillah, Ephyra saya dah sampai hari Khamis lepas. Tapi, kan saya mc hari tu, makanya semalam baru saya ambil bawa balik..  Pagi ni baru nak start minum.. Saya beli dengan Kak Ina(Intan Berlian )... Ramai yang dah mencuba kan?.. Kalau tengok iklan je,, saya tak tergoda.. Tapi, bila rakan-rakan blogger yang agak rapat menggunakannya, tu yang saya nak mencuba tu.. 






Moga hari ni, kita menjadi lebih baik dari semalam... Dan berusaha untuk terus menjadi insan yang terbaik!




TAZKIRAH

JUMAAT YANG INDAH

December 27, 2013



Selamat pagi semua... Apa khabar hari ni?.. Semoga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Alhamdulillah kita masih bernafas di Bumi Allah.. 

Hari ni hari Jumaat... Bertemu lagi kita di Jumaat yang indah ini..
Pagi ni nak share sesuatu yang saya ambil dari FB IKIM FM..




Semalam saya tak ada entry.. Sebab?... Saya tak berapa sihat, dan dapat mc dari doktor.. So, rehat je kat rumah :)
Hari ni  dah ok dan bekerja seperti biasa :)




MEMANCING

MEMANCING DI BANDAR PENAWAR, JOHOR

December 25, 2013



Selamat malam semua...
Apa khabar semua?.. Semoga semuanya baik-baik sahaja :)

Hari ni lewat sikit bersiaran.. Maklumlah cuti kan hari ni.. hihi.. 

Cuti-cuti ni anda ke mana?.. Mungkin ada yang pergi jalan-jalan dengan keluarga, pergi kenduri, membeli kelengkapan persekolahan, membeli belah, atau duduk berkumpul di rumah dengan family?....

Saya pula, hari ni ikut encik suami pergi memancing.. Lokasi memancing di Bandar Penawar.. Jauh sikit dari rumah sebenarnya ni.. Port baru ni.. hihi.. Member encik suami yang bagitahu tempat ni.. So, kitorang gi berdua je... Gerak ke sana awal pagi.. Siap bawak 4 joran.. hihi.. Umpan yang digunakan ialah anak ikan keli.. Saya ni tak pandai sangat bab-bab memancing ni.. Semuanya encik suami yang sediakan.. Tugas saya duduk je sebelah joran, tunggu ikan.. hikhik..  

Jom tengok pemandangan tempat kami memancing :








Tapi, tak lama pun.. Kitorang tunggu dalam sejam setengah je.. Sebab encik suami ada hal sikit.. Dapat panggilan dari kawannya.. Masa kitorang nak keluar dari tempat ni, ramai pulak yang baru sampai.. 

Tempat ni dah dekat sangat dengan Tanjung Balau dan Desaru...


whooaa.com

JOIN WHOAAA!.COM DAN TEBUS HADIAH

December 24, 2013



Rasanya dah ramai rakan-rakan blogger yang updated tentang ni kan?.. Takpe, saya pun nak jugak buat entry.. Nak konsikan dengan rakak-rakan sekalian..



Apa salahnya kan?.. KIta daftar, kita jawab soalan, kita dapat point, bila dah cukup, boleh redeem hadiah :)

Klik-klik je kan.. Jomlah join..

Nak join, klik sini je ye :  http://www.whohaa.com/register




kalendar

KALENDAR 2014 DARI KAMDAR

December 23, 2013



Dah hujung tahun dah ni, tapi still tak dapat lagi pun Kalendar kat office ni ha.. Gi kedai beli barang puntak dapat pun lagi Kalendar Kuda.. Payah nak dapat kalendar ek.. Tapi, last week saya gi beli kain kat Kamdar, Plaza Angsana.. Dapat kalendar :) Dapat kalendar macam dapat apa je kan. Happy semacam.. hihihi..









Nak kalendar ni bukannya apa, nak rancang cuti.. hikhik.. Maklumlah kena rancang betul-betul, kang dah hujung-hujung tahun tak de cuti pulak kan.. 




BRIM

DAFTAR BRIM 2014

December 23, 2013



Entry ringkas je ni..

Bagi yang masih belum pernah daftar  BRIM sebelum ni, boleh daftar sekarang ye.

Sila ke laman web Lembaga hasil Dalam Negeri.

Lebih mudah klik je kat sini :


Nanti akan tertera macam kat bawah ni :




Terus je klik pada Permohonan Baru.

Bagi mereka yang dah pernah dapat sebelum ni, boleh kemaskini maklumat kalau ada perubahan. Kalau tak ada, tak payah, ok :)

Selamat mengisi Borang BRIM 2014 atau BRIM 3.0 :)



burung

GAMBAR BURUNG MURAI BATU PERAK

December 23, 2013




Entry Burung Murai Batu lagi.. hihi.. Kalau yang belum baca, jom baca yang ni dulu :


dan



Lepas tu, jom layan gambar Burung Murai Batu saya dan suami :


Inilah gambar keseluruhan sangkarnya.. Memang besar, sebab ekor dia panjang kan. Kena jaga jugak ekor dia tu. Lagi satu, kalau besar lagi bebas Murai Batu ni nak terbang kan:)



Ada dua bekas kecil yang disangkut di tepi sangkar tu.. Satu makanan dan satu lagi air untuk dia minum :)



Ni gambar dari dekat.. Zoom sikit :)


Tengok ekor dia tu,.. Panjang  tak?...






Lagi satu, suami saya ada letak bekas tupperware yang beisi air kat dalam sangkar ni, kat bahagian bawah. Tapi, tak nampak kat gambar di atas.. Bekas tu untuk Murai Batu ni mandi.. hihi.. Kena jaga jugak kebersihan dia kan.. Dia akan mandi setiap hari. Lagi satu perangai dia, dia hanya akan mandi dengan air yang baru.. Kadang-kadang kan suami saya kena duty kat kem, so tak tukar air mandi dia.. Memang dia takkan mandi dah kalau air tu tak bertukar . hihi.. Memilih.. Bagus..Saya memang tak reti nak tukar.. Sangkar ni berat .. Kena bukak kat bawah.. Kang tak pasal-pasal, burung tu terbang pulak.. hihihi..


Ok, tu je.. Cukup cerita berkenaan Burung Murai Batu :)



burung

MAKANAN BURUNG MURAI BATU YANG BERKUALITI - GOLDEN EAGLE

December 23, 2013




Apa khabar semuanya?.. Semoga kita semua berada dalam keadaan yang sihat sahaja.. Alhamdulillah kita masih bernafas di Bumi Allah ini...

Ok, pagi ni nak celoteh bab Burung Murai Batu lagi.. Sambungan entry semalam.. Kalau yang belum baca, boleh baca dulu yer, baca kat sini, BURUNG MURAI BATU TERBAIK...

Nak tahu burung murai batu kami makan ape?... Jeng, jeng, jeng..

Inilah dia makanannya :


Memang best makanan ni tau.. Sebelum bagi makan yang ni, suami saya beli makanan dia kat kedai burung yang biasa je.. Orang panggil dedak kampung.. Dalam plastik je. Lepas tu, suami saya ni join group MURAI BATU kat facebook. Kat situ suami saya tanyalah serba sedikit perihal burung ni.. Petua-petua kan,,. Kat situlah, otai -otai tu perkenalkan makanan ni.. Makanan ni tak de jual kat kedai-kedai burung tau,. Hanya melalui owner yang buat dan kawan-kawan owner je lah.. Suami saya pun beli ada kawan owner tu. Dia duduk di Pontian.. So, dia pos kan je.. Satu botol ni RM30 sekali postage.. Orang melayu yang buat.. Memang bagus tau makanan ni,.. Berkhasiat.. hikhik.. Sejak dah makan ni, ada perubahanlah pada burung Murai Batu kami. Dah ringan mulut dia.. Suka berceloteh(maksudnya berbunyi la kan )....




Ni lah rupa makanan tu :




Orang panggil GE je makanan ni :)
Selain tu, boleh juga bagi cengkerik. Tapi tak boleh bagi makan selalu. Sebab nanti  Murai Batu ni panas.. Sekali sekala tak ape :)



doa

DOA MENJADI ORANG YANG SABAR

December 22, 2013



Malam ni saya nak share satu doa yang amat berguna buat kita :)

Doa untuk menjadi orang yang sabar.. Kadang kala kita sukar nak kawal diri kita bila berada dalam sesuatu situasi kan.. Kadang-kadang tu rasa cepat je nak marah  kan..?

Saya pun tak terkecuali jugak.. 

Jadi, jom kita amalkan yer :)



Moga bermanfaat :)



burung

BURUNG MURAI BATU TERBAIK

December 22, 2013



"Burung ape?...
Burung Murai..
Burung ape?..
Burung Murai..
Burung ape?..
Burung Murai.."

Ingat tak dialog tu dekat satu iklan dulu?.. Haa mesti ingatkan.. Si anak asyik bertanya pada si ayah dan si ayah tetap meberi jawapannya walau berulang kali :)

Kali ni saya nak share satu gambar Burung Murai Batu.. Kepunyaan suami.. Burung ni sekarang  ni menjadi kegilaan bagi yang minat bela burung la kan.. Susah nak dapat burung ni..

Encik husband beli bulan lepas.. Burung ni dari Perak.. Wahh jauh berjalan burung ni dari Perak ke Johor ikut tuannya yang baru :)
Saya pun dah jatuh cinta dengan burung ni.. Dah pandai buat bunyi macam-macam.. Mulut dah riuh sambil main main ekor dia tu.. Harus diingatkan, tak semua burung yang kita beli, dah pandai bunyi tau,.. Ada yang senyap je. Ikut kita jugaklah kan, macam mana nak bagi dia riuh.. Ada banyak cara boleh kita buat...

Harga?.. huhu.. Boleh tahan mahal harga burung ni.. Kalau yang liar, rendah sikit harga dia. Kalau yang dah pandai bunyi dan ekor yang panjang, mahal la harganya.. Yang encik Husband saya beli ni, ekor dia mencecah 8 inci. Memang panjang.. Beli pada kawan abang ipar saya di Lumut, Perak.. 

 Nak tengok gambarnya?..

Tadaa :



Saya panggil dia Chet Chet.. Bila saya panggil je dia, apa lagi macam suka je dia.. hihi.. Macam mana nak tahu dia suka?.. Entah.. Tapi bila saya panggil je Chet Chet, dia terus gerakkan ekor.. hikhik.. Dia suka la kot..

Ni cerita secara ringkas je.. Nanti saya di lain entry akan saya ceritakan makanan dia pula ok :)

Anak sedara saya kat kampung, Nil dan Dania siap cakap yang rumah saya ni dah macam Mini Zoo.. hihi.. Mana taknya kan, ada ikan, burung.. Kalau ikan, ada ikan Kelisa dan ikan Gapi. Burung pulak, ada Burung Murai Batu, Burung Murai Kampung dan Burung Baji.. Cuma Burung Terkukur saya dah tak ada.. Encik Husband dah bagi pada kawannya.. Sedih pula saya rasa masa tu tau...

Korang ada haiwan peliharaan?.. Mesti ramai yang ada kucing kan?.. Saya takut kucing.. hihihi



doa

PERMUDAHKANLAH ...

December 22, 2013



Selamat pagi semua.. Apa khabar hari ni?.. Semoga semuanya sihat sahaja:)

Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada hari Ahad ni.. Semalam, tak sempat nak buka blog pun.. Bukan apa, tak tahu kenapa line celcom jadi ting tong sejak hari Jumaat.. So, memang tak boleh online guna phone langsung.. Hari ni pulak nasib baik ada laptop.. Encik husband  tak kerja hari ni.. hihi.. So, bolehlah bukak blog guna laptop beliau ni tanpa gangguan.. hihi.. Sebab encik Husband dah gi memancing ngan kawan-kawan dia.. Hobi katanya kan :)

Pagi ni nak share satu doa untuk permudahkan segala urusan kita. Jangan lupa amalkan setiapp masa.. Agar dipermudahkan oleh Allah swt...




Updated entry ni sambil basuh kain.. Surirumah di hujung minggu gitu.. hihihi...



Bezday

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN ALONG!

December 20, 2013



Selamat pagi kawan-kawan semua :)

Apa khabar?... Didoakan semuanya berada dalam keadaan yang sihat.. Alhamdulillah...kita masih bernafas di bumi Allah...

Hari ni, 20.12.2013. Hari Jumaat... Hari Ulangtahun kelahiran kakak saya, Along yang ke 30 tahun.


Along,
Selamat ulangtahun kelahiran..
Semoga kau dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia...
Serta dipermudahkan segala jalan menuju kebaikan..
Moga berbahagia selalu hendaknya..

***************


kebesaran Allah

KEJADIAN BELALAI AIR DI JOHOR BAHRU

December 19, 2013


Selamat pagi kawan-kawan.. Apa khabar semuanya?.. Semoga berada dalam keadaan yang sihat hendaknya.. Alhamdulillah..Kita masih bernafas di Bumi Allah...

Semlaam ramai yang share di Facebook berkenaan kejadian 'belalai air' di Johor Bahru kan?.. Ada pula yang mempersoalkan kebenaran video dan gambar tersebut... Di sini saya ingin berkongsi juga beberapa keping gambar yang sempat saya dan rakan-rakan sepejabat ambil.. Pandangan dari tingkat 10, Menara Kastam, tempat kerja saya yang terlatak di Larkin, Johor Bahru.. Kejadian ni sekitar jam 4.30 petang macam tu.. Kami tiba-tiba dikejutkan dengan seorang rakan office yang ternampak.. Dan semuanya terus ke tepi tingkap menyaksikan kejadian itu.. Subhanallah... Allahuakbar... Masa mula-mula tengok, kami tak tahu apa benda tu.. Ada yang kata puting beliung... Mula pendek je... Lama-lama memanjang ke bawah dan semakin membesar... Beberapa saat kemudian, pendek semula... Dan berulang lagi, dia memangjang... Kami sempat melihat lebih kurang 2 kali dia berulang.. Perasaan masa tu, amat takut... Mulalah macam-macam bermain di fikiran... Apakah tandanya Ya Allah.... Ya Allah..Kau selamatkanlah kami dari marabahaya dan kejadian-kejadian yang tak diingiini....  Kau ampunkanlah segala dosa-dosa yang telah kami lakukan....








***************

Mata saya telah menyaksikan sendiri kejadian ini.. Allahuakbar... Allahuakbar..Allahuakbar....






keyword

DEMAM DENGGI DAPAT MC

December 18, 2013




Tadi buka akaun Nuffang, gi kat bahagian keyword,.. Ada satu yang menarik hati ni.. Yang saya tandakan tu :



Cuma nak share pengalaman je lah kan.. Masa saya suspect denggi hari tu, memang doktor bagi mc. Sebab kita kena check darah kan.. Kalau kena denggi, lagilah kan. Nak kena admit wad lagi.. Dah tentu dapat mc. So, jangan risau pasal mc ye.. hihihii..

Ada yang mencari sedemikian,mesti tengah risau tu kan.. Siapa pun anda, moga cepat sembuh yer.. Banyakkan minum air tau :)



korea

TONTON THAT WINTER, THE WIND BLOWS

December 18, 2013



Sekarang ni saya dok minat tengok drama Korea yang bertajuk 'THAT WINTER,THE WIND BLOWS'... Memangagak terlambat sikit nak tengok.. Orang lain mungkin dah tengok lama dah, dah tahu ending dah kan.. Saya ni baru je nak feel-feel layan cerita ni.. hihi..



Bukan ape, ni semua sebab dapat tengok channel Astro 393 percuma.. hihihi..

Saya ni memang suka tengok cerita korea yang genre sedih-sedih ni.. Bayangkan, setakat ni baru tengok sampai episod 4, dah nangis-nangis.. Mana lah tak syok kan.. Dah tentu saya terus jatuh cinta.. 



Nak pulak, heroin dia tu, heroin kesukaan saya. Lagilah bertambah suka.. Heroin paling cantik saya rasa.. Kecantikkan tu kan subjektif.. Cantik di mata saya, tidak di mata yang lain. Masing-masing punya citarasalah kan :)




Family

MEMORI LAMA BERSEMI KEMBALI

December 17, 2013



Apa khabar semuanya?.. Diharapkan semuanya sihat selalu. Alhamdulillah, kita masih bernafas di bumi Allah .. Hari ni datang kerja macam biasa.. Sebenarnya tak berapa sihat. Dari malam tadi dok sakit kepala. So, tidur awal malam tadi. hanya sapu minyak cap kapak je.. Tak makan ubat pun.. Sebab takut berlawan dengan vitamin yang saya ambil petang tu.. Pagi ni bangun, masih sakit, cuma tak sesakit malam tadi. Masih boleh bertahan. Tu yang datang kerja tu.. Lagipun. petang ni ada kursus. Tu yang kena datang jugak.. Rasanya, memang nak kena check mata lagi ni.. Sebab bila ada cahaya, lagi sakit kepala ni.. Agaknya silau dah bertambah.. haritu check, orang tu cakap perlu pakai cermin mata. Tapi, tak buat pun lagi.. 


Ok, semalam buka fb. Terjumpa satu gambar lama.. Wahh..memori bersemi.. kat FB sepupu saya, Zati. Zati ni anak kepada Mak teh saya. Zati ni tak ada pun dalam gambar kat bawah ni. Dia pun belum lahir masa ni.. hihi.. 

Kat bawah ni ada gambar saya lima beradik, gambar anak maklong 2 beradik, anak mak Ndak, anak Mak Lang dan Pak Usu saya.. Haa, cuba teka saya yang mana satu?.. hihi.. Sorry, kualiti gambar tak memuaskan. Sebab zati tangkap gitu je, bukan scan ke ape ke kan.. Dia kata tengah kemas-kemas, terjumpa gambar ni.. Tu yang tangkap je :)



Ok, saya bagi klu ek.. Cari je yang paling cun, comel .. hihihi.. 



p/s : Saya akan biar entry ni sampai pukul 10 malam je.. Maksudnya boleh teka sampai 10 malam. Tapi, sekali je la kan :)




bola sepak

MALAYSIA MENANG 2-1 MENENTANG VIETNAM

December 17, 2013



Alhamdulillah... Malaysia berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir menentang Vietnam sebentar tadi.. Dengan jaringan 2-1.. 

Berdebar-debar je tengok bola tadi. Semangat dok jerit bagai. hihi.. Biasalah tengok ngan encik husband, lagi semangatlah kan.. Banyak percubaan -percubaan yang merbahaya tadi.. Nasib baik penjaga gol kita pun hebat kan :)

Ada juga percubaan dari pemain kita yang tersasar dan berjaya diselamatkan penjaga gawang Vietnam. Memang menarik perlawanan tadi. Tak rugi tengok. Penuh aksi dan debaran...



bola sepak

SUKAN SEA 2013 : MALAYSIA LAWAN VIETNAM

December 17, 2013



Petang ni jangan lupa tau tengok bola ..Malaysia menentang Vietnam.. Mesti menarik ni, ..  Bagi sokongan kepada pasukan negara kita :)



Untuk maklumat keputusan penuh perlawanan peringkat kumpulan sebelum ni ialah :

Malaysia  lawan Brunei : 2-0

Malaysia lawan Laos : 4-1

Malaysia lawan Singapore : 1-1

Semoga ada kemenangan bila bertemu Vietnam petang ni :)






FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS