Ilmu

MUTIARA ITU MEMOTIVASIKANKU

December 27, 2011


Sila lihat tajuk di atas.. Mutiara apa tu?.. hehehe...

Mutiara ni ke?...


Saya tahu perempuan memang sukakan mutiara kan?.. Tapi, hari ini saya tidak mahu berbicara tentang mutiara itu.. Tetapi, tentang kata-kata mutiara yang telah memotivasikan saya di bangku sekolah dahulu....



"Kegagalan yang diikuti dengan kejayaan adalah lebih baik daripada kejayaan yang diikuti dengan kegagalan"


Itulah kata-kata yang saya pegang untuk terus berusaha. Anda semua juga sudah tentu ada juga kan ?....



P/S : Sungguh, saya rindu akan waktu berada di sekolah rendah......





 Ros.reeza

Jalan-jalan

ICT SHAH ALAM

December 24, 2011

Hai semua. Semalam, saya dan suami sempat singgah ke ICT, Shah Alam.  Selalu kan saya naik bus ke Jb. Tapi, semalam, beliau datang Kl ambil saya. Alang-alang dah ada kat sini, saya ajaklah beliau jalan-jalan kat ICT. Memang kitorang berdua tak pernah pun gi sana. Pertama kali la ni.

Bayaran RM10 dikenakan untuk satu buah kereta. Sebenarnya taka da apa pun kat sana. Cuma yang menarik, sebab lampu-lampu tu la..  Kitorang sampai sana pun dah lewat jugak. So, memang tak sempat nak masuk rumah salji tu :(
Tak pe, lain kali boleh datang lagi, sebab dah tahu jalan kan. hehehe..

Jom layan gambar-gambar di ICT. 












Tempat parking


Kalau bawa budak-budak pergi sana, lagi seronok (^ _~)




Ros.reeza

Impian

MASA ITU EMAS ???

December 21, 2011









P/S : Sukakan ini... Ada ke yang nak hadiahkan?... hehhehe... (gurau je ye)



 Ros.reeza

Family

COMELNYA AWAK....

December 16, 2011



Hai semua.. Bertemu lagi kita ye hari ini.. Alhamdulillah, atas kurniaan umur untuk melihat dunia lagi pada saat dan ketika ini...




Kenapa saya letak tajuk seperti di atas ye????.... 


Saya tidak mahu mengulas tentang maksud comel, atau pun menceritakan betapa comelnya saya (????? comel ke?... tolonglah sedar ) hahahhaha.....




Hari ini, setelah tiba di pejabat, saya teringatkan seorang kanak-kanak comel yang bernama Muhammad Arif Fikri... Itulah nama anak saudara saya yang kelima (actually, ke enam. seorang meninggal di dalam perut ibunya ketika usia mencecah 6 bulan).

Untuk pengetahuan, kami sekeluarga memanggilnya Baby Arif... Baru 6 bulan ni.. Geramnya tengok pipi dia.. hehhehe.. Rasa nak picit-picit je ni...


Saya nak kongsi gambar beliau dengan anda semua.. Nak tengok tak?... Sudi-sudikan lah ye.... (saya tak boleh paksa anda tengok, jika anda tidak rela )














 


P/S : Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki pada hari ini dan jangan sesekali mensia- siakannya.

           : Di saat ini, sungguh saya terkenangkan emak dan ayah yang bersusah - payah membesarkan saya.




Ros.reeza

Jalan-jalan

DESARU

December 15, 2011

Hai semua ....

Pada 10 disember yang lepas, saya telah berkunjung ke Desaru bersama suami...
Desaru, terletak di Negeri Johor.

Nak tahu dengan lebih jelas?.. Sila lihat di bawah...


Dari Johor Bahru, nak ke Desaru, dah ada jalan baru.. Ikut lebuhraya baru iaitu, Lebuhraya Senai Desaru (SDE). Sekejap je tau dah sampai.. hehehe.. Apa yang menarik tentang lebuhraya  ni ialah, ada jambatan kat tengah- tengah, ala- ala Jambatan Pulau Pinang.. Cantik sangat tau. Jom kita tengok sikit gambar - gambar sewaktu  'on the way' nak ke sana...











Cantik kan?....



Setelah 30 minit perjalanan, kami pun sampai... Ramai jugak orang kat sana. Apa yang membuatkan saya terkejut, walaupun telah di kibarkan bendera merah, menandakan bahaya dan telah diletakkan papan tanda amaran, masih ramai yang mandi-manda di sana. Papan tanda tu diletakkan kerana sekarang kan musim tengkujuh.

Beraninya mereka,,,..(hati saya berbisik). Setelah terlihat bendera merah itu, saya terus mengajak suami pulang.. hehhehe.. Saya ni kan penakut sikit. namun, kami sempat bergambar sikit....




Sila lihat bendera merah tersebut. Orang ramai di larang melepasi bendera merah tu tau.











Kat bawah ni pulak, pemandangan sewaktu pulang. Dah gelap... Masa ni lebih kurang pukul 7 malam...






P/S :  Sewaktu dalam perjalanan pulang tu, saya terdengar dalam radio mengatakan ada gerhana bulan pada lebih kurang 7 setengah macam tu lah.. Sempat tengok, tapi tak sempat nak ambil gambar sebab dalam kereta kan. Tak jelas sangat......


Ros.reeza

Family

SEDETIK BERADA DI KAMPUNG

December 05, 2011

Hai semua...

Dah lama rasanya tak menulis sesuatu di sini kan... Al maklumlah, sibuk sedikit sejak kebelakangan ini.. Dengan tugas di pejabat dan juga kehidupan seharian.

Dalam masa 2 minggu ini, macam-macam yang berlaku.

Alhamdulillah, saya telah dapat bertemu suami dan juga pulang ke kampung..juga kampung suami..
Betul kan, kalau kita bersabar, Allah akan membantu kita.. Dalam tempoh seminggu, 2 kali saya pulang ke kampung. Mula-mula balik ke kampung dengan suami, naik bus.. Setelah 4  hari di kampung, balik semula ke Kuala Lumpur, untuk berkerja.. Baru 2 hari bekerja, pulang lagi ke kampung keseorangan.. Kerana si dia sedang menunggu di kampung..  Seronok dapat bertemu dengan suami dan keluarga.. Dapat lah saya melepaskan rindu yang terbuku di hati ini...

Sepanjang di kampung, banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan...

Antaranya, kami sempat ke Tanjung Dawai, bersama anak-anak saudara tersayang...















Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada semua yang melangungkan pernikahan.. Sepanjang berada di kampung, banyak kenduri yang saya pergi... Cantik-cantik sangat mereka tu.. Tiba-tiba teringat detik-detik bahagia saya. hehhehe...



 Ros.reeza

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS